Ceritanya , aku ada ter dengar ceramah kat tv alHijrah pagi tadi. TER dengar.
"ada 4 perkara yang ustaz nak highlight kan dalam Surah Al-Fajr ni''
maka aku yang sedang buat air teh di dapur pun tajam kan pendengaran dan bersedia untuk mengingati patah2 perkataan yang bakal diluahkan. lebih kurang begini lah ayat Ustaz tu:
''ayat pertama dalam surah ini bermaksud, -Demi Fajar-. Allah telah bersumpah dengan makhluk nya; Fajar , iaitu waktu subuh. Maka kita diperintahkan untuk menjaga solat subuh"
"Perkara kedua yang saya nak highlight ialah, maksud ayat kedua dalam surah ini, yang membawa maksud -Dan Malam yang sepuluh- angka sepuluh ini membawa dua maksud ,iaitu 10 malam terakhir Ramadhan dan juga 10 Dzulhijjah. Maka kita sewajarnya memperbanyakkan ibadah pada malam-malam tersebut kerana terdapat lebaikan dan kelebihan di sisi Allah''
'' Ketiga, -Dan bilangan yang genap serta yang ganjil- Ayat ini menyuruh kita menjaga solat lima waktu, di mana di dalam nya terdapat bilangan rakaat nya yang genap dan ganjil. Maka kita diperintahkan untuk menjaga solat fardhu yang lima"
.
.
.
.
.
dan... bila kau berlagak yakin kau ingat tanpa mencatat, kau silap, Balqis. -.-
maap deh, yang ke-empat aku lupa dah di saat aku menaip ni.
sekian.
by the way, doakan aku yang dalam usaha mencari kerja tetap ye, reader(s).
moga ada yag baca dan mendoakan.