balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

April 22, 2013

berbaju kurung pun boleh tambahkan dosa?

Assalamualaikum.


Sabtu  malam ana sekeluarga balik kampung sebab ada sedara kawin. dua sekali tau. wuuuu~ 

well. macam biasa lah, dah kalau namanya kenduri kawin, mesti ah pakai baju kurung kan? *senyum*. but i like. rindu sesangat pakai baju kurung.

dah masuk bidang pengurusan ladang ni, memang jarang yang amat la dapat kesempatan pakai baju kurung kat bintulu sana tu. kalau sem 1 dulu, memang tiap kelas, memanjang je pakai baju kurung. siap gosok untuk satu minggu punya baju  lagi tu =.= 

ok, dah. bukan tu nak cakap sebenarnya. ditakdirkan, entah macam mana lah, ana terlupa nak masukkan kain dalam hitam dalam beg. dalam kereta, baru teringat. tapi nasib baik ana sempat masukkan seluar hitam yang selalu ana pakai with the baju kurung tu dalam beg. mula2 ingtkan, nak bawak both of them. ana fikir, takpelah, at least ada seluar. ni untuk spare je, manalah tahu, kot kot kain tu jarang ke hape ke. rasanya tak kot~

dipendekkan cerita,pada hari kejadian, ana pakai kurung tu. kaler hijau putih. so, macam yang di rancang, ana pakai la baju kurung tu. *actually, that's not mine, pinjam orang punya baju. hehe* elok je pakai, tiba2 terperasan satu benda. bila pergi kat luar rumah, even though dah pakai sluar hitam tu, still boleh nampak bayang kaki weyh! damn. geram gila masa tu. nyesal pulak tak check awal2 kat rumah tadi, sebelum decide nak pakai baju tu. nak nangis rasa. tiba2 rasa marah kat diri sendiri. and rasa marah amat pada yang cipta baju tu. serious tak tahu nak cakap apa dowh. apa guna buat baju kurung yang sinonim dengan keayuan, kesopan santunan, kelemah lembutan dan ke-muslimah-an kalau nampak bayang kaki!?? *hard-to-breath*

so, pada yang bekerja di kilang baju tu, perhati la elok elok. double check. tengok balik design baju tu, sesuai tak pada syariat agama Islam yang mementingkan soal aurat. tengok balik jenis kain, warna pada bahagian2 tertentu pada pakaian tu. sepatutnya, PAKAIAN dibeli oleh pengguna sebab nak tutup badan. nak tutup aurat. apa guna beli baju, tapi bila pakai, seolah olah tak pakai baju? =..=

kalau awak tak alert dengan benda ni, dikhuatiri, awak turut menambah catatan belah kiri awak tu. pertama, awak design baju begitu. kedua, peniaga yang tak alert, akan jual pada pengguna yang tak alert dan juga pengguna yang kurang alert. dan mungkin juga pada pengguna yang alert, tapi sebab kan design tu sangat menarik, lantas dia mengetepikan soal auratnya. pahe dok? tu baru takat tu.

bila pikir jaoh lagi, disebabkan design baju gitu, orang pun mula pakai dan menggayakannya serta mewar-warkan pada orang lain. malah mempromosikan di alam maya. lalu ia menjadi satu trend yang 'biasa'. so, nampak tak, rangkaian dosa yang akan tersebar dan berpanjangan? astaghfirullah.

kita ni, terlibat dalam perniagaan, dah alhamdulillah dah, sebab ikut sunnah Nabi S.A.W. bagus, ana tak nafikan. tapi, kena teliti jugak kualiti barang yang diniagakan tu. balik pada syariah agama jika nak buat sesuatu. 

ingat, Nabi Muhammad SAW melarang umatnya mengurangi timbangan semasa berniaga. jangan menindas saudara seagama hanya kerana duit. keberkatan Allah jauh lebih penting. biar kita miskin harta, jangan miskin dengan keberkatan Illahi.


maaf sebab ada bahasa kasar. i admit it.

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...