01- WANITA MENDEDAHKAN AURAT
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya,
maka tidak boleh lihat akan dia (auratnya)
melainkan mukanya dan dua tangannya sampai pergelangan
(H.R. Abu Daud)
02- WANITA BERPAKAIAN MENYERUPAI LELAKI
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Rasulullah melaknat wanita wanita yang berpakaian menyerupai lelaki dan lelaki berpakaian menyerupai perempuan
(H.R. Bukhari)
03- WANITA BERGAUL BEBAS DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua duan dengan wanita tanpa dihadiri muhrim
(H.R Bukhari dan Muslim)
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Takutlah kepada dunia dan wanita kerana fitnah yang mula mula melanda kaum bani Israil adalah wanita
(H.R Muslim)
04- WANITA BERSALAMAN DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM
Rasulullah S.A.W Bersabda, Mafhumnya :
Sungguh dimasukkan kepada salah seorang daripada kamu dengan jarum dari dua besi adalah lebih baik daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya
(H.R. Tabrani)
05- WANITA BERPAKAIAN MENYERUPAI PAKAIAN ORANG KAFIR
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Bukan daro golongan kami siapa yang menyerupai yang bukan dari kami.Jauhilah dari mengikuti kaum Yahhudi DAN Nasrani
(H.R Tirmidzi)
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
waspadalah kamu daripada kemewahan yang berlebihan dan meniru gaya dan pakaian orang syirik
06- WANITA MENYAMBUNG RAMBUT
|
Nak beli ke cik abang? |
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambut
(H.R Bukhari)
07- WANITA MENCABUT MENCUKUR ATAU MENIPISKAN ALIS
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Allah melaknat wanita yang mencukur alisnya atau minta dicukurkan alisnya
(H.R Bukhari)
08- WANITA MENGIKIR GIGI
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Dilaknat wanita wanita yang menjarangkan giginya untukmenjadi cantik dan merubah ciptaan Allah
(H.R Bukhari dan Muslim )
09- WANITA MEMBUAT TATU
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat orang yang bertatu dan orang yang minta ditatu pada kulitnya
(H.R Bukhari dan Muslim )
10- WANITA MELIHAT AURAT SESAMA WANITA
11- WANITA MELAKUKAN MUSAHAQAH
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Musahaqaha sesama wanita adala penzinaan di antara mereka
(H.R Tabrani )
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Barang siapa diantara kamu mendapati melakukan perbuatan kaum Luth ( lesbian @ liwat ),maka bunuhlah dia,baik yang mengajak ataupun diajak
(H.R Abu Daud )
12- WANITA MEMAKAI WANGIAN AGAR DIKAGUMI IRANG LAIN
|
G A M B A R H I A S A N |
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Seseorang wanita manapun yang menggunakan wangian kemudian ia melewati suatu kaum agar mereka mencium wangiannya,maka dia (dianggap) sebagai seorang penzina
(H.R Ahmad )
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Setiap Wanita yang mana saja yang memakai wangi wangian lalu dia berjalan melewati suuatu kaum supaya mereka tercium bau wanginya itu bererti dia telah berzina )
(H.R )
13- WANITA MEMASUKI PUSAT RAWATAN AWAM
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Tempat mandi (awam) haram bagi pada wanita umatku
(H.R Al Hakim)
14- WANITA BERKHALWAT DENGAN LELAKI YANG BUKAN MUHRIM
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya : Tidak dibenarkan seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali bersamanya (wanita) muhrimnya
(H.R Mutafakun A'laih)
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
.......Lebih baik seorang lelaki berdekatan dengan khinzir yang berlumuran tanah liat atau lumpur daripada dia mendekati bahunya ke bahu wanita yang tidak halal baginya
(H.R Tabrani)
15- WANITA TIDAK MELAYANI KEHENDAK SUAMI
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
eApabila seorang suami memanggil isterinye ke tempat tidurnya tetapi isterinya enggan melayaninya,maka malaikat melaknati isterinya sampai waktu subuh
(H.R Abu Daud dan Nasai)
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Jika seseorang suami mengajak isterinya untuk memenuhi hajatnya,maka isteri haruslah memenuhi walaupun ketika sedang memasak makanan di atas api
(H.R Tarmizi Dan Nasai)
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Ada 3 golongan manusia yang tidak diterima solatnya bahkan kebajikannya tidak dapat naik ke langit iaitu;
# hamba yang lari dari tuannya sehingga ia kembali
# seorang wanita yang mengecewakan suaminya sampai ia meredhainya
# peminum arak sehingga ia sembuh
(H.R Tabrani)
16- WANITA MENCERITAKAN RAHSIA HUBUNGAN SUAMI-ISTERI
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Sesungguhnya kedudukan yang paling buruk di sisi Allah di akhirat kelak adalah suami yang mengetahui rahsia isterinya dan seorang isteri yang mengetahui rahsia suaminya lau ia menceritakan rahsia itu
(H.R Muslim)
17- WANITA MENERIMA TETAMU LELAKI BUKAN MUHRIM TANPA IZIN SUAMI
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
.......tidak boleh mengizinkan seseorang masuk ke rumah nye tanpa izin suaminya
(H.R Bukahri dan Muslim)
18- WANITA KELUAR RUMAH TANPA IZIN SUAMI
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
siapa sahaja isteri yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya,maka ia berada dalam kemurkaan Allah sehingga ia pulang atau suami merelakan
(H.R Khatib)
19- WANITA MEMBENCI DAN MENYAKITI HATI SUAMI
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Jangan seseorang wanita membanci atau menyakiti hati suami nya di dunia ini kerana bidadari dari syurga berkata,
Janganlah engkau menyakiti dia.Semoga Allah membinasakan sebab dia(suami) berada sebentar di sisimu.Ia segera akan berpisah dari dirimu untuk pergi kepada kami
(H.R Tirmizi)
20- WANITA MENGINGKARI PERINTAH SUAMI YANG BAIK
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Pertama kali yang ditanyakan kepada wanita di hari Qiamat kelak adalah solatnyA dan suaminya
(H.R Abu Syeikh)
21- WANITA BERMUSAFIR TANPA SUAMI ATAU MUHRIM
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Tidak dibenarkan wanita berpergian selama tiga hari melainkan bersamanya ada seorang muhrim
(H.R Muttafakun A'laih)
22- WANITA MENCERITAKAN SIFAT WANITA KEPADA SUAMI
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Tidak dibenarkan seorang wanita bergaul dengan wanita lain.lalu menceritakan sifat sifatnya dan tidak boleh seorang lelaki dengan lelaki lain dalam satu selimut dan wanita bergabung dengan wanita lain dalam satu selimut
(H.R Bukhari)
23- WANITA PUASA SUNAT TANPA IZIN SUAMI
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Tidak dibenarkan seorang wanita untuk berpuasa sunnat sedangkan suaminya berada di sampingnya kecuali dengan izinnya......
(H.R Muttafakun A'laih)
24- WANITA MENGINFAK HARTA SUAMI TANPA IZIN SUAMI
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
.......Tidak dibenarkan seorang wanita untuk mengeluarkan infak sesuatu dari rumah suami melainkan seizinnya
(H.R Abu Daud,Tirmidzi & Ibnu Majah)
25- WANITA KUFUR TERHADAP KEBAIKAN SUAMI
Rasulullah S.A.W Bersabda,
|
ganaz nye ! ==' |
Mafhumnya :jauhilah kamu sekalian daripada kufur terhadap orang orang yang membuat kebajikan.Lalu kami bertanya,"Wahai Rasulullah,apakah yang dimaksudkan dengan kufur terhadap orang orang yang membuat kebajikan itu?". Sabda baginda, "mungkin salah seorang daripada kamu ada yang lama hidup menjanda bersama orang tuanya,lalu Allah memberikannya seorang suami,darinya Dia memberikan harta dan keturunan"Dan suatu ketika dia marah dan berkata," aku tidak pernah melihat kebaikan sama sekali darinya meskipun hanya saat hari"
(H.R Abu Daud & Ibnu Majah)
26- WANITA MENYUMPAHI ANAK
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Jangan kamu sekalian menyumpahi diri kamu, dan jangan pula menyumpahi anak anak kamu,pembantu kamu, harta kamu,kerana kamu tidak mengetahui saat permintaan (doa) dikabulkan sehingga Allah akan mengabulkan permintaan itu
(H.R Abu Daud)
Rasulullah S.A.W Bersabda,
seseorang muslim bukanlah seseorang yang suka mencerca,bukan suka menghina,bukan suka membuat keji dan bukan suka bercakap keji
27- WANITA MEMAKSA SUAMI MENCERAIKANNYA
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
setiap aman wanita yang meminta cerai kepada dengan tiada alasan membolehkannya,maka diharamkan baginya bau syurga
(H.R Abu Daud,Tirmizi dan Ibnu Majah)
28- WANITA MEMAKAI PAKAIAN EMAS DENGAN MEGAH
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Siapa sahaja wanita yang memakai kalung emas,dikalungkannya pula ke lehernya kelak di hari kiamat kelak dia akan memakai kalung seumpamanya yang diperbuat daripada api
(H.R Abu Daud)
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Jika kamu ingin memakai perhiasan syurga dan suteranya,maka janganlah memakainya di dunia
29- WANITA MENYAKITI JIRAN TETANGGA
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Janganlaj kamu sekalian saling benci membenci,jangan pula dengki mendengki,janganlah saling jauh menjauhi dan adil lah kamu hamba hamba Allah yang bersaudara dan tidak diperkenankan bagi seseorang muslim mendiamkan saudaranya lebih dari 3 hari
(H.R Muttafakun A'laih)
30- WANITA MENCAKAR DAN MEROBEK PAKAIAN KETIKA DITIMPA MUSIBAH
Rasulullah S.A.W Bersabda,Mafhumnya :
Bukan dari Golongan kami orang yang merobek baju,memukul pipi dan menyeru dengan seruan jahiliah
Allah melaknat wanita yang mencakar cakar wajahnya,yang merobek robek pakaian nya dan yang memohon penderitaan (kedukaan,kebinasaan ketika mendapat musibah) (H.R Ibnu Majah & Ibnu Hibban)
31- WANITA MERATAPI KEMATIAN
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Ada 2 perbuatan di tengah tengah umat manusiayang dengannya mereka tergolong kufur,iaitu mencela keturunan DAN meratapi orang yang sudah mati
(H.R )
32- WANITA BERKABUNG MELEBIHI 3 HARI
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Mafhumnya :
Tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat untuk berkabung kerana kematian seseorang lebih dari tiga hari,kecuali kerana kematian suami iaitu selama tiga bulan sepuluh hari
(H.R Muslim)
33- WANITA MENZIARAHI KUBUR DENGAR TANGISAN
Rasulullah S.A.W Bersabda,
Allah melaknat para wanita yang menziarahi kubur dan prang orang yang mendirikan masjid dan menyalakan lampu lampu di atasnya
(H.R Abu Daud,Tirmizi dan Nasa'i)
Yang menulis tak henti henti ;