Assalamualaikum warahmatullah
Tarikh Hari ini : 4 Januari 2013 (Tapi, memandangkan entry ini terlalu panjang, ter lama pulak, sampai dah masuk hari esoknya, 5 Januari)
Masa menaip : 12:36pm
Jom Masuk U ! *U mana?* UPMKB :D UPMKB stands for Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak, Malaysia. mereka yang duduk kat semenanjung tu, kenalah naik FLIGHT utk ke sini. yeahh, just like me. jom pergi over the sea! :D
and yeah,, this is my current place untuk menuntut ilmu. kali ni, ana nak promote tentang UPMKB tercinta tersayang dan dicintai serta disayangi. Serious best duduk sini, dapat kenal budaya2 masayrakat bumiputra yang ada kat sabah sarawak yang selama ni duk asyik sembang kat buku teks je. SERIOUSLY best kawan ngan dorang. Tak kedekut ilmu walau sikit pun, terutamanya mereka yang dari Institut Pertanian :)
let me tell you sOmething. UPMKB ONLY have ONE faculty; Faculti Sains Pertanian dan Makanan. ok, UPMKB menawarkan 7 khursus program yang menarik. oh ye, anda perlu tahu, UPM adalah salah satu daripada lima universiti bahagian penyelidikan, tak ingat la yang lagi empat tu, tapi, one of it besides UPM is Univeriti Malaya.
sebelum anda ter culture shock, let me tell you this. dekat sini, ada satu program wajib. nama dia Program Buku Hijau.
Program Buku Hijau adalah kursus wajib 2(0+2) kredit yang perlu didaftarkan dan pelajar dikehendaki menjalani empat siri daripada enam siri yang ditetapkan. Ini memastikan setiap pelajar mendapat pengetahuan dan pengalaman luas berkenaan dengan segala perusahaan pertanian dan penternakan serta berkemahiran menggunakan jentera pertanian dan peralatan yang lain. Program Buku Hijau menjadi landasan ke arah mengkomersilkan dan menjadi pusat pengeluaran hasil tani dalam masa yang terdekat serta menjadi tumpuan aktiviti akademik, penyelidikan dan pengembangan.
KAMI BUDAK LADANG dan KAMI BANGGA time ni masa semester satu. |
seperti yang dinyatakan di atas, UPMKB menawarkan 7 khursus Diploma, 1 Khursus peringkat bachelor dan satu khursus peringkat persediaan diploma. ok. let's start with bachelor. here, in UPMKB, ONLY satu je la, which is Bachelor Scince in Bio Industry or usually call as BSBI. Bacelor Sains Bioindustri adalah program empat (4) tahun atau lapan (8) semester dengan jumlah 134 jam kredit. Setelah mengikuti program ini selama empat tahun, graduan program ini bakal menceburi kerjaya dalam sektor pengeluaran (ternakan dan tanaman), industri pemprosesan, industri yang berkaitan dengan pengurusan sisa industri dan sebagai pegawai di sektor pertanian, perikanan serta ahli penyelidik berkaitan dengan pengeluaran primer, pengurusan dan utilisasi sisa serta pemprosesan hiliran.
7 Program Diploma yang ditawarkan ialah ;
(a) DIPLOMA PENGURUSAN PERLADANGAN MAKANAN (DPPM)
sediakan batas beramai ramai. penat tapi best! |
ini hasil penat lelah kami. tanam jagung, then makan ramai ramai, merasa hasil titik peluh sendiri. |
DPPM. which is my current course. :D serious tak pernah terfikir masuk universiti yang rata ratanya budak science yang bapak hebat.. maklumlah, ana ni budak akaun. mana nak tahu tentang fizik, kimia and bio all that. -.- end up, i have to learn. HAHA ok, enough, niat di hati, nak promote ni, hehe
Penekanan program ini adalah kepada sistem pertanian perladangan, amalan pengurusan tanaman, tanaman makanan industri, pengendalian dan pemprosesan hasilan pertanian, pengeluaran dan pemprosesan ternakan, pengurusan ladang dan perniagaantani, pemasaran dan keusahawantani. DPPM adalah program pengajian tiga (3) tahun atau enam (6 semester) dengan jumlah 104 jam kredit.Graduan yang telah mengikuti program ini selama tiga (3) tahun merupakan tenaga kerja separa profesional yang boleh menceburi bidang yang berkaitan dengan pengeluaran makanan seperti perladangan, pengeluaran, pengendalian dan pemprosesan produk pertanian sama ada sebagai penolong pengurus ladang, ahli teknologi makanan, juruteknik pemprosesan, penyelia kilang makanan atau bidang pekerjaan lain yang berkaitan. Graduan juga boleh menjadi usahawan tekno-tani yang menjurus kepada pemprosesan hasilan makanan. Berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Bacelor di institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau luar negara. INSYAALLAH
(b) DIPLOMA PERTANIAN
ok. DPPM dengan DPT ni, tak boleh berpisah. budak DPT akan automatik sama dengan DPPM sebab kebanyakan subjek adalah sama dan dalam semester yang sama.. amali, jangan cakap la kan, memang tempat yang sama. oleh itu, sila jangan muak dengan DPPM ye. Rumet ana pun DPT . HAHA. memang, kebanyakan budak DPPM akan sebilik dengan DPT. nampak tak betapa akrabnya DPPM ngan DPT? :)
DPT & DPPM ni kira adik beradik la jugak. cabang lebih kurang sama. cumanya, DPT lebih luas perspektif nya, kalau DPPM lebih spesifik. terserah nak pilih mana mana. ok. satu lagi info, DPPM and DPT is under the same jabatan which is called JABATAN SAINS TANAMAN (JST). maka dengan itu, tertubuhlah satu kelab yang digelar KESPER(Kelab Sains Pertanian) berbaik baik lah kalian, jangan gaduh ye! kitorang tak pernah gaduh tau. gaduh manja2 adalah. hehe opss. terlebih pulak detailnya.
Diploma Pertanian memberi penumpuan utama kepada bidang berkaitan pertanian seperti sains haiwan, tanaman makanan dan pengeluaran ternakan, pengurusan perosak, pengurusan tanah, ekonomi pertanian dan pengurusan ladang, keusahawanan dan pengembangan. Diploma Pertanian adalah program pengajian tiga (3) tahun atau 6 semester dengan 103 jam kredit. Peluang pekerjaan graduan Diploma Pertanian merangkumi kerjaya di agensi pengembangan pertanian (Jabatan Pertanian, RISDA dll), pembangunan tanah pertanian (FELDA, FELCRA dll), agensi penyelidikan (MARDI, FRIM, LGM dll), pembangunan bandar dan wilayah (UDA, KEJORA, PERDA dll), institusi pengajian, perunding dan kontraktor landskap, pembekal bahan pertanian, syarikat kimia pertanian, institusi kewangan dan graduan juga berkemampuan untuk
menjadi usahawan persendirian
http://www.btu.upm.edu.my/v3/index.php/ms/component/content/article?id=226
(c) DIPLOMA PERNIAGAANTANI (DPNT)
DPNT nni, yang secara kasarnya, ana boleh cakap, dorang jenis yang koperat koperat gitu, slalu je handle benda2 formal kat hotel area bintulu. ini bacth ana la.. tak tahu pulak bacth junior macam mana. :)
Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan konsep, praktikal dan kemahiran insaniah dalam bidang perniagaan dan pertanian dengan menguasai pengetahuan dalam bidang perakaunan, ekonomi, tanaman, ternakan, pengurusan, pemasaran dan komunikasi. Program ini menyediakan pelajar dengan kemahiran perniagaan dengan pengaplikasian aktiviti value-chain dari input ladang melalui pengurusan ladang, pemprosesan, pemasaran dan jualan untuk produk berasaskan pertanian. DPNT adalah program pengajian tiga (3) tahun (6 semester) dengan jumlah 104 jam kredit. Graduan program ini adalah berkemahiran dalam perniagaan dan berpengetahuan dalam pertanian sebagai pelengkap kepada kemasukan ke pelbagai peluang pekerjaan, sama ada dalam agensi kerajaan, badan berkanun dan juga sektor swasta termasuk kewangan dan perbankan. Selain itu, para graduan juga boleh menjadi usahawan dalam bidang pertanian
(d) DIPLOMA PERHUTANAN (DPH)
budak budak DPH ni, kerjanya keluar masuk hutan, dari sem 1 sampai last semester. ye lah, dah namanya budak hutan kan? :) perlukan stamina dan daya tahan yang tinggi, tapi best. UPMKB ni, universiti dalam hutan, so, memang banyak hutan untuk diterokai. :) Budak2 DPH under JABATAN PERHUTANAN.
Diploma Perhutanan ditawarkan untuk melatih separa profesional dalam sektor perhutanan. Penekanan program ini adalah kepada pengurusan hutan mapan,
pengurusan hidupan liar, pengurusan industri perkayuan serta pengurusan taman hutan dan rekreasi.
Diploma Perhutanan adalah program pengajian tiga (3) tahun atau 6 semester dengan 103 jam kredit.
Antara agensi yang memerlukan khidmat para lulusan Diploma Perhutanan termasuklah Jabatan Perhutanan, Institusi Penyelidikan MTIB, FELDA,
Kompleks Perkayuan, Badan-badan Berkanun di samping agensi swasta yang berkaitan dan juga agensi-agensi pelancongan seperti TDC dan
seumpamanya.
(e) DIPLOMA PERIKANAN (DPI)
often called as budak ikan. :) 1st semester, budak bdak ikan ni ada kelas berenang tiap sabtu ahad. perghhh! jeles kot. free pulak tu. -.- cumanya penat lah, orang lain sabtu ahad bercuti cuti, budak ikan kena pi klas berenang. tapi takpa,, penat lelah tu berbayar. ada pengalaman beb. janganrisau. best punyaaaa
Melatih graduan dalam pengeluaran perikanan dengan penekanan dalam bidang peternakan ikan, teknologi penangkapan ikan, limnologi dan oseanografi, kualiti air dan tanah, penyakit ikan, ekologi akuatik, ilmu perkapalan dan pelayaran, pengendalian dan pemprosesan produk perikanan dan keusahawanan. Graduan Diploma Perikanan mempunyai prospek kerjaya yang cerah di sektor perikanan swasta dan kerajaan, institusi penyelidikan atau keusahawanan. Diploma Perikanan adalah program pengajian tiga (3) tahun atau 6 semester dengan 103 jam kredit. Antara agensi yang memerlukan khidmat para graduan Diploma Perikanan termasuklah Taman-taman Sabah, WWFM, LKIM, Persatuan Nelayan, MIMA, & Perbadanan Pelabuhan. Di samping itu para graduan Diploma Perikanan mempunyai peluang kerjaya di dalam agensi kerajaan, swasta berkaitan dan juga berkemampuan untuk menjadi usahawan atau bekerja sendiri.
(f) DIPLOMA KESIHATAN HAIWAN DAN PENTERNAKAN (DKHP)
DKHP dengan DPI under satu jabatan called Jabatan Haiwan dan Perikanan. dorang adik beradik, sama kes dengan kos DPPM dengan DPT tadi :) kalau tak silap, diorang pun ada tubuhkan satu kelab under jabatan, cuma tak ter prihatin pulak nak tahu, haha. FYI, ana tak berapa rapat dengan budak2 DKHP. dont know why.
Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan ditawarkan untuk melatih graduan separa profesional dengan kemahiran dalam pengeluaran ternakan dengan penumpuan kepada pengurusan ternakan, foraj dan pastura, kesihatan haiwan dan pengurusan penyakit serta keusahawanan. Peluang pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan industri ternakan serta dalam bidang penyelidikan dan keusahawanan. Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan adalah program pengajian tiga (3) tahun enam (6) bulan (7 semester) dengan jumlah 112 jam kredit. Antara agensi yang memerlukan khidmat para lulusan Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan termasuklah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Persekutuan dan Negeri-negeri, MARDI, Pusat Penyelidikan Veterinar, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri, Jabatan Pertanian di samping agensi-agensi swasta seperti Guthrie, Kentucky Fried Chicken, Leong Hup serta ladang-ladang ternakan yang dikendalikan secara komersil di seluruh negara.
info tambahan. kat sini, tak macam universiti lain. satu bilik hanya memuatkan dua orang yang sama jantina dan mempunyai lima blok perempuan dan lima blok lelaki. setakat yang ana tahu, only my campus je yang satu bilik dua orang. lain sume 3-4 orang, ada yang sampai enam orang,, euuw! tak bestnya. macam asrama. (aceyhh.. budget macam pernah duduk asrama je )cumanya, kalian kenalah kamcing kaw kaw dengan roomate. sebabnya, dia lah hanya satu satunya orang yang sentiasa memerhati kalian. dia lah orang pertama anda lihat bila bangun dan tidur. and and and. kat sini, tak perlu risau tentang penginapan. serious dont worry. sebab kat sini, dari 1st semester in the 1st year, sampai final year, kalian akan duduk dalam bilik yang samaaaa. dan of koz la, blok yang sama. kalau universiti lain, 1st sem je dpat penginapan, semester seterusnya pulak kena berebut kan? kat sini tak perlu risau semua tu. chill and study.
lagi best, part nak pi kuliah. :D kalau orang lain, kena berebut tunggu bas. tolak sana, tolak sini, dapatlah naik bas. itu pun kalau dapat lah. tu belum part yang tertinggal bas atau memang tak da bas time tu. *eh, ada ke?* kat sini, nak pi kuliah SEMUA ORANG jalan kaki beb.. jalan kaki. memang takda bas disediakan. senang lah, kalau tertinggal barang, menyempat je kalau nak patah balik amik sebab kolej dekat je, dua langkah, dah smpai. gitulah perumpamaannya. :) seriouslah, tak tipu, haish, tak caya pulokk. ada je yang bawak motor, tapi tak ramai pun. kat sini sangat sangat lah tak fleksible guna kereta. betul ana cakap. tak caya, datang sini, tengok :)
nak pi solat jumaat pun senang. Pusat Islam dekat. tiga langkah je, dah sampai. tiap kali zohor hari jumaat, maka akan nampak lah para lelaki kacak dan bergaya akan berpusu pusu ke pusat Islam dengan memakai baju melayu + kopiah + kain pelekat. huyyooo.. memang lah, hemsem hensem belaka. pilih je mana satu anda nak.
kalau nak outing? haa,, ni best. just call nombor teksi, dapat lah keluar UPM. sorry eh, memang takda bas kalau takat nak pi bandar. bas hanya disediakan untuk pergi trip SAHAJA. naik teksi sangat lah senang.cumanya, kena hati hatilah. better tanya para senior tentang teksi. mintak je nOmbor teksi dari dorg. dah tentu murah. and kena pandai deal lah. jangan jadi macam ana masa 1st semester dulu. nak pergi bandar, kena bayar lebih kurang RM 28. rupanya, bila sembang dengan senior, dorang cakap, "eh, pi bandar cuma RM 15 je la." CIS! ana kena tipu. mentang mentang lah ana budak baru masa tu. sampai hati :(
so, hati hati lah ye :)
Nak masuk? layari laman web ini :
http://www.btu.upm.edu.my/v3/index.php/ms/component/content/article?id=226
Ni ada info sikit, tentang yuran
http://www.btu.upm.edu.my/v3/index.php/ms/program-diploma?id=145
NOTA:
Jika ada sebarang pertanyaan, jangan malu malu nak email kan pertanyaan saudara saudari ke asbull@putra.upm.edu.my sebab malu bertanya sesat jalan, kalau sesat tak tahu.. sapa suruh tak tanya.
: : : Update on 23rd may 2014 : : :
12/4/2014 <--- tarik ini tarikh ana resentation untuk 22 weeks of industrial training ana di sabah. Dan pabila sudah present, maka secara oficially ana sudah tamat belajar di sini.. di upmkb yang banyak mengajar ana tentang erti kehidupan sebagai seorang mahasiswi.
Apa yang ana tahu,pihak pengurusan kolej umkb sedang menyelenggara bilik. . Daripada dua orang sebilik, jd tiga. Tapi ana tidak pasti pula semua bilik atau sebahagian sahaja.
: : UPDATE PADA 3 jANUARI 2014: :
currently studying at UPM Serdang, taking Bachelor In Agricultural Sciences . and i'm still missing my life in Bintulu. I'll be like, cant stop myself from missing that much to a place that taught me as a human being.
117 comments:
assalammualaikum kak..post akak mmg sangat bermanfaat terutama kpada pelajar yg baru nak masuk ipta tp, bingunf nak pilih course mana..jd, saya nak tanya,pilihan ke3 upu saya ialah dip.perhutanan, ke4 dip.perniagaan tani dan ke5 dip.pengurusan perladangan makanan..boleh akak jelaskan contoh2 kerjaya apa yg boleh dapat sekuranya sudah graduate..mungkin segenlintir org memandang rendah dgn diploma berkaitan hutan dan cucuk tanam ni..
waalaikumussalam.. tentang prospekkerjaya, awak boleh rujuk pada portal rasmi UPM (http://www.btu.upm.edu.my/v3/index.php/ms/program-diploma)
satu akak nak pesan. ikut kata hati adik,, dapatken restu ibu ayah sblum isi borang UPU. dua2 faktor ni penting utk berjaya. dan yang paling penting, jangan ikut kawan. dan pedulikan apa kata orang.
akk pun dulu ada jugak, org pndang rendah pd kos2 ptanian ni, tapi akak pekakkan telinga. :)
assalamualaikum . .sy ni mmg hantu kalo bab2 pertanian ni.he3 .. entry yang sangat5000 berguna .thanks5 .. nak tanye sket, tiket flight tu atas biaya sendiri ker? hu3
waalaikumussalam.. alhamdulillah, kalau awak memang nak masuk sini, come join us. dialu alukan :D
tentang tiket, ye, tu atas kita sendiri. kena tanggung sendiri. kalau nak jimat, kena korban la. tak payah balik time cuti mid sem. tapi, cuti sem nanti balik la. jangan risau, cuti mid sem ni, seminggu je. dan ramai jugak tak balik. dun worry :D awak daj isi borang UPU ke?
Assalamualaikum wbt...
tahniah balqis utk usaha ini..smoga lbh ramai yg akn ttrik utk memilih UPM sbgi DESTINASI PENGAJIAN PERTANIAN 2013/2014(asanya msih blum tlmbt)
kpd yg tlh mmilih UPM tahniah juga diucapkn..smoga btmu dbuln 6 nanti junior2 :) ..trutamanya diploma perhutanan :) in shaa Allah satu@2@3 plhn yg mgkn tdak akn mgundg satu penyesalan dn mnjanjikn yg tbaik.. :) :D
upz tlupa..bdang pertnian jga salah satu pnyumbng utama kpd pendptn ngara.jd jgn risau org pndg sblh mata je bdang pertanian ni.itu adalah pndangan mreka yg tdak brada dlm bdang ini serta org-org yg tdk mgtthui.cth dlm bdang perhutanan(maaf balqis :P) tdak hanya dudukny ddlm hutan.mnjd orang hutan wpun pkara utama kita nanti mmg akan msuk hutan kluar hutan.tp kta trut tlibt dlm industri hiliran spt industri papan lapis, perabot, perkhidmatan rekreasi dn bnyk lgi cabang-cabangnya.
owh . .tq ats info tu . Dlm upu sy letak asasi sains pertanian kat 1st choice.hrp dapat la. 5th choice diploma kesihatan haiwan . . kalau ikot hti nak mintak smua kat upm. tapi bile tau diploma2 tu kat kampus Bintulu, fikir bnyak kali jgak ler.huhu .sy xkisah pun blik xkerap ..just tak nak ssahkan parents. (^_^)
amenina : pilihan yang bijak :)
apapun, sy doakan semoga berjaya walau bidang apa pun yang awak dapat untuk smbung belajar nanti. yang penting, lepas usaha yang terbaik, cuba terima keputusan dari Tuhan dengan lapang dada. insyaAllah berjaya ;)
MHDE : hehe ini cuma usaha kecil. sapa je lah yang baca blog ni =.= acecehh,, promote DPH nampak? MHDE bintulu jugak ke? bacth tahun bila ea?
akak ! thaNX post menda nih ! mcm2 nk tanya sebenarnya ! emmm...cik teha dpt UPMKB jugak...pagi td dpt kol...cik teha isi borang manual... :)
CIK TEHA :
alhamdulillah :) baguslah.. tahniah dapat masuk UPMKB :) insyaAllah jumpa kat sanan. awak dapat kos apa? kalau awak nak tanya apa2, tanya je, insyaAllah akak jawab :) tak payah segann :)
k qis ! emm..dekat sana budaya mcm mana ye? dengar cerita barang pun mahal..hehe..betul ke?
kat sana pembelajaran BI or BM?
tentang budaya, kat upmkb mmg bcampur la semua kaum bumiputra yang ada kat sabah and sarwaka. kalau kos akak, sparuh budak sabah, sorang sarawak, the rest semnnjung. act. dia ikut nasib la. tp akak, akak suka kwn dgn kaum2 yg akak tak pnah jumpa.
barang mahal? takdelah beza sangat takat beza 10-20 sen je ..
hahaha...kta sma batch la balqis...xkn xpat teka kot..asanya gmbr time sek x skrg xjauh beza..hehe
ea...?kita sama bacth? upm jugak ke? kos apa? laaa.. mana la sy nak tau, tulis MDHE.. cuba tulis nama betul , at least. sapa MDHE ni?
..x tau la pulak ad borang manual..kalau tau awai lama hg ambo isi...sya isi upu ja..pilihn 1 dip prniagaan tani..2..perhtnn kot....3 smpai 8 akaun..and banking d smnnjng..seriously kalau x dpt upm..sya akan gerak ke matrik (.dh panggil dh....).....gelanggang tennis ad x??..agak2 ramai mana studnt kt dip p tani n prhtnn...ish3..x sabaq nk mnjelajh n mlwt balik kwsn2 lama kt srwk 2..input entry baik k qis...w done
pilihan di tangan saudara/i, nak pilih matriks atau upm. yang pasti, pilih yang terbaik utk diri sendiri lepas mohon pentujuk dr Tuhan :)
tentang gelanggang tenis, kat sini memang ada.. dun worry
utk soalan ramai tak ramai tu, sebenarnya dia ikut batch jugak, kalau batch sy, dpnt ramai drpd dph, tp, batch jr bwah sy, dph lagi ramai rasanya.. utk next batch wallahualam.
dzul ni...
lahhhh.. ingat kan sapa.. -.-'
Salam kak qis ,saya nak tanya harini result upu keluar tapi saya tak dapat .dalam upu yg 8 pilihan tu saya ade pilih uitm,poli n upm .upm tu saya pilih dip. perniagaantani .tapi saya tak dapat jugak .hmm mcam mne ye nak buat ? .
Kak...Saya dapat dip pertanian. Budak jauh nun di utara semenanjung. 50-50 nak pergi ataupun x.. mintak semangat sikit.. takut lari balik lak nanti :D
Salam kak..
boleh ceritakan sikit tak mase mula2 nak dtg upm bintulu nie sbb saye dpt tawaran kat sini dan orang semenanjung..
rasa sikit keberatan la sbb tmpt nie jauh, tak tau plak tu mcm mana keadaan kt sana bila dah smpai..
kos diploma kejuruteraan pertanian??xde ckap pun kt sini
singkatan nama tu..hehe
Salam perkenalan,saya dpt upu kat upm dip pertanian..adakah bidang pertanian ni susah??
Sye dpt dip pertanian..rsanya susah x?
reply kepada Anonymous May 17, 2013 at 11:52 PM :
Alhamdulillah :) tahniah! Diploma Pertanian, bagi saya, sgt bagus. Kalau awak memang betul2 tekad :) just go with it.. Peluang hanya datang sekali. tapi jangan lupa, berkat mak ayah pun penting :) dapatkan izin mereka dulu, baru ilmu berkat. tentang jarak, memang la jaoooohhh yang amat, tapi tu la, kalau kita tak berdikari skrg, bila lagi? smpai bila nak duk bawah ketiak mak? eheh.. sori kalau kasar. tapi betul la. hidup kena blaja berdikari :)kena keluar dari zon selesa. kena berani tau :) blaja mana2 pon sama je sebenarnya. yang pening, minat dan bniat dapatkan ilmu. :) gudluck!
Reply kepada Anonymous May 18, 2013 at 8:36 AM
wah.. sep sikit! kita sama. kalau nak kata pengalaman pertama tu, memang tak muat ruang balas2 komen ni dik :) seriyes, tapi yang penting, bila hati kita seronok nak study kat bintulu, memang apa halangan pon rasa senang je. ok. takdela senang, tapi rasa boleh buat. itu kalau pergi dengan rela hati la dik. buat solat istikharah dulu. mohon petunjuk dari ALlah, kalau itu yang ditetapkan, kuatkan semangat, mai la datang sini. kita boleh jadi senior junior nnt kat sana. eheh.. jom la :)
kalau adik keberatan, mintak pandangan mak ayah adik dulu. and kalau adik betul2 minat, let them know yang adik ni btul2 nak balaja sana. hidup kat neheri orang ni, kena pandai berdikari, kena jadi baik, jangan menyombong dengan org. biar kita sesuaikan diri dengan budaya sana. kene la hormat menghormati. cehh cakap panjang pulak. eheh.. tapi memang best la duk sini. banyak benda baru kita dapat. itu pada akak la. :)
oh ye, satu lagi, kat sini memang selalu sangat pi ladang dik. kena tahan fizikal mental la. takde la teruk sangat, takat tanam2 buat batas simple2 je. cuma akak nak pesan, kalau tak minat dengan pertanian, better takpayah masuk sini, nanati nyesal :) jujur akak cakap ni
relpy kepada Anonymous May 18, 2013 at 11:45 AM :
Astaghfirullah! seriously saya pun tak perasan yang sy tak describe DKP ( diploma Kejuruteraan pertanian) kat sini. Ya Allah,, sorry.. my bad. mintak maaf ~
siti noor fadillah :
Tahniah dapat tawaran ke sini. UPM salah satu drpd lima research university (RU). universiti terbaik, sebab RU kat malaysia ni ada lima je. :) bangga tak bila dapat masuk sini? mesti la kann? sy bukan nak memaksa, tapi, jangan lepaskan peluang yang ada. belajar ni dik, sebelum kita masuk ke situ, memang kita risau, susah ke tak blaja sana, hidup kat negeri jauh tu, boleh survive ka aku? gitu kan? tapi jangan risau, kalau niat betul, nak study, kuatkan semangat, insyaAllah.. Allah permudahkan urusan kita untuk tuntut ilmu :) ye dok? nak kata susah tak susah tu, depends pada diri sendiri, sebenarnya. kalau dapat kos paling senang di dunia, tapi tak study, malas carik info, tak guna jugak kan? :) so, anggap je ni langkah ptama nak jejak kaki ke alam universiti. buang semua yang negatif, serap tenaga positif. cakap kat minda, uku sedia terima benda baru dalam hidup aku. insyaAllah :) semoga berjaya walau apa pun keputusan awak :) goodluck!
salam akak . saya ditawarkan ke upm kampus bintulu dalam course diploma pertanian . saya nak tanya tentang kemudahan yang ada di sana ? lepastu tiket flight memang beli sendiri ke ?
zatie rehan :
alhamdulillah. tahniah! ^_^ kemudahan? erm nak terang satu2 memang payah la dik. tak cukup ruangang kat komen ni ha. sy suggest awak pegi ke laman web UPM yag portal rasmi. kat sana memang banyak info. :)
tentang tiket flight, ye, kene beli sndiri dan 100% tanggungan sendiri. jadi, kena belajar alert dengan harga tiket flight bila dah dapat jadual belajar nanti ye. lebih mudah sebenarnya kalau tempah tiket awal. sebab normally harga tiket murah. less than RM100 one way.
salam akak..
alhamdulillah saye pon dpt gak kat sini.. tp dpt diploma ksihatan haiwan la..
nak tnya, ade tak pihak2 tertentu yg boleh saya mintak bantuan unutk byran yuran pendaftaran ye?
waalaikumussalam. alhamdulillah~ tahniah dik! erm, jujur nya sy tak dapat jawab soalan tu. maaf. sangat sangat. awak boleh rujuk page portal rasmi UPM. mungkin sana ada info.
salam...sy pun bru dpt tawaran ke upm dlm jurusan dip perniagaantani..bila bca entry ni mcm mnarik je upm bintulu ni...tp sy nk tnya klau dftr lewat sikit boleh ke?atau twaran akan tbatal kalau x dftr pd tarikh yg ditetapkan?
izzah aliff :
alhamdulillah, tahniah :D upmkb memang menarik.. heheurm ok, mula2 sy nak tanya, untuk borang jawapan kan, kena reply sebelum sekian sekian tarikh.(awk kena check sndiri la. sy tak tahu tarikh2 nya) kalau awak nak pergi, tapi tak reply on time, kira terbatal automatik, tapi kalau awak nk pergi, dah reply tapi lewat daftar takpa. asalkan bg feedback kat upm, sama ada nak terima atau tolak.
salam akak saya nak tanya soalan lagi ni . makanan disediakan atau tanggung sendiri ? lepastu pakaian ke kelas bebas atau baju kurung sahaja ?? maaf banyak tanya tapi saya berterima kasih sangat2 kat akak :)
salam. akak, Alhamdulillah sy dpat UPMKB ni. Kos same dgn akak - DPPM. InsyaAllah akan ke sana. Bace entry akak, rasa truja pulak tetibe :)
Zatie rehan :
pakaian? nak pakai apa, pakailah as long as ikut peraturan AUKU (Akta Universiti ape benda ntah :P ) macam biasa lah, kalau pkai skirt, kena labuh bawah lutut, baju kurung boleh je pakai. erm satu yang for sure, tak dibenarkan pakai selipar. erm, nanti awak akan dapat buku peraturan dress code. tapi, wajib ada baju kurung putih, kain hitam , tudung putih. itu kena pakai time majlis ikrar pelajar baharu nanti. wajib ada tau. jangan lupa
eqa :
wah! alhamdulillah.. tahniah dik ^_^ gembira sy dengar. awak konfem nak masuk sana? sbb rata2, kalau dapat tawaran ke sarawak, mereka tolak :( atas alasan jarak -.- yeay! seronoknya dapat kenal jr :)
nanti kalau awak nak nota, bagitahu sy ea. sy still ada nota. tak semua, tapi certain la :) kalau nak la
okayy . baju kurung macam baju skolah jela kan . tapi tdung putih tu mcam tudung skolah jugak ke atau bawal putih biase tu boleh ? lagi satu nk tnye water heater boleh bwk x ?
iye. . tudung putih, tudung bawal je. :)water heater? urm, kalau ikut peraturan AUKU, tak boleh bawak sebarang alat elektronik. kecuali laptop. pd asalnya printer pun tak boleh bawak. tapi tiba2 ada notis boleh pulak. cuma tentang water heater tu tak boleh. nanti awak akan dapat buku peraturan UPM, awak tengok la, kot ada peraturan yang dah diperbaharui
okayy thank you akak :) sorry banyak tanya
taakpa.. nnt kalau ada apa2, tnyala lg..
sama sama ^_^
asalamualaikum...dah pg..tp x ley tido..akak nk tnya..sye dpt diploma pengurusan perldangan mkanan..mcm ne ea kos tu??ada x senior ley bntu...
asalamualaikum..dah pg..tp x ley tido..sye dpt dip pengurusan prladngan mkanan...cmne ea kos uh??senior2 bez x??
assalamualaikum, saya adalah lepasan spm 2012 n dpt offer gi upm bintulu course DPPM. currently dekat selangor. im wondering if u can email me semua persediaan yg perlu sy buat utk pergi n belajar di sana.. if u cant it's okay :)
asalamualaikum...akak sye dpt diploma pngurusan perldangan mkanan..nk tnya mcm ne blajo bnda tu????senior otai2 x..
Assalamualaikum,. Anak makcik akan mendftr di sini pd 5 Jun. Cadangnya nak booking hotel. masalahnya xtahu hotel yang berhampiran dgn upm ni. Boleh tak cadangkan nama hotel yang terletak brhampiran dgn upm ni. TQVM
izul :
waalaikumussalam. dah pegi? maksudnya apa? maaf saya kurang jelas.
btw, tahniah dapat masuk sini :) sama la kos saya pun ^_^ kos dppm ni, blaja tentang pegurusan sesebuah ladang, pengurusan tanaman, main genetic pokok, teknologi makanan.. secara ringkasnya macam tu lah. :) senior? salah satu nya saya la sbb kita sama kos :) rasanya saya still simpan nota2 sem 1, kalau ada nanti, saya bagila ea kalau nak. tapi kena tengok dulu still simpan ke tak
Fikri Mfp :
waalaikumussalam. tahniah dapat masuk sini :) oh duduk selangor ea? sama la . duduk area mana? email? erm, sy tengok dulu. kalau nak senang, fb kan ada :)
aziah mohd :
:) maaf mkcik, saya kurang tahu hotel yg dekat ngan upm, sbb dulu time saya nginap pun, hotel dekat bandar. kira2 40 minit dari situ ke upm. Nama hotel tu Kintown Hotel. maaf mkcik, saya kurang tahu
eh lupa ada fb lol.. okay sy add nti. sy dok kat kajang.
hi kak,,sye dpt twaran kt sni jgk,kos DPPM..tpi sye org semenanjung jdi xtwu sgt psal UPMKB ni..sye betul perlukn bntuan akak..boleh sye tahu cara mudah untuk hubngi akak x??
Aila :
tahniah ailai.. :) add my fb. :
https://www.facebook.com/balqis.syahiirah?ref=tn_tnmn
kita boleh chat kat situ ^_^
untuk kperluan hotel..Pembantu Universiti ada myediakan snarai hotel yg tdpt dbntulu.
untuk daftar lewat stakat ni yg dmaklumkn kpd kami, sekiranya datang pada 6 atau 7 atau 8 sila daftar kolej dahulu dan sekiranya taklimat telah bmula,tukar pakaian ke formal dan terus ikut sesi taklimat.(bhubungi dgn pembantu universiti) diharap semua pelajar baharu dapat menghadiri sesi taklimat.sesi taklimat penting untuk kita mengetahui selok belok dan sistem2 d upmkb.
SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK DN SELAMAT MENJADI SALAH SEORANG KELUARGA KAMI.... :) :) :)KAMI MENANTI KEHADIRAN ANDA SEMUA IN SHAA aLLAH BMULA PADA 5 JUN NANTI.. :)
sekiranya ada sebrg persoalan blh la dkmukakn.. in shaa Allah kami smua akn ushakan untuk mnjwb..ttp skiranya ada persoalan yg diluar bdang tgas kami, kami akn utarakan kpd pihak yg bkenaan
tu diaaaa ! bersemangat abang PU kita ni. adik2 jr boleh la add abang kita kat sini ni (https://www.facebook.com/dermawankebajikanku).. :P
ada plak..haha
salam..
nak tanya, camna nak pergi ke upm dri airport selain taxi? Ada no fon rental car x? Lg satu jauh x dri dewan ke kolej tu?
waalaikumussalam. boleh jugak pergi UPMKB dengan rental car. cuma harganya, saya kurang pastila. tapi mmg ada servis rental car dekat airport bintulu ni :)
jarak dewan dengan kolej tak jauh :) tak sampai 2 KM pun. 2-3 minit dah smpai dah :)
hye, entry menarik..bila agaknya pengambilan baru diploma pertanian n mcm mna nak apply?
Bila pngambilan baru diploma pertanian..berminat la pla..hehe
salam.. dulu ada bas jepak.. sempat la naik setahun g farley.. tp tu 6 taun lepas la
Anonymous :
maaf, ana pun tak pasti, tapi,
pengambilan baru selalunya dibuka selepas keputusan SPM.. bulan 4-5 dah kena rajin2 bukak page rasmi UPM untuk tengok pengiklanan kemasukan pelajar
#harap membantu
maqram :
oh really? got bus? untung ar.. kitorang naik cab je. nak pi farley pun lesap RM24 per car(pegi balik)
anda kos apa dulu?
Assalamualaikum kak.. saya memang yg teramat sgt nk masuk UPM!! Saya nk amek Dip. Pertanian . Skopnya meluas sgt2 . Sy tgh SPM ni , tinggal lagi 3 paper killer n giller subjek Bio ,Kim& Physic. Saya nk tanya nk masuk UPM kne brapa n subjek apa yg kene A? Follow la twitter saya @NSyahirahSuraya . Akak kat Bintulu la eh skarang ni? Procedure nk masuk UPM kat Bintulu n kat semenanjung Malaysia ni sama x? Sy betul2 nk tau brapa A kne dpt.. sbb sy x de lah pandai sgt tp sy minat dgn biology n berazam nk tingkatkan teknologi n hasil tanaman kat malaysia ni..
Btw saya amek sains tulen .. sy anak tunggal n x tau menau sgt pasal masuk U n ape kene buat .. nk mohon macam mana .. brapa course yg kne amek and lain2 so HELP ME eh kak... balas ASAP eh kak... thank you
assalamualaikum kak..post akak sngt brmanfaat untk sya yg bru je hbis spm..sya nk tanya dgn akak..kalau sya pilih diploma pertanian..apa yang mereka belajr dan buat untuk sem 1..lagipun sya ni student aliran sains..takde bljr buat batas,tanam2 dan semua..walaubgaimnapun..sya berminat dgn yg mreka buat sbb bnyi mcm best jer..klau boleh akak reply yee..sbb boleh sya buat kputusn..^_^
assalamualaikum kak, sya nk tanye ni..kalau pelajar sains tulen boleh ke msuk upmm ambil dip pertanian..walaupun tak de blajar buat batas n tanam2..
Hi, thanks sebab kongsikan ttg UPM & course awak. Saya nak tanya.. kalau masuk Kampus Bintulu & ambik mana2 coure yg awak sebut tu utk diploma, nak sambung degree nanti dapat tak tukar major? Contohnya Diploma Pertanian tapi degree nanti nak ambik major yg tak berkaitan macam Bachelor of Science (major dlm Bio) atau Bachelor of Arts (major dlm English Literature).
Harap awak sudi terangkan kalau awak ada info ttg soalan sy ni. Thanks ya :)
assalamualaikum kak,,thnks utk infoo diatas tu,,sangaat membantu..btw kak,,nk tnya,,antara asasi sains pertanian ngan diploma pertanian,,mne best,,sayee nie nk isi borang upu kak,,so maybe kakak bolehh bagi pandangan ke?thanks yahh kak..
nak tnye skit...diploma prtanian ni ade kaitan ngn sains ke??sye trok sume sbjek sains aritu..dpt c+ je..guane tu??rmai x laki join bdang ni??kampus kat ne?
salam :) akak upm di serdang juga ada khursus degree kn? saya x nk la nnti amek degree kt sarawak . asasi sains pertanian di serdang..then degree?
Sye nk tnye ni
..hmm sye nk ambik kos dilpoma prtanian...tp sye juz dpt 1credit je (bio) sbjek sains yg lain juz dpt lulus je...leh dpt ke???
Kak..nk tnye..lpas diploma kne isi upu tok sambung degree ke..atau tros dimasukkan ke u tu sndri
Salam. Saya nak tnya minimum requirements untk masuk asasi sains pertanian? Kalau tak lepas, ambik DKHP kot. In sha Allah.
Assalamualaikum,,sy student IPBL nk tnya tntg kelayakan msuk upm..klau pointer sijil 2.70 dpt msuk ke tak..
Najihah muhd,
Hehe menyelit sikit . Nak inform yg upm bintulu semua diploma. Asasi dan dgree semua kat serdang. Harap membantu .
Hai kak..sori sye nak tanye..sya dtawarkan kos perhutanan kat upm bintulu..sya blur nak accept atau tak..family sye dah stuju..sye nak tanya kalau kat sana asrma roomate kite pilih sendiri or sebaliknya..
Dayg faizah :
roomate akan ditentukan oleh pihak pengurusan kolej.
Kalau nak apply degree ke upm lpas amik dip kat upmkb, ada borang dalaman yg kna isi. Tp kalau nak ltak kat upu pun boleyh..tp kna isi borang jugak =)
Err maaf. Saya tak tahu pulak tntg pointer sijil ni. Sy rasa better awak carik info kat laman web upm. Maaf sbb sy tak tahu..
Asasi ptanian? Erm. Jujur sy cakap, sy tak tahu menahu pulak tntg asasi ni. N maaf sangat lambat reply sbb seriously da sgt lama tak bukak blog ni
Kebarangkalian utk dpt tu rendah . Tp try lah apply. Mana tahu rezeki awak =)
N maaf sangat lambat reply sbb seriously da sgt lama tak bukak blog ni
Degree smua kat serdang cuma bachelor science bio industry je kat sarawak.
N maaf sangat lambat reply sbb seriously da sgt lama tak bukak blog ni
Dip ptanian mmg s ada kna mengena ngan sc.. =)
Apply je. =)
Yg pntg usaha.
Lelaki ramai je
Kampus bintulu sarawak
N maaf sangat lambat reply sbb seriously da sgt lama tak bukak blog ni
Alhamdulillah,saya dapat dip pertanian dekat UPMKB. taksabar lak rasa. . sy dulu tak ambk subjek sains tp ambk subjek sains pertanian ja. .tp insyaAkkah sy buat yg terbaik nnti :)
Assalammualaikum kak,,nak tanya, about yuran asrama,kena bayar tiap sem atau tiap tahun eh?
Nk tnye tandas dlm bilik ke atau kat hujung bgunn
Assalamualaikum kak BSBAL, saya nak tanya akak ingat lagi tak saya? dulu saya pernah ada kat 'sini' jugak ^_^
Amboi,, cam hotel pulak.haha. tak,Tandas kat luar.. macam asrama
Ingat sangattt :3
Yuran kolej bayar tiap semester :)
tempat ni penuh memori kan? :)Assalamualaikum.
Assalam kak balqis :) sya nur afifah, bakal siswazah upm :3
Sya dpt twaran bacelor perniagaantani, bacelor ni....d bintulu ke ?? Dkat serdang xda ?
Maaf eh kak,, sya x jelas lagi...hrap akk blh bntu
Saya ada soalan nk tanya akak lah..dia nk bape kredit sekurangnya2..abg saye belajar kt sane amik kos ikan..budak sastera x bleh amik kos ikan eh??tq bab jwb
Afifah Selva :
bachelor semua kat serdang. cuma kos bacelor sains bio industri je kat bintulu
Anonymous :
kos perikanan akak kurang tahu lah dik.maaf. adik boleh rujuk kat laman web rasmi upm untuk lebih lanjut.
Fikri:
haha. tempat legend~
saya nak tanya, aliran sastera boleh ambik kos macam akak tak?
boleh dik. akak dulu pun aliran sastera. amik akaun n ekonomi.
alhamdulillah boleh survive. cuma kena struggle sikit lah sebab kita tak pernah ambik biology, kimia and physics kan.
alhamdulillah..sekarang ni pun akak sambung degree dalam bidang yang sama kat serdang ^_^
Assalam Akak nak tanya . kalau nak smbung degree utk veterinar kat upm serdang still dlm mase lima tahun jugak ker? Atau ade pendek sikit mase utk degree kalau pointer tinggi dekat dkhp? Mohon pencerahan.
amirah husna:
akak tak tahu pulak tentang kos vet kat sini. maaf. tapi yang akak tahu, program vet 4 tahun je. tapi tak tahu la kalau betul 5 tahun ke . better awak contact upm sendiri utk jawapan yang lebih pasti
Hi kak, saya ni baru dapat tawaran utk diploma pengurusan perladangan makanan.tengah fikir nak gi tak. nak tanya sikit kalau habis diploma ni course ape yg boleh apply utk degree?
Assalamualaikum , sy bru sja cek upu dpt DPH kt UPMKB ni..srsly buntu jgk nk buat kputusan , mak ayah ok ja . Sy dok smnnjung .brapa kos pergi sana sbb tk pnah naik flight...ada biasiswa ptptn or mara ke? yuran hostel & sem tnggungan sndiri? sbb saya bkn org senang , smua kena duit...sori byk tnya :)
Salam kak, saya nak tanya, akak dah berapa semester so far kat UPM ni? Akak asal dari mana ya? Sebab saya pun dapat, tapi memang buntu sangat. Tak tahu nak pergi tak. Sebab, parents mcm tak bagi.
Plus, saya takut susah sangat and tak boleh bawa course ni. Please bagi reply yang jujur ye?
Assalamualaikum.. Akk..sye dapt tawran ke upmkb kos diploma perikanan..sye nk tnye...bagaimana pemakanan disana...mhal tak?
hye kak balqis!!kite nak tanye psal jangka masa untuk buat diploma sampai habis degree..berape tahun yee??(nii anggaran akak laa untuk course perhutanan)^_^...penjelasan akak sangat dinantikan..tq!!
Assalamualaikum akak. Saya ni buat rayuan upu. So, saya mohonlah dip pertanian ni. Agak-2, saya dapat masuk tak. Ramai tak yang mohon kos ni ea sebab dia tertakluk kekosongan tempat sahaja. Result saya bio ngan fz je credit. Kim ngan addmath dapat D. Mohon pencerahan yee
Assalamualaikum akak, saya nak tanya tentang kos kejuruteraan pertanian sbb saya dapat masa rayuan upu bru2 ni.. Saya harap akk dpt beri pncerahan ��
Assalamualaikum kak , insya-Allah saya akn jdi junior akak . Yeayyy 👏👏💞 . Sya dpt diploma perladangan pengurusan makanan. Btw,sya mau tnya kak apa silibus2 nya ?
Hai kak..sy dpt tawaran ke ke upm bintulu kos perniagaantani.daftar 21 jun.akk ad fb x sy nk add sbb nk tnya beberapa soalan..fb sy nurul najehan azarudin
Appreciate it for this post, I am a big big fan of this web site would like to keep updated.
maaf sangat sebab sangat sangat lambat reply. akka dah dalam tak aktif blog. harini baru login. maafkan akak.
search je balqis syahiirah kat fb tu. :)
maaf sangat sebab sangat sangat lambat reply. akk dah dalam tak aktif blog. harini baru login. maafkan akak.
untuk silibus, awak boleh tengok kat laman web upm yang rasmi
thank you for your support. but I'm nobody. i am plan to update my blog soon. very soon.
alhamdulillah, i am glad to help.
Assalamualaikum.
Nice sharing dik Balqis. Akak lagi senior kat upmkb tu. Graduated tahun 1994 sana. This year, inn shaa Allah nak teruskan legasi tu by sending my second child buat Dip. Perhutanan sana. Daftar 18 Jun 2019. Thanx 4 the sharing. Sangat berguna utk akak motivate anak pegi situ. She's so xcited. Harapnya, kegemilangan dan kebahagiaan study kat UPMKB tu masih macam zaman kita dulu... Best kan..?
Post a Comment