balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

June 16, 2012

gadis,perempuan dan wanita


Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

itulah yang bergelar perempuan...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang mampu menggoncang dunia
dan mungkin pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda sempurna ~

May 28, 2012

Jom bErKarya : untuk beliau

Dalam perjalanan
ku cuba melupakan wajahmu
terlalu payah
dalam perjalanan semakin jauh
Terasa kau tidak akan hilang
Seakan bayang sendiri
Mengejar kaki yang berlari
Dari ruang ke ruang

Di pulau mana akan berlabuh
Entah
Perjalanan ini tidak bernoktah
Seakan demikian
Wajhamu
tingkahmu
pesanmu
mengusik hati ini tidak henti henti

Ku cuba juga
melawan
terlalu sukar
payah rasanya
hingga hampir berakhir
Perjalanan ini
Di muara
Wajahmu tetap terus ada
kenapa?

May 18, 2012

coklatey coklat!

bismillah...

assalamualaikum semua!  ^_^

ya.. coklat coklat belaka bila kalian bukak facebook sekarang kan? mula mula BalQis pelik yang amat,, kenapa tiba tiba ramai je yang sehati sejiwa nak tukar DP kaler coklat ni? gambar figura manusia yang matanya ditutup dengan sehelai kain. seperti  mereka ini :





kreatif2 belako sumo eah.. ada gambo kucing la..

balQis yang sedang ke-pelik-kan yang amat sangat ni cuba la carik sebab musabab nya.. ada pakatan apakah ini? kenapa balQis je yang tak tahu ni!? tak boleh jadi ni..

selidik punya selidik,.. baru lah BalQis paham...

sebenarnya ini adalah tanda kesatuan Umat Islam yang prihatin terhadap tahanan Islam yang berada di masukkan ke lokap Yahudi, mereka sedang mogok lapar secara besar besaran supaya hak mereka dikembalikan


baca artikel ni :


Dengan pelancaran kempen DP (avatar) facebook mogok lapar Palestine beberapa hari lepas, alhamdulillah ia memberikan impak positif. Public awareness berjaya dicipta dan menyebabkan masyarakat dunia tertanya-tanya, warna coklat apakah yang sedang menghiasi facebook. Kempen macam tu bukanlah segala-galanya untuk Palestin dan umat Islam. Ia bukanlah satu penyelesaian , tapi ia bakal mencetuskan public awareness yang positif.


Memang, setakat berkempen di facebook ia bukan jalan penyelesaian yang pantas untuk membebaskan bumi umat Islam yang dijajah oleh para kafir harbi. Tapi adakah tindakan sebilangan besar umat Islam seluruh dunia yang turut serta dalam kempen ini tak layak dipuji?. Yang rasa tak nak tukar DP , doa pun jadilah. Jangan sibuk memperlekehkan usaha orang lain.



Sumber: http://www.nescafeais.com/avatar-mogok-lapar-palestin/#ixzz1vDzXOBBc



tapi kannn... tadi BalQis jenguk2 lah 'home' page kat facebook. ade pulak begini keluarnya



“Tinggalkan gambar-gambar DP yang berwarna coklat . Ini menunjukkan sesiapa yang menggunakan gambar-gambar ni dalam profilenya menunjukkan dia adalah tawanan Zionis Israel, kain penutup dimata memberi maksud kita tidak melihat apa2 kekejaman Zionis Israel terhadap umat Islam. Tag perkataan yg tertulis adalah tulisan Yahudi. Maka, tukar secepat mungkin gambar-gambar ini. Harap maklum. Wallahualam.”



aikk? mana satu betul ni?

hati ni dah konfius dah..

then, BalQis pon terbaca la stau article ni.. kalian pon baca la jugak ye..


Kepada golongan yang hanya tahu kondemkan usaha orang lain, aku rasa korang patut kaji dulu sesuatu info sebelum percaya dan hebahkan kepada orang lain, berikut petikan dari Fb Amenoworld yang menjelaskan kecelaruan mengenai teori bangang golongan si pengkondem ni
Kawan2 fb aku dari palestine sendiri guna pic profile neh, fb rasmi dan twitter rasmi palhungers pun guna gambar profile neh.. penat2 depa promote, create dan buat kempen ada pula orang2 gila meroyan rosakkan kempen2 depa.. dengan niat memanipulasi.. tah sapa2 tah yang cakap terus korang percaya. Silap2 dia israel yang menyamar jadi orang arab utk kacau bilaukan kempen.
Hari tue di tv cakap israel dah bersetuju.Tapi bila aku check wall palhungers benda neh masih berterusan.. apa citer neh? Kenapa tv cakap dah lulus.. aku pun tak faham bab tue. Malas nak ulas lanjut. Check juga news di online, aljazeera tapi tak jumpa2.. tv3 tersalah lapor ka der?
Kesimpulan aku mudah jek, taknak tolong takpelah der. Taknak sokong pun tak pe juga lah der. Tapi jangan sabotaj. Tak kiralah kekawan ko dari magribi ka apa ka.. mana2 ka.. yang penting ketahui lah.. orang islam neh bukan seme nya bodoh2. Kalau benda neh ciptaan israel awal2 lagi takan wujud pun fb palhungers apa seme.. dorang terlebih dahulu masak dengan suasana di sana berbanding kita janganlah kita beranggapan dorang tue bebal sangat sampai tak reti beza plak..
Dan satu lagi, takde sapa2 paksa ko sokong pun. Hak memasing. Nak buat, buat, taknak buat sudah. Jangan sebarkan auta utk gagalkan kempen orang. Kalau terbukti ko benar aku respect, tapi kalau ternyata ko silap tanggunglah akibat sebab mengagalkan kempen orang.. oke. Bai – AMENOWORLD
Ok..dah paham?Kalau korang masih rasa teori bangang ni betul,baca pulak di entry ni Apa Maksud Simbolik Avatar Solidarity With Palestinian Prisoners On Hunger Strike supaya fitnah yang tersebar tak diperluaskan lagi.
Bawah ni pulak perkataan yang tertera pada logo DP Logo di sebelah kanan yang bermaksud “Shabas” dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel  (IPS).

Diharap, fakta-fakta ni menyangkal teori tak berasas tu. Sesedap rasa je buat kenyataan itu dan ini asalkan dirasa dapat menimbulkan kesan logik pada akal. Lepas tu, ditulisnya “wallahu a’lam”.
Dan lagi, takde sapa yang memaksa korang sokong. Nak buat, buat, taknak buat sudah. Jangan sebarkan teori bodoh untuk mengagalkan kempen orang lain. Sebelu buat teori tu kaji betul-betul dulu, jangan ikut sedap akal je.




begitukah cerita sebenarnya... baiklah,, BalQis dah paham :)

lain kali, selidik dulu sebelum kita percaya sesuatu yang di post kat alam maya ni,,
(pesan kat diri sendiri jugak sebenarnya ni.. huhuu)


k, take care!
assalamualaikum..
jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hati




DIAM!


Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

             tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..

Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..

Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..

Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..


             kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir

DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka

DIAM kita mungkin disilap terjemah..

DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..


            maka

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..

seharusnya kita DIAM..

namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM.

May 9, 2012

Jejak Universiti Part 15




Assalamualaikum!
wahh.. dah lama BalQis tak update blog ni kan..? 

tarikh ni, 9 april 2012 balQis tengah cuti semester 2. macam macam la BalQis buat. masak la yang paling utama.. yela,, bila lagi nak asah bakat masak memasak ni kalau tak sekarang kan? Alhamdulillah,, dah banyak lauk yang BalQis dah try buat and menjadi. 

ok, fine,  BalQis  baru belajar masak.  BalQis  tahu. sebab tu la  BalQis  batak. maafkan BalQis

BalQis busy? tak la sangat cuma tak tahu nak cerita apa.. sebenarnya banyak je kejadian yang berlaku selama sebulan BalQis tak update ni, cuma BalQis rasa tak perlu la BalQis cerita sume.  bukan nya semua orang suka baca apa yang ada kat blog.. 
bak kata kawan BalQis sorang ni :

'best la aku baca cerita kau kat facebook ni. kejab lagi aku boleh la bakar piring astro kat rumah aku ni ha. astro pon tak se best cerita kau' (lebih kurang camtu la ayat dia)

tersentap seketika! memey la dia tak tuju kat BalQis.. tapi tersentap juga.. hohoo.. dan ia membuat kan BalQis lebih berhati hati dalam post mengepost sebarang benda kat alam maya ni, termasuk lah segala benda yang balQis tulis kat blog ni :)  terima kasih kawan.. you dare to slap me and back to reality.. I really apreciate it :)

JEJAK UNIVERSITI PART 14 ---> click sini

sampai sini je la coretan BalQis untuk kali ni.
jaga diri, assalamualaikum

perkongsian : wamakaru wama karallah, wallahu khairul makirin -surah ali imran-
 mafhumnya : dan mereka merancang, dan Allah merancang, dan Allah sebaik baik perancang
 huraian       : kita manusia hanya mampu merancang. walau se teliti mana kita merancang, tapi Allah yang tentukan, sekiranya perancangan Allah lain dari apa yang kita harapkan, dan berbeza dengan apa yang dah kita rancang, ingatlah, kita ni hamba Allah, kita kena patuh dengan apa yang Allah tetapkan. =) setiap kejadian di muka bumi ni, ada hikmah Nya yang tersembunyi. =D kita je yang tak fikirkan apa hikmah tu, sebab tu la kita cam kecewa bila tak dapat apa yang kita nak . . . . jadi, bersangka baik lah denganAllah, Pencipta kita sekalian makhluk yang menguasai langit dan bumi dan segala yang terkandung di antara keduanya.

\(^_^)/  

May 7, 2012

=')


Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
pasti ada hikmah buatmu dan juga diriku
pergilah. . . .  


March 31, 2012

Jejaka

Aku kagum melihat seorang JEJAKA, Tampannya sukar DITERJEMAH, Bukan dari PARAS 


RUPA tapi pada AKHLAKnya.. 


Pabila AZAN dengar ditelinga, Dialah orang PERTAMA menujunya, Bukan kerna SUKA SUKA 


tapi untuk MENUNAIKAN seruannya.... 


Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH, Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH, Dia lebih 


TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukanya... 



Muamalatnya amat TERJAGA, Pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira, Kerna takut 



ALLAH akan menjadi MURKA dirinya juga yang kecewa..


Ilmu yang ada diKONGSIkannya, Buat amalan manusia dan juga DIRInya, Senyum tidak 



penah lekang DIMUKA pabila DAKWAh dilakukannya....



Pabila bertembung dengan MUSLIMAH, Pasti PANDANGAnya turun ke BAWAH, Bukan JIJIK 


atau apa cuma MENJAGA iman di DADA...


Ibu dan Ayah diHORMATInya, Tanda SAYANG dan juga CINTA, Bukan kerna TERPAKSA 



tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...