balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

February 9, 2013

Jejak Universiti part 27


 



    

             


ahaha.. sila abaikan ekspresi muka yang. . . .  err...



NeXt !



Time ni we went to Pantai Tanjug Batu, Bintulu, Sarawak :






dah la. lagi banyak crita, lagi deras the tears flowing
gonna miss u Raidah Syahirah Bt Rozman :'(




previous chapter bout Jejak Universiti is here

February 5, 2013

tunggu dan tunggu, terus menunggu.


friend is friend, work is work

itu phrase yang ana pegang since ana sem 2 kat UPM bintulu ni. 

               *kenapa sem 2? kenapa tak dari sem 1?*

sebab phrase ni dperkenalkan oleh Mr. Fakhzan time dia ajar subject BBI 2409 (semester 2) cuba pahami maksud phrase tu.

bagi yang tak berapa nak paham, meh sini ana terangkan supaya anda lebih memahami apa yang ana nak sampaikan. let me take 1 example. 

kita satu pejabat, adalah kawan. (err.. tak tahu nak start macam mana :P ) taknak lah, tak best, better ana bagi REAL EXAMPLE.

ok. ana, si burung dan si kucing satu course. dah nama pun satu course, of coz la kitorang berkawan since sem 1 kan. ok. itu memang tak dinafikan lah,walaupun ktorang bertiga baru je rapat time sem 3 ni. 

apa yang ana nak cakap ni, sebenarnya macam ni. kita kawan, memang lah kawan, tapi bila deal with assignments or something that called 'work', kita kena ketepikan kawan.

sabar dulu. 
let me explain

ketepikan kawan ni bermaksud, kita kena layan orang orang yang kita bekerja dengan layanan yang sama rata. tak kira lah, kat luar kerja, dia tu musuh utama kau ke, kawan baik kau ke, ataupun stranger yang kau tak pernah tegur. (ha,, amik.. guna 'kau' terus. nampak tak betapa ana tengah pendam kemarahan?)

contoh REAL (salah satunya lah,) time exam.
perghh,, memang tak tahan, rasa nak hempuk semua orang even dia tu kawan ana. SERIOUS. 

                *kenapa nak hempuk? apa salah dia?*

SETIAP kali exam atau test, menjadi kebiasaan untuk duduk selang atleast 2 atau 3 kerusi. itu apa yang dipraktikkan since ana bergelar pelajar. exam pun bermula. selang je 13 atau 18 minit, ada je suara berbisik singgah kat telinga ana.
suara dari belakang :  "balqis, soalan 2 ni macam mana ea? jangan la kedekut.
tak baik tau."
Suara dari belah kanan : "gambarajah 5 ni, jentera apa ea? tolong lah aku"
Suara dari depan :  "Psstt.. BalQis, Nama saintifik bunga ni apa weyh? tolong menolong amalan mulia" 

kali ni, dah masuk kali ke enam ribu dua ratus lapan puluh lima kali dah, ana terkena. tiap kali ada suara suara macam tu, ana buat buat tak dengar je. even so, it still MENGGANGGU time aku nak fokus time jawab soalan tu weyh! apa? tolong menolong amalan mulia?  

speechless kejab. (i was like, hello? u use that phrase with wrong situation, okay~ pfftt) sukati je. malas aku nak explain kenapa. korang paham paham sendiri lah.


eh, copp ! bukan ni tujuan ana berblogging harini
.__.

Sebenarnya ana tengah tunggu mereka mereka ni. aku dah cakap dah, meeting pukul 8.30 pagi (memandangkan kelas pagi harini cancel sebab Cik Effy pi  umrah.) aku buat meeting ni, untuk siapkan Rancangan Perniagaan yang perlu dihantar jumaat depan. aku nak buat meeting ni, supaya pengagihan kerja dapat dibuat.

    guess what?

sekarang  dah pukul 9.42 time aku menaip ni. seorang pun tak muncul muncul.. yes. my group ada 6 orang AND SORANG PUN TAK MUNCUL MUNCUL. MEMANG AKU SUKA TUNGGU KAT SINI SORANG SORANG MACAM ORANG GILA. MEMANG AKU TAKDA KERJA LAIN NAK BUAT. MEMANG KERJA AKU DARI SEM 1 TUNGGU ORANG JE. MEMANG AKU SUKA TUNGGU SATU JAM UNTUK TUNGGU KORANG DATANG. MEMANG AKU TAKDA PERASAAN MARAH PUN. AKU KAN BAIK< SENANG LA KORANG NAK PIJAK KEPALA AKU KAN? 
TAHNIAH LA!

yes, i know, the Rancangan Perniagaan tu hantar MINGGU DEPAN. masalahnya, kerja langsung tak buat. satu hapak pun tak jalan lagi. Group lain dah separuh dah weyh! ke, memang KORANG suka tangguh kerja, then hantar kerja CINCAI BONCAI kat lec? 
ha, lepas tu, mula lah ngadu, " asal lak markah aku rendah?" 

time tu, aku nak bagi cermin sebesar pintu , bagi kat kau.
sekian ~


bagi yang nak tahu rancangan perniagaan tu apa, boleh la gatal tangan click kat sini (ceh! line internet ni menguji kesabaran aKu lak time aku tengah hangin ni. korang google sendiri la apa dia RP tu!)
ceyyh.. tak pasal pasal korang lak kena marah. sorry2~ ana cuba bersabar since sejam yang lalu






today's phrase



semuanya tak seindah seperti yang kita harapkan, 
tapi
bukan seburuk seperti yang disangkakan


suddently this sentence crossed in my mind when i just woke up this morning

*thinking*

February 3, 2013

r i n d u d i a

Assalamaualaikum

maaf tak update blog punya la lama. bukan apa. line internet kat kampus ana ni broken. ok, bukan kat kampus, tapi kat blok ana. yes.. IN MY BLOK, line broken. cehh~ saba je la.



bukan sejam, bukan sehari, bukan seminggu, minggu ni dah masuk minggu ke tiga dah. tahap kesabaran still ada lagi ni, tapi berkurangan la. kalau boleh digambarkan, erm, lebih kurang 30% je tinggal ni.





> > > > tajuk tu, sila baca balik < < < <





rindu dia. sangat sangat. ini dah nak masuk setahun dah dia berjauhan dengan ana. memang diakui kita tak seakrab sepertimana keakraban ana dengan orang lain.

tapi satu je ana nak awak tahu. ana rindu awak. sangat sangat 



February 1, 2013

karya 2013

 Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah.

*senyum*






January 22, 2013

Sebelum Aku Bernikah part 5. . .

perasan tak, ana ada post tentang 'sebelum aku bernikah' recently?  bukan ana ye, bukan.. 'aku' yang dimaksudkan bukan ana. tapi itu sebenarnya tajuk satu buku yang sangatt.. WOW

actualy, buku tu di recommended oleh my friend kat fb. nak sebut naam dia ke? tak payah la. nanti dia malu pulak kalau ana mention nama dia kat sini. :P

kawan ana tu, blajar kat UTP. oleh sebab dia yang recommended, so, ana mintak la buku tu. but ana teringat satu benda. dia kat SEMENANJUNG, ana kat BINTULU. memang boleh la dia nak bagi pinjam, kan? -.-

mula mula rasa patah hati sebab tak dapat pinjam buku tu. apa yang best sangat buku tu sampai di recommended? itu yang ana lebih curious tentang isi kandungan buku tu. dipendekkan cerita, ada sorang senior kat upmkb ni, dia kata gini, "kalau nak pinjam buku tu, datang lah bilik akak."

tergamam untuk 28 saat

tanpa membuang masa, ana terus serbu bilik kakak tu, nak pinjam buku 'sebelum aku bernikah'. haha . nampak tak betapa gelojohnya ana di situ? =.=


bila baca. wow~ memang terbukak fikiran. setiap isu dikupas dengan menarik. eh, ni macam terlebih lebih pulak intro untuk entry kali ni. ok la. kat bawah ni sambungan untuk 'sebelum aku Benikah part 4...'

sebelum ni kita dah paham tentang erti cinta yang sebenar. bukan lah yang sebenar, i mean, konsep conta yang perlu kita pahami. tapi macam mana pulak kalau kita DITOLAK?

haa.. baca;ah kupasan Hilal Asyraf kat bawah ni ;


Rejected

Kadangkala benda benda seperti ini terjadi sebab Allah mahu kita lebih tingkatkan diri kita. Kadangkala, perkara seperti ini, perlukan masa. Ingat kembali, mengapa bercinta.

‘Cinta adalah mahu bersamanya ke syurga’

Apabila putus cinta, terasa seperti ingin mati. Seakan hidup seperti tidak bermakna lagi. Apakah itu peribadi manusia yang mahu membawa seseorang ke syurga?

Tidak.

Oleh itu segera bangkit!. Sibukkan diri dengan majlis majlis ilmu untuk memperkukuhkan pribadi kita. Jadi, ‘bersamanya ke syurga’ bukan bererti saya dan dia menjadi suami isteri bagi ke syurga. Tidak Semestinya. Asalkan saya dan dia berada dalam syurga, itu maksudnya. Jadi, tugas saya uyang sudah ditolak, adalah meneruskan kehidupan dengan baik dan tidak pula mengganggu hidupnya. Maka saya meluaskan pandangan saya kepada dunia. Satu perkara yang penting, apabila cinta ditolak ataupun putus cinta, ia merupakan penghalang untuk kita daripada melakukan perkara  perkara yang bodoh. Bukan pula bermakna kita tidak dibenarkan bersedih, menagis dan hiba. Silakan. Itu fitrah. Tetapi jangan lupa tujuan kita hidup atas bumi ini bukan semata mata mendapatkan pasangan hidup. Tujuan kita hidup adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Palingkan wajah kita kepada Allah SWT. Mungkin putus cinta dan cinta ditolak adalah panggilan dari Nya untuk kita lebih rapat kepada Dia, membersihkan diri dan menjadi hambaNya yang beriman dan lebih baik.

Positif dan bersangka baik!


Surah Al Baqarah ayat 216
“. . . dan boleh menjadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia amat baik untuk kamu, dan boleh jadi, kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jua yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”.


*     *     *     bersambung     *     *     *

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...