KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK
Seorang professor  fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan  solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita  mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam  aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah  tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga,  banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan  ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam  badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti  seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk  mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan  solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam  mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan  orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau  lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar  dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi  cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya  memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh  dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya,  setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali  tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh  itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang  disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas  berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang  yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi  yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan  ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita  kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat  Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas  dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari  kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak  menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.  Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih  sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu  sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang  solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita  tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses  pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati  terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat  Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal  agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya,  solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan  serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam  kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang  lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu  mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.  Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam  ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
-QiS- 
No comments:
Post a Comment
jangan lupa share kalau dirasakan bermanfaat. ^_^
erm, tolong jgn 'sign as' anonymous when u drop a comment in my blog. keterujaan ana membalas komen jadi pudar.ehehh