balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

March 3, 2011

ZiNa mEmbaWa paDah !

LA TAKRABUZ ZINA
(pernah dengar ayat ni kan?) 

Dan janganlah kamu menghampiri zina,
Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang jahat

Rasulullah s.a.w. memperincikannya sebagaimana dalam sabda-sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:
Zina dua mata itu menilik(memandang) perempuan yang ajnabi.
Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, 
zina kedua tangan itu menjabat(sentuh), 
zina kedua kaki itu melangkah
dan 
zina hati itu mengingini, mengangan-angankannya.
-Riwayat Bukhari dan Muslim-
 

 

 berdua-duaan, berdating, berhimpit-himpitan, berbual di teLefon, dan bermesra 
 
semuanya termasuk dalam kategori zina,larangan melakukan tindak-tanduk yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan khusus ditujukan kepada pasangan yang berkenaan sahaja, tetapi termasuk juga orang lain yang bersubahat.

Maka jika anda membantu rakan anda dalam perbuatan maksiat, seperti menjadi perantara pasangan yang berbuat maksiat, memberi sesuatu yang digunakan untuk maksiat dan sebagainya, maka dosanya samalah seperti mengerjakan maksiat.Ramai orang tidak sedar, bahawa mereka turut terlibat dalam melakukan perbuatan menghampirI zina itu.

  masih ramai ibubapa yang sengaja ( kononya
sportinglah) memberi peluang kepada anak gadis mereka berdua-duaan dengan teman lelakinya.Ada-ada saja helah ibu bapa untuk tidak menganggu anak gadis mereka yang melakukan khalwat(berdua-duaan, berbual mesra) dengan teman lelakinya.Umpamanya, ada ibu yang masuk ke dapur, ada bapa yang ada-ada saja kerjanya yang perlu dibuat, lalu keluar rumah atau ke biliknya. Meninggalkan sepasang pasangan haram.[ janganla camni ea,,ibu bapa kena tunjuk contoh yang baik kat anak2.. ] Ramai ibubapa membenarkan anak gadis mereka keluar berdua-duaan dengan teman lelakinya(tanpa pihak ketiga) dalam keadaan bukan darurat.
  


Ramai yang tak terfikir, kalau belum lagi melakukan zina, mungkin anak gadis mereka melakukan mukadimah zina. Pastinya, anak gadis mereka sudah melakukan zina mata, zina tangan, zina kaki atau zina hati dengan teman lelakinya.

Kerana terlalu jahil dan terpengaruh kepada amalan sosial barat yang dikatakan moden, ramai orang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa, sudah menjadi tradisi. Malah, mereka menganggap itulah tindakan yang selari dengan zaman moden sekarang ini.

Tambahan lagi jika terhadap mereka ketika masa muda dulu, ibu bapa mereka pernah bertindak demikian, membiarkan mereka berdua-duaan dengan kekasih mereka.Pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus disedari sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam, sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.

Pada peringkat awal orang-orang barat melancarkan perang bersenjata terhadap kerajaan Islam, tetapi mereka gagal. Lalu menukarkan perang bersenjata itu kepada perang psikologi.Dalam tahun 1268, seorang Raja Perancis pernah mengemukakan saranan:


Adalah suatu yang amat sukar dan hampir mustahil untuk mengalahkan umat Islam melalui peperangan dengan bersenjata dan kekerasan. Berdasarkan pengalaman yang disokong oleh fakta sejarahsebelumnya, maka yang penting sekarang ialah mengatur langkah lain untuk umat yang degil itu

Antara �langkah lain� itu ialah melancarkan perang psikologi dengan cara mengumpankan corak hiburan yang membawa kepada amalan pergaulan bebas antara muda-mudi Islam yang boleh diistilahkan sebagai �budaya takrabuz zina�. Sebagai contoh, pada masa kini, banyak rancangan televisyen yang memberi contoh negatif kepada masyarakat seperti Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Mentor dan seangkatan dengannya.

Apabila seluruh Malaysia sudah didedahkan dengan hiburan seperti itu, maka ia dianggap biasa oleh orang ramai, maka tidak ada rasa berdosa kepada mereka yang melakukan pergaulan seperti itu.Hiburan dari barat itu sengaja dieksport ke Negara Islam sebagai satu strategi perang psikologi untuk melemahkan umat Islam.

Tanpa kesedaran ini, umat Islam, bukan sahaja tidak peka dengan matlamat negatif hiburan dari barat, malah mereka menerimanya sebagai 'hasil seni' dan budaya yang mereka iktiraf sebagai budaya global.Tuduhan terhadap barat dalam hal ini bukan tidak berasas. Kaum Yahudi dan Nasrani memang selamanya mendendami dan memusuhi umat Islam.  


Allah SWT mengingatkan Rasulullah saw melalui firman-Nya:


�Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali menyukaimu(Hai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka� (al-Baqarah:120)

Perkembangan budaya takrabuz zina memang dirancang oleh musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam. Inilah yang dikatakan sebagai strategi dalam perang psikologi mereka terhadap umat Islam. Seorang orientalis pernah berkata,

�Gelas minuman keras dan penyanyi perempuan(pelacur) dapat menghancurkan umat Muhammad. Ini lebih berkesan daripada apa yang dapat dilakukan oleh seribu meriam�.

Mudah saja manusia terseret dan tergelincir dari landasannya jatuh ke lembah maksiat, kerana kegiatan dan pergaulan bebas dalam dunia hiburan bercorak barat(muzik, sukan, dan sebagainya) itu adalah meliputi ciri-ciri �budaya takrabuz zina�. Di mana-mana saja, perbuatan maksiat dalam dunia budaya ini telah, sedang berlaku dan senang dilihat.

Fenomena keruntuhan akhlak yang amat teruk sekarang, di kalangan muda mudi Islam khususnya, sehingga merebaknya wabak bohsia, bohjan, gay, pembuangan bayi luar nikah, seks bebas, pelacuran dan sebagainya adalah antara bukti-buktinya.Dalam rancangan Edisi Siasat di NTV7 pernah menayangkan betapa runtuhnya akhlak anak-anak muda melayu Islam melakukan seks bebas dalam tajuk rancangan Seks tepi tangga.  

Kemanakah maruah umat Islam kini?

Dikatakan Malaysia ini Negara Islam, tetapi gejala seperti ini berleluasa sehingga sukar untuk dibendung lagi, saban hari kita terdengar, terbaca di dada2 akhbar, kes pembuangan bayi, rogol, seks bebas dan sebagainya. Kemana perginya nilai-nilai Islam? Sehingga sanggup menjual maruah Islam seperti perempuan tidak bertudung, berpakaian ketat menampakka susuk tubuh badan.Jadi, dimanakah anda pada ketika ini?

Adakah anda termasuk dalam golongan sedemikian? Jika ya, maka keluarlah dari lembah kehinaan itu dan bertaubatlah dengan taubat nasuha, kerana Allah Maha Pengampun. Jika tidak, maka usahakanlah menghidupkan kembali sinar-sinar Islam ke dalam masyarakat yang amsih lemah dan tidak menyedari semua ini. Laksanakan perintah Allah.

�Sesiapa di kalangan kamu yang ternampak kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangan. Jika tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lisan, dan jika tidak mampu juga, hendaklah dia mengubahnya dengan hati(membenci dalam hati) dan itulah selemah-lemah iman


keKa$iH @ paReNts ??

Seorang insan tidak akan wujud tanpa ibu dan bapa. Apabila kita dilahirkan ke dunia, kita dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang bersama harapan yang menggunung tinggi supaya kita menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Ibu dan ayah berusaha sebaik mungkin agar kita mendapat pendidikan yang terbaik tanpa mereka kenal erti penat dan lelah. Bagi mereka, biarlah mereka penat asalkan anak mereka dapat menjadi seorang yang berjaya.

Benar bercinta mampu membuat kita berasa senang, terasa ringan beban yang ditanggung dan membuatkan kita bahagia. Tetapi kita harus ingat, bahana bercinta membawa kesan yang jauh lebih besar jika fikirkan dengan sebaik-baiknya. 

Berikut merupakan sebab perlunya memilih dan mentaati ibu bapa daripada mentaati kekasih:

1.  Suruhan ALLAH S.W.T 
 
   Sesungguhnya, semua  beragama Islam telah sedia maklum bahawa mentaati ibu bapa merupakan satu keutamaan yang
besar kepada setiap umat Islam. Sesiapa sahaja yang melanggar perintah ibu bapa (selagi tidak melanggar perintah ALLAH) adalah dianggap telah menderhakai kedua orang tuanya. Oleh itu, sesiapa sahaja yang memilih kekasihnya boleh dikatakan tidak mentaati kedua ibu bapanya. Jadi,ibu bapa atau kekasih?
 
2.  Merugikan diri sendiri
 
Kenapa ??  Mungkin ada yang mengatakan bahawa mempunyai pasangan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Tetapi kita perlu sedar bahawa sekadar mempunyai semangat, tidak cukup untuk membuatkan seseorang itu hebat dalam pelajaran. Untuk hebat dalam pelajaran, seseorang itu perlu bersungguh-sungguh dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran. Tetapi, benarkah seseorang yang sedang hangat bercinta mampu menumpukan sepenuh perhatiannya dalam pelajaran? 

    Apabila sudah dilamun cinta, fikiran hanya memikirkan tentang kekasih hati sahaja tambahan lagi apabila mereka mengulangkaji pelajaran bersama.Bercinta masih merugikan diri sendiri terutama sekali kepada golongan hawa. Kenapa? Cubalah fikir, adakah hubungan cinta yang dijalin itu terjamin untuk sampai ke jinjang pelamin?? Jawapannya mudah. TIDAK! Jika orang yang telah berkahwin boleh bercerai, yang bertunang masih boleh putus, inikan pula pasangan yang masih belum mempunyai apa-apa ikatan. ada paham?

Bayangkan, jika anda (kaum hawa) telah melakukan hubungan terlarang, siapa yang rugi? Lelaki, tidak rugi apa-apa bahkan yang paling rugi adalah anda. Jika anda telah mengandungkan anaknya hasil hubungan yang haram, apa yang akan terjadi kepada anda? Apabila berita anda mengandung anak luar nikah terheboh, pastinya keluarga anda dapat malu. Kesannya bertambah mendalam jika si lelaki tadi tidak mahu bertanggungjawab.

   Bukan itu sahaja, kesannya turut melibatkan konteks yang lebih besar lagi. Apabila pelajaran terabai dan keputusan yang diperoleh tidak memuaskan, sudah tentu pekerjaan yang diperolehi jugak tidak akan memuaskan dan sudah pasti pendapatan juga kurang memuaskan. Cuba anda fikirkan, di masa hadapan nanti kos sara hidup semakin meningkat. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, senangkah hidup anda?
0_0

3. Menghampirkan diri kepada zina

   Benar! Perbuatan bercinta sebelum kahwin ini boleh menghampirkan diri kepada zina. Siapa yang tidak tahu? Tipulah kalau dia kata tidak tahu. Bagi orang Islam, zina merupakan satu dosa besar yang memberikan kesan yang lebih dahsyat dan amat dilarang mendekati zina. Bila dikatakan JANGAN MENDEKATI, maka bermaksud tidak boleh melakukan sebarang perkara yang membawa kepada zina. Hal ini termasuklah bercinta sebelum perkahwinan kerana orang yang bercinta ini sering berdua-duaan. Lambat laun, godaan syaitan pasti akan berjaya.

         Penzinaan merupakan satu perbuatan yang hina dalam mata masyarakat. Sesiapa yang berzina akan disisihkan dari masyarakat dan mereka akan dipandang serong sebagai orang yang tidak berakhlak kerana zina bukanlah akhlak yang baik. Boleh dikatakan kita sekarang semakin menghampiri masyarakat jahiliah sebagaimana masyarakat Quraisy sebelum kedatangan Islam. Kenapa? Jika kita membaca berita yang dikeluarkan akhbar-akhbar tempatan sejak akhir-akhir ini, gejala pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Hampir setiap minggu, pasti ada bayi yang ditemui sama ada hidup atau mati.

Jadi, pilihan di tangan anda. Inginkan negara yang aman makmur harmoni, atau kucar-kacir? Inginkan pengukuhan institusi keluarga atau keruntuhannya? I
ngin menjadi insan yang berakhlak atau tidak bermoral seperti masyarakat jahiliah?
Kekasih, atau ibu bapa ? 


-QiS-

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...