c0uple itu haram??? ramai yang tidak mengetahui akan hal ini...sekiranya mereka tahu pun, mereka seolah2 meafikannya [ termasuklah diri yang hina ini,,sewaktu mengetahui kapel itu haram daripada ceramah yang dianjurkan di sekolah pada 2009,,aku seolah2 menafikannya kerana waktu itu aku baru merasai 
nikmat cinta duniaWi,malahan pernah aku memberontak,,astaghfirullah! b0d0h nya aKu! ini kah manusia yang mengakui islam di hatinya sedangkan menafikan kebenaran??? ma$yaAllah! -maafkan lah hambaMu ini Ya Allah! - tapi,, aLhaMdUlilLaH! pada 21 Januari 2011,,ada seorang hamba Allah yang kembali membuka mata hati aku untuk menerima kebenaran yang hakiki...Hal ini lah yang aku ingin kongsikan kepada reader balqis.. ]
bacalah,,,fahamilah,,,hayatilah,,dan amalkanlah,,
insyaAllah,maka akan terbuka mata hati kita...
"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.
 
"Ni  kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak  sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter."Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si  dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang  mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.
Beginilah  respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu  depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka  tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri  akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqamah  dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi  kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu  yang tak pernah lesu.
Menjaga pandangan bukannya perkara yang  boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap  individu Muslim yang beriman.
Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :
"Katakanlah  (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka  menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara  kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;  sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka  kerjakan."
Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :
"Dan katakanlah  kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka  (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."
Jika  seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan  terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan  pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni  lebih kurang begini:
Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar
Sebenarnya  sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yang sihat.  Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti  pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula  daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat  yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal.  Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.
Jika pandangan  sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple?  Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.
Aku  anggap mereka yang bercouple ini tidak tahu hukum yang sebenarnya. So,  artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada  sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan merasakan  maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka  hati-hati. Syaitan itu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Jika 
ingin  mengikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat 
azab Allah di  akhirat nanti takkan ada penangguhan.Selepas membaca artikel ni 
fikirlah  kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah
perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :
"Dan  janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu  perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Terang  lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh  manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah  S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah  pasti kecelakaannya maha dahsyat.
Berbalik kepada penjelasan  tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan,  inikan pula melakukannya. 
Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat  gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas  antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.
(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)<-- yE! SANGAT32 MENJELIKKAN!!
Kuatkanlah  hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan  kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan  sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu  daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi  Allah Adam a.s. dan Hawa.Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada  kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara  yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan  menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari  perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa  kasihnya Allah kepada kita.
Adakah kita ingin mengulang kesilapan  Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah  orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil  pelajaran.Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram,  maka hukumnya haram.
So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :
couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram
maka, couple = haram 
(very simple equationsmiley-wink )
Tapi,  juga ingin diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu  hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina  berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "
kami tak bercouple,  kami hanya berkawan".Berbalas-balas mesej di YM dan tidak lupa  mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu  diselangi dengan perbualan telefon yang berpanjangan tanpa membicarakan  hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina.  
BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN  PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple'  sekali pun anda dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki  dan wanita ajnabi. 
Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak  mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa  Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh  Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yang paling sempurna  tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk  tujuan pernikahan.
Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri  yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa  ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?
<-- sgt2 trase! tp,,alHamduliLlah! dengan bantuan artikel yang SANGAT BERMAnFAAT ini,balqis sedar akan hakikat yang sebenar-benar nya... ternyata,Allah aMaT meNyaYangI haMba2Nya~
Cara-cara mengenali pasangan selain daripada ber'couple'.
Sebagai  agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah,  Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya  berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan  yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.
Tapi  amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep  pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan  yang sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling  mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan  tanpa mahram, ibarat pasangan yang sudah bernikah. Konsep ini salah sama  sekali !
Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di  bawah topik "Jodoh" di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep  pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah  kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama  lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang  sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan  dilangsungkan."
Sebagai contoh,Superman berhasrat untuk  memperisterikan si 'Cinderella'. Superman yang sangat faham akan konsep  pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'Cinderella' dan  menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman  (merisik). Apabila ibu bapa si 'Cinderella' sudah bersetuju dan si  'Cinderella' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya,  Superman pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si  'Cinderella'. Tidak timbul langsung hal-hal maksiat kan? Kan cantik tu.  Dan apabila si 'Cinderella' sudah menjadi tunangan Superman, maka HARAM  bagi lelaki lain meminang si 'Cinderella', walaupun lelaki itu adalah  'Professor Gadget' (bukan nama sebenar).
"Lelaki boleh la, kalau  perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki pula, perigi cari timba  namanya tu". Mungkin inilah suara-suara yang bakal berkumandang  memberikan respon. Ok. Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah  perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin  ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh  Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirah di  sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat  hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik  baginda.
    Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda  menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yang  diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan  dahulu? Malah wanita sebegini 
lebih mulia daripada wanita yang hanya  menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.
Ustaz Hassan Din  juga turut menegaskan bahawa pasangan yang bertunang 
diharamkan bergaul  bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan  batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang  hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan  cinta. Beliau menambah,
"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu  didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka  pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan  kedua-dua belah pihak."
     J
ika konsep pertunangan ini dilihat  dengan mata hati yanang diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir  berbagai hikmah yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain  menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua  keluarga yang terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua  pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina,  tanpa rasa dendam dan benci.Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri  dan kawan-kawan sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu  syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yang ber'couple'  tu, cepat-cepat lah break up.[ aLhaMdulIllah! balQis sudah tidak terlibat lagi,, 
]Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang  pula ada yang tinggal. ditambah pula dengan dosa 'couple' lagi (dosa  berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina  hati). Dibuatnya esok mati,macam mana? Memanglah dosa masing-masing  tanggung, tapi jika dah mati orang lain juga yang tolong mandikan,  kapankan, tanamkan.
Dan janganlah pula kita menjadi orang yang  menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah  Al-Jaathiyah ayat 23 :
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu  (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan  yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya  (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas  pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas  penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk  kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu,  mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"
Apabila  sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. 
Yang  haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang  di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :
Kecelakaanlah  bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat  penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus  berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak  mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak  terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari  ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang  demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan  mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk  mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan  mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain  Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya)  mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah  hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar  akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis  azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)
Bagi mereka yang mungkin  sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian  mereka, 
mungkin agak sukar untuk meninggalkannya.[ 
balQis akui,,memang sangat sukar dan ia memakan masa berbulan2 untuk menghapuskan cinta ] Namun ingatlah firman  Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :
"..dan boleh jadi kamu  benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka  kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah  Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T.  untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan-kawan kita  di luar sana yang sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang  ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah  kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika  bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi Insya  Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai  100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian. 
-QiS-