balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

June 14, 2013

sem 5 di UPMKB (3)


I have an excellent father
His strength makes me stronger
and I have a lovely mom
inside and out, she's much better than i am
I grew up in a pretty home
i had a space to run
and i had the best day with both of you

I know why the all trees change in the fall
i know you were on my side
even when i was wrong
and i love you for giving me the chances
for staying back
and watching me shine 
so, i'm taking this chance to say
that i had the best day with both of you


Actually ini adalah olahan dari lirik lagu taylor swift. i re-made the lyrics. how i miss my parents so much rite now. only Allah knows it better than i am. takpa,, sabaq sabaq.. Allah kan sayang kat orang yang sabaq? =')

June 9, 2013

sem 5 di UPMKB (2)


terkesima
terkedu
terdiam
hilang kata kata
perasaan bercampur campur
nak marah, tak boleh marah sebab aku pernah sangat menghormati dia
nak nangis, tak terkeluar air mata sebab terlalu terkejut
tak tahu nak rasa apa

tatkala orang yang kita sanjung 
tak menghargai saudara seagama dia sendiri
tatkala orang yang kita sanjung 
tak menghargai saudara sejantina
tatkala orang yang kita sanjung 
tak menghargai orang yang menyanjungi dia

sedih? terhiris? pedih?
Allah saja yang tahu perasaan aku semalam
terus aku ngadu kat Allah
tiba tiba sahaja ayat ni berlegar kat minda
lalu aku taip dan post kat fb

kasih Tuhan pada hambaNya tak pernah bertepi, takkan pernah ada sempadan tak tidak pula berhujung. bersyukurlah sbb kita ada Allah walau kita seringkali membenarkan Atid menambah catatan di bahagian kiri.

akal warasku berbisik:
ah! tak perlu lah nak berdendam atau tersinggung. aku kena anggap ujian Tuhan ni, satu cara untuk ajar aku sesuatu. Allah takkan bebankan seseorang hambaNya di luar batas kemampuan dia. 

betul la kata pepatah,
perkara baik jangan terus ditelan, perkara buruk jangan terus dibuang
aku betul2 belajar dari situ.


dah balqis.. dah.. tak perlu terasa. buat semak kepala je. better prepare utk 1st kuliah esok ^_^





June 8, 2013

sem 5 di UPMKB (1)

BUKAN MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris..
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,,
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.

BUKAN MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah..
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,
Agar kita sentiasa tabah dan kuat.

BUKAN MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan..
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,
Agar diri akan terasa lebih bahagia.

BUKAN MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina..
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri,
Agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi.




BUKAN MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya..
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita.

BUKAN MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan..
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya.

BUKAN MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan..
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari bahawa Tuhan TELAH meminjamkan kepada kita beberapa saat.

BUKAN MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera..
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya.
- sumber -

bersyukur kerana telah jejak di sini
alhamdulillah..alhamdulillah.. alhamdulillah..


i'll try smile depan mereka
i'll act like i'm a happy person
i'll pretend that i'm fine
biarlah ia menjadi rahsia hati
antara aku dan Penciptaku

June 1, 2013

tanda tanya yang belum terpadam

Assalamualaikum warahmatullah :)

ok, straight to the point la kan, senang cerita..

Mazhab dalam Islam yang ana belajar, terbahagi kepada empat. yang ana tahu, walaupun terbahagi kepada empat, kesemuanya berpaksikan kepada sumber yang satu, yakni alQuran. itu yang ana tahu lah. cumanya, terdapat beberapa persoalan yang berlegar legar dalam otak ni sejak beberapa harini. 

dah terpikir dah soalan2 ni, cuma tak pernah terpikir pulak nak tanya kat alam maya. mana tahu, kalian yang sedang baca ni, boleh berikan pendapat/ maklumat kepada ana yang jahil ni.

ok. let's start :

bagaimana boleh terjadinya pengkelasan mazhab dalam Islam?macam mana boleh terbahagi kepada empat? ye, berbeza pendapat. tapi ana kurang jelas.

dan kenapa empat? (maaf kalau soalan ngarut, cuma ana nak tahu sangattt sangat.)

bagaimana mereka mengagihkan mazhab sekian sekian kepada beberapa negara kat galaksi bima sakti ni? adakah terdapat kriteria/ ketagori tertentu?


*updated*

baru je tekan butang publish tadi, 

alhamdulillah, temui jawapannya. cuma kena banyak baca sumber lain jugak. tak boleh nak amik satu sumber je kan:

http://hafizfirdaus.com/ebook/PedomanMazhab/Chap4.php

*updated terbaru tarikh 2 Jun 2013*

assalamualaikum warahmatullah
Ana ada persoalan yang tak trjawab..
Kenapa dalam islam boleh terbahagi kepada empat mazhab ye?
Tapi kenapa cuma empat ?
Dan macam mana mreka tentukan negara bahagian ni, ikut mazhab syafie, negara sekian sekian ikut mazhab sekian.. hurmm.. ana perlukan jawapan. Atau mungkin pendapat..
Like ·  ·  ·  · Yesterday at 4:07pm
  • Muhammad Azim likes this.
  • Muhammad Azim Waalaikummussalam...mungkin kita boleh try tanye ustaz Amirul Rijal...
  • Amirul Rijal ana bkn ustaz, tp insyaAllah bole jwb
  • Amirul Rijal panduan kita dlm islam trdiri dari alquran,sunnah2nabi,ijma(persepakatan ulama),qias(nisbah satu perkara dgn yg lain)... mazhab atau lbih mudah disebut garis panduan/guideline adalah susunan ataupun hasil kajian ulama sbg contoh imam syafie,hanbali,hanafi,malik
  • Amirul Rijal sbnrnya bnyk lg mazhab lain yg kita xtahu, mazhab2 ini hanyalah panduan bg kita org awam yg tidak mendalami ilmu fekah dll... bknlah cabang2 islam ataupon bahagian2nya yg berselisih..
  • Amirul Rijal empat mazhab =syafie,hanafi,hanbali,maliki adlah yg paling famous, dan setiap negara punya garis panduan yg sesuai/ataupon diikuti ramai oleh penduduknya lantas kita classify negara trsebut syafie sbg contoh
  • Amirul Rijal walhal sbnrnya ada je org mesia sdiri yg gunakan mazhab lain
  • Amirul Rijal sbg contoh satu imam mazhab bpndapat hanya dgn menyentuh kulit wanita wudu' bole tbatal manakala imam yg lain kata tidak (kesemua mrk punya sandaran dan dalil masing2) ... jika kita mengambil pegangan yg batal maka sulit utk kita melakukan tawaf n ibadah2 haji/umrah yg lain, kita dikelilingi manusia lelaki dan perempuan... masakan hanya trsentuh sdikit sudah perlu ambil wudu' dan jauh pulak tu
  • Amirul Rijal begitulah sebahagian mazhab sesuai digunakan pada realiti dan situasi kita dimalaysia dan sebahagian lain tidak
  • Amirul Rijal utk rujukan yg mudah dan pada hemat ana pling simple dlm masalah hukum hakam (bagus utk beginners) bole rujuk kitab fiqh sunnah karya sayyid sabiq
  • Amirul Rijal fiqh sunnah byk menerangkan secara mudah semua pendapat imam2 mazhab yg trkenal atau tidak dlm segenap masalah fekah
  • Amirul Rijal hope it helps...
  • Balqis Syahiirah Syukran jazilan kathira atas penerangan yang diberi. 
    7 hours ago via mobile · Like

May 30, 2013

Jejak Universiti part ... (keputusan)

assalamualaikum.

ok. serious lama amat tak continue segmen Jejak universiti ni kan. ana pun hampir melupakannya sejak cuti sem 3 bulan ni.

ok. sebenarnya keputusan untuk sem lepas dah keluar lama dah. awal bulan lima haritu. and believe it or not, ana baru je buka SMP untuk tengok result. sebenarnya, ni memang habit buruk ana since semester 1 lagi. tiap kali result dan diumumkan keluar, ana akan rasa cuak yang amat. ye, ana dah banyak kali reminds myself, kena tawakkal dengan apa pun result yang bakal dapat. memang ana sedia maklum, cuma satu je. ana tak bersedia. so, ana akan amik masa dalam dua tiga hari untuk prepare mental. dan untuk prepare emosi tatkala menerima result.

tapi kalini lagi teghuk. ana amik masa lebih kurg 2 minggu lebih untuk prepare myself. ok tak. sebenarnya seminggu je. lepas tu serious ana terlupa langsung tentang result sampai la ada sorang kawan ana tanya semalam. and yes. baru semalam ana dapat kekuatan nak tengok result.

ntah apa apa kan? nak tengok result sendiri pun cuak. padahal sedar dah, kena tawakkal . cuma entah, diri kirang keyakinan untuk menerima hakikat

dan sudah pastilah ana takkan dedahkan result ana. sekian.

bismillahirrahmanirrahim

tadi ana blogwalking. saja menjenguk jenguk entry blog2 yang ana follow. tapi yang tak bestnya, tak ramai pun yang update their own blog. T__T

tiba tiba terjumpa satu sabda Nabi Muhammad S.A.W (sila jawab S.A.W balik) yang bermaksud begini :

tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur kepada saudaranya lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah ia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya....... (sambungannya di sini)

bila baca sabda Nabi tu, PAP! teringat satu kisah ke-bengong-an ana masa kecik dulu :3


May 29, 2013

kembali pada Dia


di saat kita meminta,
Dia menunda
kita tertanya tanya, bila  Ya Allah, bila?
rupanya Dia Maha Mengetahui
kita tak layak menerima apa yang dipinta
Allah kata, "belum masa yang sesuai."
Maka  di saat itu
kita mula rasa hampa, kecewa
kita mula menjauh dari Dia



Namun, apabila  masalah datang melanda,
Dia juga yang kita cari
secara tiba tiba
Dia menjadi tempat mengadu nombor satu
padahal ketika ceria, 
kita jadikan Dia nombor dua


kemudian, 
Dia memberi apa yang kita pinta 
suatu ketika dahulu
pada hari ini..
Hari di mana kita sudah leka
Hari di mana kita sudah jauh dari Dia Yang Esa
maka menitis juga air mata mutiara ini
kerana bukan sahaja 
apa yang dipinta telah diberi
malah Dia memberi lebih dari itu
pada masa yang sangat tepat




mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...