balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

June 20, 2013

. . . sayu . . .


Allahu akbar..
sedihnya hati ni
terasa pilu

walaupun kita tak da lah rapat mana, tapi, 
sejak Dr.Faizal takda, rasa kosong. . . 
tersentap hati ni.. 

yea, i know, Allah lagi sayang Dr.
yea, i know, i should send you doa / bacaan yasin

semalam, masa tengok arwah dikapankan, sayu hati ni. sangat sedih. lagi sedih bila tengok isteri arwah yang tak putus2 air mata mengalir di sisi arwah suami

sedangkan ana yang hanya kenal arwah 14 minggu je ni pun dah terkenang kenang kan senyum, gurauan gelak tawa arwah, apatah lagi insan terdekat arwah.. kan?

Allahu..
nak taip the word 'arwah' pun terasa sebak :'(


tapi tu lah, tak elok kalau sedih lama lama kan. yang hidup kena teruskan hidup, ini lah realiti kehidupan, setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Arwah dah selamat dah. ana pulak macam mana?

 apa perkara terakhir yang ana buat sebelum Malaikat maut cabut nyawa ana nanti? 
macam mana ana mati nanti?
 apa bekalan yang ana bawa? 

ah! terlalu banyak yang harus ana pikirkan. . . i should pity myself.
sebagai persediaan hadapi mati,
i have to let Malaikat Raqib catat banyak2 and i won't let Malaikat Atid buat catatan. i tried hard for this.. INSYAA ALLAH

wordless wednesday


June 19, 2013

sem 5 di UPMKB (8) perginya sebutir permata

harini mendung. bukan nya sebab cuaca, tapi kerana perginya sebutir permata, menghadap Illahi. Ajal maut cuma Allah yang tahu. itu rahsia Dia. takda siapa dapat meramal bila, di mana dan bagaimana kita pergi meninggalkan dunia.

Beliau seorang pensyarah yang tak lekang senyuman di bibir. baik hati, dan periang, menurut kebanyakan rakan sekerja beliau. 

and seriously ana cakap, subjek 'Handling and Processing Agricultural Product' is the most favorite subject untuk sem lepas. oh ye, lupa nak bagitahu, beliau ni, ajar ana sem lepas. and he was sooooo nice. walaupun ada la segelintir kosmate ana yang agak rude dengan beliau, tapi arwah tak pernah marah. sepanjang 14 minggu arwah ajar ktorang, cuma sekali je beliau tegur sikap segellintir kosmate ana yang beliau tak berkenan. itu pun, lepas habis kelas, beliau yang mintak maaf sebab menegur. Allah... pada ana, beliau tak perlu pun mintak maaf, tapi arwah baik hati. sangat baik. tak tahu nak gambarkan macam mana.

but the point is, ana sangat rasa kehilangan. Memang ktorang smua tahu, beliau accident minggu lepas,and retak kat beberapa bahagian tulang. ingat nak lawat, tapi tak terlawat akibat masa mencemburui. sampai la malam semalam, ana dapat berita, arwah sesak nafas. bila check kat klinik, rupa2 nya, ada darah beku kat paru2 akibat daripada kesan kemalangan tu. :( and beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Bintulu, di sisi isteri belliau. bila dapat berita, ktorang smua pakat pi hospital ramai2. nasib baik takda kelas petang. pkul 11 tu, ktorang dah kumpul kat bilik mayat, baca yasin ramai ramai. walaupun 1st time masuk bilik mayat, ana tak pedulikan pun rasa cuak yang hampir menguasai diri

usai bacaan yasin, yang perempuan keluar, sebab nak mandikan jenazah. ana agak terharu jugak la tengok ramai budak lelaki kos ana yang mandikan jenazah. Allahu... :')  usai mandi dan kapan, jenazah di bawak ke upmkb untuk urusan solat jenazah. ya ampun! ramai betul solat jenazah tadi, alhamdullillah.. 

disebabkan sini ni bintulu, pukul 5, jenazah diterbangkan ke semenanjung untuk urusan pengebumian di sana. Ana, Wani, Kak Ayu and Kak Ina pi Airport dengan Dr. Wan ,hantar jenazah and his wife. and smpai kat airport, ana nampak ramai sgt staff jabatan turun ke airport. 

memang sangat sedih. ana yang setakat his student ni, hanya mampu sedekahkan alfatihah & yaasin utk arwah.

Dr. Faizal Bin Hj Ramli (1974-2013)



June 18, 2013

Sem 5 di UPMKB (7)

Bismillah..

Semester ni, ana just belajar 6 subjek je. alhamdulillah. eh, btw, subjek2 ni, bukan ana pilih macam kwn2 kat Universiti lain. kalau kat UPM Kampus Bintulu ni, subjek memang dah ditetapkan oleh jabatan masing masing since 1st sem dulu.

one of the suject for this sem is called Aquacultureal Technology. okayyy seriously something new selama ana study here. sebelum ni, just belajar tanaman2. so, this time, ana ditakdirkan belajar pulak pasal hidupan aquatik ni. 


1st time lukis ikan.
 nama tempatan: spotted fish.
Nama scientific : Drepane punctata
yang sangat best, 1st amali je, kena  lukis  10 type of marine life. at first, i thought kena lukis ikan je, tapi satu yang ana tak teringat is, ketam, udang,sotong pun hidupan akuatik. and i have to draw them in an hour. tangan ni dah la kaku. memang tak gheti langsung nak melukis lukis ni . seriously Y_Y
teringat lagi, kalau time sekolah dulu, antara subjek yang paling ana tak bagi komitmen is kelas seni visual. tiap kali exam for that subject, mesti ana buat cincai boncai je. asalkan ada benda kat kertas lukisan, warna sikit, tulis nama, siap, hantar kat cikgu.. pastu tidur kat meja. haha. -.-''

but tak boleh lah nak buat benda yang sama pulak time dah masuk unibersiti ni kan. gila ka? jatuh maruah weyh :P


 


and the 1st crab yang ana lukis. 
serious susah nak melukis bila tangan kaku, lain lah macam orang yang dikurniakan bakat melukis. macam Nana. rasa macam nak suruh Nana lukiskan untuk ana je . hihi. tapi memang tak lah kan. dia kat puncak alam, ana kat sini.







So, i tried hard untuk sesi lukis meukis ni .










ni untuk assignment minggu lepas. kejap lagi, ada amali ni lagi. pkul 2. 
yes, kena lukis lagi. 
kalini lukis freshwater life pulak. ayoyo.. sabar je la~


June 17, 2013

sem 5 di UPMKB (6)... Latihan Industri

Assalamualaikum

Sudah menjadi salah satu syarat untuk semua pelajar diploma UPMKB untuk melibatkan diri dalam latihan industri sebelum tamat belajar. i guees, bukan hanya UPMKB je, Universiti tempatan lain pun sama kan? Macam Nana, dia sekarang tengah praktikal dekat sebuah syarikat nama ImanPuri. Aida, my Roommate pulak tengah praktikal dekat Kuching, bahagian Perikanan. Walaupun kampus yang sama, tapi Diploma Pertanian memang akan praktikal semester lima, which is now. tapi bukan ana. Ana hanya akan terlibat dalam praktikal bila semester 6 nanti. Tempat ana dah fikirkan. Cadangnya dekat Kota Belud, Sabah. tempat rahsia dululah ye :) 

Tapi tiba tiba, ana dapat surat tawaran. di luar sampul tu, ada cop dengan Tulisan Jepun. O_o'  teragak agak ana nak bukak. ana check banyak kali, betul ke nama ana? ye, betul ada dua huruf i dekat nama kedua ana. 

dah rezeki ana lah kot. alhamdulillah. dengan perasaan cuak dan sebak, ana bukak. . . 
ye memang betul. cuma tak pasti nama syarikat tu apa sebab baca sekali imbas. terus je mata meliar ke bahagian bawah surat. Ana di tawarkan ke bidang food technology apa ntah sebab dia bersambung dengan tulisan jepun.memang aku paham lah kan bahasa jepun ni -.-''

terus ana call Daus, bagitahu tentang benda ni. Mak ayah pun ana bagitahu. Mak ayah tak bagi kata putus lagi, cuma tu lah, bila ana bagi tahu daus, daus pulak yang terharu lebih lebih. walaupun ana just call her, tapi ana tahu suara dia sedang nangis terharu. 

secara tiba tiba, ana terbangun dari tidur. wallaweyhh! mimpi je rupanya!? seriously rasa macam betul2. masih terasa lagi, sampul surat tu ana koyakkan . tapi mimpi hanya mimpi...

takpa lah, walaupun ia cuma hadir dalam mimpi, ana seronok sangat. sebab berpeluang merasai kebahagiaan dan ke-excited-an belajar/ merantau ke negara orang. 

June 16, 2013

sem 5 di UPMKB (5) ... mimpi


lately beliau asyik masuk mimpi dengan kerap. 
kenapakah? O_o'' 
padahal dah berbulan lamanya tak terpikir beliau di minda ni
dah lupa dah pun kewujudan beliau sebenarnya
erm, mimpi paling terbaru semalam. 


dalam mimpi tu, 
ana tengah berjalan dengan seseorang ke suatu tempat.
 dan dalam perjalanan tu lah, ternampak dia 
di laluan yang ana nak lalu,
 tapi beliau membelakangkan ana. 

terpikir jugak masa tu, nak lalu ke tak, nak lalu ke tak. 
last2 lalu je sebelah beliau.. 
setelah empat lima tapak melintasi beliau, 
ana toleh ke belakang 
and guess what..?

he stares me long enough but i just turn around and..
terbangun tidur sebab dengar bunyi siren blok, "perhatian kepada ahli Blok! sila bangun untuk gotong royong !"
i was like...     -.-''

June 15, 2013

sem 5 di UPMKB (4)

hari ni genap hari ketujuh ana bergelar plajar sem 5. urghh. seriously.. baru tujuh hari? jadual tak padat, cuma bila hati terasa sunyi, hari hari yang dilalui tak sama macam dulu lagi. i promised myself yang i will be a strOng girl. insyaAllah. 

oh lupa bagi salam. assalamualaikum :)

well, today is saturday and yes... buat kali pertama since ana study sini dah dua tahun, tadi kelas pertama hari sabtu. HARI SABTU.. SABTU weyhhh. -.-''
ingatkan boleh la bincang2 dengan lecturer, tukar hari jumaat sebab jumaat langsung takda kelas :D tapi beliau tak boleh. beliau ni pensyarah luar. bila nak ngajar ktorang je, beliau akan ulang alik dari kuching ke bintulu. ye, semata mata nak ngajar ktorang. okay. terharu 56 saat.TIAP MINGGU ulang alik weyhh ..

ok terus tak jadi nak rungut  :P  ye lah kan, sampai bila nak duduk kat comfort zone , kan? 

sebenarnya tak tahu nak cakap apa. otak serabut dengan assignment + sunyi tanpa roommate + penat kelas direct 3 jam + amali hadap lembu kambing 3 jam direct + terasa pening yang amat (mungkin effect puasa mengejut kot). balik2 dari amali, nampak orang orangan tengah cabut canvas tepi bilik ni. mula2 nak marah. woi! apehal cabut? kalau cabut, susahlah la ktorang nak jaga aurat macam ni!

(my blok ni, depannya ada dewan makan yang utama time malam2, so tanpa kanvas tu, maka, bilik2 perempuan akan jelas kelihatan. kalau dah utama tu, ofkos la bebudak lelaki akan lepak lepak kat situ. tang tu la nak makan, kat situ la nak tengok bola.. etc..)


oh rupanya dorang nak ganti. buang canvas, ganti dengan pintu yang boleh tarik. wow. ok. sekian lama (dari sem 1) aku mintak benda ni, baru harini Allah makbul. sepatutnya aku happy, tapi entah la.ok takkk. memang aku ter sangat happy sbb dorang dah ganti kanvas hodoh tu, tapi.. serabut rasanya harini. terasa ada satu bebanan berat kat minda. tak tahu nak rungkai satu satu sebab terlalu banyak. 



rasa nak jerit, tapi,.. haish,, dah gila ka?

rasa nak keluarkan air mata, tapi sebab apa?
tak tahu nak buat apa




satu perkataan describe harini :      serabut 

serious rasa ngarut gila tulis benda ni, takda benda faedah pun kalau korang baca. dah la takda isi, takda motif, takda pengajaran. kbye

June 14, 2013

sem 5 di UPMKB (3)


I have an excellent father
His strength makes me stronger
and I have a lovely mom
inside and out, she's much better than i am
I grew up in a pretty home
i had a space to run
and i had the best day with both of you

I know why the all trees change in the fall
i know you were on my side
even when i was wrong
and i love you for giving me the chances
for staying back
and watching me shine 
so, i'm taking this chance to say
that i had the best day with both of you


Actually ini adalah olahan dari lirik lagu taylor swift. i re-made the lyrics. how i miss my parents so much rite now. only Allah knows it better than i am. takpa,, sabaq sabaq.. Allah kan sayang kat orang yang sabaq? =')

June 9, 2013

sem 5 di UPMKB (2)


terkesima
terkedu
terdiam
hilang kata kata
perasaan bercampur campur
nak marah, tak boleh marah sebab aku pernah sangat menghormati dia
nak nangis, tak terkeluar air mata sebab terlalu terkejut
tak tahu nak rasa apa

tatkala orang yang kita sanjung 
tak menghargai saudara seagama dia sendiri
tatkala orang yang kita sanjung 
tak menghargai saudara sejantina
tatkala orang yang kita sanjung 
tak menghargai orang yang menyanjungi dia

sedih? terhiris? pedih?
Allah saja yang tahu perasaan aku semalam
terus aku ngadu kat Allah
tiba tiba sahaja ayat ni berlegar kat minda
lalu aku taip dan post kat fb

kasih Tuhan pada hambaNya tak pernah bertepi, takkan pernah ada sempadan tak tidak pula berhujung. bersyukurlah sbb kita ada Allah walau kita seringkali membenarkan Atid menambah catatan di bahagian kiri.

akal warasku berbisik:
ah! tak perlu lah nak berdendam atau tersinggung. aku kena anggap ujian Tuhan ni, satu cara untuk ajar aku sesuatu. Allah takkan bebankan seseorang hambaNya di luar batas kemampuan dia. 

betul la kata pepatah,
perkara baik jangan terus ditelan, perkara buruk jangan terus dibuang
aku betul2 belajar dari situ.


dah balqis.. dah.. tak perlu terasa. buat semak kepala je. better prepare utk 1st kuliah esok ^_^





June 8, 2013

sem 5 di UPMKB (1)

BUKAN MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris..
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,,
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.

BUKAN MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah..
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,
Agar kita sentiasa tabah dan kuat.

BUKAN MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan..
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,
Agar diri akan terasa lebih bahagia.

BUKAN MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina..
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri,
Agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi.




BUKAN MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya..
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita.

BUKAN MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan..
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya.

BUKAN MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan..
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari bahawa Tuhan TELAH meminjamkan kepada kita beberapa saat.

BUKAN MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera..
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya.
- sumber -

bersyukur kerana telah jejak di sini
alhamdulillah..alhamdulillah.. alhamdulillah..


i'll try smile depan mereka
i'll act like i'm a happy person
i'll pretend that i'm fine
biarlah ia menjadi rahsia hati
antara aku dan Penciptaku

June 1, 2013

tanda tanya yang belum terpadam

Assalamualaikum warahmatullah :)

ok, straight to the point la kan, senang cerita..

Mazhab dalam Islam yang ana belajar, terbahagi kepada empat. yang ana tahu, walaupun terbahagi kepada empat, kesemuanya berpaksikan kepada sumber yang satu, yakni alQuran. itu yang ana tahu lah. cumanya, terdapat beberapa persoalan yang berlegar legar dalam otak ni sejak beberapa harini. 

dah terpikir dah soalan2 ni, cuma tak pernah terpikir pulak nak tanya kat alam maya. mana tahu, kalian yang sedang baca ni, boleh berikan pendapat/ maklumat kepada ana yang jahil ni.

ok. let's start :

bagaimana boleh terjadinya pengkelasan mazhab dalam Islam?macam mana boleh terbahagi kepada empat? ye, berbeza pendapat. tapi ana kurang jelas.

dan kenapa empat? (maaf kalau soalan ngarut, cuma ana nak tahu sangattt sangat.)

bagaimana mereka mengagihkan mazhab sekian sekian kepada beberapa negara kat galaksi bima sakti ni? adakah terdapat kriteria/ ketagori tertentu?


*updated*

baru je tekan butang publish tadi, 

alhamdulillah, temui jawapannya. cuma kena banyak baca sumber lain jugak. tak boleh nak amik satu sumber je kan:

http://hafizfirdaus.com/ebook/PedomanMazhab/Chap4.php

*updated terbaru tarikh 2 Jun 2013*

assalamualaikum warahmatullah
Ana ada persoalan yang tak trjawab..
Kenapa dalam islam boleh terbahagi kepada empat mazhab ye?
Tapi kenapa cuma empat ?
Dan macam mana mreka tentukan negara bahagian ni, ikut mazhab syafie, negara sekian sekian ikut mazhab sekian.. hurmm.. ana perlukan jawapan. Atau mungkin pendapat..
Like ·  ·  ·  · Yesterday at 4:07pm
  • Muhammad Azim likes this.
  • Muhammad Azim Waalaikummussalam...mungkin kita boleh try tanye ustaz Amirul Rijal...
  • Amirul Rijal ana bkn ustaz, tp insyaAllah bole jwb
  • Amirul Rijal panduan kita dlm islam trdiri dari alquran,sunnah2nabi,ijma(persepakatan ulama),qias(nisbah satu perkara dgn yg lain)... mazhab atau lbih mudah disebut garis panduan/guideline adalah susunan ataupun hasil kajian ulama sbg contoh imam syafie,hanbali,hanafi,malik
  • Amirul Rijal sbnrnya bnyk lg mazhab lain yg kita xtahu, mazhab2 ini hanyalah panduan bg kita org awam yg tidak mendalami ilmu fekah dll... bknlah cabang2 islam ataupon bahagian2nya yg berselisih..
  • Amirul Rijal empat mazhab =syafie,hanafi,hanbali,maliki adlah yg paling famous, dan setiap negara punya garis panduan yg sesuai/ataupon diikuti ramai oleh penduduknya lantas kita classify negara trsebut syafie sbg contoh
  • Amirul Rijal walhal sbnrnya ada je org mesia sdiri yg gunakan mazhab lain
  • Amirul Rijal sbg contoh satu imam mazhab bpndapat hanya dgn menyentuh kulit wanita wudu' bole tbatal manakala imam yg lain kata tidak (kesemua mrk punya sandaran dan dalil masing2) ... jika kita mengambil pegangan yg batal maka sulit utk kita melakukan tawaf n ibadah2 haji/umrah yg lain, kita dikelilingi manusia lelaki dan perempuan... masakan hanya trsentuh sdikit sudah perlu ambil wudu' dan jauh pulak tu
  • Amirul Rijal begitulah sebahagian mazhab sesuai digunakan pada realiti dan situasi kita dimalaysia dan sebahagian lain tidak
  • Amirul Rijal utk rujukan yg mudah dan pada hemat ana pling simple dlm masalah hukum hakam (bagus utk beginners) bole rujuk kitab fiqh sunnah karya sayyid sabiq
  • Amirul Rijal fiqh sunnah byk menerangkan secara mudah semua pendapat imam2 mazhab yg trkenal atau tidak dlm segenap masalah fekah
  • Amirul Rijal hope it helps...
  • Balqis Syahiirah Syukran jazilan kathira atas penerangan yang diberi. 
    7 hours ago via mobile · Like

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...