balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

Showing posts with label perjalananku. Show all posts
Showing posts with label perjalananku. Show all posts

October 13, 2012

Jejak Universiti part 20

Assalamualaikum.
alhamdulillah, syukur sangat sebab dah tamat belajar. 
eah, bukan. 
belum lagi, i just finished for the third sem only, haha. bukan apa, just teruja nak convo. eah, by the way, my only kakak convo harini, pukul dua nanti. 
wah, tahniah kakak <3 

sekarang ni tengah cuti akhir semester. sebenarnya since 9  oktober lagi dah boleh balik, sebab tu tarikh akhir final exam (rujuk sini ) untuk kos Diploma Pengurusan Perladangan Makanan.  yeah,, I'm freeeee ! :D
yes free. . .
but

still tak balik semenanjung lagi sebab tempah tiket 14 hb. hehe 


semalam, aku & wani decided. nak pi ziarah mak angkat. lama dah tak pergi, last ziarah time aidilfitri tahun lepas.

so, mulai petang semalam, we stayed here,Taman Matahari, Tanjung Kidurong, Bintulu Sarawak. sementara tunggu flight.
sebenarnya agak segan la tinggal kat sini. :( CikMai (mak angkat) anak dia semuanya lelaki. =..=' so, bayangkanlah. :\ hoho.
yang sulung named zainol, he's now studied at semenanjung (lupa la kat mana). yang kedua, perempuan, tapi baru menghadap Illahi bulan Julai aritu. (Al-Fatihah) Anak CikMai ketiga, name firdaus, currently study at SMK Kidurong, bcoz he's only 17. and yeah... SPM 4 this year :) guoOdLuck la ye. dO your best, adik. :)  (haha,, secara automatiknya, he's my adik.) and last, lelaki jugak =.=' named aniq. he's only in stardard 4, if i'm not mistaken la. 

serious best duduk sini. Aku pernah berdoa suatu ketika dahulu; "Bukan aku tak bersyukur, Ya Allah, tapi, sekurang kurangnya berilah kesempatan untuk aku merasa bagaimana perasaan nya mempunyai abang..makbulkanlah Ya Allah"

alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa aku.
alhamdulillah sangat. now finally aku dapat merasai pengalaman mempunyai abang. :D kalau ikutkan, boleh je aku anggap kawan kos aku yang umur lebih tua tu abang, but, itu kosmate. lain, tak dapat merasai pengalaman ada abang dalam ikatan keluarga. hoho. korang paham ke? what ever la. asalkan aku paham apa yang aku tulis. ;D 


sYukur. . .

semoga Allah memberkati keluarga CikMai =')


Jejak Universiti Part 19 ada di sini >click<

October 2, 2012

Jejak Universiti part 18

Assalamualaikum dan salam sejahtera


ohh sila abaikan kehadiran yang warna merah tu.
saya kata abaikan! jangan ler tengok~ =.=

ok. memandangkan awak dah tengok, saya explain la ya. kan kalau tak cukup 80% kehadiran, tak boleh ambil final exam, kata Akta Peraturan Universiti(AUKU). tapi saya boleh je amik exam 1 haribulan tu sebab lecturer salah isi. tak update yang latest punya. (sampainyaaa hati~) *kesat-kesat air mata*

oh ye, harini saya nak update tentang kesibukan yang melanda diriku akibat final exam. busy lah sangat kan, sampai menyempat update blog tersayang ni.

biar saya explain kenapa malam ni saya sempat update blog. alasannya tak lain dan tak bukan ialah. . . ?

 >> ishk, tak baik tau tuduh saya malas study <<

takk, sebab saya dah penat review formula yang sama, since 2 hari lepas, sampai sebelum gatal tangan update blog. alah, lagipun. nak rest kejab and and sebab eXam akaun esok pukul dua petang! kih kih kih. lama lagi. but still.. saya dah review. ok la. biar saya review formulanya kat sini. nak ke?

analysis ada 3, liquidity, profitability & solvency.
ok. saya tahu, awak tak berminat nak tahu,
sila abaikan..
sebenarnya tak tahu nak update apa lagi. saja lepas gian nak update blog
assalamualaikum.

Jejak Universiti part 17 kat sini <<


February 19, 2012

Jejak Universiti Part 13


Assalamualaikum dan salam sejahtera... 




da lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa  gilaaaaaa tak update blog tentang kehidupan BalQis sebagai seorang mahasiswi kannn?
:\

Jejak Universiti Part 12 di sini


hari ni, BalQis nak criter tentang pengalaman BalQis ari sabtu lepas..
!! Awas!!

Post kali ni dibuat dengan ayat skema tahap gaban~ ~ ~    

10 Februari 2012

Pukul 1 petang, kami Bakti Siswa Kumpulan 1 dan 5 berkumpul di depan Klinik Satelit menunggu budak lelaki yang langsung tak nampak kelibat. Sementara menunggu mereka sampai, kami budak2 perempuan pastikan semua benda dibawak, makanan yang paling penting, haha.. akhirnya,dalam pukul 2.40 kami bertolak dr UPMKB destinasi? Ye rahsia...

BalQis yang pakai tudung putih tu.. 
nampak tak? nampak tak?
buat buat nampak je la ye     ;)


Selepas menempuh perjalanan yang sangat berliku liku, 
akhirnya kami sampai ke destinasi yang dinanti nanti pada jam 6.15 ptg





proses memunggah barang dari
 bas untuk diangkut


Ye,, kami mengadakan kem kepimpinan di sebuah sekolah teknik. Pada mulanya, BalQis langsung tak eXcited.. rasa biasa biasa je. Ntah macam mana lah perangai budak2 SMV Miri ni kan? Huhh..






 apa apa pon,, amek gamba dulu :D

 























Ya, selepas memindahkan barang barang. . . .


Amek Gamba dulu.. hehehhh


Tiba-tiba. . .
                        blackout!!


bukan sebab kami asyik ambil gmbar, tapi sebab apa ntah, Wallahualam..
Selepas solat isyak dalam keadan gelap gelita, kami terpaksa menukar Slot yang telah dirancang. Sepatutnya, malam tu program bacaan Yaasin berjemaah, tapi, sebab blackout, kami hanya berkenalan gitu gitu je. Alhamdulillah dalam poket, BalQis ada selit torchlight. Fasi yang lain guna fon mereka. Ni buktinya :






Masa ni, cuma ada lebih kurang 20 orang pelajar perempuan sahaja. Mula mula, BalQis ingatkan cuma ni je, rupanya ada lagi,, selebihnya non-muslim. Ouhhh... [ :) ]



PeNaTla guna Ayat Baku...     -__-'





Alhamdulillah,, cuma sejam lebih je Allah tarik nikmat bekalan elektrik ni.. Terima Kasih   Ya Allah!  ^_^

Lepas tu, kami pun meneruskan aktiviti pertama kami di Dewan Permata. 




 Slot Pertama, cam biase la, Ice Breaking. Para pelajar kena amek tandatangan mengikut ciri2 yang telah diberi. Macam ni la lebih kurang:



Ciri-ciri
Signature
Berambut kerinting

Berkaca Mata

Memakai jam tangan

Comel

Tampan

Cantik


Permainan bermula. . . .

Saya? Ye, saya ade turunkan tandatangan,,, tapi kat sorang budak je,, tu pon sebab dia suruh tandatangan kat column ‘Comel’.. erkk... yang datangnye budak laki.. aduiii.. mule2  BalQis taKnak,, tapi tpakse la sign sebab kecian kat budak tu.. Lagi pun, dia the only one yang mintak my signature..


>>>   Tettttt! Masa  tamat  <<< 


Abang Long tanye budak laki tu : 
awak mintak tandatangan siapa untuk column 'cantik' ni?



Abang Long adalah panggilan instruktor kami, Beliau kata, if time BakSis (bakti Siawa), dia suruh panggil Abang Long, supaya takde rase macam ada wall bila communicate. If dalam pejabat, kena la panggil En. Hakim,, Ye laa takkan nak panggil ‘Abang Long’ kpd seorang pegawai HEP lak kannnn..








Tiba tiba. . . . .

budak yang abang long tanye tu jawab camni :


Akak fasi yang pakai tudung putih tu.. Balqis pun toleh la kat semua fasi,, Siapa yang pakai tudung putih selain aku? Eah,, tak mungkin la akuu!! BalQis sure sangat sangat tadi BalQis sign kat ruangan ‘Comel’ , BUKAN Cantik ! ! Ape ni! Pemberontakan dalam hati telah pun berlaku.. . .  nak taKnak, terpaksa melangkah ke depan SEMUAORANG. . .  

 AWKWARD GILAAAA TIME TU WEYH!

 Si cameraman ni pulak pegi snap pic ni ha :  T_T  

 tu BalQis yg tudung putih tu.  -__-'    



  INI TIDAK ADIL!!  T__T haih,,, sabo jelaaaaaaaaaa. . . . . . 


ah biar la,, benda dah jadi,, mana boleh undur masa kann?



N  E  X  T     P  L  E  A  S  E  !


Lepas je habis main game tu,,ade satu lagi slot.. tak hengat la pulakk..  then,, tido.. kroooookhhhh. . . . .


(   sambungannya di post akan datang..   ) 




February 18, 2012

buat si dia

harini balQis nak berputis, boleh?

|  tak boleh

tak kira,, nak jugak!  =P


saat mengenali dirinya,
diriku seakan bahagia,
tiada setitis mutiara jatuh ke riba,
kehadirannya mampu membawa cahaya

Hadirnya dalam hidupku
mampu mengubat hatiku yang pilu
mampu menghapus kenangan dulu
yang membiarkan aku terus hanyut dibuai rindu palsu

walau kekadang diri terasa bahagia,
namun derita juga kian menghimpit dada,
manik manik jernihku bertaburan seperti air hujan
hatiku berbicara,mengingatkan aku ini adalah ujian dari Nya..

aku sakit dan patah hati,
aku tak mahu berangan lagi,
aku nak lari dari semua ini,
Hingga aku temui cinta sejati

Aku ingin mencintai dan dicintai dengan redha-Nya
kerana disitulah akan hadir segunung rahmat -Nya

aku tahu aku bukan lah hamba yang sempurna,
aku berasa tidak sempurna tanpa cintaNya,
namun,tanpa cintaMu Ya Allah, hidupku lebih tak sempurna,
haruskah aku melupakan perasaan ku terhadapnya???

Ya Allah Ya Tuhan ku,
Kau berikanlah aku kekuatan untuk melupakannya
Kau bantulah aku menghapuskan ingatan ku terhadapnya
sehingga ku tahu bahawa dialah j0d0hku selamanya...
semoga Kau pertemukan aku dengan insan yang bisa membimbingku....

October 15, 2011

Jejak Universiti Part 12






hari yang dinanti telah tiba,,
Alhamdulilllah,,,kesabaran aku membuahkan hasil~

beg dah kemas....pakaian,cadar,selimut, sume dah basuh, dah lipat...meja belajar dah kosong,buku2 + nota2 sume dah kemas kan dah...

sekarang pukul 1... Ooo yeahhh!
pukul 4.20 nanti,bas UPM bertolak ke airport...


mudah mudahan semuanya berjalan dengan lancar

#nk pegi buat final check..
# Jejak Universiti part 11 ade di SINI
oh ye,,,tadi balqis ade jumpe link yang sangat menarik... ye,,click here...

October 10, 2011

Jejak Universiti Part 10





Assalamualaikum....hai readers.... apa khabar iman kalian?
  #mari muhasabah diri sekejab

Seperti yang BalQis pnah post kat sini, ye,,,lusa is the last day of Final Exam bagi sem 1 sesi akademik 2011/2012...
yess!
ahahaaa,,,lagi cepat hasbis,lagi bagus...

dah lebih kurang  8   minggu BalQis tak balik puncak 


i miss my parents much.. memang diakui, BalQis bukan lah anak solehah sepertimana yang mak ngan ayah harapkan selama ni...but I'll try...trust me...i'll try again, again and again....


noktah.

Sejak akhir akhir ni kan,tibe tibe je BalQis bersemangat waja,,eah,,bukan,,semangat untuk berjoging... haha,,tak tau la nape...asal nye,
BalQis saje je jalan2 sekitar UPMKB ni..

di suatu petang,kami, Aida,Acap and myself  jalan2..And barulah BalQis tau yang blakang blok J tu ade sebuah tasik yang........masyaAllah! sangat indah hinggakan air mata ini menitis ke bumi... sungguh indah LukisanNya...jika insan tahu menghargai nikmat alam ni, alangkah bagusnya...

Bila BalQis perhatikan air tasik yang tenang tu,hati ini turut merasa tenang...segala masalah + perkara yang membebankan kepala ni, bagaikan dibawa pergi bersama air yang mengalir tenang tu.. sangat mendamaikan.. sungguh! BalQis sangat terpesona dengan keindahan di situ.. bila duduk di situ,maka timbul lah rasa keinsafan dalam diri ini... Allah telah kurniakan pelbagai nikmat untuk kesenangan kita sebagai manusia yang ditugaskan utk jd khalifah,but kita tak pernah nak sedar kan...? ye,,termasuklah BalQis..

   ya,memang BalQis akui, terlalu banyak dosa yang BalQis buat dlm sedar.. Nau'zubillah... ape nak jadi ngan aku ni...?? Bila BalQis rase nak insafkan diri,BalQis akan pergi ke tasik tu...Bila BalQis visit tasik tu, seolah olah BalQis disuntik dengan semangat dan nafas baru untuk BalQis perbaiki diri sendiri... 

alhamdulillah,ada juga tempat sebegitu di sini...BalQis bersyukur sangat sangat...

bila pergi ke tasik, kene redah hutan dulu..(ikut jalan jauh) best~ menghayai alam yang luas terbentang ni dengan mata hati kita di waktu pagi...masyaAllah,,,sungguh indah! perjalanan kami diserikan lagi dengan kehadiran binatang ternakan upmkb...lembu,kambing dan itik yang ade di situ konfirm dah kenal kami,,haha,, kerap juga kami melewati kawasan mereka.. segala jenis tanaman kat situ juga tak ketinggalan...mereka pun agaknya dah hafal dah muke2 kami ni kn?

insyaAllah...kami akan pergi tasik tu lagi lepas habis final eXam dengan kwan BalQis yang lagi sorang..

   hopefully ade kamera la sebab BalQis nak share jugak keindahan tasik tu...
buat masa ni,BalQis nak fokus kat Principle Crop Managements,yakni the last paper for this final eXam.. ooo....yeahhh!

Pssstt : doakan kejayaan bersama





September 27, 2011

Jejak Universiti Part 8

Assalamualaikum

hurmm,,dah part 8 dah kan? part 7 ade di sini


harini balQis nak cerita pengalaman BalQis dengan Giat Mara Bintulu...

            huh? cam mane boleh tersangkut dengan Giat Mara lak balQis oi?

heheee,,,ceritanye cam ni...BalQis kan masuk Teater & Drama Pentas tuk Kokurikulum Berkredit...tuk memendekkan cerita,kitorang buat persembahan tentang teater & drama pentas ni kat Giat Mara..mule2 seriyes rse eXcited gila.....tapi kian pudar bile En. Safa(fasilitator) kate,budak2 giat Mara tu semuanya lelaki. ulang suara, SEMUANYA LELAKI. -sebab ni bahagian automotif,cat2 kereta,bagai-

sesudah kami sampai,time tu pukul 5 petang,,patut nye kami,16 orang sampai kul 3,but, Lin,azman,hisham,Dibah,Iman,Abg Azim ngan Jue tak dpt hadirkan diri sbb bizi...malam, baru diorang sampai kat Kg. Jepak ni.. (Giat Mara Bintulu ni terletak kat Kg. Jepak).mula2,ingatkan nak briefing la,,but yang datang pon  bru 6 orang, kak Reda, Kak kira,abg aidil,abg vincent,kak syahirah ngan BalQis sendiri...so,,terpakse la tangguh majlis brifing tu kepada mlm nya...

          malam 23 September 2011          

fasi2 yang BalQis ingat ialah En Mohd Mizam,ngan En Fazri,,heheee..(en Fazri tu kan,,smart,,,comel pon ade jugakk,,kehkehkeh...but,REJECTED selepas BalQis tengok beliau merokok!)erghhh~  -___-'

lepas majlis briefing tu selesai,kami dibahagikan kepada EMPAT group...BalQis satu group dengan dibah ngan abg aidil...kitorang bercampur ngan pelajara giat mara tu..buat kali pertamanya..huhuuu...terasa amat kekok yang amat...sebab 1st time kot,bcampur ngan lelaki yang sangat la ramai...huhuuu,,,terseksa jiwa raga BalQis time tu..  =(

1st game; mumia,lepas dicide sape yang jd mumia,kitorang dikehendaki membalut manusia tersebut dengan seurat khabar yang telah dibekalkan..pastu salotape la banyak banyak...kelaka,,,ade group yang buat cam tanduk la atas kepale mumia tu,,,group BalQis lagi la...ade la sorang budak ni,dia pegi leta bendera sarawak atas kepale model kitorang,,hwahwahwaaa.....sumpah kelaka.permainan tak berhenti stakat tu je..lepas tu,,mumia tu kene lompat dalam tayar,then,masuk bawah meja,,pastu berebut kerusi sesame mumia...yang tak ley bla nye,time nk lepasi meja tu,mumia dikehendaki masuk bawah meja,but,our mumia & ade 1 lagi mumia terbaring bawah meja tu,,,mule2 kecian gile,,but,lme2,sumPah lawak amat! dah macam ulat beluncas dahBalQis tengok,,,kuang kuang kuang~~lazt,my group dpt no. 3...hahaaaaaaaaa

permainan diteruskan dengan acare membawa telur dengan menggunakan satu jari,,Yup,1 jari,,balQis tak salah tules...but,melibatkan 3 orang...kami pon memikirkan strategi. banyak betol halangan yang perlu kitorang lalui..sambil bawak telur tu,we have to naik atas kerusi, pass kan telur tu melalui tayar(tayar kan ade lubang tu kan,,telur kene masuk dlm tu..),pastu kena  laluo kerusi yang bersepah2+bersimpang siur..erghhh,,,ngade betul..the worst part is,kalau telur tu jatuh,sisa telur yang ade kat lantai tu kene tenyeh kat muke,,huhu,,,,but alhamdulillah SANGAT yang telur tu tak jatuh eventhough suasanenye amat la kelang kabut...tak dapat nak dibayangkan,,
ha,,,satu lagi,,mase yang kami ambil cuma 1 minit 23 saat,,hebat kan?

lepas tu,balQis tak ingat la kitorang buat ape...

oh ya,,bru teringat time tules 24 september kat bwah ni ha.. lepas tu,kitorang ade briefing tuk esok pulakkk..Fasi tu kate,kalau lambat kene denda..(huuu,,takut nye~)

          24 september 2011          

pukul 7.40 kami bertolak dari rumah En. Safa untuk ke Giat Mara tu..ye,,kami berjalan kaki je sbb dekat,,,just 20 minit,dah smpai..luckily,kitorang sampai tepata pada waktunya,,,ngehngehngeh. 1st thing yang kitorang buat ialah kawat asas; senang diri,rehatkan diri,jaga sedia,luruskan barisan,pandang depan,,tha's all..


then,bukak barisan,,kaki dorang,punye la panjang,,kami terpakse langkah 3 ke belakang supaye same,,huhuuuuuu..then,nyanyi lagu NEGARAKUUUU...TANAH TUMPAH NYA DAAARAHKUUUU..sampai la habis...pastu nyanyi lagu sarawak,pertiwi ku ngan lagu ape ntah,,anak kecil main api...entah la ... ape tajuk dia ntahh~~ time plajar2 giat mara tu nyanyi,kan,kitorang just diam seribu bahase,haha,,manela tau lagu2 tu..

sesudah nYanYi lagu2 tu,kitorang buat sedikit senaman A.K.A streching(betul ke BalQis eja tu ea.. haha,,abaikann)and then kann,,,kitorang kene push uP!,,,erghhh~ sakit tangan ngan lutut sebab buat atas jalan tar..SABAJELA....

kemudian,kami dibahagi kepada 2 kumpulan.. mule2,BalQis belajar cam mane nak naikkan kereta gune jek kereta(ape ntah name dia),tuka minYak hitam,bukak filter air tu.




pengalaman yang best ialah bila BalQis baring atas papan beroda tu,pasang nat kat bawah nereta,,huhuuu,,,bst gila..(tau la,bende ni bende paling simple yang korg buat,,,but,4 me,it's my 1st experince tau buat bende2 cam ni).yang buat sesi pembelajarn ni lagi best ialah dengan kehadiran En Fazri tu,,,ala,,yang cute tu..(ehh,,dia merok0k la...SILA BLACK LIST KAN BELIAU)

kami belajar2 tu sampai pukul 10.30.lepas tu,rehat

setengah jam berikutnya,pelajaran diteruskan...then pukul 12.00,berhenti tuk solat zohor
kami pon solat berjemaah bersama Giat Mara.. =D

(aduuhh,,bile BalQis nak tido ni?...ok,,sambung)

pastu,petang tu,kul 2, BalQis belajar cam mane nak bukak gear box auto..dari gedabak gearbox tu,,smpai la keciput...then,pasang balik,,,susah weyh! sumpah susah~ barula tau,betape susahnye ayahku mencari rezeki dengan bekerja sebagai seorang mechanic...  (ayahhh~~~ syira rindu ayah!  =\  )  yang 'best' nya, pelajar2 giat mara yang ajat BalQis tentang gearb0x tu,sume nye SARAWAKians..punye la pending bile dorang ajak sembang,,huhuuu....blurr je...BalQis bukan tak paham sumenye,paham la sket2 bhse sarawak,but,bile dorang ckp dengan laju,,,mule la,ke-pending-an mula menyelubungi diriku...(ayat cam hape je!)lazt2..balQis hanya mampu mengangguk & tersenyum je,,,nak cover2 la... kononnye paham sangat la ape yang dorang sembang kan...

setelah selesai,BalQis belajar mengecat kereta..bukan cat snanye..spray apentah.. sejenis cecair kaler hitam,,then kene larutkannye ngan thinner..then,sembur.the best part is, balQis kongker keje tu sorg2,,hehee...eahh,,bukan kongker ea,,,but vincent ngan jue tak dpt buat keje2 sembur menyembur bawah kereta ni sbb kaki dorg sakit...

balQis dapat tunjuk ajar dr sorang plajar giat mara ni,,unfortunately,balQis tak tau name dia,, T_T.. 4 sure,dia bukan islam la..
gamba ni takde kene mengena dengan entry kali ni
tolong la percaye
dia tunjuk care2 spray dengan betul..supaye kemas n tak membazir..huhuuu..best la that momment,sembur je...hahaaa...keje yang plg senang,but mencabar jugak,,,sebab ape mencaba? sebab bilik tu suhu dia tinggi,60 darjah celcius..huuu,,panas gila~

seronok sangat buat keje tu,sampai tak sedar, dah pukul 5...huhuuu...ni yang tak best,,tak puas nk blaja... seriously!

then,kitorang bersurai selepas ketua tenaga pengajar tu bg ucapan...dia ckp, ''terima kasih kerana menyelami hidup para pelajar giat mara kat bintulu ni,,,janganlah kita pandang rendah kat plaja giat mara ni,eventhough mereka ade yang stakat pmr je,at least ade jugak la keje berfaedah yang dorg boleh buat'' .....bla bla bla.....trima kasih kerana memberi kerjasama.....bla bla bla.......
dialu alukan kalau nak datang lagi kat sini..
haha,,part ni yang balQis nak dengar,actually! hehee

memang terbaikk lah!

keh keh keh


          malam 24 september 2011          

tibalah saat yang dinantikan,,,dan ini lah tujuan asal kami datang ke Kg Jepak,actually...
kami persembahkan drama pentas kat  plaja2 giat mara ni...best r....

selesai kami buat persembahan,ade sesi karoake tuk plaja2 giat mara tu..punye la jiwang mereka2 ni...antare lagu yang balQis ingat + tau = di sana menanti,di sini menunggu,aku lah kekasihmu,kenangan terindah,
banyak lagi la...haha,,,suke tengok gelagat mereka; rebut mike la,,suare sumbang mambang la,,haha,,kelaka,,,
nyanyi punye nyanyi,,saaaaaampai la pukul 12...then,sume balik.....

25 september 2011

BalQIs balik UPM kul 2 lebih...sesampai je BalQis kat upm, bizi dengan jamuan DPPM pulak,,,huhuuu,,penat tak terkate meyh~

ok la..nak tido,,sok pagi nak pegi library,,ntah bangun ntah tidak la ni.. bukan bole caye,balQis ni!

gamba kalini bukan tanak upload,but balQis gune kamera azman..sok baru nk mintak gamba,,& kalau rajin,balQis tepek la gamba2 tu kat sini,,kalau tak,kempunan lerr korg...heheee..

okbai~take care and tHx sudi bace pengalaman penjang lebar balQis ni...


yang sanggup tak tido semata mata nak update blog ;


September 18, 2011

Jejak Universiti Part 7


Assalamualaikum readers!
hurmm,,,agak lame jugak la BalQis menyepikan diri dr dunia blogging ni... mesti korg2 yang setia ngan blog ni rindu BalQis kan.. =P


banyak benda yang berlaku since BalQis jejak kaki di  sini 
oKay,,memandangkan terlalu banyak peristiwa,tapi takde idea nak mula cam mane,so,,
kalini biar la gambar yang berkata kata..okeyh?


1) Suprise Bday party untuk Kak Zai..


                               



Vino,Kak Zai, BalQis & ISWARI

Vinothiny and ISWARI   =D
Kawan yang paling rapat ngan BalQis
 2) Kami bergumbira on the way pergi ladang...kami,sem 1 WAJIB amek subjek BUKU HIJAU...kos DPPM ditugaskan menanam sayur kailan ngan Jagung..BalQis group 1,batas 1..Ahlinya terdiri daripada Ying Ying,Rema ngan Wani...
Dari KiRi : Vino, Ifah, Kak Syahirah, Fiza, BalQis, Najwa(yang blakang tu), Wani, Rema

3) Kegembiraan jelas terpancar pada wajah wajah mereka...hahaaa..(dah mula merepek dah,,,)
ok..time ni kitorang satu kos pegi bukak puasa sama sama kat luar kampus for the 1st time..but, unfortunately,tak sume yang dtg...dlm 12-14 orang je yang datang,padahal, member klas ade 38 orang  *__*
Bayar RM 18.60 per person, & boleh duk makan ape2 kat situ selama 2 jam...tapi,TAK DIBENARKAN TAPAU (ade CCTV) serious....tak tipu punye...

tengok sos tu...berseni kan?

    





Hanya mereka (lelaki) yang sudi hadir...  =')
Patrick ( yang membelakang kan kamera ni) , Vincent ( white shirt ) & Nazim





kami di Chicken Heartz
 4) ni time kelas Amali Biologi Pertanian

1st time BalQis blaja bio....memang 'culture shock'...banyak yang balQis dah belajar; analogy,homology,prokayrotes,eukaryotes,mieosis,mitosis......bla bla bla.....
sedang melukis morphology jenis2 daun yang disediakan

lukis - lukis tuk buat report bio






5) Buka Puasa di Kampus
 tempat : Kolej Kediaman 1 (KK1)

bukak puasa sama sama di KK1
time ni BalQis tak join sbb tertido time bukak pwase..huhuu

BerdiRi dari kiri : Wani, Yana, Ying ying, Kak Zai, Kak Ayu, ISWARI, Fiza
Duduk Dari Kiri : Ifah, Ada, Kak Syahirah, & Lin 

Memori yang terindah untuk Sem 1 sesi 2011/2012 dalam hidup BalQis ialah...................

Berlakon drama untuk subjek Kenegaraan Malaysia...subjek ni cam sejarah..eah,,bukan macam,,tapi memang sejarah pon.. Drama ni diadakan tuk gantikan test 2,,best kan..? Group BalQis pilih tajuk 'Tanah Melayu Di Bawah Pemerintahan Jepun'...dengan tak semena menanya,BalQis jadi heroin,,Fiza la ni...BalQis terpakse terima sebab time meeting,BalQis takde sbb time tu cuti pertengahan semester AND balQis balik semenanjung...so,,sepanjang seminggu tu diorang dah blatih,dah tetapkan skrip,,,props segala bende pun dah buat...so,,i have to accept..lagipun,BalQis ade cakap kat dorg,
"bagilah wataK ape pon,saya terima je.."
haha,,tu la..padan muke!

BerDiri dari KiRi :
Abg Azli (MASAO), Kak Zai (USOP), Taufiq (SAREP), Shafie (MAHADI), Kak Doja (DOL) & Patrick (JENERAL YAMADA)
DuDuk Dari KiRi :
BalQis (ORKED), Kak Ayu (Narrator/Penyajak) & Fiza ( MELATI) 

 Pssttt :
Abg Azli dinobatkan sebagai pelakon terbaik..Shafie pulak dinobatkan sebagai pelakon harapan terbaik
^_^
   




           


16 September 2011

UPMKB adakan Temasya Merdeka Raya...Kos kitorang no 4 secare keseluruhan...penat seyh! pepagi bute,acare larian 1 Malaysia diadakan,start kul 6.30 AM...naseb bek BalQis tak masuk...heheeee...pastu,acare tu abes dlm kul 8..then,kul 9,ade acare padang,,,banyak giler..antare yang masih diriku mampu ingat ialah acare susun bata,baling selipar,rounders, main futsal dengan kain pelekat, si tempang & si buta, &galah panjang,,,DPPM banyak jugak la masuk Final...hehee,,,LIKE SERIBU KALI..
tapi,futsal kain pelekat kategori perempuan dibatalkan sebab hujan yang amat lebat...Acara padang abes dlm kul 12.30 sbb nak kejar solat jumaat,,kat sini,kul 12.40 dah masuk Zohor dah...(saje bagitau)

then,pukul 2 ade latihan menari...buat kali ke dua,BalQis menari...huhuuuu...kekok amat rasenya...tapi,demi DPPM,BalQis sanggup perform kat stage yang gedabak tu,even jantung ni rse cam nk tekeluaq bila duk belakang stage...

sayangnye,BalQis takde kamera,,,kalau tak,,lagi banYak gambaq yang ade kat post kalini...(line pun laju je kalau nk upload photo skarang ni)..takpe,,,nk kumpul duit,beli kamera.... Sem 2 nanti,insyaAllah!

 doakanlah supaya hajat BalQis tuk memiliki kamera dengan duit sendiri tercapai ye....semoga Allah membalas jasa baik kalian yang mendoakan BalQis..

Psssttt : Prasan tak name ISWARI di taip dengan huruf besar...nak tau sbb ape?sebab she's no longer with us here,in UpMkB,,,,dia dapat tawaran ke Universiti Zagarziq,Mesir,,amek Medic...22 haribulan ni dia berangkat ke Mesir...Selamat menempuh hidup baru,kawanku...    =')


Yang menaip tak henti henti        ;



mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...