balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

May 18, 2012

coklatey coklat!

bismillah...

assalamualaikum semua!  ^_^

ya.. coklat coklat belaka bila kalian bukak facebook sekarang kan? mula mula BalQis pelik yang amat,, kenapa tiba tiba ramai je yang sehati sejiwa nak tukar DP kaler coklat ni? gambar figura manusia yang matanya ditutup dengan sehelai kain. seperti  mereka ini :





kreatif2 belako sumo eah.. ada gambo kucing la..

balQis yang sedang ke-pelik-kan yang amat sangat ni cuba la carik sebab musabab nya.. ada pakatan apakah ini? kenapa balQis je yang tak tahu ni!? tak boleh jadi ni..

selidik punya selidik,.. baru lah BalQis paham...

sebenarnya ini adalah tanda kesatuan Umat Islam yang prihatin terhadap tahanan Islam yang berada di masukkan ke lokap Yahudi, mereka sedang mogok lapar secara besar besaran supaya hak mereka dikembalikan


baca artikel ni :


Dengan pelancaran kempen DP (avatar) facebook mogok lapar Palestine beberapa hari lepas, alhamdulillah ia memberikan impak positif. Public awareness berjaya dicipta dan menyebabkan masyarakat dunia tertanya-tanya, warna coklat apakah yang sedang menghiasi facebook. Kempen macam tu bukanlah segala-galanya untuk Palestin dan umat Islam. Ia bukanlah satu penyelesaian , tapi ia bakal mencetuskan public awareness yang positif.


Memang, setakat berkempen di facebook ia bukan jalan penyelesaian yang pantas untuk membebaskan bumi umat Islam yang dijajah oleh para kafir harbi. Tapi adakah tindakan sebilangan besar umat Islam seluruh dunia yang turut serta dalam kempen ini tak layak dipuji?. Yang rasa tak nak tukar DP , doa pun jadilah. Jangan sibuk memperlekehkan usaha orang lain.



Sumber: http://www.nescafeais.com/avatar-mogok-lapar-palestin/#ixzz1vDzXOBBc



tapi kannn... tadi BalQis jenguk2 lah 'home' page kat facebook. ade pulak begini keluarnya



“Tinggalkan gambar-gambar DP yang berwarna coklat . Ini menunjukkan sesiapa yang menggunakan gambar-gambar ni dalam profilenya menunjukkan dia adalah tawanan Zionis Israel, kain penutup dimata memberi maksud kita tidak melihat apa2 kekejaman Zionis Israel terhadap umat Islam. Tag perkataan yg tertulis adalah tulisan Yahudi. Maka, tukar secepat mungkin gambar-gambar ini. Harap maklum. Wallahualam.”



aikk? mana satu betul ni?

hati ni dah konfius dah..

then, BalQis pon terbaca la stau article ni.. kalian pon baca la jugak ye..


Kepada golongan yang hanya tahu kondemkan usaha orang lain, aku rasa korang patut kaji dulu sesuatu info sebelum percaya dan hebahkan kepada orang lain, berikut petikan dari Fb Amenoworld yang menjelaskan kecelaruan mengenai teori bangang golongan si pengkondem ni
Kawan2 fb aku dari palestine sendiri guna pic profile neh, fb rasmi dan twitter rasmi palhungers pun guna gambar profile neh.. penat2 depa promote, create dan buat kempen ada pula orang2 gila meroyan rosakkan kempen2 depa.. dengan niat memanipulasi.. tah sapa2 tah yang cakap terus korang percaya. Silap2 dia israel yang menyamar jadi orang arab utk kacau bilaukan kempen.
Hari tue di tv cakap israel dah bersetuju.Tapi bila aku check wall palhungers benda neh masih berterusan.. apa citer neh? Kenapa tv cakap dah lulus.. aku pun tak faham bab tue. Malas nak ulas lanjut. Check juga news di online, aljazeera tapi tak jumpa2.. tv3 tersalah lapor ka der?
Kesimpulan aku mudah jek, taknak tolong takpelah der. Taknak sokong pun tak pe juga lah der. Tapi jangan sabotaj. Tak kiralah kekawan ko dari magribi ka apa ka.. mana2 ka.. yang penting ketahui lah.. orang islam neh bukan seme nya bodoh2. Kalau benda neh ciptaan israel awal2 lagi takan wujud pun fb palhungers apa seme.. dorang terlebih dahulu masak dengan suasana di sana berbanding kita janganlah kita beranggapan dorang tue bebal sangat sampai tak reti beza plak..
Dan satu lagi, takde sapa2 paksa ko sokong pun. Hak memasing. Nak buat, buat, taknak buat sudah. Jangan sebarkan auta utk gagalkan kempen orang. Kalau terbukti ko benar aku respect, tapi kalau ternyata ko silap tanggunglah akibat sebab mengagalkan kempen orang.. oke. Bai – AMENOWORLD
Ok..dah paham?Kalau korang masih rasa teori bangang ni betul,baca pulak di entry ni Apa Maksud Simbolik Avatar Solidarity With Palestinian Prisoners On Hunger Strike supaya fitnah yang tersebar tak diperluaskan lagi.
Bawah ni pulak perkataan yang tertera pada logo DP Logo di sebelah kanan yang bermaksud “Shabas” dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel  (IPS).

Diharap, fakta-fakta ni menyangkal teori tak berasas tu. Sesedap rasa je buat kenyataan itu dan ini asalkan dirasa dapat menimbulkan kesan logik pada akal. Lepas tu, ditulisnya “wallahu a’lam”.
Dan lagi, takde sapa yang memaksa korang sokong. Nak buat, buat, taknak buat sudah. Jangan sebarkan teori bodoh untuk mengagalkan kempen orang lain. Sebelu buat teori tu kaji betul-betul dulu, jangan ikut sedap akal je.




begitukah cerita sebenarnya... baiklah,, BalQis dah paham :)

lain kali, selidik dulu sebelum kita percaya sesuatu yang di post kat alam maya ni,,
(pesan kat diri sendiri jugak sebenarnya ni.. huhuu)


k, take care!
assalamualaikum..
jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hati




DIAM!


Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

             tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..

Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..

Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..

Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..


             kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir

DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka

DIAM kita mungkin disilap terjemah..

DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..


            maka

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..

seharusnya kita DIAM..

namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM.

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...