Kerana aku wanita,
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
aku ingin disayangi itu fitrah diriku
aku mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki
emosiku selalu mengatasi logik akalku
kerana aku wanita
air mata teman setiaku
kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi
DAN..
kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku
kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu
kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar
kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali
kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya
WAHAI ADAM,
kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool ' ,
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan aku.
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan aku
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari diriku.
=)