balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

May 7, 2013

Sunnah orang berjuang



Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah, dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetao mara memburu cinta
Membara demi Allah dan RasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombah derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga

-hijjaz-

May 6, 2013

Tak terluak walau lepas diluah



sedih bila apa yang kita harap jadi, tiba tiba Allah kata,  "NO NO NO! Tak boleh jadi". mula mula tak nak berharap tinggi tinggi sebab takut akan terkeciwa. tapi hati ni degil. nak jugak harap yang tinggi tinggi belaka. bila tak dapat mula lah terusik. nak menangis. terkedu. tertanya tanya, "Why Allah... Why??" 



now i have to pujuk this hati yang keras kepala,



Tak pa.. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang aku harap. Mungkin belum tiba masanya untuk aku dapat perkara tu. (ayat ni otak yang bagitahu, tapi hati perlukan masa yang lebih lama untuk hadam ayat tu)


i trust you, Allah
mohon sabar, hati. 
mohon tahan air mata. jangan mengada nak nangis

PRU . . .? Apa tu??

 tajuk tu over sangatt.. *sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa*

kalini nak cerita tentang benda HOT yang melanda negara kita sekarang. sapa tak tahu, mohon keluar dari negara ini sekarang! teghuk bebeno. -_-'

ok. jujurnya, sejak parlimen dah bubar bulan lalu, ana sangat tak minat nak tahu apekebenda pOlitik lituk ni bagai. serious tak kisah. tapi bila parti pembangkang, parti kerajaan sume duk buat kempen sana sini, mula rasa goyah, orang duk cakap pasal politik lituk, ana tak tahu ape benda. wohh! mana aci!  tapi still tak kisah time tu.

maka satu minggu pun berlalu dengan pelbagai peristiwa...

bila bukak fb, buka twitter, punya la banyak komen negatif dari parti sekian, dari parti sekian .. maki hamun, caci maki, huru hara. sume lengkap. pokoknya, dah jadi macam suatu benda yang SANGAT MENAKUTKAN . dari situ ana takut nak terima sebarang berita sebab time tu, ana memang langsung takda ilmu tentang politik . So,dari situ la timbulnya keinsafan yang membuak buak utk tahu sapa benar sapa salah. ye, memang susah nak dapatkan kesahihan sesuatu berita sebb sampai sekarang, ana yang baru sibuk nak tahu apa itu politik pun, keliru nak pcaye mana satu.

tapi satu la. kadang2, parti tu ditubuhkan atas niat yang suci murni sesuci embun pagi(?) , nampak la ketulusan nya untuk menegakkan Islam di Bumi Malaysia ni. tapi, peghangai ahli2 nya(tak semua, ini merujuk pada mereka2 yang aktif buat status yang errr.. kat fb), membuatkan parti tu cacat luarannya. and itu membuatkan ana malas nak kaji lagi dalam tentang parti tu. mula lah ana tinggalkan 'kajian' tntg parti tersebut. begitu jugak berlaku bila ana nak tambah penegtahuan tentang parti lain. last2 kat minda ni penuh tanda tanya yang tak terjawab. sebab bila makin nak tahu, makin banyak pulak carut mencarut caci maki yang terpaksa diucap di bibir ana yang jarang menyebut perkataan2 tersebut. sangat tak elok.

Tahun ni, buat kali pertama, ana dapat merasakan suasana pilihanraya yang sebenar. serious ni first time. kalau PRU lepas, mana ada gantung gantung bendera kat sekitar puncak Alam ni. ye, ada, tapi tak la sebanyak macam harini. gila lah. *takda gambar, terkilan la jugak*

Kebetulan, SKPA 2(tmpat mak ngajar) yang jd pusat ngundi kat Puncak Alam ni, kat jalan utama fasa 2. perghh lagi sesak -.-  tak penah mernah jalan tu sesak yang amatt.. 

lepas tu lepas tu lepas tu, petang tadi, mak suruh teman pi beli barang hantaran utk wedding Kak Nana 25/4/2013 nanti. ohhkayy.. bila lalu kat sekitar Meru, lagi la terkejut beruk. beruk pun malu tengok ana terkejut tadi -.- jalan sesak tu satu hal. boleh terima lagi la. sebab orang orangan nak pi ngundi kan. takpelah. tengah sedap kereta berhenti akibat sesak tu, tiba tiba ada satu kumpulan lelaki berbaju biru or BN raih undi dengan segala jadah bendera, poster and sepanduk kot nama dia kat tepi jalan belah kiri. bila toleh kanan, benda yang sama untuk PAS and a bit DAP. sebelah biru, sebelah hijau. riuh gila tadi.


"UNDI BN!!!"

"UNDI PAS!!" 

"UNDI bla bla bla.." 

"turun harga kereta!!" 

"hapus tol!" 

suara garau + semangat terlebih dorang tu membuat jantung ana tak sanggup nak stay kat dalam badan. bulu roma pun secara otomatiknya berdiri tegak seolah olah sedang menghormati lagu negaraku -.-

  
pastu mak bawak kereta laju laju supaya keluar dari lingkungan kebisingan terlampau dasyat tu. (terbaikk la mak! :D ) serious ana tak tahu pulak mereka ni sedasyat itu bila berkempen. ok. this is my very 1st time melalui pengalaman sebegini. maklum la. PRU lepas, ana form 3. lagi la tak amik kisah pasal politik negara ni. 



balik je dari shopping 4 jam, jalan raya yang sesak dengan manusia terpekik telolong + kereta serba banyak warna dan bendera hilang sekelip mata. sunyi. jalan bersih. langit cerah. seolah olah tiada apa yang berlaku pada negara harini. bila tengok jam. oh patutlaa.. dah pukul 6.10 petang. padanlah sepi je jalan. tadi kemain lagi.



*sebenarnya apa benda yang ana merepek dari tadi ni?  -.-  just menaip tanpa henti tentang apa yang dirasa nak taip malam ni.





*nak tengok Running Man! tapi keputusan PRU tak di umum secara rasmi lagi. -.- haihh!*




May 3, 2013

bulan ini







Alhamdulillah,,akhirnya, jumpa jugak satu alasan untuk tidak membenci bulan Mei.(jangan ditanya kenapa ana benci bulan mei selama ni.) Kerana mereka, ana dah dapat 1 sebab untuk meniti bulan 5 dengan senyuman, penuh keterujaan.




eahh,, bukann.. bukan ana yang nikah la.. kalau ana yang nikah, ana takkan lupa jemput semua followers blog ni.  ^_^ doa je la banyak2. umur dah meningkat.. 


Bulan 5, MEMANG BANYAK undangan kenduri kawin. selalunya, kalau kenduri kawin, memang ana terrrrrpaksa je la pergi. sekadar memenuh syarat meneman ayah mak je. and and and, slalunya, pengantin tu kwn2 mak ayah, punya anak.. so, memang tak kenal la. aktiviti ana, makan, senyum, pastu ajak mak ayah blah cepat.. haha.. tak senonoh betol.

tapi, kalini tak, undangan diterima dengan keterujaan.


1st undangan is, anak Pak Andak (abg sedara belah ayah) yang helmi tu kawin, 25 Mei, Kebetulan sama tarikh dan masa dengan kak Nana (kakak sedara belah mak).. wallaweyhh! tak tahu nak pi mana satu. nak pegi dua dua! :(  Kak Nana kat Selayang, Abang helmi kat Sabak Bernam.. jaoooooh nya.. hurm.. tak tahu lah pi mana satu nanti.

tapi yang lagi teruja is when i was invited to my schoolmate's wedding. ok, memang zaman sekolah dulu, ana tak berapa rapat dengan dia. but, memang serious terharu bila dia kawin dengan yang dulu dia gelar pakwe, soon to be, her husband. fuyyo.. terbatak kejab bila dapat undangan. mana tak batak, itu 1st undangan perkahwinan rakan sebaya.. untung dia,  umur 20, dah disunting orang jadi suri hidup. wahh.. 




semalam, bila login facebook, dapat lagi satu undangan ! woahh..ini memang seriously tak terjangkau dek fikiran. Kak lailam, which is my senior sekolah.. pun nikah jugak. terkedu kejab. macam tak percaya. wuuu... kak Lailam pun nak nikah dah.. ana cuma mampu tersenyum dan mendoakan kebahagian rumahtangga mereka je lah.  





tapiii... kak lailam tak buat majlis kat puncak Alam,, tak tahu la dapat pergi ke tak.. tapi,nak pergiii... :/  kak lailam tu dah rapat sangat dah dengan me. ok. takdelah rapat SANGAT.. rapat je. she is the ONLY senior sekolah yang still ana contact sampai sekarang.. 


semoga kalian menjadi pasangan yang beriman dan dapat lahir kan zuriat yang soleh dan solehah. amin (doakan ana jugak.. heeeee)

*nak pakai baju apa pun tak tahu*

April 30, 2013

Putus dengan dia



*sebak* 
“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
. . . . . . selepas setahun. . . . .


“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“rupanya dia takda perasaan apa2 pun kat aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku tak boleh berhenti pikir….”“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

*senyum melebar* 
“ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan.. aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kawan baik aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki..?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”

==============================================

ni bukan dialog ana la. ni petikan yang menarik untuk dikongsikan. semua yang terjadi, ada Hikmah Allah yang tersembunyi. hanya Allah yang tahu apa yang terbaikk untuk kita. so, kalau tak dapat apa yang kita nak, tu sebab Allah ada rancangan yang jauh lebih baik untuk kita. tapi, kita kena lah jadi hamba Dia yang taat dan beriman.



April 29, 2013

Cerita petang tadi

bismillah..

sebellum cerita tentang petang, patah balik masa dari tengahari tadi.

*telefon rumah berdering, & amir yang angkat*

Amir : angahh! kawan angah ...
i was like. . .  huh? kawan? sapa yang telefon ni? waaa.. ni 1st calling for me since ana balik cuti sem kalini.
ana : hello, assalamualaikum..?
orang disana : waalaikumussalam
time dia jawab salam tu, ana dah pelik dah, sapa ni? suara halus ni macam kenal.. pikir punya pikir. baru teringat,
ana : TONAHH!! *termenjerit* (lapan bulan tak dengar suara tonah.. )

dipendekkan cerita, tonah ajak pi McD. and tonah offer nak drive amik me and nana. ok, segan sebenarnya. muwehehe

ingatkan bila dah LAPAN bulan tak jumpa tonah akan kekok. tapi takkkk! :) warghhh,, hepinya.. macam2 tonah cerita. *singkirkan rasa jelous cepat2!. jalan cerita setiap orang berbeza-beza. rileks lah wahai diri*

yang paling gedik, fadel. dia keja situ. alang2  dah jejak kaki kat McD,kitorang kacau dia. masa tu tengah jaga kaunter. ktorang ajak dia duk sembang ngan ktorang, tp dia kata tak boleh tinggal kaunter. ok. sebab apa kata dia gedik? sebab dari hari sabtu aritu , dia kata 'aku segan dowhh!' *sabtu aritu hari koko kat ex school. so, me, Nana and fadel pi skolah, saje nyemak kat situ* sejak bila ntah fadel jadi pemalu ni. (fadel yang terlebih segan ke, ktorang yang tak malu?)

yang paling syok is, for the 1st time, we spoke bout marriage. taknak cerita lebih2. 
kbye.

April 25, 2013

Joget Kasih Tak Sudah


serious, ana suka gila lagu2 melayu tradisional sebegini. tapi yang ni tone sedih la. pahamkan. *bila nyanyi syok sendiri kat bilik sendiri, rasa macam kena pulak lagu ni dengan diri ini.* nahhh.. tipu je ;) tak perlu mengharapkan camar yang hilang untuk terbang pulang, ye dokk? please be a positive thinker. masih jauh lagi perjalanan hidup.

Awan bergulung tuan di hari senja 
Nampak berbalam biru warnanya 
Tuan di gunung paya hamba di paya 
Dalam jambangan temu ingin bersama 

Terbang serindit tuan dengan kedidi 
Singgah di kayu di rumpun kayu 
Kasih menitik tuan basah tak jadi 
Walau bertahun rindu menanggung rindu 

Hati ku yang resah ku bawa berdendang 
Memujuk diri dijeling tidak 
Sepantun berdendang dondanglah asmara 
Cuma igauan dalam igauan 

Berdendang hamba tuan bertepuk tuan 
Senyum di bibir hati terluka 
Kasih diberi orang dijeling orang 
Terasa hiba tidak terkira 

Sudilah tuan nyanyi bersama 
Alunan lagu hai kasih tak sampai 
Susunlah langkah layu di muka 
Tanda di hati hai masih berdarah 

Pantun berpantun tuan, mak andam sayang 
Berjual beli pantun melayu 
Walau dialun tuan, gurindam sayang 
Luka di hati orang tak tahu 

Kusulam kasih emas berbenang emas 
Orang bertaruh baiknya rupa 
Walaupun kasih balas tidak berbalas 
Tidak kukesal itu jadinya 

this song is my fav song. not bcoz of the lyric. sebab dia lagu tradisional melayu. <3 _ <3

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...