balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

December 24, 2010

aJaran sE$at 2

Bahai

Diasaskan oleh Mazandarani.Nama bahai bersempena nama pengasasnya yang digelar Bahai Allah(palotak de!).Ajaran ini muncul di Iran pada 1847 M dan mula menular di Malaysia (negara yang aku cintai) pada tahun 1953 M yang di bawa oleh Yan kee Leong (da sah2 la ajaran ni sesat 0ii)

 CiRi-CiRi

  1. Beriktiqad bahawa  pengasasnya adalah jelmaan Allah(Prasan Tol!!)
  2. Beriktiqad bahawa Semua agama adalah sama dan digabung kan menjadi ajaran ini
  3. Beriktiqad bahawa alam ini bersifat baQa'-kekal-
  4. Beriktiqad bahawa Nabi Isa mati disalib(memandai je!
  5. Menhapuskan Jihad
  6. Menjadikan acre di Palastin sebagai kibLat
  7. Mengubah bentuk-bentuk Ibadah seperti  puasa 19 hari,solat sebanyak 9 rakaat 3 kali sehari dan berwuduk dengan air mawar(alamak!pupusla bunga mawar t)
  8. menagongkan kod 19
-Qis-

bersambung.....

AjaRan sE$aT

definisi:
ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran islam,sedangkan hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah

CiRi-CiRi
  • Mencemarkan kesucian Al-Quran dan Hadith seperti memansuh,mengubah dan mempertikaikan sertan menyeleweng terhadap alquran dan hadith
  • Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam
  • Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum
  • Menolak perkara yang Qat'ie dalam Islam
Qat'ie= Perkara yang diasaskan hukumnya kepada dalil yang hujjahnya tidak boleg disangkal
  • Mengubah bentuk-bentuk ibadah
  • Mengubah konsep dosa dan pahala
  • mendakwa boleh melakukan perkara yang pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara yang ghaib seperti memanggil roh
  • mendewa-dewakan sesuatu selain Allah
  • Menolak hadith-hadith
C0nT0h-C0nT0h

 QadYani


Nama Qadyani bersempena tempat lahir pengasas Qadyani,Mirza Ghulam Ahmad,iaitu sebuah kampung di daerah ghusdafur,India.Ajaran ini mula muncul pada 1889 M.Ajaran ini dibawa ke MAlaysia pada 1949 oleh Maulana Muhamad Sadik bin berkah

ciri2 kesesatan:
  1. Beriktiqad bahawa Mirza Ghulam Ahmad(pengasas ajaran ini) dikurniakan kitab suci,'At-Tazkirah' oleh Allah
  2. Mengubah ayat Alquran seperti ayat 52 Surah al-Hijr,ayat 6 surah as-saf
  3. Mengishtihar Qadyani tempat suci dan tempat menunaikan haji
  4. Beriktiqad bahawa Nabi Isa meninggal dan dimakamkan d India
  5. Menghukum kafir selain penganut Qadyani
  6. Menghapuskan Jihad
"Dan Jika Seseorang Kaum Musyrikin Meminta Perlindungan Kepadamu(untuk Memahami Islam) Maka Berilah Perlidungan Kepadanya Sehingga Dia Sempat Mendengar keterangan Allah (Tentang Hakikat Islam),Kemudian Hantarlah Dia Ke Mana-Mana Tempat Yang Aman Baginya.Perintah Tersebut Adalah Kerana Mereka Itu Kaum Yang Yang Tidak Mengetahui"
Surat Taubah ayat 6

INTISARI AYAT:
Orang yang beriman wajib memberi perlindungan kepada orang bukan Islam sekiranya mereka meminta perlindungan.Tujuan memberi perlindungan ialah untuk menerangkan ajaran Islam kepada mereka. Setelah selesai memberi perlindungan,Orang Islam tersebut hendaklah dihantar ke tempat yang aman.

kita hendaklah bergaul dengan kawan-kawan bukan Islam dengan cara yang baik dan tidak bertindak kasar terhadap mereka.Firman Allah,mafhumnya

...Dan Kalaulah Engkau Bersikap Kasar LAgi Keras HAti,Tentu Mereka Lari Dari Kelilingmu.Oleh Itu Maafkanlah Mereka(MengenaiKesalahan Yang Mereka Telah Lakukan Pada mu),Dan Pohonlah Ampun Bagi Mereka,Dan Bermasyuaratlah Dengan Mreka Dalam Urusan (Peperang dan Soal-Soal Keduniaan)itu....
Surah Ali-Imran,ayat 159

Dalam ayat diatas Allah Memerintahkan kita hendaklah berlemah lembut semasa menyampaikan dakwah... 

Sabda Rasul Allah,
mafhumnya;

Sesiapa Yang Menunjukkan Jalan Kepada Kebaikan Dia Akan Mendapat Pahala Seperti Orang Yang Melakukannya
riwayat muslim

 ===============balqis syahiirah===============








December 21, 2010

@uRaT...

Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.”
(Bukhari)
Huraian:
Pakaian adalah satu keperluan penting bagi manusia. Secara lahirnya, pakaian melindungi manusia, tetapi secara batinnya adalah lambang kemuliaan insan. Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat. Menurut pendapat jumhur ulama’, wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada pada waktu solat atau di luar solat.
Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut manakala bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan al-sunnah.
-Qis-

L0Ve Qu0tEs

Love is rare, life is strange, nothing lasts, people change.

There is always going to be that one person you wish you could be with, even after knowing that person doesn't want to be with you.

There's nothing wrong with just being yourself. That's more than enough.

It's hard to tell your mind to stop loving someone if your heart still does.


You never really stop loving someone, you just try to live without them.

Funny how one minute you can be so close to someone & the next it's like you never knew them.



-QiS-

Just because someone doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with all they have.


untuk sahabat yang saya sangat sayangi...

sahabatku,


tahukah kau betapa sayunya hatiku


tatkala mendengat kau akan pergi


ke tempat baru


meninggalkanku


namun apa dayaku


aku tak mampu menhalangnya


hanya mampu merelakan kau pergi








dalam persahabatn kita


telah banyak yang aku pelajari


telah banyak yang aku alami


akan ku ingat segala kenangan kita bersama


akan ku ingat tawa duka yang kira kongsi bersama








terima kasihku ucapkan


kerana mewarnai dan menceriakan hidupku


terima kasih ku ucapkan


kerana menjadi sahabat yang baik pada diriku


tak kira susah atau senang kau sentiasa ada disisiku





aku berdoa agar kau BERJAYA


agar hidupmu DIBERKATI Tuhan Yang Maha Esa


pintaku


maafkanlah segala kesilapanku


andai tersalah kata,terlanjur bicara


aku berharap


agar kau tidak melupakan persahabatan kita


walau di mana kau berada





ingatlah,


setiap pertemuan pasti ada perpisahan


tapi tak setiap perpisahan


ada pertamuan


semoga persahabatan ni kekal


hingga ke akhirnya...
-QiS-

December 20, 2010

ALLAH SAYANG KITA

Sabda rasulullah s.a.w : "Ya Allah, jauhkanlah antara diriku dengan dosa-dosa sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah diriku dari dosa-dosa seperti mana bersihnya pakaian yang putih daripada kekotoran. Ya Allah, sucikanlah dosa-dosaku dengan air, salju dan air yang sejuk." (Daripada Abu Hurairah, Riwayat Bukhari & Muslim)

Pernahkah kita terfikir,apabila melihat dunia ini? Dunia yang indah,yang diciptakan oleh Allah kini tercemar dengan maksiat-maksiat yang dilakukan oleh manusia?

Pernahkah kita terfikir akan dosa-dosa yang pernah kita lakukan? Pernahkah kita berasa malu dengan Allah terhadap maksiat-maksiat yang kita lakukan sepanjang hidup kita? Kita diberi rezeki di dunia ini, tapi adakah kita mengerjakan apa yang diperintahkan oleh-Nya?

Cuba kita fikir, kalaulah kita mati sekarang, layakkah kita ke syurga? Kita patut bersyukur kerana masih lagi hidup di dunia ini dan masih dapat bertaubat dan beribadat kepada-Nya. Jadi, gunakanlah masa sebaik-baiknya, hidup di dunia hanya sementara, carilah pahala untuk akhirat nanti. Kita sekarang berada di dunia akhir zaman.

Selepas kedatangan Dajjal, dunia ini tidak lagi penuh dengan kemaksiatan. Hanya tinggal orang soleh dan benar-benar bertakwa kepada Allah sahaja. Jadi,fikir-fikirkanlah, adakah kita ini sebahagian daripada mereka?

Jika difikirkan kembali, alangkah baiknya kalau kita ini buta, pekak dan bisu. Kenapa?

Sesungguhnya orang-orang ini diberi kelebihan atau keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Orang yang buta tidak akan dapat berzina melalui mata kerana dia tidak akan nampak aurat-aurat yang didedahkan oleh orang-orang yang tidak menjaga auratnya.

Orang yang pekak dapat mengelakkan diri daripada zina telinga dan terjaga daripada mendengar perkara-perkara yang tidak baik.

Orang yang bisu dapat mengelakkan diri daripada menyebarkan fitnah,mengumpat,berzina melalui perkataan dan sebagainya.

Tapi, kita seharusnya bersyukur dengan pemberian Allah kepada kita pada hari ini, kerana kita dapat melihat dunia ciptaan Allah s.w.t yang indah ini.

Kita masih lagi dapat mendengar zikirullah, azan yang berkumandang dan sebagainya. Kita juga masih lagi dapat bercakap untuk menyebarkan dakwah serta membaca Al-Quran.

Jadi, butakanlah mata kita daripada melihat perkara-perkara yang mendatangkan zina atau dosa, bisukanlah suara kita daripada menyebarkan fitnah dan perkara-perkara yang tidak baik dilafazkan. Sesungguhnya orang yang menyebarkan fitnah seperti meratah daging saudara sendiri.

Pekakkanlah telinga kita daripada mendengar perkara-perkara yang tiada faedahnya dan dengarlah sesuatu yang mendatankan kecintaan kita kepada pencipta kita, Allah s.w.t.

Lakukanlah perkara-perkara yang memantapkan lagi iman kita.

Carilah "harta" iaitu pahala yang boleh dibawa ke akhirat. Jauhilah dosa dan maksiat.

Berdoalah kepada Allah s.w.t yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui akan setiap pekara di atas dunia ini. Bertaubatlah selagi kita masih diberi waktu oleh Allah. Carilah cinta Allah s.w.t, satu-satunya cinta abadi yang tiada penipuan, kecewaan dan kekal.
-Qr-

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...