Rasulullah S.A.W bersabda:
mengumpat itu adalah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya (riwayat muslim)
Memadangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat,ia diasamakan seperti memakan daging saudara seagama.Manusia waras tidak sanggup memakan manusia,inikan pula daging saudaranya sendiri.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina.Sesungguhnya orang yang melakukan zina,apabila ia bertaubat,Allah akan menerima taubatnya,dan sesungguhnya orang yang melakukan umpatan tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampunkan oleh orang yang diumpat (riwayat ibnu Abib Dunya dan ibnu Hibban)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan,maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.hakikat inilah yang perlu direnungkan bersama...