balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

Showing posts with label islam itu indah. Show all posts
Showing posts with label islam itu indah. Show all posts

March 3, 2011

ZiNa mEmbaWa paDah !

LA TAKRABUZ ZINA
(pernah dengar ayat ni kan?) 

Dan janganlah kamu menghampiri zina,
Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang jahat

Rasulullah s.a.w. memperincikannya sebagaimana dalam sabda-sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:
Zina dua mata itu menilik(memandang) perempuan yang ajnabi.
Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, 
zina kedua tangan itu menjabat(sentuh), 
zina kedua kaki itu melangkah
dan 
zina hati itu mengingini, mengangan-angankannya.
-Riwayat Bukhari dan Muslim-
 

 

 berdua-duaan, berdating, berhimpit-himpitan, berbual di teLefon, dan bermesra 
 
semuanya termasuk dalam kategori zina,larangan melakukan tindak-tanduk yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan khusus ditujukan kepada pasangan yang berkenaan sahaja, tetapi termasuk juga orang lain yang bersubahat.

Maka jika anda membantu rakan anda dalam perbuatan maksiat, seperti menjadi perantara pasangan yang berbuat maksiat, memberi sesuatu yang digunakan untuk maksiat dan sebagainya, maka dosanya samalah seperti mengerjakan maksiat.Ramai orang tidak sedar, bahawa mereka turut terlibat dalam melakukan perbuatan menghampirI zina itu.

  masih ramai ibubapa yang sengaja ( kononya
sportinglah) memberi peluang kepada anak gadis mereka berdua-duaan dengan teman lelakinya.Ada-ada saja helah ibu bapa untuk tidak menganggu anak gadis mereka yang melakukan khalwat(berdua-duaan, berbual mesra) dengan teman lelakinya.Umpamanya, ada ibu yang masuk ke dapur, ada bapa yang ada-ada saja kerjanya yang perlu dibuat, lalu keluar rumah atau ke biliknya. Meninggalkan sepasang pasangan haram.[ janganla camni ea,,ibu bapa kena tunjuk contoh yang baik kat anak2.. ] Ramai ibubapa membenarkan anak gadis mereka keluar berdua-duaan dengan teman lelakinya(tanpa pihak ketiga) dalam keadaan bukan darurat.
  


Ramai yang tak terfikir, kalau belum lagi melakukan zina, mungkin anak gadis mereka melakukan mukadimah zina. Pastinya, anak gadis mereka sudah melakukan zina mata, zina tangan, zina kaki atau zina hati dengan teman lelakinya.

Kerana terlalu jahil dan terpengaruh kepada amalan sosial barat yang dikatakan moden, ramai orang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa, sudah menjadi tradisi. Malah, mereka menganggap itulah tindakan yang selari dengan zaman moden sekarang ini.

Tambahan lagi jika terhadap mereka ketika masa muda dulu, ibu bapa mereka pernah bertindak demikian, membiarkan mereka berdua-duaan dengan kekasih mereka.Pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus disedari sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam, sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.

Pada peringkat awal orang-orang barat melancarkan perang bersenjata terhadap kerajaan Islam, tetapi mereka gagal. Lalu menukarkan perang bersenjata itu kepada perang psikologi.Dalam tahun 1268, seorang Raja Perancis pernah mengemukakan saranan:


Adalah suatu yang amat sukar dan hampir mustahil untuk mengalahkan umat Islam melalui peperangan dengan bersenjata dan kekerasan. Berdasarkan pengalaman yang disokong oleh fakta sejarahsebelumnya, maka yang penting sekarang ialah mengatur langkah lain untuk umat yang degil itu

Antara �langkah lain� itu ialah melancarkan perang psikologi dengan cara mengumpankan corak hiburan yang membawa kepada amalan pergaulan bebas antara muda-mudi Islam yang boleh diistilahkan sebagai �budaya takrabuz zina�. Sebagai contoh, pada masa kini, banyak rancangan televisyen yang memberi contoh negatif kepada masyarakat seperti Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Mentor dan seangkatan dengannya.

Apabila seluruh Malaysia sudah didedahkan dengan hiburan seperti itu, maka ia dianggap biasa oleh orang ramai, maka tidak ada rasa berdosa kepada mereka yang melakukan pergaulan seperti itu.Hiburan dari barat itu sengaja dieksport ke Negara Islam sebagai satu strategi perang psikologi untuk melemahkan umat Islam.

Tanpa kesedaran ini, umat Islam, bukan sahaja tidak peka dengan matlamat negatif hiburan dari barat, malah mereka menerimanya sebagai 'hasil seni' dan budaya yang mereka iktiraf sebagai budaya global.Tuduhan terhadap barat dalam hal ini bukan tidak berasas. Kaum Yahudi dan Nasrani memang selamanya mendendami dan memusuhi umat Islam.  


Allah SWT mengingatkan Rasulullah saw melalui firman-Nya:


�Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali menyukaimu(Hai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka� (al-Baqarah:120)

Perkembangan budaya takrabuz zina memang dirancang oleh musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam. Inilah yang dikatakan sebagai strategi dalam perang psikologi mereka terhadap umat Islam. Seorang orientalis pernah berkata,

�Gelas minuman keras dan penyanyi perempuan(pelacur) dapat menghancurkan umat Muhammad. Ini lebih berkesan daripada apa yang dapat dilakukan oleh seribu meriam�.

Mudah saja manusia terseret dan tergelincir dari landasannya jatuh ke lembah maksiat, kerana kegiatan dan pergaulan bebas dalam dunia hiburan bercorak barat(muzik, sukan, dan sebagainya) itu adalah meliputi ciri-ciri �budaya takrabuz zina�. Di mana-mana saja, perbuatan maksiat dalam dunia budaya ini telah, sedang berlaku dan senang dilihat.

Fenomena keruntuhan akhlak yang amat teruk sekarang, di kalangan muda mudi Islam khususnya, sehingga merebaknya wabak bohsia, bohjan, gay, pembuangan bayi luar nikah, seks bebas, pelacuran dan sebagainya adalah antara bukti-buktinya.Dalam rancangan Edisi Siasat di NTV7 pernah menayangkan betapa runtuhnya akhlak anak-anak muda melayu Islam melakukan seks bebas dalam tajuk rancangan Seks tepi tangga.  

Kemanakah maruah umat Islam kini?

Dikatakan Malaysia ini Negara Islam, tetapi gejala seperti ini berleluasa sehingga sukar untuk dibendung lagi, saban hari kita terdengar, terbaca di dada2 akhbar, kes pembuangan bayi, rogol, seks bebas dan sebagainya. Kemana perginya nilai-nilai Islam? Sehingga sanggup menjual maruah Islam seperti perempuan tidak bertudung, berpakaian ketat menampakka susuk tubuh badan.Jadi, dimanakah anda pada ketika ini?

Adakah anda termasuk dalam golongan sedemikian? Jika ya, maka keluarlah dari lembah kehinaan itu dan bertaubatlah dengan taubat nasuha, kerana Allah Maha Pengampun. Jika tidak, maka usahakanlah menghidupkan kembali sinar-sinar Islam ke dalam masyarakat yang amsih lemah dan tidak menyedari semua ini. Laksanakan perintah Allah.

�Sesiapa di kalangan kamu yang ternampak kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangan. Jika tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lisan, dan jika tidak mampu juga, hendaklah dia mengubahnya dengan hati(membenci dalam hati) dan itulah selemah-lemah iman


keKa$iH @ paReNts ??

Seorang insan tidak akan wujud tanpa ibu dan bapa. Apabila kita dilahirkan ke dunia, kita dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang bersama harapan yang menggunung tinggi supaya kita menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Ibu dan ayah berusaha sebaik mungkin agar kita mendapat pendidikan yang terbaik tanpa mereka kenal erti penat dan lelah. Bagi mereka, biarlah mereka penat asalkan anak mereka dapat menjadi seorang yang berjaya.

Benar bercinta mampu membuat kita berasa senang, terasa ringan beban yang ditanggung dan membuatkan kita bahagia. Tetapi kita harus ingat, bahana bercinta membawa kesan yang jauh lebih besar jika fikirkan dengan sebaik-baiknya. 

Berikut merupakan sebab perlunya memilih dan mentaati ibu bapa daripada mentaati kekasih:

1.  Suruhan ALLAH S.W.T 
 
   Sesungguhnya, semua  beragama Islam telah sedia maklum bahawa mentaati ibu bapa merupakan satu keutamaan yang
besar kepada setiap umat Islam. Sesiapa sahaja yang melanggar perintah ibu bapa (selagi tidak melanggar perintah ALLAH) adalah dianggap telah menderhakai kedua orang tuanya. Oleh itu, sesiapa sahaja yang memilih kekasihnya boleh dikatakan tidak mentaati kedua ibu bapanya. Jadi,ibu bapa atau kekasih?
 
2.  Merugikan diri sendiri
 
Kenapa ??  Mungkin ada yang mengatakan bahawa mempunyai pasangan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Tetapi kita perlu sedar bahawa sekadar mempunyai semangat, tidak cukup untuk membuatkan seseorang itu hebat dalam pelajaran. Untuk hebat dalam pelajaran, seseorang itu perlu bersungguh-sungguh dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran. Tetapi, benarkah seseorang yang sedang hangat bercinta mampu menumpukan sepenuh perhatiannya dalam pelajaran? 

    Apabila sudah dilamun cinta, fikiran hanya memikirkan tentang kekasih hati sahaja tambahan lagi apabila mereka mengulangkaji pelajaran bersama.Bercinta masih merugikan diri sendiri terutama sekali kepada golongan hawa. Kenapa? Cubalah fikir, adakah hubungan cinta yang dijalin itu terjamin untuk sampai ke jinjang pelamin?? Jawapannya mudah. TIDAK! Jika orang yang telah berkahwin boleh bercerai, yang bertunang masih boleh putus, inikan pula pasangan yang masih belum mempunyai apa-apa ikatan. ada paham?

Bayangkan, jika anda (kaum hawa) telah melakukan hubungan terlarang, siapa yang rugi? Lelaki, tidak rugi apa-apa bahkan yang paling rugi adalah anda. Jika anda telah mengandungkan anaknya hasil hubungan yang haram, apa yang akan terjadi kepada anda? Apabila berita anda mengandung anak luar nikah terheboh, pastinya keluarga anda dapat malu. Kesannya bertambah mendalam jika si lelaki tadi tidak mahu bertanggungjawab.

   Bukan itu sahaja, kesannya turut melibatkan konteks yang lebih besar lagi. Apabila pelajaran terabai dan keputusan yang diperoleh tidak memuaskan, sudah tentu pekerjaan yang diperolehi jugak tidak akan memuaskan dan sudah pasti pendapatan juga kurang memuaskan. Cuba anda fikirkan, di masa hadapan nanti kos sara hidup semakin meningkat. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, senangkah hidup anda?
0_0

3. Menghampirkan diri kepada zina

   Benar! Perbuatan bercinta sebelum kahwin ini boleh menghampirkan diri kepada zina. Siapa yang tidak tahu? Tipulah kalau dia kata tidak tahu. Bagi orang Islam, zina merupakan satu dosa besar yang memberikan kesan yang lebih dahsyat dan amat dilarang mendekati zina. Bila dikatakan JANGAN MENDEKATI, maka bermaksud tidak boleh melakukan sebarang perkara yang membawa kepada zina. Hal ini termasuklah bercinta sebelum perkahwinan kerana orang yang bercinta ini sering berdua-duaan. Lambat laun, godaan syaitan pasti akan berjaya.

         Penzinaan merupakan satu perbuatan yang hina dalam mata masyarakat. Sesiapa yang berzina akan disisihkan dari masyarakat dan mereka akan dipandang serong sebagai orang yang tidak berakhlak kerana zina bukanlah akhlak yang baik. Boleh dikatakan kita sekarang semakin menghampiri masyarakat jahiliah sebagaimana masyarakat Quraisy sebelum kedatangan Islam. Kenapa? Jika kita membaca berita yang dikeluarkan akhbar-akhbar tempatan sejak akhir-akhir ini, gejala pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Hampir setiap minggu, pasti ada bayi yang ditemui sama ada hidup atau mati.

Jadi, pilihan di tangan anda. Inginkan negara yang aman makmur harmoni, atau kucar-kacir? Inginkan pengukuhan institusi keluarga atau keruntuhannya? I
ngin menjadi insan yang berakhlak atau tidak bermoral seperti masyarakat jahiliah?
Kekasih, atau ibu bapa ? 


-QiS-

March 2, 2011

reNung2 kan kaTa2 iNi ;

anda akan matang apabila:

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

-QiS-

January 27, 2011

UnTuk waNit@

6 Pesanan Untuk Kaum Wanita yang perlu diamalkan untuk berjaya di dunia dan akhirat


1. Solat di awal waktu. 

Sangat penting untuk wanita menyusun jadual kerjanya agar tidak mengabaikan solat. Ini kerana wanita dibimbangi akan datang kepadanya 3 perkara iaitu pertama kedatangan haid. Yang kedua kedatangan tetamu, dan yang ketiga ialah kedatangan maut. Solat merupakan ibadah pertama yang akan disoal di akhirat kelak dan barang siapa yang melengah-lengahkan solat adalah berdosa. Selain itu wanita juga perlu menggalakkan suami dan mahram lelaki supaya solat di  mana tempat azan diazankan.

2. Istiqamah Ta'lim di rumah.

Untuk mewujudkan suasana madrasah di rumah kita, wanita perlulah membaca ta'lim di rumah dengan istiqamah (berterusan) masa dan ketikanya. Eloklah dibaca bersama anak-anak jika suami tiada di rumah. Disarankan 20 minit membaca kitab dan 10 minit muzakarah. Ta'lim adalah penting supaya kita saling memperingati dan mengajarkan anak dengan hadis-hadis dan kisah-kisah para sahabat untuk dijadikan tauladan dalam hidup.

3. Istiqamah membaca al-Quran dan zikir

Zikir adalah mengingati Allah setiap masa dan keadaan. Barangsiapa yang selalu berzikir, hidup di sisi Allah, dan barangsiapa yang tidak berzikir, mati di sisi Allah. Untuk istiqamah membaca zikir disarankan untuk kita membaca 300 zikir pagi dan 300 petang. Sebagai tanda kita sayangkan Allah, zikirlah dengan membaca "Subhanallah walhamdulillah walaailaahaillallah allahu akbar" sebanyak 100 kali. Tanda kita sayangkan Rasulullah saw, kita bacalah selawat ke atas nabi sebanyak 100 kali. dan tanda kita sayang kepada diri sendiri, kita beristighfar sebanyak 100 kali. Boleh juga kita amalkan zikir tambahan seperti doa Nabi Yunus.."Laailaha illa anta..subhanakainni kuntu minazhaalimin". Selain itu kita banyakka membaca doa-doa maznun..atau doa harian yang Nabi saw ajarkan kepada kita. al-Quran pula akan menuntut haknya jika kita tidak membaca al-Quran di mana hak al-Quran perlu dikhatam 2 kali setahun. Sesungguhnya Allah memberikan pahala yg banyak kepada sesiapa yg membaca al-Quran. 1 huruf diberi ganjaran 10 pahala. al-Quran juga akan menjadi penyuluh di dalam kubur yg gelap gelita.

4. Mendidik anak mengikut sunnah.

Anak yang Allah SWT kurniakan kepada kita adalah amanah yg perlu dijaga dengan sebaiknya. Allah telah mengutuskan baginda Rasulullah saw sebagai contoh tauladan yg baik untuk kita ikuti. Amalan sunnah dlm mendidik anak boleh dimulakan sejak anak berada di alam rahim lagi. Di mana si ibu perlulah banyak membaca al-Quran terutamanya surah Yusuf, Maryam, Luqman dan at- Taubah. Ibu juga perlu menjaga percakapan dan tingkah laku agar segala amalan yg baik yg dilakukan oleh si ibu akan dapat diikuti oleh anaknya.

Setelah lahir, bayi diazankan di telinga kanan agar kalimah yg pertama di dengar adalah kalimah membesarkan Allah. Setelah itu diamalkan perkara yg disunatkan seperti bercukur rambut, aqiqah, dan memberi nama yg baik. Setelah anak membesar, ajarlah dia mengenal Allah dan mentaati perintah Nya serta menjauhi larangan Nya. Setelah anak meningkat dewasa, didiklah anak dengan bijaksana, tidak berkasar dan maki hamun. Dan jadikan dia seperti rakan kita. Ibu perlu rapat dengan anak agar mereka tidak segan untuk menceritakan segala masalah kepada kita. Bila ibu bapa prihatin dengan anak-anak, tidaklah mereka mencari kawan-kawan yg tidak elok di luar sana.

5. Hidup sederhana.

Dalam amalan Islam, yang paling baik itu adalah yg pertengahan. Jadi kita pilihlah untuk hidup bersederhana walaupun kita mampu memiliki kemewahan dunia. Elakkan membazir. Contohnya seperti memasak lauk pauk yg berlebihan, membeli pakaian yg banyak sehingga tak terpakai, membeli perabot yg mahal dan sebagainya. Jika kita hidup mewah, akan mudah timbul rasa riak, dan sombong. Sebaliknya kehidupan sederhana akan banyak mengajar kita bersyukur dengan apa yg Allah berikan kepada kita berbanding dengan org lain yg lebih susah dan menderita daripada kita seperti di negara-negara luar yg lebih miskin dan kemunduran.

6. Menggalakkan suami dan mahram keluar ke jalan Allah.

Dakwah adalah mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Sebagaimana sabdaan Nabi saw, "sampaikanlah walau hanya dengan sepotong ayat". Dengan dakwah kita menyampaikan apa yg perlu dipatuhi dalam ajaran Islam dan apa yg perlu dijauhkan untuk mendapat keredhaan Allah dan selamat di dunia serta di akhirat. Untuk tujuan itu kaum lelaki digalakkan keluar setiap bulan 3 hari, setiap 3 bulan 10 hari, setiap tahun 40 hari, dan seumur hidup, 4 bulan. Bagi mereka yg keluar di jalan Allah, debu-debu yg melekat pada org yg keluar di jalan Allah, tidak akan disambar api neraka hatta asapnya sekalipun.
-QiS-

January 25, 2011

$0laT

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

-QiS-

January 24, 2011

taF$iR

FirmAn Allah SWT yang bermaksud:
(ingatlah) kaum Thamud telah mendustakan (rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas,ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerina perintah dari mereka(supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),maka berkatalah Nabi Saleh kepada mereka: (janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu,dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya(supaya kamu tidak ditimpa azab!)(setelahNabi Saleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu.Dengan sebab dosa mereka itu,Tuhan meninpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta ia meratakan azab itu meliputi mereka(sehingga punha ranah semuanya) Dan Allah tidak Menghiraukankesudahan (mereka) yang demikian,(kerana itu adalah balasan yang adil)
suRah al-sYaM$: 11-15

Surah Ini mengandungi 2 maksud iaitu;

1-   Allah SWT bersumpah dengan makhluk ciptaanNya yang besar bahawa manusia yang mahu membersihkan jiwa dan berbudi mulia pasti akan jaya 

Sebaliknya manusia yang mengotorkan jiwanya dan merugikan dirinya dengan perbuatan jahil pasti akan mendapat kerugian..

2-     Kisah Kaum Thamud sebagai lambang kepada orang yang mengotorkan jiwanya kerana itu mereka berhak mendapat seksa daripada Allah SWT

Dalam Tafsir al-Misbah menyebut : Awal surah ini menyebut sekian hal untuk menguatkan sumapha ALLAH SWT bahawa yang mengotorkan jiwanya pasti dalam kerugian

Akhirnya pun menghuraikan kesudahan yang dialami oleh yang mengotori jiwanya itu,iaitu Kaum Thamud yang dibinasakan ALLAH di dunia ini.


Demikian ayat-ayat surah aS-$YamS merupakan satu kesatuan yang saling berkait semua ayat-ayatnya dan bertemu awal huraiannya dengan akhirnya...


-QiS-

January 4, 2011

CiNt@...2

Sebagaimana yang telah disebutkan dalam blog yang lepas[ http://balqis93.blogspot.com/2011/01/cint.html  ], cinta mempunyai 7 jenis,iaitu:
* CINTA Al mawaddah
* CINTA Ar-Rahmah
* CINTA Kulfah
* CINTA Al-Mailu
* CINTA Asy-syaghaf
* CINTA Ra'fah
* CINTA Shobhah
Daripada 7 cinta ini,hanya tiga SAHAJA yang dianggap cinta kudus,iaitu:

* CINTA Al mawaddah
* CINTA Ar-Rahmah
* CINTA Kulfah
     Ketiga2 cinta ini dipaparkan oleh AlQuran sebagai cinta yang wujud dalam rumah tangga dan digunakan untuk mendidik pasangan mahupun anak2 untuk mendapatkan ketenteraman duniawi dan kebahagiaan ukhrati.Ini bererti cinta yang murni dan tulus itu hanya mampu dibina setelah berlakunya hubungan ijab dan kabul antara teruna dan dara.Dari situ bermulalah pelayarana dalam embina cinta yang telah disyariatkan syarak.

   Manakala empat yang lain adalah cinta BERNODA.Cinta bernoda adadalah cinta yang tidak wajar dan sangat bertentangan dengan syariat Allah S.W.T.Kempat2 cinta ini adalah cinta luar kawalan dan tidak mempunyai batasan.Paling dibimbangkan ia akan mambawa kepada DOSA serta maksiat yang menyebabkan penyesalan di akhirat nanti.Cinta yang dimaksudkan ialah:
* CINTA Al-Mailu
* CINTA Asy-syaghaf
* CINTA Ra'fah
* CINTA Shobhah
 Persoalan yang perlu REMAJA tanyakan sekarang ialah mana satukah cinta aku?Bagaimana dengan status 'couple' ?Adakah cinta 'couple' ini termasuk dalam cinta kudus ataupun cinta bernoda??ulasannya akan diketahui dalam next blog [pnat la aku asek mnulis je!]

[ bersambung dalam: http://balqis93.blogspot.com/2011/01/cint3.html ]
-QiS-

CiNt@

7 JENI$ cINt@

~~cinta disampaikan menerusi 7 pengertian yang berbeza dalam alQuran~~
Mana satukah bahtera yang bakal/sedang anda naiki untuk membawa anda dalam pelayaran kehidupan??Mana satu pilihan anda??
CINTA al-maWadDaH
Cinta al-maWadDaH adalah jenis cinta menggebu-gebu, membara, dan mekar.Orang yang memiliki jenis cinta ini mahu selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya.Ia ingin memonopoli cintanya dan hampir tidak boleh melihat cinta yang lain.Kebiasaannya,Cinta ini adalah cinta antara suami isteri yang baru berkahwin atau cinta seorang hamba yang soleh kepada Allah Yang Esa.Sentiasa akrab dan intim..
 CINTA ar-RaHmaH
Cinta ar-RaHmaH adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, sedia berkorban[cam penulis] :)  dan sedia melindungi.orang yang memiliki jenis cinta ini lebih mementingkan orang yang dicintainya berbanding diri sendiri.Baginya yang penting adalah kebahagiaan kekasih meskipun untuk itu dia harus menderita.Dia sangat maklum akan kekurangan kekasihnya dia selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.
 Cinta al-maWadDaH dan Cinta ar-RaHmaH dipetik daripada surah ar-Rum ayat 21;

mafhumnya: dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenis kamu sendiri(manusia) supaya kamu lebih cenderung dan merasa kepadanya dan menjadikanNya antaramu rasa kasih sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yang berfikir

CINTA KuLFah
 Cinta kulfah adalah jenis perasaan cinta yang disertai kesedaran mendididk kepada hal2 yang positif meskipun sulit seperti orang tua menyuruh anaknya menyapu dan membersihkan kamar sendiri [sambil aku tulis ni,trase lak aku!huw ~T__T~ ].Menerusi didikan itu akan lahir pekerja yang rajin dan berdikar [cam aku] -kidDinG- Jenis conta ini diseBut dalam alQuran ketika menyatakan bahawa Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya dan bertujuan mendidiknya agar menjadi orang yang mandiri.
Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud;
Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya

CINTA aL-MaILu
Cinta aL-MaILu adalah jenis cinta yang bermusim dan tidak keruan.Ia berlaku dalamsituasi tertentu yang melibatkan pihak kedua @ ketiga.Sifat cinta ini adalh sementara membara, sehingga tertimbus seluruh perhatian terhadap hal-hal lain.Cinta jenis ini di dalam alQuran disebut dalam konteks berpoligami di mana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail),lebih cenderong mengabaikan kepada yang lama.

Hal ini dipetik dari Surah An-Nisa ayat 129:


 

mafhumnya: Dan pastilah kamu tidak akan mampu berlaku adil antara isteri2 kamu sekalipun kamu berusaha dengan bersungguh2,maka jangan pula kamu cenderung seorang daripadanya (yang kamu cintai) dengan sepenuh kecontaan dan meninggalkan yang lain tergantung sendirian..

CINTA aSy-$YaGhaF
Cinta aSy-$YaGhaF adalah jenis cinta yang sangat mendalam, membuta tuli dan memabukkan[Ya Allah,jauhkanlah umat Islam daripada cinta aSy-$YaGhaF,Ya Allah...].Orang yang diserang cinta ini menjadi seperti orang yang lupa diri, hampir2 tidak menyedari apa yang dilakukan. AlQuran ada menggunakan perumpamaan cinta ini ketika mengisahkan cinta zulaikha untuk berbuat zina dengan anak angkatnya,Nabi Yusuf.Tetapi Allah menyelamatkan Nabi Yusuf daripada godaan ibu angkatnya itu.sebagaimana merujuk surah Yusuf ayat 30:



Mafhumnya: Berkata sekumpulan perempuan di bandar itu bahawa,"Sesungguhnya isteri raja telah menggoda anak bujangnya dengan dirinya sendiri.Dia telah terkena kemabukan cinta,kami melihatnya(isteri raja) berada dalam kesesatan yang nyata"

CINTA Ra'FaH
 Cinta Ra'FaH adalah jenis cinta yang menimbulkan rasa kasih sayang yang dalam sehingga mengalahkan norma2 kebenaran.Misalnya ibu bapa yang kasihan kepada anaknyasehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat sUbUh dan membelanya meskipun salah [haish! troknyew~] Suami yang kasih kepada isteri sehingga sanggup membiarkan isteri berbuat dosa.[Dayu$!] AlQuran menyebut conta ini ketika mengingatkan manusia agr janganlah cinta Ra'FaH menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah,dalam hal ini menjurus dalam hukuman bagi PENZINA [jgn men2! ni hukum Allah].Sebagaimana merujuk kepada Surah An-NuR ayat 2;

  Mafhumnya: Penzina wanita dan lelaki itu wajib disebat 100 sebatan dan jangan pula kamu berasa belas kasihan terhadap keduanya dalam melaksanakan agama Allah sekiranya kamu benar2 beriman kepada Allah dan Hari Akhirat
 CINTA sH0bWah
Cinta sH0bWah adalah jenis cinta shaHwat yang buta dan cinta yang mendorong perilaku terjebak tanpa sanggup mengelak.AlQuran menyebut perumpamaan ini ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaikha yang setiap hari menggodanya hinggakan Nabi Yusuf meminta supaya dipenjarakan kerana jika tidak,ditakuti lama kelamaan Nabi Yusuf akan tergelincir dalam perbuatan bodoh[ subhanallah! ]. Sebagaimana merujuk Surah Yusuf ayat 33:


Mafhumnya: 
Wahai Tuhanku,penjaraitu lebih aku cinta kepada apa yangdiserukan oleh (zulaikha) atas diriku kepada perbuatan itu(zina)jika Engkau tidak hindarkan akku daripada ajakan mereka pasti aku akan terjebak ke dalamnya dan termasuk dalam kalangan orang yang bodoh..


[ bersambung dalam: http://balqis93.blogspot.com/2011/01/memilih-bahtera-cint.html
Aku mencintaimu kerana
agama yang ada padamu,
jika engkau hilangkan
agama dalam dirimu,
maka hilanglah
cintaku terhadapmu
(iMaM NaWawI)
-QiS-

KOMPAS CINTA

Ramai yang tahu tentang cinta.Ramai yang tahu menyebut perkataan CINTA, tetapi ramaikah yang tahu apa itu cinta sebenarnya??

T@ND@2 J@TUH CINT@

Menurut hadith,orang yang sedang jatuh cinta lebih cenderung untuk selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya.

sabda Rasul Allah S.A.W, "barang siapa yang mencintai sesuatu akan kerap menyebut yang dicintainya","barang siapa yang mencintai sesuatu akan menjadi hamba kepada yang dicintainya" ulama memperincikan sabda Nabi SAW bahawa jatuh cinta itu memiliki tiga peringkat:


1-lebih suke berbicara dengan yang dicintai dibandingkan dengan yang lain
Peringkat pertama,apabila anda menyukai sesuatu anda akan sering mengingatinya.ingatan itu akan menyebabkan lisan sering berbicara hal-halmengenainy.Kesukaan tu akan mendorong anda untuk menyimpan segala maklumat yang berkaitan dengan yang dicintai


2-Lebih suke berkumpul dan bersama dengan yang dicintao berbanding dengan yang lain
Apabila anda suka pada sesuatu anda akan pasti senang duduk bersamanya.Sekalipuntanpa bicara @ kata2,perasaan senang itu tetap mengalir dalam tubuh anda.KAN??kerana dekat itu menjadikan anda merasai kewujudan yang dikasihi

3-Lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai
Apabila anda mencintai seseorang anda akan melakukan apa yang disukai kekasih [ jgn nk b0h0ng la! ] Anda langsung tidak mahu melukakannya sekalipun dia tidak berada disisi andaJujur dan ikhlas dalam mencintai sekalipun kekasih tidak melihat apa yang anda lakukan.Ini adalah peringkat tertinggi dan disebut juga sebagai ehsan.Bagi orang yang cinta pada Allah ,maka ia lebih suka berbicara denganNya,membaca firmanNya,lebih suka bercengkerama dengan Allah dalam iktikaf dan lebih suka mengikut perintah Dia daripada yang lain..

Bagaimana dengan diri anda? Nama siapakah yang kerap anda sebut setiap hari?Dengan siapakah anda lebih senang duduk bersama?Keinginan dan larangan siapakah yang selalu anda lakukan?
Allahkah yang dicintai?
manusiakah yang dicintai?
atau nafsukah yang dicintai?

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  * 
[ topik ni lom abeh ag..sambungan de ad kat http://balqis93.blogspot.com/2011/01/cint.html ]
-QiS-



December 21, 2010

@uRaT...

Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.”
(Bukhari)
Huraian:
Pakaian adalah satu keperluan penting bagi manusia. Secara lahirnya, pakaian melindungi manusia, tetapi secara batinnya adalah lambang kemuliaan insan. Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat. Menurut pendapat jumhur ulama’, wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada pada waktu solat atau di luar solat.
Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut manakala bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan al-sunnah.
-Qis-

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...