balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

May 15, 2013

bangkit



memang sakit bila dibuang
seolah olah kita tiada nilainya
bukan aku yang pinta 
bukan aku yang mula
bukan aku yang mengada
untuk bercinta sebelum tiba masa
hati mana yang tak terkesima
bila
dia yang mulakan tutur bicara
dia juga yang mengakhirkan semua
 satu saat saja


ye, itu dulu... 
siapa kata aku tak cuba bangit
siapa kata tak sakit
siapa kata tak perit
siapa kata aku tak usaha buang semua tu
siapa kata aku tak cuba
tapi siapa yang ada tika itu?



memang tiada guna
mengenang semula
tapi, kau hadir di bayangan mata,
nama kau meniti di bibir
dalam setiap doa aku
bukan kerana mengada
bukan kerana cinta
cuma aku masih terasa 
kau terlalu istimewa
ya
walaupun aku yang terluka
untuk kesekian kalinya


aku hanya ingin kurangkan beban
kerana aku tahu dan sangat tahu
aku tak mampu membuang segala
namun,
coretan ini bukan untuk dia,
coretan ini bukan untuk dia,
coretan ini, bukan untuk dia..



untuk apa dia peduli
sedangkan aku terkapai seorang di sini
perlu apa dia tahu
pentingkah hal kecil ini pada dia ?



pernah terdetik di hati
jika dia ingin kembali
adakah mungkin aku terimanya kembali?
atau mungkin tidak
ah !
tak usah fikir benda yang mustahil



ya, aku tahu dan aku sedar
aku kena bangkit segera
aku kena redha dengan ketetapan Tuhan
mencari cinta Illahi penting dari segalanya
sebenarnya, i'm fine
cuma tu lah
rimas 
penat
terkilan
tatkala kau muncul di minda tiba tiba
bukan sebab benci
aku tak pernah membenci
tapi sebab nanti
luka lama berdarah kembali
ya, walau hanya nama yang meniti 


Tuhan, tolong beri kekuatan pada aku
untuk aku hilangkan perit di hati
yang terbungkam kesekian kali
yang perlu segera mencari cinta Illahi
yang perlu segera bangkit kembali
walau akan jatuh semula nanti


Tuhan, tolong beri kekuatan
 pada aku
pada hati yang rapuh ini
untuk ia kental kembali 
seperti sebelum aku kenal dia
seperti sebelum segalanya bermula


amazing isn't ? aku berjaya coretkan hanya kerna kenangan kamu yang mengganggu sesaat tadi. ya. aku berjaya hasilkan benda merepek ni selama 10 minit~ phewwww ! 

No comments:

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...