balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

November 21, 2013

Latihan Industri (1)

Assalamualaikum dunia

setelah sekian lama, ana menyepi, baru harini ana kembali
sebab apa?
>> sebab latihan industri



harini, 21 November 2013, tepat hari ke-27 ana berada di : 
yep, i am here right now


sepanjang hampir 4 minggu, ana ditempatkan di Unit Cendawan, bahagian Ibu Pejabat Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Wisma Pertanian Sabah. baru ana tahu yang KPD ni, hanya di sabah. i really thought KPD ada banyak cawangan kat Malaysia macam RISDA. rupanya kat Sabah je.  =.=''

ana sebulan je kat office. lepas ni, ana akan ditempatkan kat KPD cawangan Likas. Untuk 4 minggu dekat Likas, ana akan ke bahagian pemasaran. 

*arghh.. kekoknya nak menulis kat blog T__T *
*nak nangis*

#kbye


October 11, 2013

Sem 5 di UMPKB. . . last episode

Assalamualaikum dunia .

Allahu akbar. perasaan ana saat ni bercampur baur. dengan berakhirnya episod 'sem 5 di UPMKB' maka berakhirlah sudah perjalanan ana sebagai seorang mahasiswa UPM untuk semester 5.


> Gembira <

dapat berbakti pada ayah
& mak setelah sekian lama tak balik rumah



 > Sedih <

i'll leave this memorable place for 24 weeks.
sedar tak sedar, dah dua tahun 6 bulan ana belajar kat sini. nampak tak betapa banyak nya kenangan yang ana cipta ?


> terkilan <


kucing yang ana bela dari dia remaja sampai dah beranak 2 kali. yeahh.. i have to leave her too.and her 1 month babies. *tak dapat sambut bday anak2 18hb ni*
 


 

-you don't always see star,but you know it always there-


October 8, 2013

school life




big gang of friend
 colourful uniform
chat in school tuition
silly fight
one side love
friendly teachers
Group photos
Never ending PJK periods
Rocking anual days
Group discussion on anything & nothing
so many hands in a single lunchbox
remarkable mark
Justified mistakes
Loveable tour




Tadika Amal, Labuan (1999)
Sekolah Kebangsaan Kerupang, Labuan (2000
Sekolah Rendah, Rawang(2001-2003)
Sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun, Rawang(2001-2003)
Sekolah Rendah Puncak Alam(2004-2005)
KAFA Integrasi Puncak Alam(2004-2005)
Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (2006-2010)

yea,, i miss these schools.

lafaz yang disimpan

salam dzul hijjah :)


Ukhuwah itu ibarat satu janji di sisi Allah
tak dapat ditulis
tidak juga dapat dilukis gambarannya
bahkan
tidak dapat dibaca gerakan dalam hati dan jiwanya
Ia bukanlah pada lafaz dan kata kata
bukan jua pada banyaknya pertemuan yang dibina

Tapi ia adalah satu seni rasa 
yang takkan pernah terpisah oleh jarak
dan takkan pernah hilang oleh masa



-NurFirdausMuhammadAmirAmran-
-26 Otober 2011-

ye, ana masih simpan mesej ni since 2011. sebab tiap kali baca, mesti wujud rasa rindu pada awak. :')

October 4, 2013

sem 5 di UPMKB.... part 11


bertemu kita kerana Allah
berpisah kita juga kerana Allah
walaupun in semua agak payah
namun aku harus pasrah




setiap pertemuan akan ada perpisahan
namun, 
tak semua perpisahan akan adanya pertemuan


 
-2 Oktober 2013-

September 29, 2013

sem 5 di UPMKB. . . part 10

Assalamualaikum
Salam Perpaduan, Salam ukhwah.

Alhamdulillah.. hidup lagi kita harini kan? :)
kadang kadang, iman kita naik turun.
bila mana tahap iman dirasakan tinggi, tambahkan amalan-amalan sunnah
tapi bila tahap iman makin mnurun, just focus pada amalan2 yang wajib, bukan apa, takut bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

noktah.

minggu ni actually study week. tapi, nama je study week, tapi 4 hari burnt macam tu je.
hey hey. bukan sebab ana bermalas malasan la -__-

sabtu ahad : Ada program finishing school
isnin : presentation day.  presenting our pen culture's model. and it carries 20% weyh. it's quite big though
Selasa  : pagi ada perjumpaan dengan En Ansarul berkaitan dengan kemasukan degree. then 2-10.30 malam ada Program bersama Alumni UPM.

memang la burnt macam tu je.
tapi alhamdulillah ada 5 sbjek je sem ni. *walaupun 3 sbjek tough 3 hari berturut turut, which are ruminant Production (4 kredit), Pengembangan Pertanian (3 Kredit) dengan Pengurusan Hasilan Ternakan (3 kredit) 


Rata rata, esok dah start final exam, so i wish Allah eases for all of us during our hard time . starting from tomorrow . Tapi my 1st paper only start on the 1st October. hihi

 previous episode of 'sem 5 di UPMKB'
><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>


mash, wani, syahirah,, gonna miss them :'(
till we meet again after practical, okay?








September 5, 2013

kenapa !?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

lama rasanya tak menaip kat sini kan?
takda masa? busy? 
ahh ~ ! alasan je semua tu. 
Allah dah bagi masa yang cukup 24 jam untuk setiap orang, terpulang pada kita untuk bahagikan masa dengan efisyen atau nak habiskan masa dengan perkara tak berfaedah.  
*tetibe*


sebenarnya, memang dah lama terdetik tentang 'hal ni' masa mula mula jejak kaki kat UPMKB ni. tapi kaki ni nak melangkah keluar dari UPMKB ni la baru terfikir nak post. 

kenapa ayat rasa macam awkward je ni?
ok, this will spoil my mood

mari kita imbas kembali. pejamkan mata anda, oh ok tak payah, nanti tak dapat baca.
jom ikut saya, kita masuk ke pintu suka hati. tadi saya call doraemon, dah mintak izin pinjam pintu ni. 




masa zaman sekolah dulu. . . . . 



kita dididik supaya bagi salam bila berselisih dengan cikgu
supaya terdidik rasa hormat kita pada orang yang menyampaikan ilmu





kita diajar untuk mintak izin kalau nak keluar kelas 
supaya kita terlatih untuk mengamalkan sikap kesantunan dalam perbuatan



kita diasuh untuk membaca ikrar pelajar + rukun negara
supaya tersemat rasa hormat pada diri untuk terus berwawasan dalam capai impian 



Kita didisiplin kan dengan peraturan yang mewajibkan 
untuk nyanyi lagu negaraku dan lagu sekolah
supaya kita tetap patuh dengan peraturan yang mendidik jiwa kita
 berdisiplin dan hormat negara walau apa pun yang berlaku



tapi perasan tak satu perkara ?

ke mana semua nilai murni yang tersedia sebati dalam diri , 
saat kita melangkah ke alam universiti? 
ke mana hilangnya?

kenapa perlu dilupakan ?
kenapa kita tak teruskan?
kenapa tak termaktub dalam AUKU? <-- cewah, direct terus .__.




jangan nak kata,
"alah,, dah besar, takkan tak tahu nak jaga diri?"

oh no no.

as for me, itu lah gunanya kalau ada peraturan hitam putih. sekurang-kurangnya, orang sekeliling akan tegur kita automatik kalau in case, kita terbiadab dengan orang yang bagi kita ilmu atau orang yang sewaktu dengan nya.

what i tried to say is,
apa lah salahnya kalau kita mintak izin dulu sblum kluar kelas (kuliah) utk ke tandas ke, mana2 lah. nampak remeh tapi sebenarnya, itu adalah adab. adab menuntut ilmu. kalau terdetik je kat hati pendidik tu tak senang dengan perangai kita, memang tak berkat lah ilmu tu. kalau dapat markah full sekali pun, tapi tak berkat, apa guna? cuba fikir panjang sikit. bukan marah, cuma nak ajak kita fikir sama2 effectnya kalau tak jaga adab dengan guru.

sebenarnya banyak kebaikan bila kita teruskan kesopanan dan kesusilaan yang kita dah praktikkan masa sekolah dulu. sejak akhir2 ni, adab kesopanan dah amat jarang diamalkan oleh terutamanya masyarakat M yang sememangnya terkenal dengan adat dan kesopanan. 

why not kita cuba ubah diri kita?
kalau tak mampu nak praktikkan adab secara pukal, just pick one or two dan amalkan secara berterusan. sekurang kurangnya, jadi orang yang. . .  betul2 orang. bukan orang-orang (yang sememangnya tak dikurniakan perasaan sensitif pd nilai kesopanan).

oh ye, sebenarnya rancang nak tulis benda lain, tapi taip benda lain. inilah jadinya kalau sambil blogging, teringat esok ada kelas ganti ruminan sambil otak fikir nak pergi kite festival sambil terasa nak tengok RunningMan di saat videotaping ke Miri tak edit lagi.

kbai
wassalam.


August 25, 2013

Sem 5 di UPMKB (9)

holla ! assalamualaikum dan salam sejahtera

pheww.. baru je kemas bilik secara total. and i just love the cleaned room

ok bukan tu nak cerita. Kalini just nak conteng conteng sikit about the awesome trip. Trip? yeahh,, my class ada buat trip under subjek keusahawanan ( En Make). Kalau ikut perancangan asal, we're supposedly buat trip seminggu ke Kuching . Tapi tak jadi, cuma ke Miri dan balik hari . gahh! perancangan Allah lagi banyak baiknya kan? *latih otak untuk pikir positif untuk setiap perkara buruk berlaku*

pkul 6.30 gerak dari UPM, guna bas UPM ke Miri. 1st destination is PPES Sdn Bhd. i was like... huh? PPES? baru je beberapa hari lalu my ONLY kakak suggest kat situ untuk ber-praktikal. but ana tak apply lagi sbb nak apply KPD dulu.so, here is PPES :




i just love them !
wani, kak Ina, Nazim
macam dalam gambar, PPES ni, satu pusat penternakan lembu kat Miri. alah, kalau cerita detail pun bukan korang nak tahu pun kan?

lepas sejam lebih nak dekat dua jam, we're heading to the 2nd destination which is Syarikat Kai Nguong Nursery Sdn Bhd . tmpat ni, nursery bunga bungan dan buah-buahan. memang luassssss yang amat. penat jalan woh! dari segi baja, pasu, kelengkapan mainainance dan kelengkapan water irrigation smua ada lengkap kat situ. best la tmpat ni, tapi ana tak minat. serious tak minat.





awww i love this kind of view :)

for these 2 places, we have to make a video report and i don't like it.  seriously /-__-\

tapi last destination yang ni, tak perlu report. dan ianya sangat sangat sangattt la best. 

bergambar dengan Abang Buaya.
dia kena sumpah jadi batu sebab curang dengan kekasih lama dia

Ying ying with her new friend, Encik Ular
nama dia merpati turkey
lawa seyh !
and i love dove
it reminds me when i was kid, plays with dove


tasik ni lawa. sumpah lawa !
cuma bila ana yang tangkap gambar, memang tak nampak cantik la gambar ni kan..


World MOST DANGEROUS bird Cassowarry



Ada' dengan Puan Kuda



Tahu tak pirarucu tu apa?
itu sejenis ikan . kat situ,ikan pirarucu tu besar gilaaaa ! 5 meter panjang weyh! 

tapi cantik, campuran warna merah & biru sisik dia
kejap, nak carik gambar dia.

nampak tak biru merah tu?
itu la dia pirarucu. besar gila kan?
sebenarnya banyak lagi gambar yang best2. tapi bukan kat kamera wani (oh ye, gambar2 ni smua guna kamera wani)



conteng2 ni dibuat suka suka. maaf andai ada antara kalian yang tak suka.
well,, this is MY blog, y'knoww

*peace*

August 20, 2013

untuk awak

::    sahabat   ::


sepatah kata
namun punya seribu makna




::    sahabat   ::

satu perkataan untuk mengiktiraf seseorang insan yang ana rasakan dia layak. 
apa yang membuatkan dia layak?
hanya satu.


cukup sekadar...  
menyayangi ana sehingga tidak sanggup biarkan ana berbuat dosa


sudikah anda menjadi insan itu?






August 18, 2013

sedang bergelap

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

saat ini ana sedang bergelap. i mean, bilik ana gelap. bukan sambut earth hour dan bukan sebab takda elektrik dan bukan juga sebab nak tidur walaupun terasa ngantuk yang amat. tapi sebab nak hormat ea-oh

sebelum bicara dimulakan, let me introduce you who is ea-oh. yeahh,, that is my cat's name. 


sapa bagi nama?aida, my only roommate
kenapa bagi nama mcm tu?1st sebab suara dia rock dan i don no how to explain by words
takda nama lain ke?eay, sukati la nak bagi nama apa. that is our pet. not yours~


ada soalan lain? 
*takda* 
ok, good. mai sambung cerita

semalam, yakni 10 syawal 1434H bersamaan 17 Ogos 2013, ea-oh telah selamat melahirkan anak2 dia, smuanya 3 ekor, dan semuanya hitam belaka! :3 ini bukan kali pertama ea-oh melahirkan anak, tapi ini kali pertama ana jaga kucing beranak. cuma terkilan sebab tak dapat tengok how cat's giving birth. bila ana bangun pagi, tiba2 dengar suara baby kucing.  

tapi kan tapi kan. . . 

a bit upset dengan ea-oh sebab ana penat2 sediakan kotak, she never enjoy sitting there. and tahu tak dia branak kat mana?  teka la. ok. tak payah teka. 
dia lahirkan anak dia kat meja, punya laci.. eh bukan laci, apake nama nya. jap, biar ana lukis supaya korang senang faham. 
ni LAKARAN HODOH meja study kat kampus ni
nampak tak arrow merah tu? haa kat situ la ea-oh branak Y_Y
padahal kotak mmg dah letak kat bawah meja (lupa nak lukis kotak kat bawah meja ni)


ana punya la sediakan kotak, lapik kain, letak makanan supaya dia senang tak payah keluar dari kotak utk jaga anak, tapi she's still duduk kat situ =..= haiyyaa~

tadi, terdetik kat hati, nak baca any article bout how to jaga kucing semasa pantang. cewahh, kucing pun berpantang youu.. :3

it said,
jauhi dari kucing jantan utk elak mengawan semula. kalau mengawan time berpantang, that mother will totally ignore her babies. 
i was like. . . . .  INI TIDaK BISA BIARKAN !

lagi satu, ana perhatikan, si ea-oh ni asyik nak larikan anak dia je, so i keep on find the related article. then i'd found this sentence:

"dalam beberapa minggu pertama selepas melahirkan, ibu kucing akan rasa tertekan dan menggelabah, malah masih ketakutan terhadap sebarang ancaman luar. terutamanya jika kawasan bersarang terdedah kepada

1- mudah dilihat oleh sesiapa
2-kawasan yang cerah dan terang
3- terlalu lapang dan luas
4- tempat yang bising

 dan disebabkan statement warna biru tu lah, ana bergelap malam ni. dan malam malam seterusnya sampai anak2 dia besar.


utk win-win situation, ana letak selendang ana warna purple
 supaya takdalah gelap sgt bilik ni, biar suasana romantis sikit

dan ana cuba tak pasang lagu mcm biasa sbb takut mengganggu ketenteraman ea-oh's babies.



August 13, 2013

Aidilfitri Di Bumi Bintulu

wal-lah ~ ! assalamualaikum warahmatullah 


selamat hari raya semua *kenyit mata*



kek lapis sarawak
tahun ni, kali kedua ana beraya di perantauan. ye, di Bintulu. ramai yang balik beraya kat rumah masing2. but not me and wani. dengan berat hati, kitorang decide beraya kat rumah CikMai tahun ni. last weyh raya ngan mak angkat wani tu. actually that is not the major reason kitorang tak pulang ke semenanjung. 
: noktah :



tahun ni, tak macam 2 tahun lepas. CikMai tak bawak kitorang ke Miri (rumah nenek). ana pun tak da lah tanya sebab apa. sukati CikMai lah kan nak bawak ke taknak. kann? tahun ni, just beraya kat sekitar taman Matahari tu je. pergi rumah kawan2 CikMai. besar gila rumah dorang weyh. i mean, sangat lah berada, sangat kaya, & sangat successful kawan2 CikMai.  Yang paling best, rumah makcik err.. Allah tak ingat pulak nama nya. ingat muka je. (maaf makcik..) tapi yang sure, makcik tu ada rumah sendiri , sebijik kat Miri, sebijik kat Taman Matahari, dan sebijik kat rumah kat selangor, dekat2 kajang. gila kau, rumah sendiri, bukan rumah sewa. noktah.





Memang pada zahirnya seronok, tapi dalam hati ni. . . .
terasa sedih sebab i realize that yang ni kali terakhir bertemu insan sebaik CikMai and family. Ya Allah memang la rasa sayang amat kat semua ahli keluarga CikMai. Semoga Allah jaga keluarga CikMai.




bila kenal dengan keluarga CikMai, ana tersedar yang Allah sedang makbulkan dua doa yang pernah ana mintak suatu ketika dahulu. 

ye, ana akui, dari dulu lagi, ana mohon kat Allah, agar kurniakan bagaimana perasaannya mempunyai seorang abang(sebab ana dikurniakan seorang kakak tanpa insan bergelar abang kandung). macam ntah apa2 je mintak kan? tp mmg seriously ana wondering, mcm mana perasaan nya ada seorang abang. begitu cantik aturan Allah. CikMai ada anak lelaki yang tua daripada ana. umur 22 tahun, sama umur dengan kakak ana. he treats us like his sister. seriously perwatakannya yang menyenangkan (walaupun kitorang bukan muhrim dan tak pernah kenal sebelum ni). cara dia layan tu memang ana terasa macam dia tu betul2 abang ana (tapi dengan berlandaskan agama). dan ana sangat bersyukur. sangat sangat bersyukur.


dari dulu lagi ana memang cair dengan pemain piano. ok tak. bukan dengan pemain, dengan bunyi piano. ditakdirkan, anak ke-3 CikMai, firdaus, he plays piano very well. adalah dalam 2/3 kali jari dia menari nari kat piano tu time ana duduk kat kusyen tengok movie. sumpah cair dengan alunan muzik tu *__* kalau alunan muzik tu boleh dipeluk, memang tak pikir tiga ratus kali dah, terus peluk. tapi ia hanya boleh dinikmati melalui gegendang telinga dan meresap ke hati. 

dan ini membuktikan yang Allah telah makbulkan doa kedua ana; nak tengok dengan mata sendiri how org main piano. bertambah tambah rasa syukur pada Allah yang telah mengatur semua tanpa sia sia.

kadang2 kita merungut, bila Allah nak makbulkan doa kita ni? dan ketahuilah Allah Maha Mengetahui dan Bijaksana, Dia akan mengatur semuanya dan memakbulkan permintaan kamu di saat yang sangat tepat dan sesuai dengan kemampuan kamu sendiri. Sesungguhnya percaturan dan perancangan Allah berganda lebih baik daripada perancangan dan keinginan kita sebagai hamba Dia yang abadi.

Terima Kasih Allah.

August 3, 2013

Malam ke-25

Assalamualaikum warahmatullah

haRi ni dah masuk kari ke -25 ramadhan. manusia mana yang tak rasa sedih bila Ramadhan yang mulia kian meninggalkan kita kan?.Ana yakin, kalian yang membaca saat ini pasti ada rasa sedih walaupun sekelumit. Begitu juga ana. betul la kata orang, bila sesuatu tu dah tiada atau bakal tiada, baru lah kita terhegeh hegeh nak hargai dia. 
*sentapp*

ni, ana nak crita ni. malam semalam, yakni malam ke 24 ramadhan, angin bertiup kencang secara tiba tiba. alhamdulillah lah ana tumpang tidur kat bilik wani (blok J) takda la rasa takut risau yang amat. tapi lepas solat terawih kot. tak pasti sangat la, cuaca elok balik. aik? main2 pulak awan bintulu ni. 

lepas tu puasa diteruskan macam biasa smpai la malam menjelma. jeng jeng jeng~
cuaca petang tu baik. tiba je maghrib, pap! angin kencang semalam datang balik menyerang upmkb. serius buat ana double risau. dahla upmkb sunyi tika ni sebab 80% penghuni upmkb dah pulang ke rumah masing2 untuk sambut cuti mid sem + cuti aidilfitri, meninggalkan kami yang tak balik ni. walaupun angin tu seram seram sejuk, ana cakap kat wani, selagi takda puting beliung, kita pergi je lah PI(dibaca sebagai Pusat Islam  UPMKB dan difaham sebagai masjid). 10 malam terkahir ni weyh. rebut pahala jom. dia pun ok je.

elok je terkedek kedek keluar bilik menuju ke PI, burrrr hujan lebat mengila gila seolah olah tak bagi kitorang pergi PI. dengan segenap tenaga dan sebuah payung dikongsi dua, dua manusia tu tegar meredah hujan berdua duaan walaupun ke-lenjun-an. nasib baik pakaian mereka gelap.

lalu mereka meneruskan rancangan mereka untuk berbuka di PI dan solat berjemaah. tapi masalahnya, PI tu ber air cond. Ya Allah dah la basah lenjun kat kaki (sebab stokin basah, siap boleh perah 1 baldi kecik). terketaq ketaq time solat. peluk tubuh pun tak mampu nak memanaskan badan. tiba tiba terdetik macam ni kat hati. "macam mana nak pergi australia ni, kalau sejuk mcm ni tak tahan?" and yea,, ana teringin sangat nak jejak kat negara yang ada dolphin tu.

tapi ada hikmahNya lah kot kan. dengan solat dalam sejuk sejan tu, ana terpikir, "mungkin ini lah perasaannya solat kat negara beriklim sejuk" lalu ana membayang kan ana berada di sebuah masjid di Australia smabil meneruskan solat. *ye, silakan,, silakan kata ana gila sebab ana pernah ke siuman?*

selepas selesai terawih dan morekh, hujan masih lagi turun membasahi bumi Bintulu. elok je dua manusia tu melangkah keluar PI, hujan renyai dan beransur ansur lenyap. Ya Allah,, dugaan betul la malam ke -25 Ramadhan tahun ni.

masih menanti apakah nasib kami malam ni . noktah.
RINDU RUMAH. RINDU MAK AYAH ! sumpah rindu

July 22, 2013

blog updated!

Selamat berpuasa !

wallaweyhh.. dah masuk hari ke -13 kita menikmati Ramadhan kan? ='D
dan lebih kurang sebulan gue tak update blog. rindu weyh! rindu! tapi tak dapat tandingi rindu gue kat ayah, mak, kakak, suraya,aisyah ngan ameer. gue dapat tahu yang deme sume ada bela 2 ekor rabbit kat rumah!. tahniah.. tahniah sbb buat angah jeles~


ok, skrang ni bulan puasa kan? *angguk*
puasa = rukun Islam 
tak buat dosa besar

sama jugak dengan solat.
solat fardhu = Rukun Islam
tak buat dosa besar

tapi...
puasa cukup + solat terawih tak pernah tinggal tapi solat fardhu tak penuh = dosa besar
solat fardhu penuh, tapi tak puasa bulan ramadhan= dosa besar
tak puasa, tak solat fardhu = kau ni nak masuk neraka 1st class ke?


kalau contohla anda ni bukan jenis solat farhu, asyik2 terleka dengan dunia... tupTap tupTap..dah habis waktu. busy person la konon.. sila lah ubah sementara kita kat bulan Ramadhan ni, kita kena jadikan Ramadhan ni, satu daya penggerak supaya kita jadi lebih baik.

tanamkan kat diri sendiri, 'aku nak jadi orang yang lebih baik'

oh ye,, gue nak tegur ni. lebih baik kata 'i want to be a better me' daripada kata 'i want to be a better than you!'.. oppp oppp! awak tahu ke amalan dia macam mana? awak tahu ke tahap ketaqwaan dia macam mana? tak semua yang kita nampak secara zahir tu meliputi segalanya.. takkk.. sangat takk.. 

kita lebih kenal diri kita sendiri daripada orang lain kan.. so, better cakap "i want to be a better me" nak cantik lagi, cakap "i want to be a better me lillahiTa'ala"
sekian.

June 20, 2013

. . . sayu . . .


Allahu akbar..
sedihnya hati ni
terasa pilu

walaupun kita tak da lah rapat mana, tapi, 
sejak Dr.Faizal takda, rasa kosong. . . 
tersentap hati ni.. 

yea, i know, Allah lagi sayang Dr.
yea, i know, i should send you doa / bacaan yasin

semalam, masa tengok arwah dikapankan, sayu hati ni. sangat sedih. lagi sedih bila tengok isteri arwah yang tak putus2 air mata mengalir di sisi arwah suami

sedangkan ana yang hanya kenal arwah 14 minggu je ni pun dah terkenang kenang kan senyum, gurauan gelak tawa arwah, apatah lagi insan terdekat arwah.. kan?

Allahu..
nak taip the word 'arwah' pun terasa sebak :'(


tapi tu lah, tak elok kalau sedih lama lama kan. yang hidup kena teruskan hidup, ini lah realiti kehidupan, setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Arwah dah selamat dah. ana pulak macam mana?

 apa perkara terakhir yang ana buat sebelum Malaikat maut cabut nyawa ana nanti? 
macam mana ana mati nanti?
 apa bekalan yang ana bawa? 

ah! terlalu banyak yang harus ana pikirkan. . . i should pity myself.
sebagai persediaan hadapi mati,
i have to let Malaikat Raqib catat banyak2 and i won't let Malaikat Atid buat catatan. i tried hard for this.. INSYAA ALLAH

wordless wednesday


June 19, 2013

sem 5 di UPMKB (8) perginya sebutir permata

harini mendung. bukan nya sebab cuaca, tapi kerana perginya sebutir permata, menghadap Illahi. Ajal maut cuma Allah yang tahu. itu rahsia Dia. takda siapa dapat meramal bila, di mana dan bagaimana kita pergi meninggalkan dunia.

Beliau seorang pensyarah yang tak lekang senyuman di bibir. baik hati, dan periang, menurut kebanyakan rakan sekerja beliau. 

and seriously ana cakap, subjek 'Handling and Processing Agricultural Product' is the most favorite subject untuk sem lepas. oh ye, lupa nak bagitahu, beliau ni, ajar ana sem lepas. and he was sooooo nice. walaupun ada la segelintir kosmate ana yang agak rude dengan beliau, tapi arwah tak pernah marah. sepanjang 14 minggu arwah ajar ktorang, cuma sekali je beliau tegur sikap segellintir kosmate ana yang beliau tak berkenan. itu pun, lepas habis kelas, beliau yang mintak maaf sebab menegur. Allah... pada ana, beliau tak perlu pun mintak maaf, tapi arwah baik hati. sangat baik. tak tahu nak gambarkan macam mana.

but the point is, ana sangat rasa kehilangan. Memang ktorang smua tahu, beliau accident minggu lepas,and retak kat beberapa bahagian tulang. ingat nak lawat, tapi tak terlawat akibat masa mencemburui. sampai la malam semalam, ana dapat berita, arwah sesak nafas. bila check kat klinik, rupa2 nya, ada darah beku kat paru2 akibat daripada kesan kemalangan tu. :( and beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Bintulu, di sisi isteri belliau. bila dapat berita, ktorang smua pakat pi hospital ramai2. nasib baik takda kelas petang. pkul 11 tu, ktorang dah kumpul kat bilik mayat, baca yasin ramai ramai. walaupun 1st time masuk bilik mayat, ana tak pedulikan pun rasa cuak yang hampir menguasai diri

usai bacaan yasin, yang perempuan keluar, sebab nak mandikan jenazah. ana agak terharu jugak la tengok ramai budak lelaki kos ana yang mandikan jenazah. Allahu... :')  usai mandi dan kapan, jenazah di bawak ke upmkb untuk urusan solat jenazah. ya ampun! ramai betul solat jenazah tadi, alhamdullillah.. 

disebabkan sini ni bintulu, pukul 5, jenazah diterbangkan ke semenanjung untuk urusan pengebumian di sana. Ana, Wani, Kak Ayu and Kak Ina pi Airport dengan Dr. Wan ,hantar jenazah and his wife. and smpai kat airport, ana nampak ramai sgt staff jabatan turun ke airport. 

memang sangat sedih. ana yang setakat his student ni, hanya mampu sedekahkan alfatihah & yaasin utk arwah.

Dr. Faizal Bin Hj Ramli (1974-2013)



June 18, 2013

Sem 5 di UPMKB (7)

Bismillah..

Semester ni, ana just belajar 6 subjek je. alhamdulillah. eh, btw, subjek2 ni, bukan ana pilih macam kwn2 kat Universiti lain. kalau kat UPM Kampus Bintulu ni, subjek memang dah ditetapkan oleh jabatan masing masing since 1st sem dulu.

one of the suject for this sem is called Aquacultureal Technology. okayyy seriously something new selama ana study here. sebelum ni, just belajar tanaman2. so, this time, ana ditakdirkan belajar pulak pasal hidupan aquatik ni. 


1st time lukis ikan.
 nama tempatan: spotted fish.
Nama scientific : Drepane punctata
yang sangat best, 1st amali je, kena  lukis  10 type of marine life. at first, i thought kena lukis ikan je, tapi satu yang ana tak teringat is, ketam, udang,sotong pun hidupan akuatik. and i have to draw them in an hour. tangan ni dah la kaku. memang tak gheti langsung nak melukis lukis ni . seriously Y_Y
teringat lagi, kalau time sekolah dulu, antara subjek yang paling ana tak bagi komitmen is kelas seni visual. tiap kali exam for that subject, mesti ana buat cincai boncai je. asalkan ada benda kat kertas lukisan, warna sikit, tulis nama, siap, hantar kat cikgu.. pastu tidur kat meja. haha. -.-''

but tak boleh lah nak buat benda yang sama pulak time dah masuk unibersiti ni kan. gila ka? jatuh maruah weyh :P


 


and the 1st crab yang ana lukis. 
serious susah nak melukis bila tangan kaku, lain lah macam orang yang dikurniakan bakat melukis. macam Nana. rasa macam nak suruh Nana lukiskan untuk ana je . hihi. tapi memang tak lah kan. dia kat puncak alam, ana kat sini.







So, i tried hard untuk sesi lukis meukis ni .










ni untuk assignment minggu lepas. kejap lagi, ada amali ni lagi. pkul 2. 
yes, kena lukis lagi. 
kalini lukis freshwater life pulak. ayoyo.. sabar je la~


June 17, 2013

sem 5 di UPMKB (6)... Latihan Industri

Assalamualaikum

Sudah menjadi salah satu syarat untuk semua pelajar diploma UPMKB untuk melibatkan diri dalam latihan industri sebelum tamat belajar. i guees, bukan hanya UPMKB je, Universiti tempatan lain pun sama kan? Macam Nana, dia sekarang tengah praktikal dekat sebuah syarikat nama ImanPuri. Aida, my Roommate pulak tengah praktikal dekat Kuching, bahagian Perikanan. Walaupun kampus yang sama, tapi Diploma Pertanian memang akan praktikal semester lima, which is now. tapi bukan ana. Ana hanya akan terlibat dalam praktikal bila semester 6 nanti. Tempat ana dah fikirkan. Cadangnya dekat Kota Belud, Sabah. tempat rahsia dululah ye :) 

Tapi tiba tiba, ana dapat surat tawaran. di luar sampul tu, ada cop dengan Tulisan Jepun. O_o'  teragak agak ana nak bukak. ana check banyak kali, betul ke nama ana? ye, betul ada dua huruf i dekat nama kedua ana. 

dah rezeki ana lah kot. alhamdulillah. dengan perasaan cuak dan sebak, ana bukak. . . 
ye memang betul. cuma tak pasti nama syarikat tu apa sebab baca sekali imbas. terus je mata meliar ke bahagian bawah surat. Ana di tawarkan ke bidang food technology apa ntah sebab dia bersambung dengan tulisan jepun.memang aku paham lah kan bahasa jepun ni -.-''

terus ana call Daus, bagitahu tentang benda ni. Mak ayah pun ana bagitahu. Mak ayah tak bagi kata putus lagi, cuma tu lah, bila ana bagi tahu daus, daus pulak yang terharu lebih lebih. walaupun ana just call her, tapi ana tahu suara dia sedang nangis terharu. 

secara tiba tiba, ana terbangun dari tidur. wallaweyhh! mimpi je rupanya!? seriously rasa macam betul2. masih terasa lagi, sampul surat tu ana koyakkan . tapi mimpi hanya mimpi...

takpa lah, walaupun ia cuma hadir dalam mimpi, ana seronok sangat. sebab berpeluang merasai kebahagiaan dan ke-excited-an belajar/ merantau ke negara orang. 

June 16, 2013

sem 5 di UPMKB (5) ... mimpi


lately beliau asyik masuk mimpi dengan kerap. 
kenapakah? O_o'' 
padahal dah berbulan lamanya tak terpikir beliau di minda ni
dah lupa dah pun kewujudan beliau sebenarnya
erm, mimpi paling terbaru semalam. 


dalam mimpi tu, 
ana tengah berjalan dengan seseorang ke suatu tempat.
 dan dalam perjalanan tu lah, ternampak dia 
di laluan yang ana nak lalu,
 tapi beliau membelakangkan ana. 

terpikir jugak masa tu, nak lalu ke tak, nak lalu ke tak. 
last2 lalu je sebelah beliau.. 
setelah empat lima tapak melintasi beliau, 
ana toleh ke belakang 
and guess what..?

he stares me long enough but i just turn around and..
terbangun tidur sebab dengar bunyi siren blok, "perhatian kepada ahli Blok! sila bangun untuk gotong royong !"
i was like...     -.-''

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...