balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

April 19, 2011

apa nak jadi?


PoSt ini diwujudkan hanya untuk meneGur mana2 
kesilapan yang pernah kita buat, 
secara sedar @ tak..
Mana yang salah,
harap tegur 
ye..
 

kita orang Islam,jadi kene la ikut cara hidup Islam.Bukan hanya pada nama,bukan juga hanya pada sekeping kad AKA kad IC tu..Islam tu BUKAN hiasan pada kad tersebut,tapi kene jadi amalan dan pegangan buat kita sebagai penganutnya..[ aDa paham ? ]

~ MARUAH ~

setiap orang diWAJIBkan menjaga maruah diri sendiri.Terutamanya kaum hawa..reader(s) da tawu kan had aurat masing2?

kalau lupe [ TAK LOGIK ! ] @ wat2  cam tak pernah blaja bab2 aurat ni,,biya balQis terangkan semula ye

had aurat antara;

* perempuan dengan lelaki (bukan Muhrim)
      semua anggota badannya KECUALI muka DAN tapak tangan
* lelaki dengan lelaki ( bukan muhrim)
      pusat HINGGA lutut
*Perempuan dengan perempuan yang bukan islam
      pusat hingga lutut jika kita yakin yang dia tidak akan meceritakan keburukan kite.. 
           (lebih baik takyah dedah sane sini la,,senang criter..)

ok,,mari kita cakap pasal tudung..

BalQis bukan jenis yang cerewet bab2 tudung ni..Tapi sejak tercipta nye 'tudung segera' kat negara tercinta ni,,fungsi tudung yang dahulunya menutup aurat,kini tidak lagi.

 *tudung segera adalah panggilan yang BalQis cipTa..
     [ readers panggil ape? ]

     Bukan semua tudung segera camtu!

ye,,memang bukan semua,tapi kebanyakannya,,ulang suara,kebanyakannya!..

tudung segera
kebanyakan tudung jenis ni,langsung tak menepati syarat2 bertudung seperti yang Islam tekankan dalam AlQuran..

dari pemerhatian BalQis selama 2 tahun, tudung segera  ni

#   kebanyakannya pendek! (mungkin ia diCipta khas utk kanak2,tapi wanita pula yang membelinye) wallahu a'lam
#  ade yang labuh sikit tapi dipendekkan

ye..dipendekkan..ade sesetengah wanita yang menarik tudung ditarik belakang lalu di pin kan..

 ada paham?
     aiyooo~  tak paham jUga ka?

camni;

tahu tak? tudung yang digaye kan sebegini
 sebiJik macam birawati Kristian taw! 

tak caye cube tengok gamba bawah  ni CAREFULLY !



"barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka"
~ hadith riwayat abu Daud ~

tu la,,orang cakap,tak caye,,skarang bukti dePan mate,,masih nak nafikannye lagi? 

 *          *          *

 ade satu lagi fesyen tudung yang ntah hape2 tapi makin mendapat tempat di hati wanita (mostLy) zaman skarang (except me..)

ye,,begini,,lihat lah!

pada mata kasar,,ye wanita di atas ni tutup aurat,,tapi hakikatnya TIDAKK okeh!

* tak tutup bahagian dada
* bersanggul tinggi

ha,,ni 1 lagi masalahnye..buat pe nak sanggul tinggi2?? 
ha? ape? ikUt fesyen?
ok,,skarang bace hadith nabi ni;

"ada dua golongan daripada penduduk neraka yang belum pernah aku lihat, iaitu suatu kaum yang memiliki cemeti eperti ekor lembu untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tetapi telanjang,berlenggang lenggok,kepala mereka seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang..wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan baunya dapat tercium selama perjalanan sekian dan sekian"
~ hadith riwayat muslim ~


hah..tanak masuk syurga ke cik kak oi?
tepuk dada tanya iman la ye

lagi satu fesyen yang menyakitkan mata BalQis;


Firman Allah yang bermaksud :
“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)


sayang kan...? siti cantik! cute! muka sentiasa manis!  
tapi,,suka sangat pakai   tudung   camtu   ;'{


bukan nak kondem siti tapi nak kondem pemakaian tudung yang sebegitu rupa


*          *          *





    ni sebenarnye nak pakai tudung ke tak ni? 
            adehh ! konfius sudah!


tak salah kalau kite ikut fesyen..malah Islam mementingkan jugak aspek kecantikan ni.bagi diriku,selendang ni sebenarnya cantik kalau digayakan..

[psstt,,snanye BalQis tak reti kai selendang ni,,jangan boco rahsie taw!
       ni rahsie kite2 je,,okeyh?]

selendang ni lagi cantik kalau kaum hawa mengikut aturan Islam...
ce tengok ni;

cantik kan......?
huw~~ jelezz!

Firman Allah yang bermaksud :
“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

BalQis bukan nye nak pengaruh reader(s) supaya membenci tudung segera ni..cuma berhati-hatilah ketika membelinya,,kaun hawa kan lebih teliti berbanding kaum adam (teringat kat cekGu harfanizah yang selalu back-up wanita..hahaa~)

ok2,,berbalik kepada tadi..

jadi kesimpulannya,,jangan cemarkan nilai tudung wanita okey!

NI SEDUTAN DARI NOTES BalQis kat facebook;

Bila mana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.ya,,kita sendiri...

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian

versi penuh di sini 


sila kongsi pendapat masing2..
nak membangkang kate2 BalQis kat atas ni pun dipersilakan,tapi bagi reason yang kukuh~

-QiS-

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...