balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

April 26, 2011

kilauan permata kian pudar

assalamualaikum kawan- kawan blogger ku!

anda sihat?

balQis sihat,alamdulillah..

terime kasih ye sbb jenguk blog balQis yang tak berape best ni..



haRini BalQis nak share 1 lirik lagu yang amat amat amat bagus...
hayatilah..



Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga
Di manakah budinya
Di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi
Nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli
Oh Wanita..
Mari menginsafi kepada asal fitrah kejadian mu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadaNya juga pada rasulNya
Pasti dihadirkan taufiq dan hidayahNya
Wanita…
Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi perbadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerana keluhuran pekerti
Bukan kerana harta
Bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah…
Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata diantara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza diantaranya

kalau la semua wanita menjaga adab sopan + aurat + maruah,,,alangkah bahagia nye,,,mesti dapat bezakan antara kaca dengan permata dengan mudah kan?

bacaan solat



Ya Allah tunjukkan aku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.


 sape tahu,,ni maksud ayat mane?
hint : kite selalu bace pagi2...
i give u LIMA SAAT untuk teka
5
-
4
-
3
-
2
-
1
-
Toing Toing!!
 masa menjawab dah tamat~

ini maksud doa qunut,,,sape betul,dpt hadiah,,jangan risau,,,BalQis bagi cash...nah :
  =)   [ni la hadiahnye;senyuman]

ye,,harini BalQis nak kongsi dengan rakan-rakan tentang makna bacaan-bacaan yang kite bace dalam solat hari2..BalQis pun sebenarnye masih dalam proses menghafal..bile dah hafal + paham makna bacaan solat,,baru syok kite solat...

>>>> mari bace <<<<

kita mula dengan

Al-Fatihah

     kat bawah ni ade maksud nye..
  1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  2. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam
  3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  4. Yang menguasai hari pembalasan 
  5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus
  7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

  ruku'  

   maksudnya:  Maha suci Tuhanku Yang Maha Mulia dengan sifat kepujianNya

  Iktidal  

    maKsudnye : Allah mendengar akan orang yang memujiNya.Ya Tuhan kami,BagiMu segala puji

  Sujud  

ade tujuh anggota sujud; iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, lutut dua2 ngan jari kaki dua2 belah. seeloknye,semua jari kaki dibengkokkan,,,tapi kalau tak mampu,,memadi 1 jari je..


   Maksudnye  : Maha suci tuhanku yang Maha tinggi dengan sifat kepujianNya
                        (same je ngan bacaan ruku',cuma bezanya pkataan 'tinggi' dan 'mulia')


   duduk Antare 2 sujUd  

Maksudnye :

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)Wa'fuannii (maafkan aku)

  TahiYat Akhir  

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba ('ibaadi) Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan

Aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya

Sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


kalau hafal semua makna ni,bagus!
tapi kalau tak mampu,hafal alFatihah dulu...lpas practik kan seminggu,hafal yang lain pulak..ni yang BalQis buat la...kalau tanak ikut,takpe....
BalQis pun tak hafal sume...tp akan cube la...

jika BalQis ade kesilapan,,harap tegur ye...BaQis juga manusia biasa


ok...BalQis mau tidur....penat taw tulis blog smpai 2 jam ++(sebab line teramat la slow!)

~      $eLamaT      bErAmaL       ~

Salam saYang dari;
-QiS-
*saya sayang orang yang sayang saya*

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...