balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

June 17, 2013

sem 5 di UPMKB (6)... Latihan Industri

Assalamualaikum

Sudah menjadi salah satu syarat untuk semua pelajar diploma UPMKB untuk melibatkan diri dalam latihan industri sebelum tamat belajar. i guees, bukan hanya UPMKB je, Universiti tempatan lain pun sama kan? Macam Nana, dia sekarang tengah praktikal dekat sebuah syarikat nama ImanPuri. Aida, my Roommate pulak tengah praktikal dekat Kuching, bahagian Perikanan. Walaupun kampus yang sama, tapi Diploma Pertanian memang akan praktikal semester lima, which is now. tapi bukan ana. Ana hanya akan terlibat dalam praktikal bila semester 6 nanti. Tempat ana dah fikirkan. Cadangnya dekat Kota Belud, Sabah. tempat rahsia dululah ye :) 

Tapi tiba tiba, ana dapat surat tawaran. di luar sampul tu, ada cop dengan Tulisan Jepun. O_o'  teragak agak ana nak bukak. ana check banyak kali, betul ke nama ana? ye, betul ada dua huruf i dekat nama kedua ana. 

dah rezeki ana lah kot. alhamdulillah. dengan perasaan cuak dan sebak, ana bukak. . . 
ye memang betul. cuma tak pasti nama syarikat tu apa sebab baca sekali imbas. terus je mata meliar ke bahagian bawah surat. Ana di tawarkan ke bidang food technology apa ntah sebab dia bersambung dengan tulisan jepun.memang aku paham lah kan bahasa jepun ni -.-''

terus ana call Daus, bagitahu tentang benda ni. Mak ayah pun ana bagitahu. Mak ayah tak bagi kata putus lagi, cuma tu lah, bila ana bagi tahu daus, daus pulak yang terharu lebih lebih. walaupun ana just call her, tapi ana tahu suara dia sedang nangis terharu. 

secara tiba tiba, ana terbangun dari tidur. wallaweyhh! mimpi je rupanya!? seriously rasa macam betul2. masih terasa lagi, sampul surat tu ana koyakkan . tapi mimpi hanya mimpi...

takpa lah, walaupun ia cuma hadir dalam mimpi, ana seronok sangat. sebab berpeluang merasai kebahagiaan dan ke-excited-an belajar/ merantau ke negara orang. 

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...