balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

May 13, 2013

Ikramah Bin Abu Jahal


Bismillah.. Assalamualaikum warahmatullah :)

 awak kenal siapa itu Ikramah Bin Abu Jahal? jom baca petikan bawah ni :



Islam menyaksikan kelahiran banyak tokoh-tokoh terkemuka. Diantaranya yang hebat adalah Ikramah bin Abu Jahal. Ikramah Bin Abu Jahal ialah seorang pemuda yang pada awalnya sangat menentang Islam. Akhirnya menjadi seorang pembela Islam yang tegar. Ikramah merupakan seorang pemuda Quraisy yang gagah berani. Beliau lahir dari keturunan bangsawan Quraisy serta mahir menunggang kuda. Pada awalnya,Ikramah Bin Abu Jahal menolak dakwah Islam karena terpengaruh dengan sikap ayahnya iaitu Abu Jahal yang menentang Islam. Dengan dorongan yang kuat dari ayahnya iaitu menentang Islam,beliau juga sangat memusuhi Rasulullah SAW dan menyiksa umat Islam yang lain.Perang Badar menyaksikan Ikramah menjadi sayap kanan ayahnya.Namun,Abu Jahal iaitu ayahnya terbunuh dalam peperangan tersebut.Tambah malang lagi ayahnya mati disaksikan sendiri oleh Ikramah.Namun ia tidak mampu berbuat apa-apa kerana mau menyelamatkan diri sendiri, Sejak kematian ayahnya itu, kebenciannya pada Islam semakin menebal & Ikramah juga ingin membalas dendam atas kematian ayahnya itu. Dalam beberapa peperangan melawan kaum muslimin, Ikramah Bin Abu Jahal adalah antara mereka-meraka yang berada dibarisan hadapan.Perang Uhud menyaksikan Ikramah menjadi sayap kiri pasukan Quraisy manakala Khalid al-Walid menjadi sayap kanan memimpin pasukan berkuda. Perang Khandak menyaksikan beliau antara yang semangat ingin memecah banteng pertahanan tentera Islam Madinah pada masa itu. Setiap hari beliau berpusing sekitar parit untuk mencari jalan hendak menembusi Madinah.Ketika pembukaan kota Mekah berlangsung. .Ikramah mengambil keputusan melawan tentera Islam dengan mengumpulkan pengikutnya untuk menyerbu tentera Islam yang masuk ke Mekah. Beliau terkejut melihat Khalid al-Walid yang menyerbunya namun beliau tetap tekad untuk melawan Islam.Akhirnya tentaranya tewas.Ikrimah sempat melarikan diri dari dibunuh.Beliau merasa menyesal pada masa itu & melarikan diri ke Yaman.Ummu Hakim,isteri Ikramah sangat bimbang akan keadaan suaminya. Beliau kemudian mendapat tahu bahawa suaminya berada di Yaman.  Isteri Ikramah ditemani pembantunya, seorang yang berbangsa Rom, untuk menemaninya sampai ke Yaman. Namun begitu, dalam perjalanan,pembantunya itu merayu agar berbuat maksiat denganya.Tetapi Ummu Hakim sangat setia pada suaminya itu. Ummu Hakim menolak permintaanya & menanganinya dengan amat bijaksana.Hingga mereka akhirnya boleh meneruskan perjalanan seperti biasa. Sesampainya mereka di perkampungan Arab,Ummu Hakim segera meminta tolong kepada penduduk disitu & menyatakan niat jahat pembantunya itu. Pembantunya itu akhirnya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung & akhirnya dapatlah Ummu Hakim meneruskan perjalanannya dengan aman. Akhirnya Ummu Hakim bertemu dengan suaminya iaitu Ikramah di Pantai Laut Merah. Mereka berpeluk kegembiraan. Ummu Hakim meminta suaminya untuk pulang bersamanya ke Mekah.Sambil menyatakan Rasulullah sudah mengampunkan kesalahannya itu. Ikramah dgn senang hati ikut isterinya pulang ke Mekah.Dalam perjalanan pulang, Ummu Hakim menceritakan perihal pembantunya pada Ikramah. Mereka singgah di perkampungan Arab tersebut,Ikramah terlalu marah dengan pembantunya itu & mengambil keputusan membunuh pembantunya .Mereka seterusnya meneruskan perjalanan ke Mekah.Kedatangan Ikrimah dan isterinya disambut oleh Rasulullah dan para sahabat. Mereka seolah-olah sudah dapat menduga kedatangan Ikramah ke Mekah. Baginda Rasulullah gembira dengan kedatangan Ikramah tersebut. Dihadapan baginda,Ikramah mengucap 2 kalimah syahadah.Ikramah berjanji akan mengubah perangainya & bersedia membela Islam dngan tangannya. Ikramah mahu bertaubat dan menebus kesilapannya yang dulu,akhirnya beliau menjadi pejuang Islam. Ikramah menepati kata-katanya.Kalau dulu hidup & matinya melawan Islam,kini beliau berjuang habis2an mempertahankan kalimat tauhid Islam. Perang Yarmuk menyaksikan tentera Islam diserang bertubi-tubi oleh tentera Rom. Ikramah kemudian mara kehadapan menyerang tentera Rom. Ikramah kemudian mara kehadapan menyerang tentera Rom yang sedang menggila. Beliau menghalau pasukan musuh yang sedang mara kehadapan. Akhirnya, beliau gugur terkorban dalam peperangan tersebut. Meskipun sedemikian, tentera Islam berjaya mendapat kemenangan yang gemilang. Itulah kisah salah 1 pejuang Islam iaitu Ikramah Bin Abu Jahal yg dulu menentang Islam kemudian bertaubat & mati shahid mempertahankan Islam. MashaAllah,moga kisah tadi memberi kita tauladan.Sesungguhnya pintu taubat itu masih terbuka luas untuk kembali kepadaNya.Assalamualaikum.

*nota Usrah kat twitter 13 Mei 2013*

No comments:

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...