Istikharah.
Ada orang menganggap
istikharah sebagai alat ‘pencari jodoh yang sebenar’, yang kononnya tepat 100%.
Di sini ada beberapa contoh situasi;
>>En Kacak bertunang dengan Cik Jelita. Kemudian En. Kacak pergi istikharah lagi. Tiba tiba dia ‘ternampak’ wanita lain dalam mimpinya.terus dikatakan itu merupakan ‘petunjuk’kepadanya dan kemudian dia mahu putuskan pertunangannya dengan Cik Jelita kerana dirasakan Allah telah menunjukkan pertunangannya itu satu kesilapan.
>> En, Kacak sedang mencari seseorang untuk dijadikan isteri. Setelah membuat istikharah, dia ‘nampak’ Cik Jelita.terus dia nyatakan hasratnya untuk memeperisterikan Cik jelita. Apabila Cik Jelita menolak, dengan keras En Kacak mengatakan bahawa Allah telah takdirkan mereka untuk bersama sama. Ini membuatkan cik Jelita serba salah untuk menolak.
>>Cik Jelita beristikharah dan kemudian ‘nampak’ En Kacak. Bagaimanapun, En Kacak tidak pula dikenalinya. Tidak mampu pula dicapainya. Pada masa yang sama datang pula En. Bergaya datang melamar Cik Jelita. Tetapi Cik Jelita minta tangguh dahulu kerana merasakan bahawa jodohnya dengan En Kacak yang dilihatnya.
Sebenarnya
dari mana kita ‘yakin’ bahawa istikharah itu datang dalam bentuk mimpi atau
tanda-tanda ajaib?
Jawapan kepada istikharah tidak
semestinya dalam bentuk mimpi. Kadang kala kita sibuk memikirkan ini dan itu,
maka ia keluar dalam bentuk mimpi. Walau apapun yang kita nampak, kita
sebenarnya ‘nampak’ apa yang kita mahu. Dari situ, kita keliru dan kemudian
sibuk menyatakan, ‘inilah dia petunjuk dari Tuhan!’
Ini hanya beberapa
situasi. Serabut bukan? Hati
jadi keliru, jiwa jadi serabut. Bukankah sepatutnya istikharah itu menenangkan dan meyakinkan?
Mengapa ini terjadi?
Jawapannya istisyarah. Kita lupa bermesyuarat dahulu dengan
keluarga. Sepatutnya, kita bentangkan pilihan-pilihan yang ada dan bincangkan
pro dan kontra setiap pilihan. Dari situ kita melihat dan menilai. Sekiranya
kita sudah nampak pilihan yang terbaik, maka istikharah tidak lagi diperlukan.
Jikalau kita todak berasa yakin, maka barulah istikharah dilakukan. Apabila
istikharah yang pertama tidak mendatangkan keyakinan, maka lakukan istikharah
kedua dan letiga. Setelah oitu, tetapkan hati dan buat pilihan!
Rasulullah SAW tidak
melakukan istikharah dalam situasi penting kerana Nabi sudah yakin pilihan itu
tepat.Contohnya dalam peperangan Badar apabila baginda Rasulullah SAW mahu
memilih kawasan yang jauh daripada mata air. Para sahabat pula mencadangkan
supaya dipilih kawasan yang berdekatan dengan mata air. Selepas mendengar
betapa pentingnya membuat kem berdekatan dengan mata air, Rasulullah SAW terus
menerima cadangan itu tanpa direkodkan melakukan istikharah. Hal ini kerana
cadangan itu lebih relevan dan baik.
Justeru, orang yang
sudah membuat keputusan, maka mengapa lagi beristikharah? Semestinya istisyarah
jangan ditinggalkan. Berbincang dengan keluarga, minta pendapat mereka.
* * * bersambung * * *