Berjuang menempah
susah
Menanggung derita
menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup
samudera duka
Seorang mujahid
membela tauhid
Dipisah, dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah
menagih mehnah
Namun jiwa tetao mara
memburu cinta
Membara demi Allah dan
RasulNya
Berjuang tak pernah senang
Ombah derita tiada
henti
Tenang resah silih
berganti
Inilah sunnah orang
berjuang
Malamnya bagai rahib
merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan
singa di rimba
Memerah keringat
mencurah tenaga
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu
manis
Bukan sedikit mahar
yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih
yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna
kebenaran
Antara dua jadi
pilihan
Dunia yang fana atau
syurga
-hijjaz-