balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

January 7, 2011

CinT@...4

sambungan dr CiNt@...3

MeMa$@Ng k0mPa$ CiNt@
 
 
kompas itu berfungsi menggunakan jarum magnet.Tanpa sempadan magnet,kompas tidak akan wujud.Begitu juga dalam kehidupn,anda perlu mewujudkan medan magnet yang sahih dalam kehidupan anda tidak tersasar.[ kdg2 aku rse blog aku ni jd cam tmpat aku ceramah lak! ^__^ ,start tules je,ayat cam apew je~].
Untuk memasang kompas cinta seharusnya magnet itu diperjelas ciri2 nya supaya mampu menunjukkan arah kiblat yang betul.
Ada 3 jenis magnet yang perlu diketahui ciri2 nya sebelum ia menjadi kompas;
  1. MagnEt KaRi$ma
  2. MaGnet NyaH ZiNa
  3. MagNet BaHagIa
Mengapa 'magnet' dipilih??kerana nama magnet itu sendiri yang membawa sifat saling menarik..Oleh itu, [ceyh~ baku nye bhse!] sentiasa berada dalam ingatan anda. Apabila magnet itu telah terpasang kemas di dalam minda,barulah ia akan memberi kesan dan perubahan dalam jiwa setiap kamu yang baca...
[ nk rehat kn mate,,,huish~skt mate aku.. ]
[ bersambung... ]
-QiS-

CiNt@...3

sambungan dari CiNt@....2

Pernah seorang Mahasiswa bertanya melalui 'SmS'."bolehkah saya berkawan dengan seorang muslimah demi ukhuwah fillah?",,"wujudkah couple islamik?saling berhubung sekadar $m$ tetapi tidak pernah bersua atau berdua-duaan.Adakah dibenarkan syarak?"..Hal2 ini sering ditanyakan oleh remaja yang mahu mencari hubungan teruna dan dara yang selamat dari doSa.Kebanyakan yang bertanya soalan ini jika dijawab,"couple adalah SaLaH di sisi syarak" mereka akan bertanya lagi,"Benarkah?apa dalilnya?Mana hujahnya?"Maka perbincangan itu akan menjadi panjang lebar.Kadang kala masa membatasi untuk huraian terperinci.
Pertamanya anda harus memahami apa yang dimaksudkan dengan couple.Apabila seseorang menjalinkan hubungan dengan wanita asing yang bukan isternya,maka itu dianggap sebagai couple.[ Begitu juga sebaliknya ]. Couple biasanya diistilahkan kepada sebarang jenis hubungan percintaan  dengan yang BUKAN MUHRIM & TIDAK MENERUSI AKAD NIKAH SAH.
Pasangan yang bercoupletidak menghiraukan halal haram,malah amat cenderung untuk melakukan zina Maka hubungan ini sudah terang lagi bersuluh bahawa ia adalah haram dan boleh menjerumuskan diri dalam dosa zina.
Ukhuwah Fillah pula bagaimana?Atau melayunya,bagaimana hubungan persaudaraan kerana Allah dijalinkan?Ukhuwah Fillahdapat ditafsirkan sebagai sebuah persaudaran yang dibina kerana mahu mencapai keRaedHaan Allah SWTIa mengikut batasan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dan TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARAK.Mereka yang bersausara kerana Allah amat cenderung berbuat kebajikan.Mereka amat menitik beratkan soal halal haram dosa dan pahala.Mereka adalah orang2 yang berbuat baik kepada sahabat2 mereka.Mereka sangat takut kepada dosa..

UKHUWAH FILLAH SEBELUM NIKAH 
UNTUNG ATAU SIA-SIA?
Sebahagian remaja yang bercinta dengan pasangan yang bukan muhrim tetap merasakan bahawa mereka bersahabat kerana Allah SWT.Mereka mengatakan bahawa mereka tidak berhubung melainkan jika ada perkaran penting sahaja.Meraka tidak pernah bersua dan tidak pernah keluar bedua-duaan.Mereka tidak melakukan perkaran yang haram atau melanggar syarak..

  Andaikan sahaja seorang remaja memberitahu,
"bolehkah saya menjalinkan hubunagn Ukhuwah Fillah  dengan seorang muslimat?Saya hanya menulis mesej apabila perlu sahaja.Saya tidak pernah bertemu dengan nya atau bercakap perkara yang tidak senonoh.Bolehkah?"
Lalu ditanya kembali,"Apa yang awk maksudkan menulis mesej yang perlu?"
"Apabila ada hal2 yang penting sahaja"
"contohnya?"
"ermm,,bertanya khabar tentang pengajiannya,jika dia sakit saya akan menyuruhnya makan ubat"
"Pentingkah bertanyakan hal2 sebegitu?Jika anda tidak bertanya,adakah dia akan mati dan akan menjejaskan akidah Islam didadanya?"
"Bukan setakat itu sahaja ustaz,saya sering menasihatinya agar berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar.Kami saling memberi peringatan antara satu sama lain.Kadang2 saya mengejutkan dia untuk solat tahajud dan mengingatkan dia melakukan solat DuHa"
Apa Pandangan Anda?Adakah Tindakan Remaja Ini Wajar?

"Oh,itu usaha yang baik,Adakah awak pasti yang dia bangun bertahajud setelah awak kejutkan dan bersolat duha apabila diingatkan?"
"Sudah tentu saya pasti"
"Bagaimana awak pasti sedangkan awak tidak pernah bertemu dengannya?"
"Dia cakap sendiri"
"Awak percaya?"
"Mestilah saya percaya"
"Bagaimana jika suatu hari nanti awak sudah tidak menyukainya dan awak tidak lagi memberinya nasihat dan peringatan.Adakah awak yakin bahawa dia akan terUs melakukan ibadah itu dengan istiqamah?"
"Saya harap hal itu tidak akan berlaku.Kalau boleh saya mahu hubungan ini berkekalan.Saya akan sentiasa menyukainya kerana Allah"
"Awak yakin bahawa jodoh ada di tangan awak?"
"ulp! Memang jodoh bukan di tangan saya,Tapi InsyaAllah saya akan menjaga dia dengan baik"
"InsyaAllah itu makdsudnya mungkin atau pasti "
"mungkin.......," jawan remaja itu dengan serba salah.
"Ok,Katakan awak tidak ada jodoh dengannya?Agak2 dia akan menjadi wanita  yang solehah atau dia juga akan kecewa dan berubah perangai??"
"Itu saya tidak pasti,mungkin dia akan berubah,mungkin juga tidak."
"Terlalu banyak kemungkinan,saya bimbang semua usaha awak adalah sia2.Alangkah membazirnya masa dan tenaga awak jika wanita yang awak jalinkan hubungan itu bukan ditakdirkan menjadi isteri awak.Sebab awak sendiri tidak pasti adakah antara awak berdua akan punya jodoh.Jika awak ditakdirkan berpisah dengannya,belum tentu dia akan menjadi wanita solehah."
"Tapi,sekurang-kurangnya saya mencuba."
"mana lebih baik?jika awak mencari ilmu secukupnya dan mendidik seorang wanita yang sudah sah menjadi isteri,masa awak tidak akan rugi,hasilnya juga mudah untuk dipastikan, awak tidak perlu merasa rugi atau serba salah."

"Atau awAk lebih suka menjalinkan hubungan dengan seorang yang awak tidak pasti adakah dia abkal isteri awak.Lalu awak mendidiknya dalam keadaan tidak pasti adakah dia berubah atau sekadar '0m0ng k0s0ng'.Mana satu yang lebih baik??"
Remaja itu pasti tersenyum,,
"Sudah tentu lebih baik menjalikan hubungan dengan isteri yang sah  ^__^  "








Inilah yang ingin dinyatakan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjalinkan hubungan kerana Allah.Pastikan anda tidak melakukan sesuatu yang sia2 atau belum pasti hasilnya.alangkah ruginya jika berusaha menanam tanaman yang belum tentu menjadi milik anda.Sebaiknya biarlah miliki dahulu sekeping tanah yang jelas milik anda,lalu bercucuk tanamlah atasnya dan nikmati hasil yang baik..
~ $HaRiNg !S caRiNg ~
-QiS-

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...