Assalamualaikum warahmatullah
Tarikh Hari ini : 4 Januari 2013 (Tapi, memandangkan entry ini terlalu panjang, ter lama pulak, sampai dah masuk hari esoknya, 5 Januari)
Masa menaip : 12:36pm
Jom Masuk U ! *U mana?* UPMKB :D UPMKB stands for Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak, Malaysia. mereka yang duduk kat semenanjung tu, kenalah naik FLIGHT utk ke sini. yeahh, just like me. jom pergi over the sea! :D
and yeah,, this is my current place untuk menuntut ilmu. kali ni, ana nak promote tentang UPMKB tercinta tersayang dan dicintai serta disayangi. Serious best duduk sini, dapat kenal budaya2 masayrakat bumiputra yang ada kat sabah sarawak yang selama ni duk asyik sembang kat buku teks je. SERIOUSLY best kawan ngan dorang. Tak kedekut ilmu walau sikit pun, terutamanya mereka yang dari Institut Pertanian :)
let me tell you sOmething. UPMKB ONLY have ONE faculty; Faculti Sains Pertanian dan Makanan. ok, UPMKB menawarkan 7 khursus program yang menarik. oh ye, anda perlu tahu, UPM adalah salah satu daripada lima universiti bahagian penyelidikan, tak ingat la yang lagi empat tu, tapi, one of it besides UPM is Univeriti Malaya.
sebelum anda ter culture shock, let me tell you this. dekat sini, ada satu program wajib. nama dia Program Buku Hijau.
Program Buku Hijau adalah kursus wajib 2(0+2) kredit yang perlu didaftarkan dan pelajar dikehendaki menjalani empat siri daripada enam siri yang ditetapkan. Ini memastikan setiap pelajar mendapat pengetahuan dan pengalaman luas berkenaan dengan segala perusahaan pertanian dan penternakan serta berkemahiran menggunakan jentera pertanian dan peralatan yang lain. Program Buku Hijau menjadi landasan ke arah mengkomersilkan dan menjadi pusat pengeluaran hasil tani dalam masa yang terdekat serta menjadi tumpuan aktiviti akademik, penyelidikan dan pengembangan.
|
KAMI BUDAK LADANG dan KAMI BANGGA time ni masa semester satu. |
seperti yang dinyatakan di atas, UPMKB menawarkan 7 khursus Diploma, 1 Khursus peringkat bachelor dan satu khursus peringkat persediaan diploma. ok. let's start with bachelor. here, in UPMKB, ONLY satu je la, which is Bachelor Scince in Bio Industry or usually call as BSBI. Bacelor Sains Bioindustri adalah program empat (4) tahun atau lapan (8) semester dengan jumlah 134 jam kredit. Setelah mengikuti program ini selama empat tahun, graduan program ini bakal menceburi kerjaya dalam sektor pengeluaran (ternakan dan tanaman), industri pemprosesan, industri yang berkaitan dengan pengurusan sisa industri dan sebagai pegawai di sektor pertanian, perikanan serta ahli penyelidik berkaitan dengan pengeluaran primer, pengurusan dan utilisasi sisa serta pemprosesan hiliran.
7 Program Diploma yang ditawarkan ialah ;
(a) DIPLOMA PENGURUSAN PERLADANGAN MAKANAN (DPPM)
|
sediakan batas beramai ramai. penat tapi best! |
|
ini hasil penat lelah kami. tanam jagung, then makan ramai ramai, merasa hasil titik peluh sendiri. |
DPPM. which is my current course. :D serious tak pernah terfikir masuk universiti yang rata ratanya budak science yang bapak hebat.. maklumlah, ana ni budak akaun. mana nak tahu tentang fizik, kimia and bio all that. -.- end up, i have to learn. HAHA ok, enough, niat di hati, nak promote ni, hehe
Penekanan program ini adalah kepada sistem pertanian perladangan, amalan pengurusan tanaman, tanaman makanan industri, pengendalian dan pemprosesan hasilan pertanian, pengeluaran dan pemprosesan ternakan, pengurusan ladang dan perniagaantani, pemasaran dan keusahawantani. DPPM adalah program pengajian tiga (3) tahun atau enam (6 semester) dengan jumlah 104 jam kredit.Graduan yang telah mengikuti program ini selama tiga (3) tahun merupakan tenaga kerja separa profesional yang boleh menceburi bidang yang berkaitan dengan pengeluaran makanan seperti perladangan, pengeluaran, pengendalian dan pemprosesan produk pertanian sama ada sebagai penolong pengurus ladang, ahli teknologi makanan, juruteknik pemprosesan, penyelia kilang makanan atau bidang pekerjaan lain yang berkaitan. Graduan juga boleh menjadi usahawan tekno-tani yang menjurus kepada pemprosesan hasilan makanan. Berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Bacelor di institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau luar negara. INSYAALLAH
(b) DIPLOMA PERTANIAN
ok. DPPM dengan DPT ni, tak boleh berpisah. budak DPT akan automatik sama dengan DPPM sebab kebanyakan subjek adalah sama dan dalam semester yang sama.. amali, jangan cakap la kan, memang tempat yang sama. oleh itu, sila jangan muak dengan DPPM ye. Rumet ana pun DPT . HAHA. memang, kebanyakan budak DPPM akan sebilik dengan DPT. nampak tak betapa akrabnya DPPM ngan DPT? :)
DPT & DPPM ni kira adik beradik la jugak. cabang lebih kurang sama. cumanya, DPT lebih luas perspektif nya, kalau DPPM lebih spesifik. terserah nak pilih mana mana. ok. satu lagi info, DPPM and DPT is under the same jabatan which is called JABATAN SAINS TANAMAN (JST). maka dengan itu, tertubuhlah satu kelab yang digelar KESPER(Kelab Sains Pertanian) berbaik baik lah kalian, jangan gaduh ye! kitorang tak pernah gaduh tau. gaduh manja2 adalah. hehe opss. terlebih pulak detailnya.
Diploma Pertanian memberi penumpuan utama kepada bidang berkaitan pertanian seperti sains haiwan, tanaman makanan dan pengeluaran ternakan, pengurusan perosak, pengurusan tanah, ekonomi pertanian dan pengurusan ladang, keusahawanan dan pengembangan. Diploma Pertanian adalah program pengajian tiga (3) tahun atau 6 semester dengan 103 jam kredit. Peluang pekerjaan graduan Diploma Pertanian merangkumi kerjaya di agensi pengembangan pertanian (Jabatan Pertanian, RISDA dll), pembangunan tanah pertanian (FELDA, FELCRA dll), agensi penyelidikan (MARDI, FRIM, LGM dll), pembangunan bandar dan wilayah (UDA, KEJORA, PERDA dll), institusi pengajian, perunding dan kontraktor landskap, pembekal bahan pertanian, syarikat kimia pertanian, institusi kewangan dan graduan juga berkemampuan untuk
menjadi usahawan persendirian
http://www.btu.upm.edu.my/v3/index.php/ms/component/content/article?id=226
(c) DIPLOMA PERNIAGAANTANI (DPNT)
DPNT nni, yang secara kasarnya, ana boleh cakap, dorang jenis yang koperat koperat gitu, slalu je handle benda2 formal kat hotel area bintulu. ini bacth ana la.. tak tahu pulak bacth junior macam mana. :)
Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan konsep, praktikal dan kemahiran insaniah dalam bidang perniagaan dan pertanian dengan menguasai pengetahuan dalam bidang perakaunan, ekonomi, tanaman, ternakan, pengurusan, pemasaran dan komunikasi. Program ini menyediakan pelajar dengan kemahiran perniagaan dengan pengaplikasian aktiviti value-chain dari input ladang melalui pengurusan ladang, pemprosesan, pemasaran dan jualan untuk produk berasaskan pertanian. DPNT adalah program pengajian tiga (3) tahun (6 semester) dengan jumlah 104 jam kredit. Graduan program ini adalah berkemahiran dalam perniagaan dan berpengetahuan dalam pertanian sebagai pelengkap kepada kemasukan ke pelbagai peluang pekerjaan, sama ada dalam agensi kerajaan, badan berkanun dan juga sektor swasta termasuk kewangan dan perbankan. Selain itu, para graduan juga boleh menjadi usahawan dalam bidang pertanian
(d) DIPLOMA PERHUTANAN (DPH)
budak budak DPH ni, kerjanya keluar masuk hutan, dari sem 1 sampai last semester. ye lah, dah namanya budak hutan kan? :) perlukan stamina dan daya tahan yang tinggi, tapi best. UPMKB ni, universiti dalam hutan, so, memang banyak hutan untuk diterokai. :) Budak2 DPH under JABATAN PERHUTANAN.
Diploma Perhutanan ditawarkan untuk melatih separa profesional dalam sektor perhutanan. Penekanan program ini adalah kepada pengurusan hutan mapan,
pengurusan hidupan liar, pengurusan industri perkayuan serta pengurusan taman hutan dan rekreasi.
Diploma Perhutanan adalah program pengajian tiga (3) tahun atau 6 semester dengan 103 jam kredit.
Antara agensi yang memerlukan khidmat para lulusan Diploma Perhutanan termasuklah Jabatan Perhutanan, Institusi Penyelidikan MTIB, FELDA,
Kompleks Perkayuan, Badan-badan Berkanun di samping agensi swasta yang berkaitan dan juga agensi-agensi pelancongan seperti TDC dan
seumpamanya.
(e) DIPLOMA PERIKANAN (DPI)
often called as budak ikan. :) 1st semester, budak bdak ikan ni ada kelas berenang tiap sabtu ahad. perghhh! jeles kot. free pulak tu. -.- cumanya penat lah, orang lain sabtu ahad bercuti cuti, budak ikan kena pi klas berenang. tapi takpa,, penat lelah tu berbayar. ada pengalaman beb. janganrisau. best punyaaaa
Melatih graduan dalam pengeluaran perikanan dengan penekanan dalam bidang peternakan ikan, teknologi penangkapan ikan, limnologi dan oseanografi, kualiti air dan tanah, penyakit ikan, ekologi akuatik, ilmu perkapalan dan pelayaran, pengendalian dan pemprosesan produk perikanan dan keusahawanan. Graduan Diploma Perikanan mempunyai prospek kerjaya yang cerah di sektor perikanan swasta dan kerajaan, institusi penyelidikan atau keusahawanan. Diploma Perikanan adalah program pengajian tiga (3) tahun atau 6 semester dengan 103 jam kredit. Antara agensi yang memerlukan khidmat para graduan Diploma Perikanan termasuklah Taman-taman Sabah, WWFM, LKIM, Persatuan Nelayan, MIMA, & Perbadanan Pelabuhan. Di samping itu para graduan Diploma Perikanan mempunyai peluang kerjaya di dalam agensi kerajaan, swasta berkaitan dan juga berkemampuan untuk menjadi usahawan atau bekerja sendiri.
(f)
DIPLOMA KESIHATAN HAIWAN DAN PENTERNAKAN (DKHP)
DKHP dengan DPI under satu jabatan called Jabatan Haiwan dan Perikanan. dorang adik beradik, sama kes dengan kos DPPM dengan DPT tadi :) kalau tak silap, diorang pun ada tubuhkan satu kelab under jabatan, cuma tak ter prihatin pulak nak tahu, haha. FYI, ana tak berapa rapat dengan budak2 DKHP. dont know why.
Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan ditawarkan untuk melatih graduan separa profesional dengan kemahiran dalam pengeluaran ternakan dengan penumpuan kepada pengurusan ternakan, foraj dan pastura, kesihatan haiwan dan pengurusan penyakit serta keusahawanan. Peluang pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan industri ternakan serta dalam bidang penyelidikan dan keusahawanan. Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan adalah program pengajian tiga (3) tahun enam (6) bulan (7 semester) dengan jumlah 112 jam kredit. Antara agensi yang memerlukan khidmat para lulusan Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan termasuklah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Persekutuan dan Negeri-negeri, MARDI, Pusat Penyelidikan Veterinar, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri, Jabatan Pertanian di samping agensi-agensi swasta seperti Guthrie, Kentucky Fried Chicken, Leong Hup serta ladang-ladang ternakan yang dikendalikan secara komersil di seluruh negara.
info tambahan. kat sini, tak macam universiti lain. satu bilik hanya memuatkan dua orang yang sama jantina dan mempunyai lima blok perempuan dan lima blok lelaki. setakat yang ana tahu, only my campus je yang satu bilik dua orang. lain sume 3-4 orang, ada yang sampai enam orang,, euuw! tak bestnya. macam asrama. (aceyhh.. budget macam pernah duduk asrama je )cumanya, kalian kenalah kamcing kaw kaw dengan roomate. sebabnya, dia lah hanya satu satunya orang yang sentiasa memerhati kalian. dia lah orang pertama anda lihat bila bangun dan tidur. and and and. kat sini, tak perlu risau tentang penginapan. serious dont worry. sebab kat sini, dari 1st semester in the 1st year, sampai final year, kalian akan duduk dalam bilik yang samaaaa. dan of koz la, blok yang sama. kalau universiti lain, 1st sem je dpat penginapan, semester seterusnya pulak kena berebut kan? kat sini tak perlu risau semua tu. chill and study.
lagi best, part nak pi kuliah. :D kalau orang lain, kena berebut tunggu bas. tolak sana, tolak sini, dapatlah naik bas. itu pun kalau dapat lah. tu belum part yang tertinggal bas atau memang tak da bas time tu.
*eh, ada ke?* kat sini, nak pi kuliah SEMUA ORANG jalan kaki beb.. jalan kaki. memang takda bas disediakan. senang lah, kalau tertinggal barang, menyempat je kalau nak patah balik amik sebab kolej dekat je, dua langkah, dah smpai. gitulah perumpamaannya. :) seriouslah, tak tipu, haish, tak caya pulokk. ada je yang bawak motor, tapi tak ramai pun. kat sini sangat
sangat lah tak fleksible guna kereta. betul ana cakap. tak caya, datang sini, tengok :)
nak pi solat jumaat pun senang. Pusat Islam dekat. tiga langkah je, dah sampai. tiap kali zohor hari jumaat, maka akan nampak lah para lelaki kacak dan bergaya akan berpusu pusu ke pusat Islam dengan memakai baju melayu + kopiah + kain pelekat. huyyooo.. memang lah, hemsem hensem belaka. pilih je mana satu anda nak.
kalau nak outing? haa,, ni best. just call nombor teksi, dapat lah keluar UPM. sorry eh, memang takda bas kalau takat nak pi bandar. bas hanya disediakan untuk pergi trip SAHAJA. naik teksi sangat lah senang.cumanya, kena hati hatilah. better tanya para senior tentang teksi. mintak je nOmbor teksi dari dorg. dah tentu murah. and kena pandai deal lah. jangan jadi macam ana masa 1st semester dulu. nak pergi bandar, kena bayar lebih kurang RM 28. rupanya, bila sembang dengan senior, dorang cakap, "eh, pi bandar cuma
RM 15 je la." CIS! ana kena tipu. mentang mentang lah ana budak baru masa tu. sampai hati :(
so, hati hati lah ye :)
Nak masuk? layari laman web ini :
http://www.btu.upm.edu.my/v3/index.php/ms/component/content/article?id=226
Ni ada info sikit, tentang
yuran
http://www.btu.upm.edu.my/v3/index.php/ms/program-diploma?id=145
NOTA:
Jika ada
sebarang pertanyaan, jangan malu malu nak email kan pertanyaan saudara saudari ke asbull@putra.upm.edu.my sebab malu bertanya sesat jalan, kalau sesat tak tahu.. sapa suruh tak tanya.
: : : Update on 23rd may 2014 : : :
12/4/2014 <--- tarik ini tarikh ana resentation untuk 22 weeks of industrial training ana di sabah. Dan pabila sudah present, maka secara oficially ana sudah tamat belajar di sini.. di upmkb yang banyak mengajar ana tentang erti kehidupan sebagai seorang mahasiswi.
Apa yang ana tahu,pihak pengurusan kolej umkb sedang menyelenggara bilik. . Daripada dua orang sebilik, jd tiga. Tapi ana tidak pasti pula semua bilik atau sebahagian sahaja.
: : UPDATE PADA 3 jANUARI 2014: :
currently studying at UPM Serdang, taking Bachelor In Agricultural Sciences . and i'm still missing my life in Bintulu. I'll be like, cant stop myself from missing that much to a place that taught me as a human being.