balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

July 9, 2015

lets fix it. hoYeahh ~

Dear reader(s) <-- Masih ada kah? ( '__' )
Assalamualaikum 
moga kalian(jika ada) sihat hendaknya.

mari buka entry ini dengan sepotong ayat yang dipetik dari al-Quran


“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. 
(Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka…. 
Dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.”

cuba baca balik first sentence tu.
.. telah berjaya~

perasan tak? Belum apa apa, Allah dah janji dah. Orang yang beriman itu berjaya. Janji Allah itu pasti. no doubt.  dan ayat itu disambung lagi dengan ayat ;

... iaitu mereka yang khusyuk dalam solat....

dari ayat ni, sudah nampak lah betapa pentingnya solat. Bukan setakat untuk berjaya yang dijanjikanNya, tapi juga sebagai tanda kita tunduk dan akur dengan Dia Yang Esa sebagai seorang hamba. 

ingat tak, rukun sokat ada berapa?
 ye betul. 13
kita kena paham apa maksud rukun. Rukun itu perkara wajib yang perlu ada time kita solat. Kalau takdak, tak sah solat kita. jangan weh. jangan sampai jadi sia sia. rugi weh RUGI. so, take note yaa.

dan ingat lagi tak, rukun rukun rolat ni terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu;
-Rukun Qauli  = percakapan/tuturKata
-Rukun Fi'li    = perbuatan
-Rukun Qalbi  = Hati




panjang betul muqaddimah nya. haha
sebenarnya nak bagitahu beberapa senario yang ana sendiri hadapi bila solat jemaah kat mana mana. Sepanjang meniti kehidupan yang fana' selama ~22 tahun ni, banyak betul dugaan yang dilalui masa solat. ye, ana tak salah taip, waktu solat jemaah. serious.

Dugaan yang mencabar ialah pabila makcik sebelah kanan taknak berganjak ke kanan untuk rapatkan saf. ingat ye kawan kawan, bahu kena rapat, barisan kena lurus and please make sure takda ruang antara jemaah dengan jemaah lain. teringat dulu, Ustazah kat sekolah rendah siap jolok pembaris panjang kuning tu antara kitorang tiap kali solat Asar berjemaah kat surau sekolah. (masa tu baru darjah dua kalau tak salah). Siap kena ketuk dengan pembaris tu lagi kalau pembaris tu boleh masuk celah antara bahu kitorang. walaupun tengah baca ALFatihah. masa tu marah jugak la ustazah tu sebab boleh pulak dia check satu satu kat barisan saf ktorang yang tengah belajar solat jemaah. Bila dah berakal sikit, ana paham dan berterima kasih kepada ustazah tu. ana rasa macam fobia kalau tak rapatkan saf. gitu gamaknya .

penah jadi camni ?

Jadi, bila situasi terjadi, ana akan move toward jemaah yang paling ramai kat saf tu, kemudian tarik tangan orang sebelah untuk rapat. ana tak serabut, saf pun rapat. hew hew hew. selalunya, automatically orang akan ngikut rapat. selalunya lah. 


Next dugaan ialah waktu nak bangun dari sujud. tak selalu jadi,
tapi bila orang sebelah tertindih telekung kita membuatkan ianya menjadi situasi awkward
lalalala ~ ~ ~

Yang paling mencabar bila tahiyyat akhir.  kena hempap . T_T

tapi yeah. walaupun ada banyak cabaran solat jemaah ni, tetap nak jugak. Pahala berganda 27kali weh, sapa taknak?

kalau diberi pilihan memilih antara RM 1 dengan RM27, siapa yang gila dok tolak RM27 tu!??
itu baru bayangan dalam bentuk duit. ni pahala. Kalau pahala diganda sebanyak 27 kali, weh. tak dapat bayang banyak gila saham untuk masuk syurga. tu baru sekali solat jemaah. hoyeahh~



jadi,macam mana? 
Rasa tamak pahala tak?

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...