Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya,hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya”
H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim.
salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu.
Umar r.a pernah berkata:
“Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara-saudaramu, iaitu engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya, hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia, baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah
Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat : Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”
(Hadis Riwayat Muslim.)
Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan. Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam
hidup kita.Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.
SUMBER ASAL