balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

July 22, 2013

blog updated!

Selamat berpuasa !

wallaweyhh.. dah masuk hari ke -13 kita menikmati Ramadhan kan? ='D
dan lebih kurang sebulan gue tak update blog. rindu weyh! rindu! tapi tak dapat tandingi rindu gue kat ayah, mak, kakak, suraya,aisyah ngan ameer. gue dapat tahu yang deme sume ada bela 2 ekor rabbit kat rumah!. tahniah.. tahniah sbb buat angah jeles~


ok, skrang ni bulan puasa kan? *angguk*
puasa = rukun Islam 
tak buat dosa besar

sama jugak dengan solat.
solat fardhu = Rukun Islam
tak buat dosa besar

tapi...
puasa cukup + solat terawih tak pernah tinggal tapi solat fardhu tak penuh = dosa besar
solat fardhu penuh, tapi tak puasa bulan ramadhan= dosa besar
tak puasa, tak solat fardhu = kau ni nak masuk neraka 1st class ke?


kalau contohla anda ni bukan jenis solat farhu, asyik2 terleka dengan dunia... tupTap tupTap..dah habis waktu. busy person la konon.. sila lah ubah sementara kita kat bulan Ramadhan ni, kita kena jadikan Ramadhan ni, satu daya penggerak supaya kita jadi lebih baik.

tanamkan kat diri sendiri, 'aku nak jadi orang yang lebih baik'

oh ye,, gue nak tegur ni. lebih baik kata 'i want to be a better me' daripada kata 'i want to be a better than you!'.. oppp oppp! awak tahu ke amalan dia macam mana? awak tahu ke tahap ketaqwaan dia macam mana? tak semua yang kita nampak secara zahir tu meliputi segalanya.. takkk.. sangat takk.. 

kita lebih kenal diri kita sendiri daripada orang lain kan.. so, better cakap "i want to be a better me" nak cantik lagi, cakap "i want to be a better me lillahiTa'ala"
sekian.

June 20, 2013

. . . sayu . . .


Allahu akbar..
sedihnya hati ni
terasa pilu

walaupun kita tak da lah rapat mana, tapi, 
sejak Dr.Faizal takda, rasa kosong. . . 
tersentap hati ni.. 

yea, i know, Allah lagi sayang Dr.
yea, i know, i should send you doa / bacaan yasin

semalam, masa tengok arwah dikapankan, sayu hati ni. sangat sedih. lagi sedih bila tengok isteri arwah yang tak putus2 air mata mengalir di sisi arwah suami

sedangkan ana yang hanya kenal arwah 14 minggu je ni pun dah terkenang kenang kan senyum, gurauan gelak tawa arwah, apatah lagi insan terdekat arwah.. kan?

Allahu..
nak taip the word 'arwah' pun terasa sebak :'(


tapi tu lah, tak elok kalau sedih lama lama kan. yang hidup kena teruskan hidup, ini lah realiti kehidupan, setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Arwah dah selamat dah. ana pulak macam mana?

 apa perkara terakhir yang ana buat sebelum Malaikat maut cabut nyawa ana nanti? 
macam mana ana mati nanti?
 apa bekalan yang ana bawa? 

ah! terlalu banyak yang harus ana pikirkan. . . i should pity myself.
sebagai persediaan hadapi mati,
i have to let Malaikat Raqib catat banyak2 and i won't let Malaikat Atid buat catatan. i tried hard for this.. INSYAA ALLAH

wordless wednesday


June 19, 2013

sem 5 di UPMKB (8) perginya sebutir permata

harini mendung. bukan nya sebab cuaca, tapi kerana perginya sebutir permata, menghadap Illahi. Ajal maut cuma Allah yang tahu. itu rahsia Dia. takda siapa dapat meramal bila, di mana dan bagaimana kita pergi meninggalkan dunia.

Beliau seorang pensyarah yang tak lekang senyuman di bibir. baik hati, dan periang, menurut kebanyakan rakan sekerja beliau. 

and seriously ana cakap, subjek 'Handling and Processing Agricultural Product' is the most favorite subject untuk sem lepas. oh ye, lupa nak bagitahu, beliau ni, ajar ana sem lepas. and he was sooooo nice. walaupun ada la segelintir kosmate ana yang agak rude dengan beliau, tapi arwah tak pernah marah. sepanjang 14 minggu arwah ajar ktorang, cuma sekali je beliau tegur sikap segellintir kosmate ana yang beliau tak berkenan. itu pun, lepas habis kelas, beliau yang mintak maaf sebab menegur. Allah... pada ana, beliau tak perlu pun mintak maaf, tapi arwah baik hati. sangat baik. tak tahu nak gambarkan macam mana.

but the point is, ana sangat rasa kehilangan. Memang ktorang smua tahu, beliau accident minggu lepas,and retak kat beberapa bahagian tulang. ingat nak lawat, tapi tak terlawat akibat masa mencemburui. sampai la malam semalam, ana dapat berita, arwah sesak nafas. bila check kat klinik, rupa2 nya, ada darah beku kat paru2 akibat daripada kesan kemalangan tu. :( and beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Bintulu, di sisi isteri belliau. bila dapat berita, ktorang smua pakat pi hospital ramai2. nasib baik takda kelas petang. pkul 11 tu, ktorang dah kumpul kat bilik mayat, baca yasin ramai ramai. walaupun 1st time masuk bilik mayat, ana tak pedulikan pun rasa cuak yang hampir menguasai diri

usai bacaan yasin, yang perempuan keluar, sebab nak mandikan jenazah. ana agak terharu jugak la tengok ramai budak lelaki kos ana yang mandikan jenazah. Allahu... :')  usai mandi dan kapan, jenazah di bawak ke upmkb untuk urusan solat jenazah. ya ampun! ramai betul solat jenazah tadi, alhamdullillah.. 

disebabkan sini ni bintulu, pukul 5, jenazah diterbangkan ke semenanjung untuk urusan pengebumian di sana. Ana, Wani, Kak Ayu and Kak Ina pi Airport dengan Dr. Wan ,hantar jenazah and his wife. and smpai kat airport, ana nampak ramai sgt staff jabatan turun ke airport. 

memang sangat sedih. ana yang setakat his student ni, hanya mampu sedekahkan alfatihah & yaasin utk arwah.

Dr. Faizal Bin Hj Ramli (1974-2013)



June 18, 2013

Sem 5 di UPMKB (7)

Bismillah..

Semester ni, ana just belajar 6 subjek je. alhamdulillah. eh, btw, subjek2 ni, bukan ana pilih macam kwn2 kat Universiti lain. kalau kat UPM Kampus Bintulu ni, subjek memang dah ditetapkan oleh jabatan masing masing since 1st sem dulu.

one of the suject for this sem is called Aquacultureal Technology. okayyy seriously something new selama ana study here. sebelum ni, just belajar tanaman2. so, this time, ana ditakdirkan belajar pulak pasal hidupan aquatik ni. 


1st time lukis ikan.
 nama tempatan: spotted fish.
Nama scientific : Drepane punctata
yang sangat best, 1st amali je, kena  lukis  10 type of marine life. at first, i thought kena lukis ikan je, tapi satu yang ana tak teringat is, ketam, udang,sotong pun hidupan akuatik. and i have to draw them in an hour. tangan ni dah la kaku. memang tak gheti langsung nak melukis lukis ni . seriously Y_Y
teringat lagi, kalau time sekolah dulu, antara subjek yang paling ana tak bagi komitmen is kelas seni visual. tiap kali exam for that subject, mesti ana buat cincai boncai je. asalkan ada benda kat kertas lukisan, warna sikit, tulis nama, siap, hantar kat cikgu.. pastu tidur kat meja. haha. -.-''

but tak boleh lah nak buat benda yang sama pulak time dah masuk unibersiti ni kan. gila ka? jatuh maruah weyh :P


 


and the 1st crab yang ana lukis. 
serious susah nak melukis bila tangan kaku, lain lah macam orang yang dikurniakan bakat melukis. macam Nana. rasa macam nak suruh Nana lukiskan untuk ana je . hihi. tapi memang tak lah kan. dia kat puncak alam, ana kat sini.







So, i tried hard untuk sesi lukis meukis ni .










ni untuk assignment minggu lepas. kejap lagi, ada amali ni lagi. pkul 2. 
yes, kena lukis lagi. 
kalini lukis freshwater life pulak. ayoyo.. sabar je la~


June 17, 2013

sem 5 di UPMKB (6)... Latihan Industri

Assalamualaikum

Sudah menjadi salah satu syarat untuk semua pelajar diploma UPMKB untuk melibatkan diri dalam latihan industri sebelum tamat belajar. i guees, bukan hanya UPMKB je, Universiti tempatan lain pun sama kan? Macam Nana, dia sekarang tengah praktikal dekat sebuah syarikat nama ImanPuri. Aida, my Roommate pulak tengah praktikal dekat Kuching, bahagian Perikanan. Walaupun kampus yang sama, tapi Diploma Pertanian memang akan praktikal semester lima, which is now. tapi bukan ana. Ana hanya akan terlibat dalam praktikal bila semester 6 nanti. Tempat ana dah fikirkan. Cadangnya dekat Kota Belud, Sabah. tempat rahsia dululah ye :) 

Tapi tiba tiba, ana dapat surat tawaran. di luar sampul tu, ada cop dengan Tulisan Jepun. O_o'  teragak agak ana nak bukak. ana check banyak kali, betul ke nama ana? ye, betul ada dua huruf i dekat nama kedua ana. 

dah rezeki ana lah kot. alhamdulillah. dengan perasaan cuak dan sebak, ana bukak. . . 
ye memang betul. cuma tak pasti nama syarikat tu apa sebab baca sekali imbas. terus je mata meliar ke bahagian bawah surat. Ana di tawarkan ke bidang food technology apa ntah sebab dia bersambung dengan tulisan jepun.memang aku paham lah kan bahasa jepun ni -.-''

terus ana call Daus, bagitahu tentang benda ni. Mak ayah pun ana bagitahu. Mak ayah tak bagi kata putus lagi, cuma tu lah, bila ana bagi tahu daus, daus pulak yang terharu lebih lebih. walaupun ana just call her, tapi ana tahu suara dia sedang nangis terharu. 

secara tiba tiba, ana terbangun dari tidur. wallaweyhh! mimpi je rupanya!? seriously rasa macam betul2. masih terasa lagi, sampul surat tu ana koyakkan . tapi mimpi hanya mimpi...

takpa lah, walaupun ia cuma hadir dalam mimpi, ana seronok sangat. sebab berpeluang merasai kebahagiaan dan ke-excited-an belajar/ merantau ke negara orang. 

June 16, 2013

sem 5 di UPMKB (5) ... mimpi


lately beliau asyik masuk mimpi dengan kerap. 
kenapakah? O_o'' 
padahal dah berbulan lamanya tak terpikir beliau di minda ni
dah lupa dah pun kewujudan beliau sebenarnya
erm, mimpi paling terbaru semalam. 


dalam mimpi tu, 
ana tengah berjalan dengan seseorang ke suatu tempat.
 dan dalam perjalanan tu lah, ternampak dia 
di laluan yang ana nak lalu,
 tapi beliau membelakangkan ana. 

terpikir jugak masa tu, nak lalu ke tak, nak lalu ke tak. 
last2 lalu je sebelah beliau.. 
setelah empat lima tapak melintasi beliau, 
ana toleh ke belakang 
and guess what..?

he stares me long enough but i just turn around and..
terbangun tidur sebab dengar bunyi siren blok, "perhatian kepada ahli Blok! sila bangun untuk gotong royong !"
i was like...     -.-''

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...