balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

May 29, 2013

kembali pada Dia


di saat kita meminta,
Dia menunda
kita tertanya tanya, bila  Ya Allah, bila?
rupanya Dia Maha Mengetahui
kita tak layak menerima apa yang dipinta
Allah kata, "belum masa yang sesuai."
Maka  di saat itu
kita mula rasa hampa, kecewa
kita mula menjauh dari Dia



Namun, apabila  masalah datang melanda,
Dia juga yang kita cari
secara tiba tiba
Dia menjadi tempat mengadu nombor satu
padahal ketika ceria, 
kita jadikan Dia nombor dua


kemudian, 
Dia memberi apa yang kita pinta 
suatu ketika dahulu
pada hari ini..
Hari di mana kita sudah leka
Hari di mana kita sudah jauh dari Dia Yang Esa
maka menitis juga air mata mutiara ini
kerana bukan sahaja 
apa yang dipinta telah diberi
malah Dia memberi lebih dari itu
pada masa yang sangat tepat




May 28, 2013

selawat terbaikk ~_^


Assalamualaikum ! :)

Dalam entry ni, ana just nak share satu bentuk puji pujian ke atas Nabi Muhammad S.A.W  yang dirindui. cuba lah play this video. sangat merdu :') bagi ana lah






ye, tulisan ana tak secantik antum/antunna di luar sana.


serious ana suka gilo selawat yang ni ^_^
tapi nafas beliau panjang amat, tak sampai pulak ana 
so kena praktis nyanyi ni . eh tak.. not nyanyi, selawat  :)

*time tulis lirik ni, baru perasan yang ana dah lamaaaaaaaa yang amat tak praktis tulisan jawi. mak aih. serious ana cakap, takat nak tulis ebebrapa rangkap ni pun, amik masa lebih kurang 35 minit. =..= teghuk betoi.

sayang ohh kalau tak gheti tulis jawi. =.= kena berlatih lagi ni. take note ya, balqis syahiirah!

May 27, 2013

berpesta !

Assalamualaikum  ~


bismillah..



time sarapan tadi, ada perbualan macam ni kat meja makan:


Ayah : korang nak pergi pesta buku ke tak?

Me : boleh je
Suraya : bila, ayah?
Ayah : kalau nak pergi, siap lepas ni. 
Me and Suraya : O_o' HARI NI? wow. okay. *makan laju laju*

So, dalam lebih kurang pukul 11.30 tu ktorang dah sampai dah kat SACC.





Sebenarnya niat di hati nak menghabiskan voucher yang berbaki RM 150 yang dapat haritu. err 2 bulan lalu. ye, ana tak habiskan lagi. niat di hati nak bagi mak ayah guna, beli apa2 buku, tapi mak ayah bizi sampai tak menyempat nak pi beli buku. last2 ana jugak yang gunakan semua -.-



kat pesta buku ni banyak buku. ye la, namapun pesta. takkan la seciput je kan? cuma tu lah. tak tahu nak beli apa. ana ni jenis memilih kalau bab buku2 ni. bagi ana, kalau ana beli buku, mesti buku tu bagi impak yang wow! bila baca. or at least dapat bnda baru. takat novel cintan cintun yang err.. memang tak ah. =.=


tiba2 teringat sorang kawan cakap, ada buku best, yang ana ingat time tu, dia cakap, dalam watak buku tu ada nama Balqis.  ada watak berpurdah, novel adaptasi dari satu drama apa ntah kat AlHijrah. Allahh .. tak ingat pulak nama tajuk buku tu. sambil belek2 buku yang berjuta (tak.. beratus only) kat sana , sambil paksa otak.. nak ingat balik nama tajuk buku tu.


Makin dipaksa, makin tak ingat. Dalam hati keep on saying "Ya Allah,, apa nama tajuk buku tu? ingatkan aku YA Allah.. apa nama buku tu, Ya Allah?"


dengan semena mena, time belek buku, terasa nak selak buku yang ada kat bahagian tengah, kat bawah sekali. tak tahu kenapa. nama buku tu, warkah cinta berbau syurga. bila baca sinopsis kat blakang, perkataan pertama yang ana jumpa ialah BALQIS. terdetik kat hati, 'eh, ni ke buku tu?' sekali tengok muka depan, ada perkataan 'diadaptasi menjadi drama bersiri Warkah Cinta di TV Al-Hijrah'

i was like. . .       O.O


"Ya Allah,, terima kasih! " and then baru tersedar yang ana tertinggikan suara kat booth buku terbitan PTS tu. okay. malu. lepas dapat buku tu, ana senyum. macam.. tak sabar nak baca. sebab ada watak balQis (?) haha. takk..

Baki lebih baucer tu, ana suruh adik2 ana yang habiskan. 


welcoming the new members !


bila ntah nak khatam kan semua ni. 11 hari lagi nak balik Bintulu dah


May 24, 2013

Hari bersejarah


Bismillah..


hari bersejarah? haha.. ye. 


hari ni, 24 Mei 2013, Kak Nana nikah. sebelum sambung cerita, Kak Nana ni anak kedua makLong. Dulu time Kak Jun (ank ptama) kawin, ana tak dapat datang. time tu kat over the sea, tak dapat balik. alah, bintulu je pon. over the sea lah tu :P




ok sambung cerita



bila sampai masjid AtTaqwa kat selayang tadi, ana tak rasa apa walaupun 1st time datang tengok orang bernikah. (selalu tengok kat drama2 TV je =.= ) Tapi, the moment pengantin lelaki datang, dengan lengkap bersampin, bersongkok, pakai baju serba putih, berstokin hitam, perghh. gila la.. terasa something. =.= ana pulak yang terlebih excited. macam ana pulak nak kawengg.. 






itu satu. time pak Long nak baca 'aku nikahkan dikau....' ana rasa cam,.. waaaa.. macam ni orang nikahkan anak. ana senyum lebar je, sempat fikir macam ni, 'ohh nanti kalau ana kaweng, ayah la duduk situ' lalalaaa 



Pak Long yang pakai baju hijau  dan bersongkok 

*balik ke alam nyata*


abang hafsham sebut sekali lafaz ke kot. entah la, berangan banyak sgt, smpai lupa ana ada kat masjid =.=




ayah posing luar masjid. haha. tak, ni candid je

selak tangan baju, ohh pukul 10.30. kiranya lebih kurg spuluh setengah, kak Nana dah sah bergelar isteri.. terharu kejab. ana pulak yang terlebih excited, sbb kkk sedara kawin. bila dah selesai, pi rumah makLong, nak tolong apa2 yang patut. yang pasal khemah, meja sume, laki yang buat. ana dengan baju kurung nya takkan nak pi pulak kan. -.-


mak, ayah, paman wie, embah, kak nana, bik siti dengan sara sume tolong siapkan bunga telur. banyak gilo. saaaaaampai la siap, dalam pukul 3 lebih. penat tak terkata. penat bukan sebab kerja berat. alah,, takat isi telur dalam bunga tu je pun. =.= yang penat sebab duduk statik, tak ubah2 positon. haha,, sapa suruh kann.. tapi memang tulang belakang sampai tulang tengkuk ni sakit yang amat. tak over, tapi hakikat. tiba2 teringat, takat ana yang baru sehari tolong pun dah penat gilo macam ni, ape lagi mak long kan? hurm.. 


time tengah buat kerja dengan tekun dan bersemangat tu, tiba2 ada perbualan macam ni :

Paman Wie : kak ti (mak Long) dah dua dah lepas. pasni kak Ni (mak) pulak bukak pintu
Mak : bukak pintu apanya? anak aku blaja lagi..
Me : hahaha

kakak, sila kawin cepat!

:P 

ok dah penat. sangat penat. bagi gamba je la ea? kbye 






maaf, gamba tak elok. sebab 
lepas snap gambar ni, terus lari sebelah mak long, nak amik gamba jugak! heheh

ala mak, ayah, jangan la marah. orang nak amik gambo je. :P



embah




dari kiri : Mak, Kak Nana, and mak Long

May 23, 2013

bukan saja saja tapi ada hikmahNya


Bukan saja saja Allah meletakkan awak dalam BIDANG itu..
Bukan saja saja Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
Bukan saja saja Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
Bukan saja saja Allah memberikan UJIAN sebegitu..
Bukan saja saja Allah membiarkan awak mengemudi dalam KEADAAN begitu..

Melainkan Allah tahu awak akan memberikan SESUATU dalam bidang itu
Melainkan Allah tahu awak bakal membiakkan ilmu-ilmu itu
Melainkan Allah akan temukan awak dengan insan-insan yang ikhlas membantu
Melainkan Allah mahu menguatkan awak
Melainkan Allah mahu awak tahu betapa tingginya kasih sayang Dia 





Lagha


Bismillah..


Assalamualaikum kawan kawan :)

ana tak tahu nak mula macam mana.. cuma nak mengajak kawan kawan berfikir sejenak. erm, sebenarnya, ini jugak sebagai satu tamparan kepada diri ini supaya tidak terlalu leka selagi nyawa di badan. haih.. hati oh hati. kenapa la kau terlalu mudah dilalaikan dengan benda2 lagha?

ok mula mula, ana nak tanya, awak tahu tak apa itu lagha? Berbekalkan ilmu 0.00001 inchi tebal ni, ana nak bagitahu, lagha itu bermaksud sia sia. ana tak pasti la sama ada perbuatan atau perkataan yang dimaksudkan.. atau boleh jadi kedua duanya? tapi yang pasti, ia membawa maksud suatu yang sia-sia.

ok. apa yang dikategorikan sebagai sia sia?

menurut pandangan ana yang tak berapa nak bijak ni, hampir semua perkara berpotensi menjadi lagha. dalam konteks yang besar, games (on9, PS2, lagi apa? game PC...etc..), facebook-ing, twitter-ring, blogging (ye, blogging  *_* ).. semuanya lagha! actually, perkara remeh contohnya makan, tidur,tengok tv, basuh pinggan mangkuk pun adalah lagha.

dah kalau semua lagha, tinggal apa je nak buat kat dunia ni, woi?

sabaq. biar ana terangkan pendapat ana. jangan la marah dulu.


ok mari kita tengok contoh lagha yang pertama, iaitu...     TIDUR      
aik? tidur pun boleh jadi lagha? jawapan ana, ya dan tidak. erm, macam mana nak cakap ye. ok macam ni, ia menjadi lagha atau tidak itu bergantung pada kesesuaian masa itu sendiri. ok. memanglah tidur sebentar sebelum Zohor itu sunnah. dapat pahala. tapi ia menjadi lagha malah kemungkinan besar mengundang dosa kalau tidur 'sebentar' tu jadi tidur panjang sampai ke asar. (kenapa ana rasa ana cakap belit2 ni? -.- ) 

hal ni, sebenarnya bergantung pada diri sendiri. ada orang, boleh disiplin, malah senang bangun kalau takat tidur sebentar. ada orang kalau dah set jam tidur sekejap, memang tak dapat dengar bunyi jam yang dikunci. orang kejut pun susah bangun. macam tak dapat todir seminggu (ok. ana la tu. :3 ) so, disebabkan perkara ini, jadi, ana menetapkan yang ana tak tidur sblum zohor. sebab takut taknak lewat solat zohor. bagi ana, takpe la kalau tak buat amalan sunnah yang satu tu, asalkan yang wajib ana sedaya upaya buat se segera mungkin. ok . tiba2 masuk unsur private life ni apesal ? =.=


macam tu jugak la dengan makan, baca buku even tengok discovery channel. semuanya LAGHA kalau sampai ia membuatkan kita terlalu leka sampai kita sanggup tangguhkan benda wajib seperti solat farhu. ok let me giVe u example. another example. 


contohnya, si puteri dah set kat TV, nak tengok rancangan dikir zikir kat astro oasis pukul 1.30. rancangan tu memang bermanfaat . sangat. even ana pun suka tengok. cumanya ia akan dikategorikan sebagai lagha jikalau si puteri leka tengok rancangan tersebut sampai melewat-lewatkan solat beliau.


suatu ketika,ana pernah baca satu artikel. diringkaskan, semasa hayat beliau, beliau tak tinggal solat, puasa cukup, menurut kenalan beliau. cuma yang peliknya, bila nak mengebumikan mayat beliau, ada seekor ular gergasi yang sedang menunggu satu jasad untuk dililit dalam kubur tersebut. masyaAllah. bila disoal selidik, ternyata, beliau sering melewat-lewatkan solat beliau. selepas mohon doa pada Allah, akhirnya ular tersebut ghaib. wallahualam.


Astaghfirullah. lewatkan solat pun dah diazab sebegitu rupa. apa lagi kalau kita sampai tak solat tika sedang leka dalam urusan dunia.




Jadi, pengajarannya kita sebagai manusia yang sememangnya bukan maksum ni, kena pandai prioritise your urusan dunia & urusan untuk mengumpul bekalan untuk hari Akhirat kelak. takpa. biar kena marah, kena maki, kena perli sebab kita utamakan benda yang Allah suruh. daripada Allah murka sebab kita utamakan urusan dunia daripada akhirat. awak nak Allah murka ke, manusia murka? pilihan di tangan masing-masing.



buang ego. buang rasa malas. buang semua aura negatif


*serious talking*
Saya mohon sangat. kalau saya salah dan perlukan penambahbaikan, jangan segan silu bagitahu saya. u can drop a comment or PM me through my FB. 

terima kasih,
Assalamualaikum warahmatullah

May 22, 2013

Antara Dua


pabila terbentang pilihan di depan mata. terasa nak grab je semua. 
tapi tak mampu. 
Hidup ni cuma perlukan hanya satu untuk dipilih. 
HANYA SATU
Tak boleh dua dua. 


bak kata pepatah, 
ditelan mati kucing, diluah mati dolphin. 
sukar untuk melepaskan salah satu. 


here come the tense. di saat pilihan harus dibuat.. dengan tepat.
jadi, yang mana harus ana pilih? 



yeah,, i should choose the road not taken.


goodbye Desa Cattle
so, i guess, this is very end.
i'll let the first leave me behind. 

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...