7 JENI$ cINt@
~~cinta disampaikan menerusi 7 pengertian yang berbeza dalam alQuran~~
Mana satukah bahtera yang bakal/sedang anda naiki untuk membawa anda dalam pelayaran kehidupan??Mana satu pilihan anda??
CINTA al-maWadDaH
Cinta al-maWadDaH adalah jenis cinta menggebu-gebu, membara, dan mekar.Orang yang memiliki jenis cinta ini mahu selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya.Ia ingin memonopoli cintanya dan hampir tidak boleh melihat cinta yang lain.Kebiasaannya,Cinta ini adalah cinta antara suami isteri yang baru berkahwin atau cinta seorang hamba yang soleh kepada Allah Yang Esa.Sentiasa akrab dan intim..
CINTA ar-RaHmaH
Cinta al-maWadDaH dan Cinta ar-RaHmaH dipetik daripada surah ar-Rum ayat 21;Cinta ar-RaHmaH adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, sedia berkorban[cam penulis] :) dan sedia melindungi.orang yang memiliki jenis cinta ini lebih mementingkan orang yang dicintainya berbanding diri sendiri.Baginya yang penting adalah kebahagiaan kekasih meskipun untuk itu dia harus menderita.Dia sangat maklum akan kekurangan kekasihnya dia selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.
mafhumnya: dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenis kamu sendiri(manusia) supaya kamu lebih cenderung dan merasa kepadanya dan menjadikanNya antaramu rasa kasih sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yang berfikir
CINTA KuLFah
Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud;Cinta kulfah adalah jenis perasaan cinta yang disertai kesedaran mendididk kepada hal2 yang positif meskipun sulit seperti orang tua menyuruh anaknya menyapu dan membersihkan kamar sendiri [sambil aku tulis ni,trase lak aku!huw ~T__T~ ].Menerusi didikan itu akan lahir pekerja yang rajin dan berdikar [cam aku] -kidDinG- Jenis conta ini diseBut dalam alQuran ketika menyatakan bahawa Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya dan bertujuan mendidiknya agar menjadi orang yang mandiri.
Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya
CINTA aL-MaILu
Cinta aL-MaILu adalah jenis cinta yang bermusim dan tidak keruan.Ia berlaku dalamsituasi tertentu yang melibatkan pihak kedua @ ketiga.Sifat cinta ini adalh sementara membara, sehingga tertimbus seluruh perhatian terhadap hal-hal lain.Cinta jenis ini di dalam alQuran disebut dalam konteks berpoligami di mana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail),lebih cenderong mengabaikan kepada yang lama.
Hal ini dipetik dari Surah An-Nisa ayat 129:
mafhumnya: Dan pastilah kamu tidak akan mampu berlaku adil antara isteri2 kamu sekalipun kamu berusaha dengan bersungguh2,maka jangan pula kamu cenderung seorang daripadanya (yang kamu cintai) dengan sepenuh kecontaan dan meninggalkan yang lain tergantung sendirian..
CINTA aSy-$YaGhaF
Cinta aSy-$YaGhaF adalah jenis cinta yang sangat mendalam, membuta tuli dan memabukkan[Ya Allah,jauhkanlah umat Islam daripada cinta aSy-$YaGhaF,Ya Allah...].Orang yang diserang cinta ini menjadi seperti orang yang lupa diri, hampir2 tidak menyedari apa yang dilakukan. AlQuran ada menggunakan perumpamaan cinta ini ketika mengisahkan cinta zulaikha untuk berbuat zina dengan anak angkatnya,Nabi Yusuf.Tetapi Allah menyelamatkan Nabi Yusuf daripada godaan ibu angkatnya itu.sebagaimana merujuk surah Yusuf ayat 30:
Mafhumnya: Berkata sekumpulan perempuan di bandar itu bahawa,"Sesungguhnya isteri raja telah menggoda anak bujangnya dengan dirinya sendiri.Dia telah terkena kemabukan cinta,kami melihatnya(isteri raja) berada dalam kesesatan yang nyata"
CINTA Ra'FaH
Cinta Ra'FaH adalah jenis cinta yang menimbulkan rasa kasih sayang yang dalam sehingga mengalahkan norma2 kebenaran.Misalnya ibu bapa yang kasihan kepada anaknyasehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat sUbUh dan membelanya meskipun salah [haish! troknyew~] Suami yang kasih kepada isteri sehingga sanggup membiarkan isteri berbuat dosa.[Dayu$!] AlQuran menyebut conta ini ketika mengingatkan manusia agr janganlah cinta Ra'FaH menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah,dalam hal ini menjurus dalam hukuman bagi PENZINA [jgn men2! ni hukum Allah].Sebagaimana merujuk kepada Surah An-NuR ayat 2;
Mafhumnya: Penzina wanita dan lelaki itu wajib disebat 100 sebatan dan jangan pula kamu berasa belas kasihan terhadap keduanya dalam melaksanakan agama Allah sekiranya kamu benar2 beriman kepada Allah dan Hari Akhirat
CINTA sH0bWah
Cinta sH0bWah adalah jenis cinta shaHwat yang buta dan cinta yang mendorong perilaku terjebak tanpa sanggup mengelak.AlQuran menyebut perumpamaan ini ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaikha yang setiap hari menggodanya hinggakan Nabi Yusuf meminta supaya dipenjarakan kerana jika tidak,ditakuti lama kelamaan Nabi Yusuf akan tergelincir dalam perbuatan bodoh[ subhanallah! ]. Sebagaimana merujuk Surah Yusuf ayat 33:
Mafhumnya:
Wahai Tuhanku,penjaraitu lebih aku cinta kepada apa yangdiserukan oleh (zulaikha) atas diriku kepada perbuatan itu(zina)jika Engkau tidak hindarkan akku daripada ajakan mereka pasti aku akan terjebak ke dalamnya dan termasuk dalam kalangan orang yang bodoh..
Aku mencintaimu kerana
agama yang ada padamu,
jika engkau hilangkan
agama dalam dirimu,
maka hilanglah
cintaku terhadapmu
(iMaM NaWawI)
-QiS-
No comments:
Post a Comment