Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada  wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya  kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar  dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang  wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman  kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah  wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita  pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan  kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan  melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan,  hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang  wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit,  meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah  dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi  menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan  buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan  manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang  menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala  pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu  melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat  itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk  bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua  makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan,  bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah  berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih  pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari  bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan  kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang  manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian  hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba,  namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku,  jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di  sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan  para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu  cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.
No comments:
Post a Comment
jangan lupa share kalau dirasakan bermanfaat. ^_^
erm, tolong jgn 'sign as' anonymous when u drop a comment in my blog. keterujaan ana membalas komen jadi pudar.ehehh