balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

March 22, 2013

milik siapakah hati ini

sila nyanyi lirik di bawah mengikut lagu bertajuk 'milik siapakah gadis ini-sudirman-' 

Milik siapakah hati ini
seharusnya lembut bagaikan sutera
Ingin cintaNya aku miliki
Apakan terdaya
Adakah kan terdaya



Milik siapakah jiwa ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah Dia sudi ?



Lama telah ku impikan
cinta sepertiNya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih ,suci


March 21, 2013

saat ini. . .

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




saya bosan. sekian terima kasih. dari tadi saya cakap sorang sorang kat twitter ngan facebook. =.= mana smua orang pergi ? Y__Y takda sapa nak sembang ngan saya... 

March 20, 2013

jejak universiti part 30 ;)

ok. kalini ana nak coret secalit dua perkataan je :)
may i?


ok.tqvm

kalau dulu, time SPM and even time exam UPSR & PMR, my life was so boring ! pada ketika umur yang muda gitu, my mom always nagging to me, suruh study, utk dapat semua A in those 'important' exams. fikiran ana time tu was like this,

'penat la blaja , tapi tak masuk jugak., benci laaa'

and the statement grows even bigger and stronger in my deep heart till SPM's year. yang paling ana tak leh tahan is my mom ALWAYS sit in front of me while i'm studying. Secara jujur, ana tak suka study! i mean, study CONTINUOUSLY, plus even my own mom accompany me.. urghh tensionnya masa tu..

opss! ini pikiran ana yang dulu, ni time jahiliyah. ada ke patut kata gitu? ishk ishk ishk.. tak baik! now i miss those moments. eventhough ana belajar sampai 1 pagi dulu pun, my mom willingly temankan me. ana je tak sedar masa tu tentang betapa sayang nya mak pada ana. if and only if i just have a chance to go back to that time, i prefer lempang myself bcoz of those rude feeling.  bad girl! haishh..

now i'm in UPMKB yang indah permai lagi dicintai (nampak tak metaphore distu?) i hate UPM. bcoz of u la... ana terpisah with both of my parents Y_Y

..rindu itu adalah..
..anugerah dari Allah

now, cara ana blajar skrg is like this. study week kan seminggu. iye la,, nama pun study week kan? -.- 1st,2nd 3rd day of study week = semangat bergunung gunung untuk baca nota, buat nota tambahan, carik info2 kat buku Library.. tapi siang je la.malam jadi burung hantu, tak pun berlingkar atas katil sebab takda mood nak study malam. umur dah 20 tahun pun, still rasa nak mak temankan ana study malam malam. makkkkkk.. Y__Y

oleh itu, ana decided, untuk taknak study malam. asal malam je, movie marathon sampai 3 pagi.( anak dara apa la kau ni? sapa nak kawin ngan kau kalau macam ni?) cakap kat diri sendiri -.- 

4th till 6th day, dah mula hilang fokus, boring sebab asyik terperap kat bilik. oleh itu, sinag untuk study makin short. sebab petang pukul 5.30 dah keluar jalan jalan amik angin sekitar padang UPMKB. malam memang tak la nak study. alasan yang sama. 


orang rajin mencari penyelesaian
orang malas mencari alasan 

 paham paham je la.. kalau dah malas menyelubungi diri + line internet baik punyaaa + kawan2 on9 sama = FACEBOOK !

nafsu ber fb ni memang ana kalah. surrender. malam tu, tarikh 17 Mac 29013, ana dapat satu idea. apa kata kalau study online?( apakah? study on9? term apa tu??)
tu term yang ana cipta sendiri untuk menggalakkan diri untuk study. macam mana caranya? mudah saja. 

letak status macam ni;


jom study on9! 

lepas tu, tag paling banyak, 4 orang kawan untuk join skali.
ini bukan kerja jahat, percayalah~

lepas tu, tanya lah any question, tak pun buat any discussion kat situ. serious effective weyh! err.. ini untuk orang kuat on9 macam ana ni, boleh la.. lain orang lain caranya. :D memang, dari 1st day exam sampai skrg ni, ktorang study sama2. 

tapi ingat! on9 untuk study takpaaa.. asalkan self-dicipline untuk terus ber-discussion tu ada.boleh begitu?

ok. nak pi  somewhere.
assalamualaikum~ !
sayang awak :)  (yang sudi baca)

jejak universiti previous chapter is here

March 19, 2013

Jejak Universiti part 29


assalamualaikum ~ !

hoyeah.. hoyeahh.. hoyeahh ! 


"aii,, kenapa gembira semacam je harini?"


ohh.. bukan,, ana bukan tengah gembira, cuma nak  release tension je. oh well,, harini hari kedua ana punya final exam untuk semester 4 kat sini. utk Paper tanaman Industri semalam, alhamdulillah, soalan keluar senang. tanya tentang varieti sawit, pasal getah ngan penyakit koko (kot) haha,, lupa la.. (buat apa nak ingat?? -.-)

paper tadi, subjek Tanaman Bijirin dan Bijian.. woooo! susah gila wa cakap..  Y_Y hopefully dapat la jawab untuk paper esok. esok subjek Keusahawanan.. agaga~ entah apa la yang den nak jawab esok ni weyh.. kelas pun ada takda je untuk subjek ni -.- boleh kira dengan sebelah tangan je .


ni tandas SMKPA 2010. haha,, takda kaitan ngan entry kalini. cuma nak mengingatkan sahaja . ^_^


minda ni sentiasa ingat pada Hope.Hope kena tahu yang ana still sayang Hope. ana rindukan Hope. sangat sangat rindu.. 
*air mata jatuh*  
tiap kali ana keluar bilik, mesti terbayang Hope yang tengah nazak kat dalam kotak tepi dinding tu.. oh,, Hope.. Tuhan saja yang tahu betapa rindunya ana pada Hope..



siapa muslimah itu?




Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.






Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.




Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.



Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,



Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.


March 14, 2013

Tuhan, Aku sayang dia

Assalamualaikum ~ !

petang tadi, ada anak kucing ni, come to my room. actually, dia ada 3 beradik, 1 warna oren,nama sulung (me and rumet bagi nama), dan sekor lg sama kaler mcm dia, warna coklat + hitam. <--- warna bulu dorang macam warna bulu Blue. 

ok. mari kembali pada pertengahan semester dulu, sekitar bulan dua, 2013. mereka bertiga ni lahir kat sebelah bilik ana. ada la pernah 2-3 kali ktorang bagi makan kat anak2 kucing ni. tapi memandangkan dorang ni penakut yang amat sangat (biasalah, kucing liar kan.), kitorang jarang dapat tangkap dorang ni. haihh..

tapi lama lama,, bila kitorang asyik letak makanan kucing dalam bekas kecik, letak kat depan bilik, lama2 mereka bertiga ni makin jinak. errr,,boleh la dikatakan jinak. siap meng-eowww bila dalam bekas makanan tu tak terisi.. hamboi!.. but best la, tapi bukan semua pun yang jinak. just yang sulung tu la yang jinak, yang sekor, berani-berani-penakut, yang sekor penakut yang amat. orang toleh ke dia, terus mencicit lari~ =.=


takpe lah,, but a week after that, mak dorang bawak ke tempat lain. tak tahu kenapa. ishk, dengki la tu. mulai saat tu, kelibat dorang langsung takda kat area blok kitorang. sedih tu ada la. tapi cover2.. cuma asa terkilan la. sebab kejab sangat kehadiran dorang. "sapa nak habiskan makanan kucing ni?" <-- dah la anan beli yang paket besar tu,, 1 kg kalau tak silap. kalau ana boleh makan, takpe la.. -.-


3-4 weeks sebelum ni, tiba tiba nampak kelibat mereka,duduk lepa lepak kat tangga blok ana. agak jauh kedudukannya dari bilik ana, tapi ada terselit gembira sebab dapat tengok dorang. entah dorang ingat tak ke, tak tahu la~ yang pelik nya,si sulung tu,tak nampak pulak.hurm...


tiba tiba~


harini (13 Mac 2012), tengahari tadi, yang berani-berani-penakut tu datang to our room!. ce kabo,sapa tak gembira weyh? tapi dia ni kurus cekeding je badan dia . T_T apa lagi, ana pun bagi la makanan kucing yang ana still simpan tu.


petang2 sikit, around pukul 4, dia muntah! Allahu akbar... banyak pulak tu. tak kurang 10 minit lepas tu, tiba tiba dia pi kat tanah, dia berak. cair. 


lepas bagi dia rehat kat atas kain,ana pun search kat internet. apa punca2, simptom2 apa kalau badan cengkung, muntah, berak cair. oh,, rupanya dia cirit birit la kot. Then, ana carik la any kind of penawar untuk kucing yang cirit birit. the blogger said, puasakan kucing. sebab dapat bantu sistem penghadaman dia kembali pulih, normal. ada lagi tips, dia kata, bagi makan sup ayam, tak pun labu yang dipenyekkan dengan lumat + dengan nasik. <-- ok, yang ni ana tak berapa yakin. Ana dah nekad dah,nak bagi dia makan ayam la esok sebab malam malam ni, memang cafe tak bukak la kan,, dah pukul 11.30 malam dah ni..


oh ok. Aida (my rumet) bagi dia nama Hope. Hope tidur je atas kain tu... tiba2 dia bangun, pi berak lagi skali.. kalini baaaaaaaannyakkk! dan cecair only. kitorang dah cuak. tak tahu nak buat apa. lepas dia berak kat tanah, tiba2 dia masuk dalam kotak. Actually, sebelum ni, kotak tu tempat tinggal Lulu (yang skrg ni hilang entah ke mana Y__Y ). pandai pulak la si Hope ni carik kotak. :3  



pukul 1 pagi~

ana and rumet rasa tak sedap. rasa tak sampai hati nak tinggal Hope kat luar sorang2 dalam kotak. dahla luar sejuk. nak nak dia tu kurus keding, kurang bulu dan perut kosong. tapi, nak bawak masuk, takut dia nak pi berak lagi karang, sapa nak bukak pintu kalau ktorang tertidur? buntu punya buntu, kitorang decide nak stay up. nak jaga Hope.

ana tak putus2 doa. "Ya Allah, berilah kesihatan yang terbaik untuk Hope". serious tak tahan tengok keadaan Hope yang sangat lemah. Alhamdulillah, dia nak minum air. sambil ana nyanyi lirik ni , ana bisik kat telinga hope sambil usap2 belakang kepala dia :
aku takkan akan berhenti,menemani dan menyayangimuhingga matahari tak terbit lagi~

pukul 2 lebih~

gawat. tiba tiba tiba badan lemah Hope tak dapat nak bangun. dia just terbaring, lagi menyayat hati :( sambil terbaring longlai macam tu, dia terberak cair. serious sedih. bila ana angkat kesemua badan, tiba tiba ana rasakan sesuatu yang pelik!

badan Hope yang lemah tu, tearsa rungan sangatt sanggattt! serious, rasa lembik, terasa sangat. elok je ana letak Hope balik ke kotak, tiba tiba dia mengelupur banyak kali.sebak. sangat masa tengok keadaan Hope macam tu. :( air mata ni dan tumpah untuk ke sekian kali dah. ana ngan rumet nangis ter esak esak kat depan bilik. dalam kedinginan pagi tu, ana pi amik wudhu, solat hajat. tak pikir panjang dah.  ana doa; "Ya Allah, aku mohon dengan selluruh namaMu, Ya Allah, berikalah kesembuhan pada si kecil Hope. Namun, sekiranya bagi dia yang terbaik adalah kematian, maka Engkau permudahkanlah sakaratulMaut bagi dia. Aku Mohon Ya Allah, ambil lah nyawa Hope dengan cara yang paling lembut.. ambil lah dia dalam keadaan yang mulia" Anan sedar, hayat dia tak lama. Tapi di sudut hati ana, ana harap dia sembuh, dia dapat jalan macam petang tadi T_T

after solat, ana tengok Hope. Alhamdulillah,dia dapat bagun separuh badan. daripada tak bersuara since 11 mlm tadi, now, pukul 3 lebih, dia berbunyik. meoowww.. walapunpun lemah bunyinya, ana gembira. at least ana tahu, dia ada harapan sembuh. alhamdulillah! syukran jazilan Ya Allah! :D

gembiranya ana time tu, memang tak terluah. :D *nangis kegembiraan*

pukul 4 pagi. Secara tiba tiba, Hope longlai.  Badan dia lagi lemah dari sebelumnya. Mulut pun tak dapat bukak untuk bagi dia minum air. Masa ni dah nangis gila gila dah. But Aida said, ‘u have to be strong for Hope’. Ana cuba kuatkan semangat. Ana cuba tak nagis depan Hope. Tapi tak dapat. Jadi, Ana nangis sepuas puasnya kat dalam bilik. Dekat bantal. Time nangis sedu sedan tu, Aida panggil my name dengan suara cemas.

Ana stop nangis. Ana berani kan diri untuk tengok Hope. Aida said, ‘BalQis, meh la sini, kita jaga dia for the last time’. Ana tahan, supaya tak nangis. Sambil baca selawat tanpa henti, ana pasang bacaan yasin sebab ana tak mampu nak baca sebab terlalu sedih. Lepas habis tu, ana pasang surah Al mulk pulak. Entah . tak tahu apa Tujuan, tapi ana nak Hope dengar ayat alQuran sebelum dia pejam mata.


Tepat jam 4.35 pagi tadi, Hope dah takda Y___Y. dah takda pergerakan perut. Dah takda bunyi nafas dah :’( .kaku. ana tak dapat nangis sebab terlalu terkejut.

Now: pukul 6.05 pagi. Ana still terbayang lagi time Hope nazak tadi. Nafas dia tercungap cungap 3 kali.perlahan je.tau tau, Hope dah takda :(

Bangkai Hope ada lagi dalam kotak depan bilik. Aida dah tertidur dalam menagis. Ana tak dapat tidur the whole day. Badan penat, otak letih, tapi mata tak dapat lelap. Ingt, nanti dah tengahari sikit, anan nak tanam Hope kat halaman Blok G.

Walau jasadmu tiada lagi
Sayangku pada Hope kekal di hati

*lagi terkilan bila takda gambar Hope*

March 10, 2013

balik malam

assalamualaikum. . .

ye, waktu menaip sekarang : 1.45 pagi waktu Bintulu.

saat ini masih belum dapat melelapkan mata bukan sebab bersengkang mata study, bukan jua sebab tengok movie. tapi sebab baru balik. (mak, ayah, sori, syira balik bilik lambat..) 
eh, bukan baru balik shopping la! =.=

ana baru balik dari court. *hey, serious la, orang main bola..* ye, mamang ana tak pernah suka sukan. i admit it. bila dorang ajak main tadi, tiba tiba tersuka pulak. ^_^

pukul 7.30 tadi, Shima ada datang bilik ana. She said to my roommate like this : "paan and gang ajak kita pi court, main futsal"
 mula2, niat di hati nak teman aida.. malu la sebab dorang sume ni kos DPT, me sorang je DPPM (DPT = Diploma Pertanian, DPPM = Diploma Pengurusan Perladangan Makanan).sampia kat court, tak jadik main futsal, kata mereka sebab ada orang lain dah conquer court futsal sana tu =.=


last2, ana yang ter malu malu ter segan segan ni pun, join la dorg main bola. bukan futsal, tapi bola jaring + bola baling = buat rules sendiri. main half court je sbb 1 team consist of only 4 people. HAHA. lawak. bukan tu yg lawak, tapi yang lawaknya, orang yang tak pernah suka sukan ni, join main bola jaring tu. (that's me! ) <-- cehh,, bangga pulak =..=

main sampai leka... leka  dan leka...

tengok2 jam, dah pukul 11.00 malam. i sadi to my rumet , "jom balik, nanti makgad marah" kat upmkb ni, pukul 11 dah tak boleh berada di luar blok kediaman masing2. my rumet said "alahh, relax la. kejab lagi,, 15 minit lagi". ok. ana pun main punya main sampai leka AGAIN. tengok2 jam, guess what.

pukul 12 mlm =.=

terus insaf. dan pulang dengan peluh yang teramat banyak Y_Y

skrg dah pukul 1.50 pagi. still tak rasa ngantuk. -.-  great. 


March 8, 2013

Jejak Universiti . . . part 28

Assalamualaikum. 

lama dah tak update tentang 'drama bersiri ttitled jejak universiti' ni kan?
tiada lasana yang lebih kukuh melainkan malas.
yeah, lately seems like i just too lazy to update this lovely blog. haha


oh okay, balik pada tajuk.


SIBU.

bintulu ke sibu bukan jauh pun. 4 Jam naik bas je . -.- pergi balik, memang sakit pinggang la duduk dalam bas lapam jam. 
bila dah duduk dalam bas lama lama, boring tu memang tak payah cakap la kan. nak baring tak boleh, kesian orang belakang. nak tidur, dah puas tidur. nak melompat, karang orang kata ana gila pulak -.-


last last, just baca buku, tido, makan. then, duk ulang bnda yang sama je smpai la ke destinasi..

                                           K L I N I K  N U R  S E J A H T E R A,  S I B U .



ok. first of all, kenapa kitorang kena pergi Sibu? sebab kat sarawak, dos ubat HPV tu, ONLY ada kat sibu dengan daerah mana ntah. memandangkan Sibu is the nearest one, so, have to travel for bout 4 hours to get the vaccine. -.- dengan badan yang penat, sampai la kat klinik tu.



Lepas isi borang yang leceh ni, nama sorang sorang kena panggil. 
vino tak habis habis cakap, "eeeeee.. i scared to deadth la!" :(
guess what.

she's the lucky one. sebab apa ana kata gitu? sebab dia orang first yang kena suntik! 




Serious  sakit. bukan ngada ngada. bukan nak menggedik, tapi hakikat. bila vaccine tu masuk dalam badan, felt like this left hand paralyzed for a minute. bila tersentuh / berlaga dengan bahu kawan lain, memang terasa sangat kesakitan tu. 

Suntikan HPV ni, kena amik 3 kali. suntikan pertama dulu bulan Feb. 6 haribulan 2 dua ribu 13. Lepas suntik, kitorang pujuk pakcik bas UPM tu. pak Abu, utk bawak benarkan ktorang shopping. ye la. alang alang dah jejak kaki kat Sibu ni kannn. of kos la berjaya, kan?







tu diaaa.. bila dah bergambar, memang tak ingat dunia dah,, memang dah tak ingat dah tangan kiri yang sakit tuu -.- 

then, 2 hari lepas, yakni 6 Mac 2013, kitorang pergi lagi ke Sibu untuk dapatkan suntikan ke dua. kali ni dah pasrah dah. sakit pun sakit la..biar laa

guess what.


tak sakit langsung. kalau suntikan pertama tu, sampai 4 hari terasa bengkak tangan. tapi hari ni, masuk hari kedua lepas suntik pun, tak terasa apa apa. alhamdulillah, cuma pening2 lalat tu ada la. 

alhamdulillah !

>>> previous chapter bout Jejak Universiti is here <<<

March 4, 2013






Dalam Seribu Kejahatan Akan Ada Satu Kebaikan. 


Dalam Seribu Kebaikan Akan Ada Satu Keburukan. 

Biasanya Yang Satu Itu Akan Dipersoal Manusia.

March 3, 2013

belajar sejarah balik la wei!

Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia). 

Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.

Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah. Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi. 

Dan perkara yang paling menjadi persoalan sekarang adalah, MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN BARU TERHEGEH2 HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" KEATAS SABAH??? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2?? MENGAPA "BAGINDA" MEMILIH WAKTU SEKARANG?

 K  E  N  A  P  A !??


sumber : here

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...