balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

May 15, 2013

Tiga perkara

karoke
teringin nak berkaroke macam kawan kawan laki buat. sebenarnya dari kecik lagi aku teringin nak buat semua yang lelaki boleh buat. kalau kawan lelaki (kat sekolah) main longkang, aku join dorang. dorang main kejar kejar, aku yang volunteer nak kejar. dorang main tangkap belalang, akua yang pakai kain sekolah ni pulak yang terkinja kinja carik belalang sama sama dorang. teghuk bebeno. sampai macam tu sekali kan? mengapa ini terjadi? sebab aku teringin nak ada abang kandung dari kecik? mungkinnn lah. eh, apa aku melalut ni? ok. perkara sebenarnya, aku nak cakap, aku teringin nak berkaroke macam yang orang lain buat. kadang kadang erm..bukan kadang kadang, tapi pernah la jugak dua tiga kali hati gedik terdetik, nak pi karoke. tak tahu kenapa. pengaruh rakan sebaya? mungkinnn.. tapi aku tahu, aku pmpuan, tak manis kalau melalak menyanyi nyanyi kat pusat karoke yang konfem konfem ada bukan mahram aku. kot dia tergoda suara aku yang merdu ni nanti, macam mana :3 itu perkara kedua.perkara pertama ialah malu. memang tak la aku nak pi karokss yang mana boleh menjatuhkan maruah aku.pada aku la. 



Menari tarian melayu
erm, sebenarnya malu nak ngaku. tapi tengah semangat nak belogging ni, aku turutkan saja. dari dulu aku ni memang jiwa melayu. lagu pertama, seingat aku lah, lagu norhaliza idris. lepas tu muncul pulak siti nurhaliza. memang aku minat sangat siti. pada awalnya bukan sebab suara walaupun suara dia best. mantap. tapi sebab utama aku suka sebab dia mengetengahkan lagu tradisional. dengan tariannya lagi. piwwiit! cun.. memang aku suka gila la time tu. kalau ada video dia kat tv (time tu tak kenal apa itu internet, youtube, hanya kenal tv), mesti aku menari sekali. tapi guna tangan je la. kalau ngan kaki skali, maunya mak aku tutup tv sebab mak ingat aku dah kena rasuk. LOL
masuk alam sekolah menengah, di aman aku kenal dengan Tonah and Nana yang memang masuk kelab seni budaya, memang aku membuak buak nak join, tapi aku segannnn ! aku takut atas pentas sebenarnya. untuk tak terkilan, i just watched them performing tarian melayu yang awwww sangat sweet .. aku hanya tersenyum. akhirnya aku ngaku kalah dan mengatakan aku takda bakat.


main piano
warghh ! yang ni memang boleh gila jadinya. aku tak tahu dari mana dan sejak bila, tapi yang pasti memang dah lamaaaaa yang amat aku teringin nak belajar piano. time lepas SPM yakni dua tahun sudah, aku ada try carik kelas ngajo piano sekitar puncak alam, tapi memang menghampakan. nak carik luar puncaks, takut ayah tak bagi or even susahkan ayah nak pi hantar pulak. kalau bab tarian melayu tu aku give up, yang ni memang tak aku nak give up. cuma tu lah, peluang dan ruang tiada. tapi memang aku nak sangat sangat, 

sapa bagi aku piano time birthday nanti, memang aku sayang dia ketat ketat. yang simple pun jadi la. (ceyh, demand pulak)

(kenapa enty kalini guna aku ni? pelik bebeno.. mungkin sebab entry yang ni kot)

bangkit



memang sakit bila dibuang
seolah olah kita tiada nilainya
bukan aku yang pinta 
bukan aku yang mula
bukan aku yang mengada
untuk bercinta sebelum tiba masa
hati mana yang tak terkesima
bila
dia yang mulakan tutur bicara
dia juga yang mengakhirkan semua
 satu saat saja


ye, itu dulu... 
siapa kata aku tak cuba bangit
siapa kata tak sakit
siapa kata tak perit
siapa kata aku tak usaha buang semua tu
siapa kata aku tak cuba
tapi siapa yang ada tika itu?



memang tiada guna
mengenang semula
tapi, kau hadir di bayangan mata,
nama kau meniti di bibir
dalam setiap doa aku
bukan kerana mengada
bukan kerana cinta
cuma aku masih terasa 
kau terlalu istimewa
ya
walaupun aku yang terluka
untuk kesekian kalinya


aku hanya ingin kurangkan beban
kerana aku tahu dan sangat tahu
aku tak mampu membuang segala
namun,
coretan ini bukan untuk dia,
coretan ini bukan untuk dia,
coretan ini, bukan untuk dia..



untuk apa dia peduli
sedangkan aku terkapai seorang di sini
perlu apa dia tahu
pentingkah hal kecil ini pada dia ?



pernah terdetik di hati
jika dia ingin kembali
adakah mungkin aku terimanya kembali?
atau mungkin tidak
ah !
tak usah fikir benda yang mustahil



ya, aku tahu dan aku sedar
aku kena bangkit segera
aku kena redha dengan ketetapan Tuhan
mencari cinta Illahi penting dari segalanya
sebenarnya, i'm fine
cuma tu lah
rimas 
penat
terkilan
tatkala kau muncul di minda tiba tiba
bukan sebab benci
aku tak pernah membenci
tapi sebab nanti
luka lama berdarah kembali
ya, walau hanya nama yang meniti 


Tuhan, tolong beri kekuatan pada aku
untuk aku hilangkan perit di hati
yang terbungkam kesekian kali
yang perlu segera mencari cinta Illahi
yang perlu segera bangkit kembali
walau akan jatuh semula nanti


Tuhan, tolong beri kekuatan
 pada aku
pada hati yang rapuh ini
untuk ia kental kembali 
seperti sebelum aku kenal dia
seperti sebelum segalanya bermula


amazing isn't ? aku berjaya coretkan hanya kerna kenangan kamu yang mengganggu sesaat tadi. ya. aku berjaya hasilkan benda merepek ni selama 10 minit~ phewwww ! 

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...