Seorang insan tidak akan wujud tanpa ibu  dan bapa. Apabila kita dilahirkan ke dunia, kita dijaga dan dibelai  dengan penuh kasih sayang bersama harapan yang menggunung tinggi supaya  kita menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Ibu dan ayah berusaha  sebaik mungkin agar kita mendapat pendidikan yang terbaik tanpa mereka  kenal erti penat dan lelah. Bagi mereka, biarlah mereka penat asalkan  anak mereka dapat menjadi seorang yang berjaya.
Benar bercinta mampu membuat kita berasa  senang, terasa ringan beban yang ditanggung dan membuatkan kita bahagia.  Tetapi kita harus ingat, bahana bercinta membawa kesan yang  jauh lebih besar jika fikirkan dengan sebaik-baiknya. 
Berikut merupakan  sebab perlunya memilih dan mentaati ibu bapa daripada mentaati  kekasih: 
1.  Suruhan ALLAH S.W.T 
Sesungguhnya, semua beragama Islam telah sedia maklum bahawa mentaati ibu bapa merupakan satu keutamaan yang besar kepada setiap umat Islam. Sesiapa sahaja yang melanggar perintah ibu bapa (selagi tidak melanggar perintah ALLAH) adalah dianggap telah menderhakai kedua orang tuanya. Oleh itu, sesiapa sahaja yang memilih kekasihnya boleh dikatakan tidak mentaati kedua ibu bapanya. Jadi,ibu bapa atau kekasih?
2.  Merugikan diri sendiri
Kenapa ?? Mungkin ada yang mengatakan bahawa mempunyai pasangan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Tetapi kita perlu sedar bahawa sekadar mempunyai semangat, tidak cukup untuk membuatkan seseorang itu hebat dalam pelajaran. Untuk hebat dalam pelajaran, seseorang itu perlu bersungguh-sungguh dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran. Tetapi, benarkah seseorang yang sedang hangat bercinta mampu menumpukan sepenuh perhatiannya dalam pelajaran?
    Apabila sudah dilamun cinta, fikiran hanya  memikirkan tentang kekasih hati sahaja tambahan lagi apabila mereka  mengulangkaji pelajaran bersama.Bercinta masih merugikan diri  sendiri terutama sekali kepada golongan hawa. Kenapa? Cubalah fikir,  adakah hubungan cinta yang dijalin itu terjamin untuk sampai ke jinjang  pelamin?? Jawapannya mudah. TIDAK! Jika orang yang telah berkahwin boleh  bercerai, yang bertunang masih boleh putus, inikan pula pasangan yang  masih belum mempunyai apa-apa ikatan. ada paham?
Bayangkan, jika anda (kaum hawa) telah melakukan hubungan terlarang, siapa yang rugi? Lelaki, tidak rugi apa-apa bahkan yang paling rugi adalah anda. Jika anda telah mengandungkan anaknya hasil hubungan yang haram, apa yang akan terjadi kepada anda? Apabila berita anda mengandung anak luar nikah terheboh, pastinya keluarga anda dapat malu. Kesannya bertambah mendalam jika si lelaki tadi tidak mahu bertanggungjawab.

Bukan itu sahaja, kesannya turut melibatkan konteks yang lebih besar lagi. Apabila pelajaran terabai dan keputusan yang diperoleh tidak memuaskan, sudah tentu pekerjaan yang diperolehi jugak tidak akan memuaskan dan sudah pasti pendapatan juga kurang memuaskan. Cuba anda fikirkan, di masa hadapan nanti kos sara hidup semakin meningkat. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, senangkah hidup anda? 0_0
3. Menghampirkan diri kepada zina
   Benar! Perbuatan bercinta sebelum kahwin ini boleh menghampirkan diri  kepada zina. Siapa yang tidak tahu? Tipulah kalau dia kata tidak tahu.  Bagi orang Islam, zina merupakan satu dosa besar yang memberikan kesan  yang lebih dahsyat dan amat dilarang mendekati zina. Bila dikatakan  JANGAN MENDEKATI, maka bermaksud tidak boleh melakukan sebarang perkara  yang membawa kepada zina. Hal ini termasuklah bercinta sebelum  perkahwinan kerana orang yang bercinta ini sering berdua-duaan. Lambat  laun, godaan syaitan pasti akan berjaya.
Penzinaan merupakan satu perbuatan yang hina dalam mata masyarakat. Sesiapa yang berzina akan disisihkan dari masyarakat dan mereka akan dipandang serong sebagai orang yang tidak berakhlak kerana zina bukanlah akhlak yang baik. Boleh dikatakan kita sekarang semakin menghampiri masyarakat jahiliah sebagaimana masyarakat Quraisy sebelum kedatangan Islam. Kenapa? Jika kita membaca berita yang dikeluarkan akhbar-akhbar tempatan sejak akhir-akhir ini, gejala pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Hampir setiap minggu, pasti ada bayi yang ditemui sama ada hidup atau mati.

Jadi, pilihan di tangan anda. Inginkan negara yang aman makmur harmoni, atau kucar-kacir? Inginkan pengukuhan institusi keluarga atau keruntuhannya? I ngin menjadi insan yang berakhlak atau tidak bermoral seperti masyarakat jahiliah?
 Kekasih, atau ibu bapa ?  
-QiS-

No comments:
Post a Comment