balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

January 13, 2013

sebelum Aku Bernikah part 2


Berkahwin memang mudah. Kita dapat berkahwin dengan najet serendah RM 2000. Malah lebih rendah dari itu. Bagaimanapun, rumah tangga yang bermanfaat untuk ummah bukan sesuatu yang mudah. Mereka yang memahami peranan rumahtangga takkan sesekali sambil lewa. Kta yang pelu membina diri kita sendiri. Kita yang perlu berusaha dan menimba ilmu di samping menguatkan iman kita. Ini antara tanggungjawab yang besar, namu sering diabaikan.

Oleh itu, bagi seseorang yang mahu bercinta, dia mempersoalkan dirinya;
Bagaimanakah hubungan dengan Alah? Pakah sudah diusahakan supaya meningkat ke tahap uyang ditafsirkan baik?
Bagaimanakah kefahaman tentang Islam? Apakah sudah diusahakan supaya perkara-perkara asas seperti  ibadah dan pengurusan hidup secara Islam difahami?
Bagaimanakah kemampuan dalam kewangan?
Bagaimanakah perancangan berkenaan kehidupan? Apakah sudah diusahakan supaya punya cita-cita dan wawasan yang jelas bersama strateginya?
Realiti tidak semudah fantasi. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia? Kita nyatakan cinta mahu bersama hingga ke syurga.. Maka perkara ini mustahil tanpa persediaan yang secukupnya.

Apabila kita terjun ke alam percintaan , perlu ditenekankan tentang persediaan rohani.  Apakah kita sudah menjadikan Allah dan perintahNya sebagai priority dalam segenap perbuatan? Kita mungkin hamba yang banyak doa sebab kita adalah manusia, namun, adakah kita berusaha meninggalkan apa yang Dia benci? Apakah kita berusaha melaksanakan apa yang Dia suka?

.   .   .   .     bersambung     .   .   .   .

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...