balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

January 7, 2013

Sebelum Aku Bernikah Part 1


Makhluk Cinta menyapa


Walaupun perasaan itu semakin kuat, saya tidak bersegera pergi kepada gadis yang saya suka. Saya tid ak pantas menghubunginya. Maka, saya bermula dengan mahu mengetahui diri dia yang sebenarnya. Kembara saya bermula. Saya bertanya perihal akhlaknya, sikapnya dan peribadinya. Saya pernah juga secara tidak langsung bertanya kepada abang dan adiknya bagi benar-benar mengetahui, bagaimanakah dirinya. Itu pun dirasakan tidak mencukupi. Berkahwin denga seseorang bermakna berkahwin juga denga keluarganya, bukan? Bagaimana keadaan keluarganya? ibu bapanya? Ketika menziarahi, saya meneliti ayah dan ibu gadis yang saya cintai.


Patutkah kita meluahannya?



Ada kata kata ‘islamik’ yang berbunyi, “sekiranya suka, jangan luah. Jika luah, Allah akan kurangkan kemanisan dalam cinta kita. Namun berdoa pada Alla,supaya Dia memberikan yang terbaik.”

Ayat ini kelihatan islamik. Tapi saya tidak bersetuju dengannya. Sekiranya mahu buka laci, jangan buka laci. Bukankah pelik jadinya? Islam bukan agama ajaib sedemikian. Islam Agama realistik.  Penulis berpendapat, sekiranya suka, perlu ada perancangan untuk meluahkannya. Luah itu adalah usaha kita untuk mendapatkan orang yang kita cintai, yang rasa baik kepadanya.

Namun, luahkan dalam keadaan yang mantap, bersedia, punya wawasan dan kematangan. Luah dengan cara yang syarie dan punya perancangan masa depan yang baik. Sebelum luah, bicang dengan ibu bapa kita sendiri terlebih dahulu, dengan penjaga kita, dengan ustaz-ustazah yang rapat dengan kita supaya itu bukan satu perkara yang tidak serius. Jadi, sebelum luahkan itu, fikir masak-masak. Bincang betul-betul dengan keluarga. Berdoa mohon kemantapan dan keyakinan daripada Allah. Kemudian yakin dan luahkan.

Jangan diri itu belum mampu untuk bercinta, sibuk mahu meluahkannya. Bina diri, bina peribadi. Bina perancangan bagi meluahkannya.

Cinta yang celik adalah dipandu dengan keimanan.Apabila dipandu dengan keimanan, maka matlamat bukan semata mata perkahwinan.


 Apakah aku telah memberikan diri ini jangka masa bagi berusaha mencapai kematangan?

. . . . . bersambung. . . . 

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...