balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

May 6, 2013

PRU . . .? Apa tu??

 tajuk tu over sangatt.. *sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa*

kalini nak cerita tentang benda HOT yang melanda negara kita sekarang. sapa tak tahu, mohon keluar dari negara ini sekarang! teghuk bebeno. -_-'

ok. jujurnya, sejak parlimen dah bubar bulan lalu, ana sangat tak minat nak tahu apekebenda pOlitik lituk ni bagai. serious tak kisah. tapi bila parti pembangkang, parti kerajaan sume duk buat kempen sana sini, mula rasa goyah, orang duk cakap pasal politik lituk, ana tak tahu ape benda. wohh! mana aci!  tapi still tak kisah time tu.

maka satu minggu pun berlalu dengan pelbagai peristiwa...

bila bukak fb, buka twitter, punya la banyak komen negatif dari parti sekian, dari parti sekian .. maki hamun, caci maki, huru hara. sume lengkap. pokoknya, dah jadi macam suatu benda yang SANGAT MENAKUTKAN . dari situ ana takut nak terima sebarang berita sebab time tu, ana memang langsung takda ilmu tentang politik . So,dari situ la timbulnya keinsafan yang membuak buak utk tahu sapa benar sapa salah. ye, memang susah nak dapatkan kesahihan sesuatu berita sebb sampai sekarang, ana yang baru sibuk nak tahu apa itu politik pun, keliru nak pcaye mana satu.

tapi satu la. kadang2, parti tu ditubuhkan atas niat yang suci murni sesuci embun pagi(?) , nampak la ketulusan nya untuk menegakkan Islam di Bumi Malaysia ni. tapi, peghangai ahli2 nya(tak semua, ini merujuk pada mereka2 yang aktif buat status yang errr.. kat fb), membuatkan parti tu cacat luarannya. and itu membuatkan ana malas nak kaji lagi dalam tentang parti tu. mula lah ana tinggalkan 'kajian' tntg parti tersebut. begitu jugak berlaku bila ana nak tambah penegtahuan tentang parti lain. last2 kat minda ni penuh tanda tanya yang tak terjawab. sebab bila makin nak tahu, makin banyak pulak carut mencarut caci maki yang terpaksa diucap di bibir ana yang jarang menyebut perkataan2 tersebut. sangat tak elok.

Tahun ni, buat kali pertama, ana dapat merasakan suasana pilihanraya yang sebenar. serious ni first time. kalau PRU lepas, mana ada gantung gantung bendera kat sekitar puncak Alam ni. ye, ada, tapi tak la sebanyak macam harini. gila lah. *takda gambar, terkilan la jugak*

Kebetulan, SKPA 2(tmpat mak ngajar) yang jd pusat ngundi kat Puncak Alam ni, kat jalan utama fasa 2. perghh lagi sesak -.-  tak penah mernah jalan tu sesak yang amatt.. 

lepas tu lepas tu lepas tu, petang tadi, mak suruh teman pi beli barang hantaran utk wedding Kak Nana 25/4/2013 nanti. ohhkayy.. bila lalu kat sekitar Meru, lagi la terkejut beruk. beruk pun malu tengok ana terkejut tadi -.- jalan sesak tu satu hal. boleh terima lagi la. sebab orang orangan nak pi ngundi kan. takpelah. tengah sedap kereta berhenti akibat sesak tu, tiba tiba ada satu kumpulan lelaki berbaju biru or BN raih undi dengan segala jadah bendera, poster and sepanduk kot nama dia kat tepi jalan belah kiri. bila toleh kanan, benda yang sama untuk PAS and a bit DAP. sebelah biru, sebelah hijau. riuh gila tadi.


"UNDI BN!!!"

"UNDI PAS!!" 

"UNDI bla bla bla.." 

"turun harga kereta!!" 

"hapus tol!" 

suara garau + semangat terlebih dorang tu membuat jantung ana tak sanggup nak stay kat dalam badan. bulu roma pun secara otomatiknya berdiri tegak seolah olah sedang menghormati lagu negaraku -.-

  
pastu mak bawak kereta laju laju supaya keluar dari lingkungan kebisingan terlampau dasyat tu. (terbaikk la mak! :D ) serious ana tak tahu pulak mereka ni sedasyat itu bila berkempen. ok. this is my very 1st time melalui pengalaman sebegini. maklum la. PRU lepas, ana form 3. lagi la tak amik kisah pasal politik negara ni. 



balik je dari shopping 4 jam, jalan raya yang sesak dengan manusia terpekik telolong + kereta serba banyak warna dan bendera hilang sekelip mata. sunyi. jalan bersih. langit cerah. seolah olah tiada apa yang berlaku pada negara harini. bila tengok jam. oh patutlaa.. dah pukul 6.10 petang. padanlah sepi je jalan. tadi kemain lagi.



*sebenarnya apa benda yang ana merepek dari tadi ni?  -.-  just menaip tanpa henti tentang apa yang dirasa nak taip malam ni.





*nak tengok Running Man! tapi keputusan PRU tak di umum secara rasmi lagi. -.- haihh!*




1 comment:

Halim Hj Yaakop said...

Patutnya seperti PRU yg lepas dah dpt tau siapa yg memerintah negara utk tempoh 5 tahun lg. Ini mcm ada perubahan kerajaan yg dah 55 tahun bkl pencen

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...