balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

June 19, 2013

sem 5 di UPMKB (8) perginya sebutir permata

harini mendung. bukan nya sebab cuaca, tapi kerana perginya sebutir permata, menghadap Illahi. Ajal maut cuma Allah yang tahu. itu rahsia Dia. takda siapa dapat meramal bila, di mana dan bagaimana kita pergi meninggalkan dunia.

Beliau seorang pensyarah yang tak lekang senyuman di bibir. baik hati, dan periang, menurut kebanyakan rakan sekerja beliau. 

and seriously ana cakap, subjek 'Handling and Processing Agricultural Product' is the most favorite subject untuk sem lepas. oh ye, lupa nak bagitahu, beliau ni, ajar ana sem lepas. and he was sooooo nice. walaupun ada la segelintir kosmate ana yang agak rude dengan beliau, tapi arwah tak pernah marah. sepanjang 14 minggu arwah ajar ktorang, cuma sekali je beliau tegur sikap segellintir kosmate ana yang beliau tak berkenan. itu pun, lepas habis kelas, beliau yang mintak maaf sebab menegur. Allah... pada ana, beliau tak perlu pun mintak maaf, tapi arwah baik hati. sangat baik. tak tahu nak gambarkan macam mana.

but the point is, ana sangat rasa kehilangan. Memang ktorang smua tahu, beliau accident minggu lepas,and retak kat beberapa bahagian tulang. ingat nak lawat, tapi tak terlawat akibat masa mencemburui. sampai la malam semalam, ana dapat berita, arwah sesak nafas. bila check kat klinik, rupa2 nya, ada darah beku kat paru2 akibat daripada kesan kemalangan tu. :( and beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Bintulu, di sisi isteri belliau. bila dapat berita, ktorang smua pakat pi hospital ramai2. nasib baik takda kelas petang. pkul 11 tu, ktorang dah kumpul kat bilik mayat, baca yasin ramai ramai. walaupun 1st time masuk bilik mayat, ana tak pedulikan pun rasa cuak yang hampir menguasai diri

usai bacaan yasin, yang perempuan keluar, sebab nak mandikan jenazah. ana agak terharu jugak la tengok ramai budak lelaki kos ana yang mandikan jenazah. Allahu... :')  usai mandi dan kapan, jenazah di bawak ke upmkb untuk urusan solat jenazah. ya ampun! ramai betul solat jenazah tadi, alhamdullillah.. 

disebabkan sini ni bintulu, pukul 5, jenazah diterbangkan ke semenanjung untuk urusan pengebumian di sana. Ana, Wani, Kak Ayu and Kak Ina pi Airport dengan Dr. Wan ,hantar jenazah and his wife. and smpai kat airport, ana nampak ramai sgt staff jabatan turun ke airport. 

memang sangat sedih. ana yang setakat his student ni, hanya mampu sedekahkan alfatihah & yaasin utk arwah.

Dr. Faizal Bin Hj Ramli (1974-2013)



mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...