balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

May 16, 2013

Daun Pandan, Daun Kunyit

ehem. 
bismillahirrahmanirrahim


ada kisah di sebalik dua benda tu.

*kembali ke zaman kanak-kanak*

situasi 1 : Masak masak kat dapur
time tu umur ana berapa tahun ea.. erm, lebih kurang darjah 2-3 macam tu la. tak ingat sangat. time tu still duduk kat Rawang. taman Garing Jaya, Rawang. pheww nasib baik ingat. nak alamat? senang je, No 108, jalan Taman Garing Jaya, Rawang :3 rumah tu dah kena sewa kat foreigner dah. ok lari tajuk lagi -.-'' 

macam biasa lah, dah nama perempuan, kena la tolong mak masak kat dapor. memang sebenarnya dulu time kecik2 tu ana memang lansung tak minat nak masak2 ni. selalunya, tiap petang, mak akan masak. so, ana dengan macam2 alasan, taknak tolong mak masak. pernah satu hari tu, ana curik2 keluar main basikal ngan adik and with my next door buddy, Yasmin. ok. bukan pernah satu kali, tapi banyak kali. jadi apa kena mengenanya dengan daun pandan and daun kunyit?

bila mak masak kat dapur, mesti mak suruh me and only me yang pi amik daun kunyit tu kalau masak kerang rebus. and here comes the biggest fear of my life. time tu la. kalau boleh ana nak cakap, "makkk.. suruh la kakak pulak, asyik syira je " but i couldn't. sebenarnya, otak ni amnesia bila mak suruh petik daun tu sebab ...

ana tak tahu mana satu, apa rupa bentuk daun kunyit tu. ye, walaupun banyak kali mak cakap, daun kunyit ruPanya macam ni :



tapi tu la. tak tahu kenapa, ana akan lupa mana satu daun kunyit, mana satu daun pandan -.- selalu je tertukar. mak suruh amik daun pandan, ana pi amik daun kunyit. macam tu lah, and ofkoz la, mak marah bila tersalah amik. bukannya boleh sambung balik. bazir je. lepas tu bila dah pindah Puncak Alam, umur 11 tahun, ana dah pandai differentiate dah. satu je cara nya. daun kuyit bila koyak, akan ada bau familiar ngan bau bila kerang direbus. err tak tahu la orang lain, tapi bau tu memang familiar lah. (ok. tak paham ea? abaikan) oleh itu, time tu ana panggil daun tu, daunkerang untuk mengelakkan tersalah ambil. hahahh.. :3

bukan apa, tiba-tiba teringat pulak ke-bengong-an masa kecik dulu pasal benda ni bila mak suruh amik daun kunyit kat luar tadi. ehehh
 and of kos la tak salah amik. 

pengajarannya kat sini : tanam la pokok sekeliling rumah supaya dapat menghijaukan bumi. ehh? :P

Kalam Allah (1)


“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura, ayat 30.

May 15, 2013

Tiga perkara

karoke
teringin nak berkaroke macam kawan kawan laki buat. sebenarnya dari kecik lagi aku teringin nak buat semua yang lelaki boleh buat. kalau kawan lelaki (kat sekolah) main longkang, aku join dorang. dorang main kejar kejar, aku yang volunteer nak kejar. dorang main tangkap belalang, akua yang pakai kain sekolah ni pulak yang terkinja kinja carik belalang sama sama dorang. teghuk bebeno. sampai macam tu sekali kan? mengapa ini terjadi? sebab aku teringin nak ada abang kandung dari kecik? mungkinnn lah. eh, apa aku melalut ni? ok. perkara sebenarnya, aku nak cakap, aku teringin nak berkaroke macam yang orang lain buat. kadang kadang erm..bukan kadang kadang, tapi pernah la jugak dua tiga kali hati gedik terdetik, nak pi karoke. tak tahu kenapa. pengaruh rakan sebaya? mungkinnn.. tapi aku tahu, aku pmpuan, tak manis kalau melalak menyanyi nyanyi kat pusat karoke yang konfem konfem ada bukan mahram aku. kot dia tergoda suara aku yang merdu ni nanti, macam mana :3 itu perkara kedua.perkara pertama ialah malu. memang tak la aku nak pi karokss yang mana boleh menjatuhkan maruah aku.pada aku la. 



Menari tarian melayu
erm, sebenarnya malu nak ngaku. tapi tengah semangat nak belogging ni, aku turutkan saja. dari dulu aku ni memang jiwa melayu. lagu pertama, seingat aku lah, lagu norhaliza idris. lepas tu muncul pulak siti nurhaliza. memang aku minat sangat siti. pada awalnya bukan sebab suara walaupun suara dia best. mantap. tapi sebab utama aku suka sebab dia mengetengahkan lagu tradisional. dengan tariannya lagi. piwwiit! cun.. memang aku suka gila la time tu. kalau ada video dia kat tv (time tu tak kenal apa itu internet, youtube, hanya kenal tv), mesti aku menari sekali. tapi guna tangan je la. kalau ngan kaki skali, maunya mak aku tutup tv sebab mak ingat aku dah kena rasuk. LOL
masuk alam sekolah menengah, di aman aku kenal dengan Tonah and Nana yang memang masuk kelab seni budaya, memang aku membuak buak nak join, tapi aku segannnn ! aku takut atas pentas sebenarnya. untuk tak terkilan, i just watched them performing tarian melayu yang awwww sangat sweet .. aku hanya tersenyum. akhirnya aku ngaku kalah dan mengatakan aku takda bakat.


main piano
warghh ! yang ni memang boleh gila jadinya. aku tak tahu dari mana dan sejak bila, tapi yang pasti memang dah lamaaaaa yang amat aku teringin nak belajar piano. time lepas SPM yakni dua tahun sudah, aku ada try carik kelas ngajo piano sekitar puncak alam, tapi memang menghampakan. nak carik luar puncaks, takut ayah tak bagi or even susahkan ayah nak pi hantar pulak. kalau bab tarian melayu tu aku give up, yang ni memang tak aku nak give up. cuma tu lah, peluang dan ruang tiada. tapi memang aku nak sangat sangat, 

sapa bagi aku piano time birthday nanti, memang aku sayang dia ketat ketat. yang simple pun jadi la. (ceyh, demand pulak)

(kenapa enty kalini guna aku ni? pelik bebeno.. mungkin sebab entry yang ni kot)

bangkit



memang sakit bila dibuang
seolah olah kita tiada nilainya
bukan aku yang pinta 
bukan aku yang mula
bukan aku yang mengada
untuk bercinta sebelum tiba masa
hati mana yang tak terkesima
bila
dia yang mulakan tutur bicara
dia juga yang mengakhirkan semua
 satu saat saja


ye, itu dulu... 
siapa kata aku tak cuba bangit
siapa kata tak sakit
siapa kata tak perit
siapa kata aku tak usaha buang semua tu
siapa kata aku tak cuba
tapi siapa yang ada tika itu?



memang tiada guna
mengenang semula
tapi, kau hadir di bayangan mata,
nama kau meniti di bibir
dalam setiap doa aku
bukan kerana mengada
bukan kerana cinta
cuma aku masih terasa 
kau terlalu istimewa
ya
walaupun aku yang terluka
untuk kesekian kalinya


aku hanya ingin kurangkan beban
kerana aku tahu dan sangat tahu
aku tak mampu membuang segala
namun,
coretan ini bukan untuk dia,
coretan ini bukan untuk dia,
coretan ini, bukan untuk dia..



untuk apa dia peduli
sedangkan aku terkapai seorang di sini
perlu apa dia tahu
pentingkah hal kecil ini pada dia ?



pernah terdetik di hati
jika dia ingin kembali
adakah mungkin aku terimanya kembali?
atau mungkin tidak
ah !
tak usah fikir benda yang mustahil



ya, aku tahu dan aku sedar
aku kena bangkit segera
aku kena redha dengan ketetapan Tuhan
mencari cinta Illahi penting dari segalanya
sebenarnya, i'm fine
cuma tu lah
rimas 
penat
terkilan
tatkala kau muncul di minda tiba tiba
bukan sebab benci
aku tak pernah membenci
tapi sebab nanti
luka lama berdarah kembali
ya, walau hanya nama yang meniti 


Tuhan, tolong beri kekuatan pada aku
untuk aku hilangkan perit di hati
yang terbungkam kesekian kali
yang perlu segera mencari cinta Illahi
yang perlu segera bangkit kembali
walau akan jatuh semula nanti


Tuhan, tolong beri kekuatan
 pada aku
pada hati yang rapuh ini
untuk ia kental kembali 
seperti sebelum aku kenal dia
seperti sebelum segalanya bermula


amazing isn't ? aku berjaya coretkan hanya kerna kenangan kamu yang mengganggu sesaat tadi. ya. aku berjaya hasilkan benda merepek ni selama 10 minit~ phewwww ! 

May 13, 2013

Ikramah Bin Abu Jahal


Bismillah.. Assalamualaikum warahmatullah :)

 awak kenal siapa itu Ikramah Bin Abu Jahal? jom baca petikan bawah ni :



Islam menyaksikan kelahiran banyak tokoh-tokoh terkemuka. Diantaranya yang hebat adalah Ikramah bin Abu Jahal. Ikramah Bin Abu Jahal ialah seorang pemuda yang pada awalnya sangat menentang Islam. Akhirnya menjadi seorang pembela Islam yang tegar. Ikramah merupakan seorang pemuda Quraisy yang gagah berani. Beliau lahir dari keturunan bangsawan Quraisy serta mahir menunggang kuda. Pada awalnya,Ikramah Bin Abu Jahal menolak dakwah Islam karena terpengaruh dengan sikap ayahnya iaitu Abu Jahal yang menentang Islam. Dengan dorongan yang kuat dari ayahnya iaitu menentang Islam,beliau juga sangat memusuhi Rasulullah SAW dan menyiksa umat Islam yang lain.Perang Badar menyaksikan Ikramah menjadi sayap kanan ayahnya.Namun,Abu Jahal iaitu ayahnya terbunuh dalam peperangan tersebut.Tambah malang lagi ayahnya mati disaksikan sendiri oleh Ikramah.Namun ia tidak mampu berbuat apa-apa kerana mau menyelamatkan diri sendiri, Sejak kematian ayahnya itu, kebenciannya pada Islam semakin menebal & Ikramah juga ingin membalas dendam atas kematian ayahnya itu. Dalam beberapa peperangan melawan kaum muslimin, Ikramah Bin Abu Jahal adalah antara mereka-meraka yang berada dibarisan hadapan.Perang Uhud menyaksikan Ikramah menjadi sayap kiri pasukan Quraisy manakala Khalid al-Walid menjadi sayap kanan memimpin pasukan berkuda. Perang Khandak menyaksikan beliau antara yang semangat ingin memecah banteng pertahanan tentera Islam Madinah pada masa itu. Setiap hari beliau berpusing sekitar parit untuk mencari jalan hendak menembusi Madinah.Ketika pembukaan kota Mekah berlangsung. .Ikramah mengambil keputusan melawan tentera Islam dengan mengumpulkan pengikutnya untuk menyerbu tentera Islam yang masuk ke Mekah. Beliau terkejut melihat Khalid al-Walid yang menyerbunya namun beliau tetap tekad untuk melawan Islam.Akhirnya tentaranya tewas.Ikrimah sempat melarikan diri dari dibunuh.Beliau merasa menyesal pada masa itu & melarikan diri ke Yaman.Ummu Hakim,isteri Ikramah sangat bimbang akan keadaan suaminya. Beliau kemudian mendapat tahu bahawa suaminya berada di Yaman.  Isteri Ikramah ditemani pembantunya, seorang yang berbangsa Rom, untuk menemaninya sampai ke Yaman. Namun begitu, dalam perjalanan,pembantunya itu merayu agar berbuat maksiat denganya.Tetapi Ummu Hakim sangat setia pada suaminya itu. Ummu Hakim menolak permintaanya & menanganinya dengan amat bijaksana.Hingga mereka akhirnya boleh meneruskan perjalanan seperti biasa. Sesampainya mereka di perkampungan Arab,Ummu Hakim segera meminta tolong kepada penduduk disitu & menyatakan niat jahat pembantunya itu. Pembantunya itu akhirnya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung & akhirnya dapatlah Ummu Hakim meneruskan perjalanannya dengan aman. Akhirnya Ummu Hakim bertemu dengan suaminya iaitu Ikramah di Pantai Laut Merah. Mereka berpeluk kegembiraan. Ummu Hakim meminta suaminya untuk pulang bersamanya ke Mekah.Sambil menyatakan Rasulullah sudah mengampunkan kesalahannya itu. Ikramah dgn senang hati ikut isterinya pulang ke Mekah.Dalam perjalanan pulang, Ummu Hakim menceritakan perihal pembantunya pada Ikramah. Mereka singgah di perkampungan Arab tersebut,Ikramah terlalu marah dengan pembantunya itu & mengambil keputusan membunuh pembantunya .Mereka seterusnya meneruskan perjalanan ke Mekah.Kedatangan Ikrimah dan isterinya disambut oleh Rasulullah dan para sahabat. Mereka seolah-olah sudah dapat menduga kedatangan Ikramah ke Mekah. Baginda Rasulullah gembira dengan kedatangan Ikramah tersebut. Dihadapan baginda,Ikramah mengucap 2 kalimah syahadah.Ikramah berjanji akan mengubah perangainya & bersedia membela Islam dngan tangannya. Ikramah mahu bertaubat dan menebus kesilapannya yang dulu,akhirnya beliau menjadi pejuang Islam. Ikramah menepati kata-katanya.Kalau dulu hidup & matinya melawan Islam,kini beliau berjuang habis2an mempertahankan kalimat tauhid Islam. Perang Yarmuk menyaksikan tentera Islam diserang bertubi-tubi oleh tentera Rom. Ikramah kemudian mara kehadapan menyerang tentera Rom. Ikramah kemudian mara kehadapan menyerang tentera Rom yang sedang menggila. Beliau menghalau pasukan musuh yang sedang mara kehadapan. Akhirnya, beliau gugur terkorban dalam peperangan tersebut. Meskipun sedemikian, tentera Islam berjaya mendapat kemenangan yang gemilang. Itulah kisah salah 1 pejuang Islam iaitu Ikramah Bin Abu Jahal yg dulu menentang Islam kemudian bertaubat & mati shahid mempertahankan Islam. MashaAllah,moga kisah tadi memberi kita tauladan.Sesungguhnya pintu taubat itu masih terbuka luas untuk kembali kepadaNya.Assalamualaikum.

*nota Usrah kat twitter 13 Mei 2013*

syukur, sudah pulih

Bismillah..


alhamdulillah, hari ni dah sihat sepenuhnya setelah erm, jap, nak kira. . .  oh ok. 5 hari ana demam teruk.. 


Ubat batuk (cecair), antibiotik, ubat selesema (yang kecik seciput tu) dengan paracetamol

walaupun takda motif, saje nak tunjuk ubat yang terpaksa ana makan selama lima hari. ubat paling tak feveret, yang pil yang gedabak besar tu.. doktor kata tu antibiotik. and 2 kali sehari kena makan. tapi walaupun paling tak feveret, tu mudah nak telan, banding ngan paracetamol yang belah kanan, pil bulat bulat tu. nampak macam senang telan kan? ouhh anda silap. tu la paling susah nak masuk ke tekak. bila masuk, dia nak keluar balik. memang dua gelas air la minum semata mata nak telan sebijik paracetamol tu =.= sabo je la haii


btw, semua ni bukan my ubat. tu ubat ayah. ayah pun sakit jugak. demam jugak macam  ana. malas betoi ni pi klinik. so, ayah kata, makan je la ubat ayah ni. haha. ok :)


tapi penyiksaan mana yang tak berakhir kan? :) alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.. harini ana dah boleh buat kerja2 rumah like normal walaupun hidung srottt srettt srott srettt... selama 5 hari demam, memang banyak yang amat tisu terpaksa dibazirkan. huhu. ini adalah untuk memastikan keselesaan hidung. heeee


tadi time tengok dashboard, baru perasan. woahhh ok. ok. dah 2 minggu tak update blog. kesiannn blog. sorry ea cayang. ai demam. u la. tak hantar ai pi klinik sapa suruh, kan ai dah tinggal kan u. ok dah, jangan merajuk lagi ye, ai dah balik kat u ni. suke tak?


-.-


haritu, yakni hari jumaat, rasa dah sembuh dah, suhu badan pun kurang. malam tu punya la excited crita tntang wedding firnash yang bakal diadakan esoknya. sepanjang malam tu rancang2 bagai. nak naik kereta sapa, brapa org, amik kat mana.. ana punya la excited, kata, kalau nana tak dapat drive, biar saya drive sbb igt kan dah ok. 

bagun pagi2 hari sabtu tu, tiba2 takda suara. batuk pun kuat amat. bagai satu puncak alam boleh dengar ana batuk. k over -.-  tapi betul la.. bila batuknya kuat, mula la sakit tekak. ana  dah risau, macam mana nak drive nanti.. so, i decided nak tidur SEKEJAP. masa tu tengok jam, pukul 8 lebih. igt nak bangun pukul 9 ke plg2 pun pkul 10 la paling lewat.

*bangun tidur*
terus tengok jam. whattt!? pukul 11 dua minit ! woahhh! punya la gelabah. baju tak carik lagi, even tak pikir pun nak pakai mana satu. dah la baju kurung penuh satu lemari. tu satu. nak carik tudung, nak cari keronsang.. warghh! teghuih lari tak cukup tanah nak pi carik baju sume. 

sampai je kat bilik, "aduhh nak pakai baju apa ni... baju apa ni" sambil tolak baju yang taknak pakai.  tengok jam balik. warghh! dah 11 setengah! ah. amik je la baju ni. kaler merah? tak kisahla. asalkan selesa. ingtkan nak pakai selendang hitam, tapi bila memikirkan keadaan diri yang tak berapa sihat + cuaca panas terik, terus tak jadi. terus pi kat almari mak, pinjam tudung mak. muwehehee

*detail gila kau cerita. kenapa panjang sangat nak cerita ni?*

hehe.. sori2~
 dipendekkan cerita, ana, Daus, Nana, Sara ngan Abel pi la terkedek kedek ke wedding firnash (firdaus & Nas amirah). and satu yang ana perasan. baju ktorang (me, daus and Nana) sama merah! tak rancang pun snanye. haha.. seronok! beronok ronok!


dari kiri : sarah, firdaus,nas amirah,nana, tak tahu sapa budak sesat ni

SUMBER

lagi excited, bila warna temanya pink. takde la lari sangat tema nya kalau baju merah kann.. haha.. seronok. time wedding tu, memang ramai la kenalan skolah. dah rasa macam reunion satu sekolah dah, cikgu2 ada, senior2 skolah ada, junior2 skolah ada.. 

tapi sayang... Tonah tak dapat datang sebab dia kerja kat petrosains. yes, eventhough weekend :( daus pun takda dalam gambar ni sebab dia kena balik cepat.


eh, lari topik pulak -.- tapi, pokok pangkalnya, ana sangat gembira. for everything. alhamdulillah Allah. terima kasih Pencipta ku :')

May 8, 2013

tika hatinya terluka

*just wanna share one of the fb's status by faizin*

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan
menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat
perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya
terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk
hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus
tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada
hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti
kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh
hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga
perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan
orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong
orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi
orang disekelilingnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan
dirinya tetap menjadi MUSLIMAH…

● Tabahkanlah HATIMU duhai MUSLIMAH disaat dirimu TERLUKA..Anggaplah ujian sebagai ANUGERAH TERINDAH darinya..kerana Dia ingin senantiasa dekat dengan dirimu..InsyaAllah,Allah senantiasa bersama2 denganmu ~ ♥

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...