Berkahwin memang
mudah. Kita dapat berkahwin dengan najet serendah RM 2000. Malah lebih rendah
dari itu. Bagaimanapun, rumah tangga yang bermanfaat untuk ummah bukan sesuatu
yang mudah. Mereka yang memahami peranan rumahtangga takkan sesekali sambil
lewa. Kta yang pelu membina
diri kita sendiri. Kita yang perlu berusaha dan menimba ilmu di samping
menguatkan iman kita. Ini antara tanggungjawab yang besar, namu sering
diabaikan.
Oleh itu, bagi
seseorang yang mahu bercinta, dia mempersoalkan dirinya;
Bagaimanakah hubungan
dengan Alah? Pakah sudah diusahakan supaya meningkat ke tahap uyang ditafsirkan
baik?
Bagaimanakah
kefahaman tentang Islam? Apakah sudah diusahakan supaya perkara-perkara asas
seperti ibadah dan pengurusan hidup
secara Islam difahami?
Bagaimanakah
kemampuan dalam kewangan?
Bagaimanakah
perancangan berkenaan kehidupan? Apakah sudah diusahakan supaya punya cita-cita
dan wawasan yang jelas bersama strateginya?
Realiti tidak semudah
fantasi. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia? Kita nyatakan cinta mahu
bersama hingga ke syurga.. Maka perkara ini mustahil tanpa persediaan yang
secukupnya.
Apabila kita terjun
ke alam percintaan , perlu ditenekankan tentang persediaan rohani. Apakah kita sudah
menjadikan Allah dan perintahNya sebagai priority dalam segenap perbuatan? Kita
mungkin hamba yang banyak doa sebab kita adalah manusia, namun, adakah kita
berusaha meninggalkan apa yang Dia benci? Apakah kita berusaha melaksanakan apa
yang Dia suka?
. . . . bersambung . . . .
No comments:
Post a Comment