balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

August 18, 2013

sedang bergelap

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

saat ini ana sedang bergelap. i mean, bilik ana gelap. bukan sambut earth hour dan bukan sebab takda elektrik dan bukan juga sebab nak tidur walaupun terasa ngantuk yang amat. tapi sebab nak hormat ea-oh

sebelum bicara dimulakan, let me introduce you who is ea-oh. yeahh,, that is my cat's name. 


sapa bagi nama?aida, my only roommate
kenapa bagi nama mcm tu?1st sebab suara dia rock dan i don no how to explain by words
takda nama lain ke?eay, sukati la nak bagi nama apa. that is our pet. not yours~


ada soalan lain? 
*takda* 
ok, good. mai sambung cerita

semalam, yakni 10 syawal 1434H bersamaan 17 Ogos 2013, ea-oh telah selamat melahirkan anak2 dia, smuanya 3 ekor, dan semuanya hitam belaka! :3 ini bukan kali pertama ea-oh melahirkan anak, tapi ini kali pertama ana jaga kucing beranak. cuma terkilan sebab tak dapat tengok how cat's giving birth. bila ana bangun pagi, tiba2 dengar suara baby kucing.  

tapi kan tapi kan. . . 

a bit upset dengan ea-oh sebab ana penat2 sediakan kotak, she never enjoy sitting there. and tahu tak dia branak kat mana?  teka la. ok. tak payah teka. 
dia lahirkan anak dia kat meja, punya laci.. eh bukan laci, apake nama nya. jap, biar ana lukis supaya korang senang faham. 
ni LAKARAN HODOH meja study kat kampus ni
nampak tak arrow merah tu? haa kat situ la ea-oh branak Y_Y
padahal kotak mmg dah letak kat bawah meja (lupa nak lukis kotak kat bawah meja ni)


ana punya la sediakan kotak, lapik kain, letak makanan supaya dia senang tak payah keluar dari kotak utk jaga anak, tapi she's still duduk kat situ =..= haiyyaa~

tadi, terdetik kat hati, nak baca any article bout how to jaga kucing semasa pantang. cewahh, kucing pun berpantang youu.. :3

it said,
jauhi dari kucing jantan utk elak mengawan semula. kalau mengawan time berpantang, that mother will totally ignore her babies. 
i was like. . . . .  INI TIDaK BISA BIARKAN !

lagi satu, ana perhatikan, si ea-oh ni asyik nak larikan anak dia je, so i keep on find the related article. then i'd found this sentence:

"dalam beberapa minggu pertama selepas melahirkan, ibu kucing akan rasa tertekan dan menggelabah, malah masih ketakutan terhadap sebarang ancaman luar. terutamanya jika kawasan bersarang terdedah kepada

1- mudah dilihat oleh sesiapa
2-kawasan yang cerah dan terang
3- terlalu lapang dan luas
4- tempat yang bising

 dan disebabkan statement warna biru tu lah, ana bergelap malam ni. dan malam malam seterusnya sampai anak2 dia besar.


utk win-win situation, ana letak selendang ana warna purple
 supaya takdalah gelap sgt bilik ni, biar suasana romantis sikit

dan ana cuba tak pasang lagu mcm biasa sbb takut mengganggu ketenteraman ea-oh's babies.



August 13, 2013

Aidilfitri Di Bumi Bintulu

wal-lah ~ ! assalamualaikum warahmatullah 


selamat hari raya semua *kenyit mata*



kek lapis sarawak
tahun ni, kali kedua ana beraya di perantauan. ye, di Bintulu. ramai yang balik beraya kat rumah masing2. but not me and wani. dengan berat hati, kitorang decide beraya kat rumah CikMai tahun ni. last weyh raya ngan mak angkat wani tu. actually that is not the major reason kitorang tak pulang ke semenanjung. 
: noktah :



tahun ni, tak macam 2 tahun lepas. CikMai tak bawak kitorang ke Miri (rumah nenek). ana pun tak da lah tanya sebab apa. sukati CikMai lah kan nak bawak ke taknak. kann? tahun ni, just beraya kat sekitar taman Matahari tu je. pergi rumah kawan2 CikMai. besar gila rumah dorang weyh. i mean, sangat lah berada, sangat kaya, & sangat successful kawan2 CikMai.  Yang paling best, rumah makcik err.. Allah tak ingat pulak nama nya. ingat muka je. (maaf makcik..) tapi yang sure, makcik tu ada rumah sendiri , sebijik kat Miri, sebijik kat Taman Matahari, dan sebijik kat rumah kat selangor, dekat2 kajang. gila kau, rumah sendiri, bukan rumah sewa. noktah.





Memang pada zahirnya seronok, tapi dalam hati ni. . . .
terasa sedih sebab i realize that yang ni kali terakhir bertemu insan sebaik CikMai and family. Ya Allah memang la rasa sayang amat kat semua ahli keluarga CikMai. Semoga Allah jaga keluarga CikMai.




bila kenal dengan keluarga CikMai, ana tersedar yang Allah sedang makbulkan dua doa yang pernah ana mintak suatu ketika dahulu. 

ye, ana akui, dari dulu lagi, ana mohon kat Allah, agar kurniakan bagaimana perasaannya mempunyai seorang abang(sebab ana dikurniakan seorang kakak tanpa insan bergelar abang kandung). macam ntah apa2 je mintak kan? tp mmg seriously ana wondering, mcm mana perasaan nya ada seorang abang. begitu cantik aturan Allah. CikMai ada anak lelaki yang tua daripada ana. umur 22 tahun, sama umur dengan kakak ana. he treats us like his sister. seriously perwatakannya yang menyenangkan (walaupun kitorang bukan muhrim dan tak pernah kenal sebelum ni). cara dia layan tu memang ana terasa macam dia tu betul2 abang ana (tapi dengan berlandaskan agama). dan ana sangat bersyukur. sangat sangat bersyukur.


dari dulu lagi ana memang cair dengan pemain piano. ok tak. bukan dengan pemain, dengan bunyi piano. ditakdirkan, anak ke-3 CikMai, firdaus, he plays piano very well. adalah dalam 2/3 kali jari dia menari nari kat piano tu time ana duduk kat kusyen tengok movie. sumpah cair dengan alunan muzik tu *__* kalau alunan muzik tu boleh dipeluk, memang tak pikir tiga ratus kali dah, terus peluk. tapi ia hanya boleh dinikmati melalui gegendang telinga dan meresap ke hati. 

dan ini membuktikan yang Allah telah makbulkan doa kedua ana; nak tengok dengan mata sendiri how org main piano. bertambah tambah rasa syukur pada Allah yang telah mengatur semua tanpa sia sia.

kadang2 kita merungut, bila Allah nak makbulkan doa kita ni? dan ketahuilah Allah Maha Mengetahui dan Bijaksana, Dia akan mengatur semuanya dan memakbulkan permintaan kamu di saat yang sangat tepat dan sesuai dengan kemampuan kamu sendiri. Sesungguhnya percaturan dan perancangan Allah berganda lebih baik daripada perancangan dan keinginan kita sebagai hamba Dia yang abadi.

Terima Kasih Allah.

August 3, 2013

Malam ke-25

Assalamualaikum warahmatullah

haRi ni dah masuk kari ke -25 ramadhan. manusia mana yang tak rasa sedih bila Ramadhan yang mulia kian meninggalkan kita kan?.Ana yakin, kalian yang membaca saat ini pasti ada rasa sedih walaupun sekelumit. Begitu juga ana. betul la kata orang, bila sesuatu tu dah tiada atau bakal tiada, baru lah kita terhegeh hegeh nak hargai dia. 
*sentapp*

ni, ana nak crita ni. malam semalam, yakni malam ke 24 ramadhan, angin bertiup kencang secara tiba tiba. alhamdulillah lah ana tumpang tidur kat bilik wani (blok J) takda la rasa takut risau yang amat. tapi lepas solat terawih kot. tak pasti sangat la, cuaca elok balik. aik? main2 pulak awan bintulu ni. 

lepas tu puasa diteruskan macam biasa smpai la malam menjelma. jeng jeng jeng~
cuaca petang tu baik. tiba je maghrib, pap! angin kencang semalam datang balik menyerang upmkb. serius buat ana double risau. dahla upmkb sunyi tika ni sebab 80% penghuni upmkb dah pulang ke rumah masing2 untuk sambut cuti mid sem + cuti aidilfitri, meninggalkan kami yang tak balik ni. walaupun angin tu seram seram sejuk, ana cakap kat wani, selagi takda puting beliung, kita pergi je lah PI(dibaca sebagai Pusat Islam  UPMKB dan difaham sebagai masjid). 10 malam terkahir ni weyh. rebut pahala jom. dia pun ok je.

elok je terkedek kedek keluar bilik menuju ke PI, burrrr hujan lebat mengila gila seolah olah tak bagi kitorang pergi PI. dengan segenap tenaga dan sebuah payung dikongsi dua, dua manusia tu tegar meredah hujan berdua duaan walaupun ke-lenjun-an. nasib baik pakaian mereka gelap.

lalu mereka meneruskan rancangan mereka untuk berbuka di PI dan solat berjemaah. tapi masalahnya, PI tu ber air cond. Ya Allah dah la basah lenjun kat kaki (sebab stokin basah, siap boleh perah 1 baldi kecik). terketaq ketaq time solat. peluk tubuh pun tak mampu nak memanaskan badan. tiba tiba terdetik macam ni kat hati. "macam mana nak pergi australia ni, kalau sejuk mcm ni tak tahan?" and yea,, ana teringin sangat nak jejak kat negara yang ada dolphin tu.

tapi ada hikmahNya lah kot kan. dengan solat dalam sejuk sejan tu, ana terpikir, "mungkin ini lah perasaannya solat kat negara beriklim sejuk" lalu ana membayang kan ana berada di sebuah masjid di Australia smabil meneruskan solat. *ye, silakan,, silakan kata ana gila sebab ana pernah ke siuman?*

selepas selesai terawih dan morekh, hujan masih lagi turun membasahi bumi Bintulu. elok je dua manusia tu melangkah keluar PI, hujan renyai dan beransur ansur lenyap. Ya Allah,, dugaan betul la malam ke -25 Ramadhan tahun ni.

masih menanti apakah nasib kami malam ni . noktah.
RINDU RUMAH. RINDU MAK AYAH ! sumpah rindu

July 22, 2013

blog updated!

Selamat berpuasa !

wallaweyhh.. dah masuk hari ke -13 kita menikmati Ramadhan kan? ='D
dan lebih kurang sebulan gue tak update blog. rindu weyh! rindu! tapi tak dapat tandingi rindu gue kat ayah, mak, kakak, suraya,aisyah ngan ameer. gue dapat tahu yang deme sume ada bela 2 ekor rabbit kat rumah!. tahniah.. tahniah sbb buat angah jeles~


ok, skrang ni bulan puasa kan? *angguk*
puasa = rukun Islam 
tak buat dosa besar

sama jugak dengan solat.
solat fardhu = Rukun Islam
tak buat dosa besar

tapi...
puasa cukup + solat terawih tak pernah tinggal tapi solat fardhu tak penuh = dosa besar
solat fardhu penuh, tapi tak puasa bulan ramadhan= dosa besar
tak puasa, tak solat fardhu = kau ni nak masuk neraka 1st class ke?


kalau contohla anda ni bukan jenis solat farhu, asyik2 terleka dengan dunia... tupTap tupTap..dah habis waktu. busy person la konon.. sila lah ubah sementara kita kat bulan Ramadhan ni, kita kena jadikan Ramadhan ni, satu daya penggerak supaya kita jadi lebih baik.

tanamkan kat diri sendiri, 'aku nak jadi orang yang lebih baik'

oh ye,, gue nak tegur ni. lebih baik kata 'i want to be a better me' daripada kata 'i want to be a better than you!'.. oppp oppp! awak tahu ke amalan dia macam mana? awak tahu ke tahap ketaqwaan dia macam mana? tak semua yang kita nampak secara zahir tu meliputi segalanya.. takkk.. sangat takk.. 

kita lebih kenal diri kita sendiri daripada orang lain kan.. so, better cakap "i want to be a better me" nak cantik lagi, cakap "i want to be a better me lillahiTa'ala"
sekian.

June 20, 2013

. . . sayu . . .


Allahu akbar..
sedihnya hati ni
terasa pilu

walaupun kita tak da lah rapat mana, tapi, 
sejak Dr.Faizal takda, rasa kosong. . . 
tersentap hati ni.. 

yea, i know, Allah lagi sayang Dr.
yea, i know, i should send you doa / bacaan yasin

semalam, masa tengok arwah dikapankan, sayu hati ni. sangat sedih. lagi sedih bila tengok isteri arwah yang tak putus2 air mata mengalir di sisi arwah suami

sedangkan ana yang hanya kenal arwah 14 minggu je ni pun dah terkenang kenang kan senyum, gurauan gelak tawa arwah, apatah lagi insan terdekat arwah.. kan?

Allahu..
nak taip the word 'arwah' pun terasa sebak :'(


tapi tu lah, tak elok kalau sedih lama lama kan. yang hidup kena teruskan hidup, ini lah realiti kehidupan, setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Arwah dah selamat dah. ana pulak macam mana?

 apa perkara terakhir yang ana buat sebelum Malaikat maut cabut nyawa ana nanti? 
macam mana ana mati nanti?
 apa bekalan yang ana bawa? 

ah! terlalu banyak yang harus ana pikirkan. . . i should pity myself.
sebagai persediaan hadapi mati,
i have to let Malaikat Raqib catat banyak2 and i won't let Malaikat Atid buat catatan. i tried hard for this.. INSYAA ALLAH

wordless wednesday


June 19, 2013

sem 5 di UPMKB (8) perginya sebutir permata

harini mendung. bukan nya sebab cuaca, tapi kerana perginya sebutir permata, menghadap Illahi. Ajal maut cuma Allah yang tahu. itu rahsia Dia. takda siapa dapat meramal bila, di mana dan bagaimana kita pergi meninggalkan dunia.

Beliau seorang pensyarah yang tak lekang senyuman di bibir. baik hati, dan periang, menurut kebanyakan rakan sekerja beliau. 

and seriously ana cakap, subjek 'Handling and Processing Agricultural Product' is the most favorite subject untuk sem lepas. oh ye, lupa nak bagitahu, beliau ni, ajar ana sem lepas. and he was sooooo nice. walaupun ada la segelintir kosmate ana yang agak rude dengan beliau, tapi arwah tak pernah marah. sepanjang 14 minggu arwah ajar ktorang, cuma sekali je beliau tegur sikap segellintir kosmate ana yang beliau tak berkenan. itu pun, lepas habis kelas, beliau yang mintak maaf sebab menegur. Allah... pada ana, beliau tak perlu pun mintak maaf, tapi arwah baik hati. sangat baik. tak tahu nak gambarkan macam mana.

but the point is, ana sangat rasa kehilangan. Memang ktorang smua tahu, beliau accident minggu lepas,and retak kat beberapa bahagian tulang. ingat nak lawat, tapi tak terlawat akibat masa mencemburui. sampai la malam semalam, ana dapat berita, arwah sesak nafas. bila check kat klinik, rupa2 nya, ada darah beku kat paru2 akibat daripada kesan kemalangan tu. :( and beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Bintulu, di sisi isteri belliau. bila dapat berita, ktorang smua pakat pi hospital ramai2. nasib baik takda kelas petang. pkul 11 tu, ktorang dah kumpul kat bilik mayat, baca yasin ramai ramai. walaupun 1st time masuk bilik mayat, ana tak pedulikan pun rasa cuak yang hampir menguasai diri

usai bacaan yasin, yang perempuan keluar, sebab nak mandikan jenazah. ana agak terharu jugak la tengok ramai budak lelaki kos ana yang mandikan jenazah. Allahu... :')  usai mandi dan kapan, jenazah di bawak ke upmkb untuk urusan solat jenazah. ya ampun! ramai betul solat jenazah tadi, alhamdullillah.. 

disebabkan sini ni bintulu, pukul 5, jenazah diterbangkan ke semenanjung untuk urusan pengebumian di sana. Ana, Wani, Kak Ayu and Kak Ina pi Airport dengan Dr. Wan ,hantar jenazah and his wife. and smpai kat airport, ana nampak ramai sgt staff jabatan turun ke airport. 

memang sangat sedih. ana yang setakat his student ni, hanya mampu sedekahkan alfatihah & yaasin utk arwah.

Dr. Faizal Bin Hj Ramli (1974-2013)



mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...