balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

May 23, 2013

bukan saja saja tapi ada hikmahNya


Bukan saja saja Allah meletakkan awak dalam BIDANG itu..
Bukan saja saja Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
Bukan saja saja Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
Bukan saja saja Allah memberikan UJIAN sebegitu..
Bukan saja saja Allah membiarkan awak mengemudi dalam KEADAAN begitu..

Melainkan Allah tahu awak akan memberikan SESUATU dalam bidang itu
Melainkan Allah tahu awak bakal membiakkan ilmu-ilmu itu
Melainkan Allah akan temukan awak dengan insan-insan yang ikhlas membantu
Melainkan Allah mahu menguatkan awak
Melainkan Allah mahu awak tahu betapa tingginya kasih sayang Dia 





Lagha


Bismillah..


Assalamualaikum kawan kawan :)

ana tak tahu nak mula macam mana.. cuma nak mengajak kawan kawan berfikir sejenak. erm, sebenarnya, ini jugak sebagai satu tamparan kepada diri ini supaya tidak terlalu leka selagi nyawa di badan. haih.. hati oh hati. kenapa la kau terlalu mudah dilalaikan dengan benda2 lagha?

ok mula mula, ana nak tanya, awak tahu tak apa itu lagha? Berbekalkan ilmu 0.00001 inchi tebal ni, ana nak bagitahu, lagha itu bermaksud sia sia. ana tak pasti la sama ada perbuatan atau perkataan yang dimaksudkan.. atau boleh jadi kedua duanya? tapi yang pasti, ia membawa maksud suatu yang sia-sia.

ok. apa yang dikategorikan sebagai sia sia?

menurut pandangan ana yang tak berapa nak bijak ni, hampir semua perkara berpotensi menjadi lagha. dalam konteks yang besar, games (on9, PS2, lagi apa? game PC...etc..), facebook-ing, twitter-ring, blogging (ye, blogging  *_* ).. semuanya lagha! actually, perkara remeh contohnya makan, tidur,tengok tv, basuh pinggan mangkuk pun adalah lagha.

dah kalau semua lagha, tinggal apa je nak buat kat dunia ni, woi?

sabaq. biar ana terangkan pendapat ana. jangan la marah dulu.


ok mari kita tengok contoh lagha yang pertama, iaitu...     TIDUR      
aik? tidur pun boleh jadi lagha? jawapan ana, ya dan tidak. erm, macam mana nak cakap ye. ok macam ni, ia menjadi lagha atau tidak itu bergantung pada kesesuaian masa itu sendiri. ok. memanglah tidur sebentar sebelum Zohor itu sunnah. dapat pahala. tapi ia menjadi lagha malah kemungkinan besar mengundang dosa kalau tidur 'sebentar' tu jadi tidur panjang sampai ke asar. (kenapa ana rasa ana cakap belit2 ni? -.- ) 

hal ni, sebenarnya bergantung pada diri sendiri. ada orang, boleh disiplin, malah senang bangun kalau takat tidur sebentar. ada orang kalau dah set jam tidur sekejap, memang tak dapat dengar bunyi jam yang dikunci. orang kejut pun susah bangun. macam tak dapat todir seminggu (ok. ana la tu. :3 ) so, disebabkan perkara ini, jadi, ana menetapkan yang ana tak tidur sblum zohor. sebab takut taknak lewat solat zohor. bagi ana, takpe la kalau tak buat amalan sunnah yang satu tu, asalkan yang wajib ana sedaya upaya buat se segera mungkin. ok . tiba2 masuk unsur private life ni apesal ? =.=


macam tu jugak la dengan makan, baca buku even tengok discovery channel. semuanya LAGHA kalau sampai ia membuatkan kita terlalu leka sampai kita sanggup tangguhkan benda wajib seperti solat farhu. ok let me giVe u example. another example. 


contohnya, si puteri dah set kat TV, nak tengok rancangan dikir zikir kat astro oasis pukul 1.30. rancangan tu memang bermanfaat . sangat. even ana pun suka tengok. cumanya ia akan dikategorikan sebagai lagha jikalau si puteri leka tengok rancangan tersebut sampai melewat-lewatkan solat beliau.


suatu ketika,ana pernah baca satu artikel. diringkaskan, semasa hayat beliau, beliau tak tinggal solat, puasa cukup, menurut kenalan beliau. cuma yang peliknya, bila nak mengebumikan mayat beliau, ada seekor ular gergasi yang sedang menunggu satu jasad untuk dililit dalam kubur tersebut. masyaAllah. bila disoal selidik, ternyata, beliau sering melewat-lewatkan solat beliau. selepas mohon doa pada Allah, akhirnya ular tersebut ghaib. wallahualam.


Astaghfirullah. lewatkan solat pun dah diazab sebegitu rupa. apa lagi kalau kita sampai tak solat tika sedang leka dalam urusan dunia.




Jadi, pengajarannya kita sebagai manusia yang sememangnya bukan maksum ni, kena pandai prioritise your urusan dunia & urusan untuk mengumpul bekalan untuk hari Akhirat kelak. takpa. biar kena marah, kena maki, kena perli sebab kita utamakan benda yang Allah suruh. daripada Allah murka sebab kita utamakan urusan dunia daripada akhirat. awak nak Allah murka ke, manusia murka? pilihan di tangan masing-masing.



buang ego. buang rasa malas. buang semua aura negatif


*serious talking*
Saya mohon sangat. kalau saya salah dan perlukan penambahbaikan, jangan segan silu bagitahu saya. u can drop a comment or PM me through my FB. 

terima kasih,
Assalamualaikum warahmatullah

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...