balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

April 29, 2011

HaDith

renung-renungkan dan selamat beramal~


Dari Abdullah bin Buraidah r.a, dari bapanya katanyarasulullah s.a.w bersabda:”Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan.”


   Selaku umat Islam, kita perlu jelas bahawa setiap hukum yang dibawa oleh Islam ada kaitannya dengan kesejahteraan hidup manusia sama ada dari aspek rohani mahupun jasmani, fizikal mahupun spiritual. Setiap hukum dan larangan tersebut sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atasnya ada hikmahnya yang tersendiri. Hukum juga boleh berubah-ubah bergantung pada beberapa perkara seperti maslahah ummah dan kehendak zaman asalkan ia tidak menyalahi hukum dan batasan yang ditetapkan oleh syarak. (al-Quran dan sunnah). Sesungguhnya setiap suruhan dan tegahan agama itu bukanlah bermaksud untuk mengekang kebebasan individu. Ia sebenarnya untuk kebaikan bersama. Inilah tujuan utama Nabi Muhammad s.a.w diutuskan iaitu untuk memberi penerangan kepada manusia tentang tatacara kehidupan yang sebenar berlandaskan kehendak Islam.



Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”
 
(al-Bukahri)

     Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka. Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:”Orang yang luput solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.”

     

Solat adalah perkara yang diwajibkan dalam Islam malah ia termasuk dalam salah satu daripada rukun Islam yang lima. Dari sudut pelaksanaan solat, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan solat kecuali mereka yang menghadapi suasana darurat yang membolehkan ia berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan Nabi s.a.w dan umat Islam Madinah ketika berlaku peperangan Khandak yang sungguh sengit di mana pihak musuh telah mengepung Kota Madinah. Demi menjaga keselamatan mereka terpaksa menunda solat Asar hingga ke waktu Maghrib.





Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”




daripada Ibnu Umar r.a  :"Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”



Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “ sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”
 
Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan






nak lagi??
>>>>>>   here   <<<<<<


sy pernah bace 1 hadis,,,rasul kate,
sampaikanlah pesan ku walau sepotong ayat

April 26, 2011

kilauan permata kian pudar

assalamualaikum kawan- kawan blogger ku!

anda sihat?

balQis sihat,alamdulillah..

terime kasih ye sbb jenguk blog balQis yang tak berape best ni..



haRini BalQis nak share 1 lirik lagu yang amat amat amat bagus...
hayatilah..



Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga
Di manakah budinya
Di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi
Nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli
Oh Wanita..
Mari menginsafi kepada asal fitrah kejadian mu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadaNya juga pada rasulNya
Pasti dihadirkan taufiq dan hidayahNya
Wanita…
Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi perbadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerana keluhuran pekerti
Bukan kerana harta
Bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah…
Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata diantara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza diantaranya

kalau la semua wanita menjaga adab sopan + aurat + maruah,,,alangkah bahagia nye,,,mesti dapat bezakan antara kaca dengan permata dengan mudah kan?

bacaan solat



Ya Allah tunjukkan aku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.


 sape tahu,,ni maksud ayat mane?
hint : kite selalu bace pagi2...
i give u LIMA SAAT untuk teka
5
-
4
-
3
-
2
-
1
-
Toing Toing!!
 masa menjawab dah tamat~

ini maksud doa qunut,,,sape betul,dpt hadiah,,jangan risau,,,BalQis bagi cash...nah :
  =)   [ni la hadiahnye;senyuman]

ye,,harini BalQis nak kongsi dengan rakan-rakan tentang makna bacaan-bacaan yang kite bace dalam solat hari2..BalQis pun sebenarnye masih dalam proses menghafal..bile dah hafal + paham makna bacaan solat,,baru syok kite solat...

>>>> mari bace <<<<

kita mula dengan

Al-Fatihah

     kat bawah ni ade maksud nye..
  1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  2. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam
  3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  4. Yang menguasai hari pembalasan 
  5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus
  7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

  ruku'  

   maksudnya:  Maha suci Tuhanku Yang Maha Mulia dengan sifat kepujianNya

  Iktidal  

    maKsudnye : Allah mendengar akan orang yang memujiNya.Ya Tuhan kami,BagiMu segala puji

  Sujud  

ade tujuh anggota sujud; iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, lutut dua2 ngan jari kaki dua2 belah. seeloknye,semua jari kaki dibengkokkan,,,tapi kalau tak mampu,,memadi 1 jari je..


   Maksudnye  : Maha suci tuhanku yang Maha tinggi dengan sifat kepujianNya
                        (same je ngan bacaan ruku',cuma bezanya pkataan 'tinggi' dan 'mulia')


   duduk Antare 2 sujUd  

Maksudnye :

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)Wa'fuannii (maafkan aku)

  TahiYat Akhir  

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba ('ibaadi) Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan

Aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya

Sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


kalau hafal semua makna ni,bagus!
tapi kalau tak mampu,hafal alFatihah dulu...lpas practik kan seminggu,hafal yang lain pulak..ni yang BalQis buat la...kalau tanak ikut,takpe....
BalQis pun tak hafal sume...tp akan cube la...

jika BalQis ade kesilapan,,harap tegur ye...BaQis juga manusia biasa


ok...BalQis mau tidur....penat taw tulis blog smpai 2 jam ++(sebab line teramat la slow!)

~      $eLamaT      bErAmaL       ~

Salam saYang dari;
-QiS-
*saya sayang orang yang sayang saya*

April 24, 2011

saya benCi Bila. . . .

sebelum meneruskan kate2,,saya mohon maaf sekiranya post kali ni ade yang terkecik ati..

~  semuanya fakta belaka  ~



saya benci bile orang layan Orang Kurang Upaya dengan teruk,seolah2 golongan OKU ni tak layak hidup di bumi...
hey! sedarlah! mereka juga manusia seperti kita okeyh!


saya benci bile manusia especially penganut islam sendiri BISING sewaktu bilal melaungkan azan...Rase cam nak tempeleng sorang2...hey! tau tak? orang yang tak hormat azan,Allah akan tukar wajahnya seperti seekor khinzir kat akhirat nanti...nak ke?..eiii tak nak saya!


saya benci bile lelaki tak tutup aurat! aurat punye senang nak jage pun payah~ haih~ tak paham betol la...terutamanya bile tunggang motosikal & main bola sepak...nyampah sgt!



saya benci bile orang merokok...ok.tu memang hak pribadi.saya paham,tapi pegi la jauh2..Kalau nak rosangkan paru2,rosakkan sendri punye je la,,Tak payah la nak rosakkan paru2 orang lain jugak.. Perokok pasif lebih berisiko untuk jatuh sakit daripada perokok tau! lagi 1,,asap rokok menyebabkan pencamaran alam sekitar.. kanak2, remaja, wanita, bayi, jejaka, pakcik makcik tu semua berhak mendapatkan udara yang bersih,paham?nak merokok jugak pegi cari tempat yang takde orang.


saya benci bile tengok cerita/ filem Melayu skarang ni,,,nyampah sgt2! tak dikatakan over confident bile sy cakap,filem melayu sekarang ni banyak masukkan unsur lucah..memang la niat nye nak sedarkan masyarakat,tapi,bile tengok dari 1 sudut yang lain,tak ke ni jadi salah satu punce gejala soSial berkembang?. berlakon,berlakon jugak,,tapi perlu ke smpai mengorbankan aurat + maruah sendiri ?


saya benci bile orang tak senyum balik kat saya.(yang perempuan la,,bukan lelaki) Susah sangat ke nak senyum balik? bukan kene bayar pun kalau kite senyum,jadi,tolongla senyum balik jika ade orang senyum pada anda ye..walaupun pada orang yang anda tak kenal..sedar atau tak,bende yang dianggap remeh macam nilah sebenarnye yang menunjukkan keperibadian kite.


saya benci bile saya rase dipergunakan..Bile mintak tolong dari orang tu,tolong la hargai pertolongan yang diberi,,Ni tak..siap merungut lagi~ kalau orang tak tolong camner? ucap la terima kasih sebagai tande kite hargai pertolongan yang dihulurkan..hanya bermodalkan air liur je,,,tak susah...



saya benci bile
     ade lelaki handsome
          ada kat depan mata...
nanti orang terpikat cam mane?  heheee~~



maaf ye kalau ade
 pihak yang teRase,,
sooorrriii



April 23, 2011

Cinta Bersulam N0da


Di malam sepi kusujud menghadap-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Oh Tuhan Yang Esa


Ku cemari hidup dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari Tuhan
Dengan godaan syaitan


Kutahu Dia lah penerima taubat
Walaupun kusering tinggalkan suruhan
Berilah kesempatan ini untuk berubah


Cintaku dambakan hanya padaMu oh Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina
Ku sering berjanji namun sering ku mungkiri 
Janji yang tak pernah lagi kutepati


Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu

aku harap aku masih bisa membuka mataku pada hari esok....

saya suka !

April 21, 2011

doA paTah haTi

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidupku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi.


  

Dan ya Allah… ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
…Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah daku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

 ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya….

Ya Allah ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang naif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
Menjuruskan daku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya daku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai


Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

~     amin     ~

di coPy dari sInI

inilah aku



aku susah nak benci orang walaupun orang tu amat la menyakitkan hati
tapi,,bile hati aku kate aku benci seseorang tu,,,
memang aku benci
tiada kompromi

tapi,kalau dia boleh buktikan yang dia tu tak layak dibenci olehku,,
aku takkan benci dia sampai bila2


okeyhh...



saje nak mngarut malam2 ni...
(tp sy serious dengan stiap patah pkataan yang saya coret kat atas ni)

assalamualaikum...

dipersilakan untuk komen....

April 20, 2011

syuRga..



mari baCa...



"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman."
 (Surah Al-Furqan; 76)




"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta."
 (Surah Yasin; 57)




"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang."
 (Surah Maryam; 62)




"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..."
 (Surah Luqman, 8)




"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar."
 (Surah Ar-Rahman; 66)




"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat."
 (Surah Ar-Rahman; 54)




"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir.
(Surah Ar-Rahman; 50)




"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.
(Surah Ar-Ra'd; 35)




"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan."
 (Surah Ar-Rahman; 48)




"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan.
(Surah Ar-Rahman; 52)




"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.
(Surah Ar-Rahman; 56)




"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
(Surah Ar-Rahman; 70)




"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" 
(Surah Ibrahim; 23)




"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar."
 (Surah Al-Hadid; 21)




"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera."
 (Surah Fathir; 33)






rujukan : Artikel iluvislam.com
boleh click;
-QiS-

April 19, 2011

apa nak jadi?


PoSt ini diwujudkan hanya untuk meneGur mana2 
kesilapan yang pernah kita buat, 
secara sedar @ tak..
Mana yang salah,
harap tegur 
ye..
 

kita orang Islam,jadi kene la ikut cara hidup Islam.Bukan hanya pada nama,bukan juga hanya pada sekeping kad AKA kad IC tu..Islam tu BUKAN hiasan pada kad tersebut,tapi kene jadi amalan dan pegangan buat kita sebagai penganutnya..[ aDa paham ? ]

~ MARUAH ~

setiap orang diWAJIBkan menjaga maruah diri sendiri.Terutamanya kaum hawa..reader(s) da tawu kan had aurat masing2?

kalau lupe [ TAK LOGIK ! ] @ wat2  cam tak pernah blaja bab2 aurat ni,,biya balQis terangkan semula ye

had aurat antara;

* perempuan dengan lelaki (bukan Muhrim)
      semua anggota badannya KECUALI muka DAN tapak tangan
* lelaki dengan lelaki ( bukan muhrim)
      pusat HINGGA lutut
*Perempuan dengan perempuan yang bukan islam
      pusat hingga lutut jika kita yakin yang dia tidak akan meceritakan keburukan kite.. 
           (lebih baik takyah dedah sane sini la,,senang criter..)

ok,,mari kita cakap pasal tudung..

BalQis bukan jenis yang cerewet bab2 tudung ni..Tapi sejak tercipta nye 'tudung segera' kat negara tercinta ni,,fungsi tudung yang dahulunya menutup aurat,kini tidak lagi.

 *tudung segera adalah panggilan yang BalQis cipTa..
     [ readers panggil ape? ]

     Bukan semua tudung segera camtu!

ye,,memang bukan semua,tapi kebanyakannya,,ulang suara,kebanyakannya!..

tudung segera
kebanyakan tudung jenis ni,langsung tak menepati syarat2 bertudung seperti yang Islam tekankan dalam AlQuran..

dari pemerhatian BalQis selama 2 tahun, tudung segera  ni

#   kebanyakannya pendek! (mungkin ia diCipta khas utk kanak2,tapi wanita pula yang membelinye) wallahu a'lam
#  ade yang labuh sikit tapi dipendekkan

ye..dipendekkan..ade sesetengah wanita yang menarik tudung ditarik belakang lalu di pin kan..

 ada paham?
     aiyooo~  tak paham jUga ka?

camni;

tahu tak? tudung yang digaye kan sebegini
 sebiJik macam birawati Kristian taw! 

tak caye cube tengok gamba bawah  ni CAREFULLY !



"barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka"
~ hadith riwayat abu Daud ~

tu la,,orang cakap,tak caye,,skarang bukti dePan mate,,masih nak nafikannye lagi? 

 *          *          *

 ade satu lagi fesyen tudung yang ntah hape2 tapi makin mendapat tempat di hati wanita (mostLy) zaman skarang (except me..)

ye,,begini,,lihat lah!

pada mata kasar,,ye wanita di atas ni tutup aurat,,tapi hakikatnya TIDAKK okeh!

* tak tutup bahagian dada
* bersanggul tinggi

ha,,ni 1 lagi masalahnye..buat pe nak sanggul tinggi2?? 
ha? ape? ikUt fesyen?
ok,,skarang bace hadith nabi ni;

"ada dua golongan daripada penduduk neraka yang belum pernah aku lihat, iaitu suatu kaum yang memiliki cemeti eperti ekor lembu untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tetapi telanjang,berlenggang lenggok,kepala mereka seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang..wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan baunya dapat tercium selama perjalanan sekian dan sekian"
~ hadith riwayat muslim ~


hah..tanak masuk syurga ke cik kak oi?
tepuk dada tanya iman la ye

lagi satu fesyen yang menyakitkan mata BalQis;


Firman Allah yang bermaksud :
“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)


sayang kan...? siti cantik! cute! muka sentiasa manis!  
tapi,,suka sangat pakai   tudung   camtu   ;'{


bukan nak kondem siti tapi nak kondem pemakaian tudung yang sebegitu rupa


*          *          *





    ni sebenarnye nak pakai tudung ke tak ni? 
            adehh ! konfius sudah!


tak salah kalau kite ikut fesyen..malah Islam mementingkan jugak aspek kecantikan ni.bagi diriku,selendang ni sebenarnya cantik kalau digayakan..

[psstt,,snanye BalQis tak reti kai selendang ni,,jangan boco rahsie taw!
       ni rahsie kite2 je,,okeyh?]

selendang ni lagi cantik kalau kaum hawa mengikut aturan Islam...
ce tengok ni;

cantik kan......?
huw~~ jelezz!

Firman Allah yang bermaksud :
“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

BalQis bukan nye nak pengaruh reader(s) supaya membenci tudung segera ni..cuma berhati-hatilah ketika membelinya,,kaun hawa kan lebih teliti berbanding kaum adam (teringat kat cekGu harfanizah yang selalu back-up wanita..hahaa~)

ok2,,berbalik kepada tadi..

jadi kesimpulannya,,jangan cemarkan nilai tudung wanita okey!

NI SEDUTAN DARI NOTES BalQis kat facebook;

Bila mana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.ya,,kita sendiri...

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian

versi penuh di sini 


sila kongsi pendapat masing2..
nak membangkang kate2 BalQis kat atas ni pun dipersilakan,tapi bagi reason yang kukuh~

-QiS-

April 13, 2011

abang zAcK

Tarikh : 13 aPriL 2011 aka 9 JamadiL aWal 1432h
Jam : 0845

assalamualaikum !


tadi,dalam pukul 8 suku camtu,BalQis menjenguk blog zackzukhairi aka abang zack..da lame sangggaat da tak tak ziarah blog abang zaCk...yang last BalQis tengok,,abang zack kate, laptop beliau rosak,, ( patut la tade new post : |  )

     sape abang zack?

kalau reader(s) nak tawu,sila lah bace..kalau tanak tawu,buat ape bace lagi??

sebenarnya, abang Zack yang pengaruh BalQis buat blog ni..haha,,
ok..ok takk

BalQis yang terpengaruh sebenarnya.

        cam mane bole terpengaruh?

macam ni,,dulu (sekitar tahun 2009-2010),hobi BalQis kalau hadap komputer je,,mesti bukak youtube..tak kesah la dengar lagu ke,tengok drama sebabak ke hape ke,,mesti BalQis bukak youtube..Tengah sedap2 menge-click suggestion yang selalu appear kat sebelah kanan tu,,BalQis tertarik dengan satu video ni..

tajukNye dua jIwa
http://www.youtube.com/watch?v=kI2gxOmLnOQ

huh,,memang kene la ngan jiwa BalQis time BalQis tengok vid ni..haha,,mase tengok vid ni pon tak matang ag..

    skarang ni aku matang sangat ke? hahaa~ 
     tuan punye badan jela yang dapat jawab..

lepas satu vid,,BalQis kalih ke vid laen pulak..

http://www.youtube.com/watch?v=860pj2caisA&feature=related

dari hari ke hari,BalQis akan carik vid yang ade animation sebegitu rupa.lame2 BalQis rase ketagih nak tengok vid seumpama ni...Menarik ! sebab animation de cute2 belaka..tak semena-mena,BalQis tengok ade persamaan dalam sume vid tu
-ade perkataan zackzukhairi.blogspot.com

so,,BalQis cube la try taip pkataan tu kat ruangan 'search'
  dapat ! <-- haha,,mestila dowh~

selepas tunggu seminit dua,
tadaaa~

abang,,tak pe an sy amek gmba ni?


 1st perkataan yang terkeluar,sape zackzukhairi ni? dia ni pelajar ke ape?kalau pelajar, belajar kat mane?kalau keje skang keje ape?nape de tulis banyak2 ni? tak penat ke?
[time ni,BalQis tak tawu pon bende ni dinamakan blog..] kEsiann kan....?
so,BalQis pun geledah la profile de..yela,,nak tawu sangat kan...?  =)


  dari hari ke hari,,selain bukak youtube,BalQis akan bukak blog abang zack,,semua post abang zack BalQis geledah ! sangat menarik,,seriyes ! rase rugi giler sape yang tak bace~
mule2 BalQis agak tak selesa sebab ayat de ade yang agak kasa.. (dengan penggunaan 'cilake!' dan seumpaManya..) tapi ayat2 camtu la wat blog ni ade feel bile bace..bile lame2,,da biase da..biyala,,tu style abang zaCk..stiap orang kan lain2.. =)


entry beliau yang paling menarik ade di sini

http://zackzukhairi.blogspot.com/2010/08/saya-bukan-orang-jepon-ok.html


http://zackzukhairi.blogspot.com/2009/12/cinta-dulu-dan-cinta-hari-ni.html


http://zackzukhairi.blogspot.com/2010/06/lelaki-wanita-dan-cinta-part2.html


http://zackzukhairi.blogspot.com/2010/08/kicap-soya-dan-pantang-larang.html


haih ! kalau nak list satu2 memang panjang lebar la

ok2...law nak tawu lebih lanjut,visit la

thank you abang zaCk ! lau tak sebab blog abang,maka tak wujud lah blog saya...  =D

ok,,nak pEgi bersiap2 ni..
   sempat ke bersiap 20 minit?
hmm...

zaaaassssss~

-QiS-

April 7, 2011

~ ibNu QaYyiM ~


KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM 


  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

  •  Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya



     
  •  Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya. 





  • Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya




     Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba  itu.

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...