balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

January 11, 2019

4 Perkara

Ceritanya , aku ada ter dengar ceramah kat tv alHijrah pagi tadi. TER dengar.

"ada 4 perkara yang ustaz nak highlight kan dalam Surah Al-Fajr ni''

maka aku yang sedang buat air teh di dapur pun tajam kan pendengaran dan bersedia untuk mengingati patah2 perkataan yang bakal diluahkan. lebih kurang begini lah ayat Ustaz tu:


''ayat pertama dalam surah ini bermaksud, -Demi Fajar-. Allah telah bersumpah dengan makhluk nya; Fajar , iaitu waktu subuh. Maka kita diperintahkan untuk menjaga solat subuh"

"Perkara kedua yang saya nak highlight ialah, maksud ayat kedua dalam surah ini, yang membawa maksud -Dan Malam yang sepuluh-   angka sepuluh ini membawa dua maksud ,iaitu 10 malam terakhir Ramadhan dan juga 10 Dzulhijjah. Maka kita sewajarnya memperbanyakkan ibadah pada malam-malam tersebut kerana terdapat lebaikan dan kelebihan di sisi Allah''

'' Ketiga, -Dan bilangan yang genap serta yang ganjil-  Ayat ini menyuruh kita menjaga solat lima waktu, di mana di dalam nya terdapat bilangan rakaat nya yang genap dan ganjil. Maka kita diperintahkan untuk menjaga solat fardhu yang lima"
.
.
.
.
.

dan... bila kau berlagak yakin kau ingat tanpa mencatat, kau silap, Balqis. -.- 

maap deh, yang ke-empat aku lupa dah di saat aku menaip ni.




sekian.

by the way, doakan aku yang dalam usaha mencari kerja tetap ye, reader(s). 


moga ada yag baca dan mendoakan.

July 4, 2018

I AM BACK!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  moga sihat hendaknya para pembaca sekalian.

seriously i never thought that i would forget bout this lovely blog. my  sort of online diary.

by the way,  I am indeed the same person who is currently writing here. theorically.


tapi sesiapa yang baca blog ni dari awal penubuhan nya,  mesti dapat kenalpasti apa beza nya dengan penulisan sebelum ni.

jujur nya aku rindu diri aku yang dulu.  zaman aku mula nak up kan blog ni.  gigih pergi baca blog blog orang lain untuk dapatkan idea untuk blog post apa yang akan dikarang.  sekarang ni,  dalam otak aku cuma satu.

macam mana aku nak aktif kan semula blog ni?


October 20, 2015

my life in Serdang ...(4)

jerebu is getting worst ! :(

officially, UPM umum cuti bermula petang semalam. penangguhan kuliah ni valid sampai harini. smalam pun bacaan IPU 220 !. Ya Allah. serious scary. nak bernafas pun rasa tak selamat sebab ada sumber cakap, affect of jerebu ni kesan jangka masa panjang. Partikel haze yang microsize ni boleh masuk dalam paru2 and cannot 'dikeluarkan'(ape ntah pkataan yang betul. lebih kurang la).

PKU(klnik upm) ada buat pengagihan topeng muka secara FREE ! tapi i was in the lab ! dia agih kat bus stop serumpun, tapi ana kat lab bikimia which is so far from the location! cis~ tak dapat chance merasa topeng PERCUMA 
*tabah*

so, harini cuti. bangun pagi2 tengok pemandangan luar dari dalam KMR.
:: sepi ::
:: sunyi ::

takda orang pun lalu lalang kat jalan raya depan ni ha.

tengok langit *kembali risau* pemandangan dah tak clear. jerebu sangat tebal.  seriou tebal. dari apa yang ana baca, kawasan Shah Alam lagi parah. i cannot imagine how bad kat sana. and seriously cannot predict macam mana jerebu kat indonesia sana . . . . 

Petang semalam lepas habis kelas and selamat sampai kat bilik, ana terdengar pengumuman dari kolej blakang KMR ni . he said "Semua pelajar dikehendaki mereput kat bilik masing masing"
okay takda la dia cakap camtu. isi bebelan tu just tak bagi pelajar berkeliaran without wearing a mask.

praying for the best.
serius risau!


October 16, 2015

MIMPI


Menatapmu
Indah
Merinduimu
Parah
Itu pasti


[13 oktober 2015 ]

Walau kita hanya dipertemukan cuma beberapa detik , rindu itu tersemat kemas dalam diri ini. it was so damn real. ana tahu, mimpi cuma lah mimpi.
Aku masih memelukmu kemas
Aku masih mendengarmu jelas
Mata ini melihatmu
Hati ini merasakan
Namun semua hanyalah ilusi

selamat tinggal.
semoga kita berjumpa lagi di lain mimpi.
i hope that moment,
u'll be a son that can be proud of.

i'm insane . i know. bye.

October 15, 2015

My Life in UPM Serdang..(3)

hari ini ,
ada manusia yang diuji..
diuji dengan kehilangan kesemua ahli keluarganya dalam sekelip mata
Dugaan Tuhan ..
tiada siapa dapat sangka
tiada pula manusia yang dapat menyangkalnya
Semoga tabah, dik
Ana turut merasa pilu

[ berita penuh di sini ]


* * *

alhamdulillah, semakin hari semakin berkurangan bacaan IPU udara kat selangor ni. syukur.. jerebu yg dikatakan berpunca dari negara jiran dah berkurangan dengan kehadiran hujan yang bertandang 3 hari berturut turut. alhamdulillah. banyak betul hikmah yang ana pelajari daripada ujian Tuhan yang satu ni.

>I want to take this moment to thank you, Allah for giving us this golden opportunity to reflect diri yang selalu lalai dalam mengingati Mu <

* * *

For those yang bekemungkinan berkenan mahu tahu, hari ini, officially ana tamat test 1 untuk sem ni. currently I'm in 3rd semester of Bac. In Agricultural Sciences. Exam entomology (elektif) tadi seronok . like.. seriously. seronok gila. soalan Essay just ada tiga je utk 4 chapters. LOL.  Alhamdulillah banyak ilham jawab tadi.

July 9, 2015

lets fix it. hoYeahh ~

Dear reader(s) <-- Masih ada kah? ( '__' )
Assalamualaikum 
moga kalian(jika ada) sihat hendaknya.

mari buka entry ini dengan sepotong ayat yang dipetik dari al-Quran


“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. 
(Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka…. 
Dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.”

cuba baca balik first sentence tu.
.. telah berjaya~

perasan tak? Belum apa apa, Allah dah janji dah. Orang yang beriman itu berjaya. Janji Allah itu pasti. no doubt.  dan ayat itu disambung lagi dengan ayat ;

... iaitu mereka yang khusyuk dalam solat....

dari ayat ni, sudah nampak lah betapa pentingnya solat. Bukan setakat untuk berjaya yang dijanjikanNya, tapi juga sebagai tanda kita tunduk dan akur dengan Dia Yang Esa sebagai seorang hamba. 

ingat tak, rukun sokat ada berapa?
 ye betul. 13
kita kena paham apa maksud rukun. Rukun itu perkara wajib yang perlu ada time kita solat. Kalau takdak, tak sah solat kita. jangan weh. jangan sampai jadi sia sia. rugi weh RUGI. so, take note yaa.

dan ingat lagi tak, rukun rukun rolat ni terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu;
-Rukun Qauli  = percakapan/tuturKata
-Rukun Fi'li    = perbuatan
-Rukun Qalbi  = Hati




panjang betul muqaddimah nya. haha
sebenarnya nak bagitahu beberapa senario yang ana sendiri hadapi bila solat jemaah kat mana mana. Sepanjang meniti kehidupan yang fana' selama ~22 tahun ni, banyak betul dugaan yang dilalui masa solat. ye, ana tak salah taip, waktu solat jemaah. serious.

Dugaan yang mencabar ialah pabila makcik sebelah kanan taknak berganjak ke kanan untuk rapatkan saf. ingat ye kawan kawan, bahu kena rapat, barisan kena lurus and please make sure takda ruang antara jemaah dengan jemaah lain. teringat dulu, Ustazah kat sekolah rendah siap jolok pembaris panjang kuning tu antara kitorang tiap kali solat Asar berjemaah kat surau sekolah. (masa tu baru darjah dua kalau tak salah). Siap kena ketuk dengan pembaris tu lagi kalau pembaris tu boleh masuk celah antara bahu kitorang. walaupun tengah baca ALFatihah. masa tu marah jugak la ustazah tu sebab boleh pulak dia check satu satu kat barisan saf ktorang yang tengah belajar solat jemaah. Bila dah berakal sikit, ana paham dan berterima kasih kepada ustazah tu. ana rasa macam fobia kalau tak rapatkan saf. gitu gamaknya .

penah jadi camni ?

Jadi, bila situasi terjadi, ana akan move toward jemaah yang paling ramai kat saf tu, kemudian tarik tangan orang sebelah untuk rapat. ana tak serabut, saf pun rapat. hew hew hew. selalunya, automatically orang akan ngikut rapat. selalunya lah. 


Next dugaan ialah waktu nak bangun dari sujud. tak selalu jadi,
tapi bila orang sebelah tertindih telekung kita membuatkan ianya menjadi situasi awkward. 
lalalala ~ ~ ~

Yang paling mencabar bila tahiyyat akhir.  kena hempap . T_T

tapi yeah. walaupun ada banyak cabaran solat jemaah ni, tetap nak jugak. Pahala berganda 27kali weh, sapa taknak?

kalau diberi pilihan memilih antara RM 1 dengan RM27, siapa yang gila dok tolak RM27 tu!??
itu baru bayangan dalam bentuk duit. ni pahala. Kalau pahala diganda sebanyak 27 kali, weh. tak dapat bayang banyak gila saham untuk masuk syurga. tu baru sekali solat jemaah. hoyeahh~



jadi,macam mana? 
Rasa tamak pahala tak?

May 23, 2015

My Life in UPM Serdang..(2)


Alhamdulillah. preview done malam tadi.

This journey start in the beginning of April 2015 when I'm volunteer to take part in the zapin audition. Sebenarnya malam tu turun balai cendana sebab nak isi nama jadi AJK Busana je. but since takda orang isi nama jd penari, i spontaneously put my name there. way deep in here, i want to learn the tarian-things. 

surprisingly, ana dipilih. terkejut sebenarnya, yet thankful.

Bermula haritu, ana dengan 11 warga KMR bertungkus lumus amik step semua tu. Mulanya ana kekok. awkward dengan  mereka. Rasa down tu ada lah sebab ramai yang dah memang menari sebelum ni. 

Ada haritu, kitorang keluar ramai ramai pi tengok wayang kat The Mines, cerita avengers. Masa tu, lelaki 2 org je ikut, pmpuan smua pi.

This is Syaq (syafiq Hariz) my zapin partner, yg blu shirt tu Im (Imran)

Lepas pada keluar tu, ana rasa makin rapat sebab kenal at least perangai masing masing masa luar training zapin. makan dekat chicken rice shop sampai RM200. gila betul. Rancangnya nak keluar SEKEJAP je. alih alih, sampai UPM pukul 7. Padahal 8.30 ada training zapin dengan Abang Foo (couch zapin, ex-UPM jugak) Memang sumpa penat la haritu. kalau dah training, memang sampai pukul 1 lah kan. lepas training, ada buat circle, tiap org cakap something utk improvement. part circle tu memang tak pernah kurang sejam. kemain,taknak kalah~~

tup tap tup tap

sampai la malam tadi. Preview Zapin kat Balai Cendana, KMR. Malam tadi First time menari depan orang, first time pakai full set of busana n make up. 


                                     
















                        Gambar kiri: Syaq & Izzah       Gambar Kanan: Mick & Izzah



Dari Kiri:
Syaq, Balqis, Haziq, Izzah, Akmal, Sheyun, Im, Fatin, Mick, Yunie, Ijat & Su

Tang make up tu tak nak cerita, buruk gila. i mean, mungkiin untuk menari lawa lah kot pada pandangan mereka. I cannot define 'cantik' in that state. haha. seriously. 

Bila tengok gamba ni kan, seriously macam tak percaya ana diberi peluang menari.
alhamdulillah, this is truly a great moment sepanjang hidup ana. mungkin lepas ni ana tak menari dah. mungkin. Kita hanya merancang, selebihnya Allah yang aturkan hidup kita.

Elok je lepas preview, kitorang sambung polish bahagian wain-up (camana ntah eja dia). and as usual, smua ngadu lapar sebab mula make up pun pukul 8, since preview starts 9.30 malam. memang tak dan nak makan.

end up, kitorang masak maggi. first round, masak maggi kari 7 bungkus. tapi since tak cukup, next round masak 3 maggi tomyam. gila betul. 


seriously i cannot stop smile looking at this picture


Alhamdulillah, terima kasih Allah
=')

[ UPDATE]



Gambar kat atas ni bukti yang kami dah perform untuk ZAFEST 2015. 
Yang baju biru tu abang Foo (Fuad), which is our choreographer. 
 Masa MC umum KMR dapat anugerah choreography terbaik tu, rasa seronok sangat sampai nak lompat lompat atas kerusi.and then dia umum Sanggar Citra Fansuri  jadi Johan keseluruhan.. Ya Allah ! sumpa seronok! sampai termenangis sebab seriously tak sangka akan jadi johan.  Rasa puas sangat. serious. 

Walaupun eventnya dah berlalu selama 2 hari, 
i cannot stop myself from seeing us berzapin berulang ulang kat vdeo2 ni.
#belumBolehMoveOn  #adalahIniRindu ? 



March 3, 2015

My Life in UPM Serdang..(1)

Assalamualaikum.

hai reader(s)

lama sudah rasanya tidak muncul disini.
jadi, agak awkward nak menaip semula

so, here i am, Kolej Mohamad Rashid,UPM.

gonna study better than last sem.
and required to collect the merit(S)  in order to stay in the college for next semester.

do visit [ here ]

December 23, 2014

Hari Ini

Assalamualaikum dunia

fuh. tadi aku tengok last date aku update blog ni, 30 May 2014. walhal skrg ni 23 disember dah. 2014 hampir melabuhkan tirainya untuk bagi laluan pada 2015.

aku sekarang dah kembali ke semenanjung dan tinggalkan bumi bintulu. sedih tak usah cakaplah. hari hari aku nangis. (ok. tu tipu) even now aku belajar kat serdang pun, aku selalu ter (dan kadang kadang sengaja) membandingkan kehidupan, suasana belajar sewaktu aku di UPM Kampus Bintulu dengan Serdang ni. ye, walaupun aku sekarang sambung pengajian aku di peringkat ijazah kat UPM jugak tapi it is totally different! hanya yang mengalaminya yang memahami. sumpa rindu bintulu.

pejam celik pejam celik, sekarang dah study week dah. bermakna, 14 minggu kuliah sebagai degree student dah tamat dengan pantasnya tanpa sempat aku menikmati perjalannya. sem 1 kat serdang ni terlalu banyak benda yang perlu dikejar. dan aku belajar untuk cepat menyesuaikan diri memandangkan kat serdang ni, ada beberapa fakulti (tak ingat berapa) kalau bintulu senang, 1 fakulti je kalau sesat pun, sesat situ pusing pusing jumpa lah kelas. kat sini kalau sesat, memang tak pergi kelas lah. aku berani cakap gitu sebabkan pengalamn aku sendiri. haha. aku terpaksa tak datang kelas sebab aku pusing2 jalan kaki carik ladang tak jumpa. serious rasa bersalah sangat sebab tak datang kelas.

harini dah masuk hari kedua study week. fuhh ~ 
good Luck to myself 



May 30, 2014

Aidilfitri di perantauan

28 OgoS 2011

selesai sahur,BalQis tidur balik,,yela..tak da benda nak buat kat kampus,,kampus pon lengang sebab rata-rata pelajara upmkb dah balik semenanjung tuk aidulfitri,,taun ni BalQis tak beraya kat rumah,,kat bintulu ni je...huwaaa!!! sedeyh nye,,,seriyes sedeyh,,,tapi BalQis kuatkan semangat..harini still kat lagi,,tiada tangisan. :)
tiba2 BalQis dapat call dari salwani a k a Wani..

rupe2 nye kitorang kena bertolak sekarang...nak pegi mane?? hurmm,,,cam ni,,sebenarnye,since BalQis tak blk semenanjung,wani ajak BalQis stay kat rumah mak angkat dia kat Tanjung Kidurong..(orang tempatan menyebutnya begini;  Tanjung Kidunghong )

maka,sampai lah kami di sane pukul 9.30 pagi...sebenarnye,kalau ikot plan asal,kitorang nak btolak petang nanti,tp disebabkan Cikmai(mak angkat Wani) nak ambil anak beliau kat airport..dengar2, abg zainol tu blaja kat I-tech ape ntah,tapi kat Johor la...Anak Cikmai ade 4 orang..yang first,namenye Zainol Mutakim B marzuki (Umur tak sure,tapi, lebih tua dr kitorang la ),kitorang panggil, abg zainol.Anak kedua bernama Siti Alwani Bt Marzuki,berumur 17 tahun. Anak ketiga;BalQis tak tau name penuh dia,yang BalQis tau,name dia firdaus..firdaus ni baru form 4,sekolah kat SMK Kidurong. Anak yang lazt pon BalQis tak tau name pnuh dia,tp kitorang panggil dia Aniq.. umur baru 11 tahun, sekolah kat SK Kidurong II

29 oGos 2011

Harini sahur ngan nasik goreng,Cikmai yang masak,,,,ingatkan  nak tolong cikmai masak,tapi terlewat bangun la pulak,,huhuuuuu...ye la,,kat kampus mane la ade mase nak masak bagai ni,,makan biskut ade la,,kadang2 roti..time sahur,yang lain tak turun,yang turun bawah cume abg zainol ngan cikmai.jadi,kami berempat je la yang bersahur....

~ Ramadhan terakhir BalQis jalani dengan jayanya ~

30 0G0s 2011

malam tadi dapat banyak mcg tentang raye,,,sume sibuk menghantar kata maaf sempena aidilfitri ni.. N malam tadi,sedih yang amat sampai tak tahan,,huhuuu...tak dapat nak tahan lagi,,dan akhirnya......  titisan itu menitis jua tanpa diundang..

bile bangun je,tengok rumah cikami ni sunyi sepi je,,,cikmai lak tgh sapu sampah..lantas BalQis tertanya tanya,, betul ke hari ni raye?? eahh... ke puasa lagi ea?,,,ea,,raye ke puasa skang ni?so,V pon masuk balik bilik..berperang dengan diri sendiri,sama ada arini puasa @ raya...tibe2, denga bunyi enjin kereta dihidupkan,,so,BalQis pon ngintai la dari tingkap; punye la tekejut!

cikmai tengah nak hantar firdaus ke masjid..T________T nak ikut jugak!! nak jugak solat aidilfitri tauun ni. huhuu,,,dah terlepas,,,cikmai dah kuar gate dah,BalQis pon tak bersiap lagi,,wani lak tengah dibuai mimpi lagi...

dalam 7.45 tu,tibe2 aniq ketuk pintu bilik kitorang..

Aniq : kak,akak mau ikut pegi masjid?
Me   : nak!
Aniq : jom la..bapak dah siap dah tu,,
me   : (ha! dah siap?) Ok

sesampai nye kami(ayah aniq,aniq,me n wani) di masjid,kami dengar orang tengah bace sesuatu..bile tengok2,rupenye tengah bace doa...Ha,,,sudahhh...tak mungkin la dah abeh solat..bile masuk je,memang sah la..kitorang terlepas,,,aduyyaiii! terkilan giler r...lupe lak,kat sini kan awal sejam dari pada semenanjung,,,kalau taun lepas solat dalam 8 setengah,,ntah2 solat tadi start kul 7 setengah kot...huhuuu...las2,kitorang just duduk dengar khutbah je..tajuk khutbah : PERSEFAHAMAN PELENGKAP AIDILFITRI

kami pulang dengan kehampaan..

agenda seterunya,bersalam salaman...Kami ( nadira,pika,gee,wani n me) salam cikmai n mintak maaf..eahh lupe lak,,pika,nadira n gee smpai rumah cikmai semalam...tak sangke lak mereka pon kenal ngan cikmai.

dalam pukul 12 setengah camtu,cikmai suruh siap2 nak pegi beraye..destinasi yang dituju ialah KAMPUNG JEPAK.kat situ kitorang pegi 3 buah rumah..rumah yang lazt paling best.. sebab atas air...huwaa!!! best giler...dalame dah pendam hasrat nak jejak kaki kat rumah atas air ni..at last! dapat jugak merase...alhamdulillah! terima kasih Ya Allah.. :)
bukan tu je,,kitorang pon merase naik sampan..best pe,walaupun sampan tu ditambat..  =D

ishk! rugi sungguh tak bawak kemare..
T__________T

April 9, 2014

Latihan Industri (2)



Alhamdulillah Alhamdulillah

Selesai sudah Latihan Industri ana di Negeri Bawah Bayu. (28 November 2013- 28 Mac 2014)
Terlalu banyak.. Ana ulang.. terlalu BANYAK memori, kisah suka duka ana sepanjang 22 minggu ana di sana. Semua dugaan yang ana lalui akan ana simpan rapi dalam memori selama mana nafas masih tersisa. Satu yang ana tahu, Allah turunkan semua ujian tu hanyalah kepada orang yang Allah tahu dia mampu galas. ye, walaupun ujian tersebut pada ketika itu, ana terasa ter sangat perit untuk digalas, tapi Allah lah tempat ana mengadu selalu. dan pada ketika itu lah, nilai sebuah persahabatan diuji. Ana bersyukur dan sangat beruntung kerana Allah timpakan ujian2 tersebut. di saat itu, ana dapat menilai siapa yang bergelar kawan dan 'kawan'. kepada kawan dan 'kawan', ana ucapkan terima kasih kerana membantu ana untuk menilai dan mengenal erti sabar dan menghargai.

Kisah suka pun terlalu banyak untuk ana coretkan di sini. cukuplah sekadar ana menyatakan bahawa, segala kisah suka tersebut membuatkan ana bertambah rasa bersyukur pada Allah kerana memberi ana peluang sebegitu untuk merasai nikmat-nikmat tersebut walaupun cuma seketika. Terima kasih, Tuhan XD


Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Masjid ini menjadi teman di saat ana terasa kesepian
pernah menangis di sini, pernah tersenyum di sini


Korporasi Pembangunan Desa, Cawangan Tanjung Lipat
25 November 2013-17 Januari 2014


Blok D, University Condo Apartment
yep, untuk 2 bulan, ana nginap kat sini
RM700 per month
sangat dekat dengan one Borneo Mall (10 mins by car)
dekat dengan bandar KK,about 30 mins by car (kalau tak jam)
lengkap dengan TV,WiFi, 3 BedRoom+2 toilets
Kemudahan bas ada disediakan
eh, ter promote pula. XD



Lepas 2 bulan di Kota Kinabalu, we were transferred here, Kabang.




Small gift from our heart to THEM.. mereka2 di bawah ni :)




Safaruddin (Papai)
time kitorang amik2 gambar last day, he refused. =.=''
so, i just pick this pic to show u his face


he's name is HensemBoy from kandang 9B
my lovely goat
awhh i miss you already
eat a lot eh..
faster grow fast!
make kids as handsome as you <3

Masa ni, ada game takraw.
and ofkos la ai jadi tukang sorak je 

yeah,, i wrote my name there.
this kambing mengada.
pantang nampak perempuan
so i conteng his fur  =P
btw, this picture taken from kandang 4

i called it, TASKA kandang 6
bcoz this petak full with the newborn goats
err.. actually they already in the age of 2 weeks




. . .Because in the end, only the memories left . . . 

November 21, 2013

Latihan Industri (1)

Assalamualaikum dunia

setelah sekian lama, ana menyepi, baru harini ana kembali
sebab apa?
>> sebab latihan industri



harini, 21 November 2013, tepat hari ke-27 ana berada di : 
yep, i am here right now


sepanjang hampir 4 minggu, ana ditempatkan di Unit Cendawan, bahagian Ibu Pejabat Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Wisma Pertanian Sabah. baru ana tahu yang KPD ni, hanya di sabah. i really thought KPD ada banyak cawangan kat Malaysia macam RISDA. rupanya kat Sabah je.  =.=''

ana sebulan je kat office. lepas ni, ana akan ditempatkan kat KPD cawangan Likas. Untuk 4 minggu dekat Likas, ana akan ke bahagian pemasaran. 

*arghh.. kekoknya nak menulis kat blog T__T *
*nak nangis*

#kbye


October 11, 2013

Sem 5 di UMPKB. . . last episode

Assalamualaikum dunia .

Allahu akbar. perasaan ana saat ni bercampur baur. dengan berakhirnya episod 'sem 5 di UPMKB' maka berakhirlah sudah perjalanan ana sebagai seorang mahasiswa UPM untuk semester 5.


> Gembira <

dapat berbakti pada ayah
& mak setelah sekian lama tak balik rumah



 > Sedih <

i'll leave this memorable place for 24 weeks.
sedar tak sedar, dah dua tahun 6 bulan ana belajar kat sini. nampak tak betapa banyak nya kenangan yang ana cipta ?


> terkilan <


kucing yang ana bela dari dia remaja sampai dah beranak 2 kali. yeahh.. i have to leave her too.and her 1 month babies. *tak dapat sambut bday anak2 18hb ni*
 


 

-you don't always see star,but you know it always there-


October 8, 2013

school life




big gang of friend
 colourful uniform
chat in school tuition
silly fight
one side love
friendly teachers
Group photos
Never ending PJK periods
Rocking anual days
Group discussion on anything & nothing
so many hands in a single lunchbox
remarkable mark
Justified mistakes
Loveable tour




Tadika Amal, Labuan (1999)
Sekolah Kebangsaan Kerupang, Labuan (2000
Sekolah Rendah, Rawang(2001-2003)
Sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun, Rawang(2001-2003)
Sekolah Rendah Puncak Alam(2004-2005)
KAFA Integrasi Puncak Alam(2004-2005)
Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (2006-2010)

yea,, i miss these schools.

lafaz yang disimpan

salam dzul hijjah :)


Ukhuwah itu ibarat satu janji di sisi Allah
tak dapat ditulis
tidak juga dapat dilukis gambarannya
bahkan
tidak dapat dibaca gerakan dalam hati dan jiwanya
Ia bukanlah pada lafaz dan kata kata
bukan jua pada banyaknya pertemuan yang dibina

Tapi ia adalah satu seni rasa 
yang takkan pernah terpisah oleh jarak
dan takkan pernah hilang oleh masa



-NurFirdausMuhammadAmirAmran-
-26 Otober 2011-

ye, ana masih simpan mesej ni since 2011. sebab tiap kali baca, mesti wujud rasa rindu pada awak. :')

October 4, 2013

sem 5 di UPMKB.... part 11


bertemu kita kerana Allah
berpisah kita juga kerana Allah
walaupun in semua agak payah
namun aku harus pasrah




setiap pertemuan akan ada perpisahan
namun, 
tak semua perpisahan akan adanya pertemuan


 
-2 Oktober 2013-

September 29, 2013

sem 5 di UPMKB. . . part 10

Assalamualaikum
Salam Perpaduan, Salam ukhwah.

Alhamdulillah.. hidup lagi kita harini kan? :)
kadang kadang, iman kita naik turun.
bila mana tahap iman dirasakan tinggi, tambahkan amalan-amalan sunnah
tapi bila tahap iman makin mnurun, just focus pada amalan2 yang wajib, bukan apa, takut bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

noktah.

minggu ni actually study week. tapi, nama je study week, tapi 4 hari burnt macam tu je.
hey hey. bukan sebab ana bermalas malasan la -__-

sabtu ahad : Ada program finishing school
isnin : presentation day.  presenting our pen culture's model. and it carries 20% weyh. it's quite big though
Selasa  : pagi ada perjumpaan dengan En Ansarul berkaitan dengan kemasukan degree. then 2-10.30 malam ada Program bersama Alumni UPM.

memang la burnt macam tu je.
tapi alhamdulillah ada 5 sbjek je sem ni. *walaupun 3 sbjek tough 3 hari berturut turut, which are ruminant Production (4 kredit), Pengembangan Pertanian (3 Kredit) dengan Pengurusan Hasilan Ternakan (3 kredit) 


Rata rata, esok dah start final exam, so i wish Allah eases for all of us during our hard time . starting from tomorrow . Tapi my 1st paper only start on the 1st October. hihi

 previous episode of 'sem 5 di UPMKB'
><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>


mash, wani, syahirah,, gonna miss them :'(
till we meet again after practical, okay?








September 5, 2013

kenapa !?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

lama rasanya tak menaip kat sini kan?
takda masa? busy? 
ahh ~ ! alasan je semua tu. 
Allah dah bagi masa yang cukup 24 jam untuk setiap orang, terpulang pada kita untuk bahagikan masa dengan efisyen atau nak habiskan masa dengan perkara tak berfaedah.  
*tetibe*


sebenarnya, memang dah lama terdetik tentang 'hal ni' masa mula mula jejak kaki kat UPMKB ni. tapi kaki ni nak melangkah keluar dari UPMKB ni la baru terfikir nak post. 

kenapa ayat rasa macam awkward je ni?
ok, this will spoil my mood

mari kita imbas kembali. pejamkan mata anda, oh ok tak payah, nanti tak dapat baca.
jom ikut saya, kita masuk ke pintu suka hati. tadi saya call doraemon, dah mintak izin pinjam pintu ni. 




masa zaman sekolah dulu. . . . . 



kita dididik supaya bagi salam bila berselisih dengan cikgu
supaya terdidik rasa hormat kita pada orang yang menyampaikan ilmu





kita diajar untuk mintak izin kalau nak keluar kelas 
supaya kita terlatih untuk mengamalkan sikap kesantunan dalam perbuatan



kita diasuh untuk membaca ikrar pelajar + rukun negara
supaya tersemat rasa hormat pada diri untuk terus berwawasan dalam capai impian 



Kita didisiplin kan dengan peraturan yang mewajibkan 
untuk nyanyi lagu negaraku dan lagu sekolah
supaya kita tetap patuh dengan peraturan yang mendidik jiwa kita
 berdisiplin dan hormat negara walau apa pun yang berlaku



tapi perasan tak satu perkara ?

ke mana semua nilai murni yang tersedia sebati dalam diri , 
saat kita melangkah ke alam universiti? 
ke mana hilangnya?

kenapa perlu dilupakan ?
kenapa kita tak teruskan?
kenapa tak termaktub dalam AUKU? <-- cewah, direct terus .__.




jangan nak kata,
"alah,, dah besar, takkan tak tahu nak jaga diri?"

oh no no.

as for me, itu lah gunanya kalau ada peraturan hitam putih. sekurang-kurangnya, orang sekeliling akan tegur kita automatik kalau in case, kita terbiadab dengan orang yang bagi kita ilmu atau orang yang sewaktu dengan nya.

what i tried to say is,
apa lah salahnya kalau kita mintak izin dulu sblum kluar kelas (kuliah) utk ke tandas ke, mana2 lah. nampak remeh tapi sebenarnya, itu adalah adab. adab menuntut ilmu. kalau terdetik je kat hati pendidik tu tak senang dengan perangai kita, memang tak berkat lah ilmu tu. kalau dapat markah full sekali pun, tapi tak berkat, apa guna? cuba fikir panjang sikit. bukan marah, cuma nak ajak kita fikir sama2 effectnya kalau tak jaga adab dengan guru.

sebenarnya banyak kebaikan bila kita teruskan kesopanan dan kesusilaan yang kita dah praktikkan masa sekolah dulu. sejak akhir2 ni, adab kesopanan dah amat jarang diamalkan oleh terutamanya masyarakat M yang sememangnya terkenal dengan adat dan kesopanan. 

why not kita cuba ubah diri kita?
kalau tak mampu nak praktikkan adab secara pukal, just pick one or two dan amalkan secara berterusan. sekurang kurangnya, jadi orang yang. . .  betul2 orang. bukan orang-orang (yang sememangnya tak dikurniakan perasaan sensitif pd nilai kesopanan).

oh ye, sebenarnya rancang nak tulis benda lain, tapi taip benda lain. inilah jadinya kalau sambil blogging, teringat esok ada kelas ganti ruminan sambil otak fikir nak pergi kite festival sambil terasa nak tengok RunningMan di saat videotaping ke Miri tak edit lagi.

kbai
wassalam.


August 25, 2013

Sem 5 di UPMKB (9)

holla ! assalamualaikum dan salam sejahtera

pheww.. baru je kemas bilik secara total. and i just love the cleaned room

ok bukan tu nak cerita. Kalini just nak conteng conteng sikit about the awesome trip. Trip? yeahh,, my class ada buat trip under subjek keusahawanan ( En Make). Kalau ikut perancangan asal, we're supposedly buat trip seminggu ke Kuching . Tapi tak jadi, cuma ke Miri dan balik hari . gahh! perancangan Allah lagi banyak baiknya kan? *latih otak untuk pikir positif untuk setiap perkara buruk berlaku*

pkul 6.30 gerak dari UPM, guna bas UPM ke Miri. 1st destination is PPES Sdn Bhd. i was like... huh? PPES? baru je beberapa hari lalu my ONLY kakak suggest kat situ untuk ber-praktikal. but ana tak apply lagi sbb nak apply KPD dulu.so, here is PPES :




i just love them !
wani, kak Ina, Nazim
macam dalam gambar, PPES ni, satu pusat penternakan lembu kat Miri. alah, kalau cerita detail pun bukan korang nak tahu pun kan?

lepas sejam lebih nak dekat dua jam, we're heading to the 2nd destination which is Syarikat Kai Nguong Nursery Sdn Bhd . tmpat ni, nursery bunga bungan dan buah-buahan. memang luassssss yang amat. penat jalan woh! dari segi baja, pasu, kelengkapan mainainance dan kelengkapan water irrigation smua ada lengkap kat situ. best la tmpat ni, tapi ana tak minat. serious tak minat.





awww i love this kind of view :)

for these 2 places, we have to make a video report and i don't like it.  seriously /-__-\

tapi last destination yang ni, tak perlu report. dan ianya sangat sangat sangattt la best. 

bergambar dengan Abang Buaya.
dia kena sumpah jadi batu sebab curang dengan kekasih lama dia

Ying ying with her new friend, Encik Ular
nama dia merpati turkey
lawa seyh !
and i love dove
it reminds me when i was kid, plays with dove


tasik ni lawa. sumpah lawa !
cuma bila ana yang tangkap gambar, memang tak nampak cantik la gambar ni kan..


World MOST DANGEROUS bird Cassowarry



Ada' dengan Puan Kuda



Tahu tak pirarucu tu apa?
itu sejenis ikan . kat situ,ikan pirarucu tu besar gilaaaa ! 5 meter panjang weyh! 

tapi cantik, campuran warna merah & biru sisik dia
kejap, nak carik gambar dia.

nampak tak biru merah tu?
itu la dia pirarucu. besar gila kan?
sebenarnya banyak lagi gambar yang best2. tapi bukan kat kamera wani (oh ye, gambar2 ni smua guna kamera wani)



conteng2 ni dibuat suka suka. maaf andai ada antara kalian yang tak suka.
well,, this is MY blog, y'knoww

*peace*

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...