balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

January 16, 2013

Sebelum Aku Bernikah. . part 3



APAKAH Kita Perhatikan hati?


Hati yang kontang tidak mampu menyuburkan jiwa yang lain. Jika kita mahu memberikan ‘kesan’ kepada hati orang lain, kita perlu mempunyai jiwa yang sentiasa dibersihkan. Justeru, bagaimana mahu memimpin orang yang kira cintai sekiranya hati kita gelap?

Tidak perlu berpegangan tangan, memberikan  hadiah, menghantar sms kata kata manis bagu menunjukkan ‘cinta’. Hanya dengan berusaha membina hati kita, itu sahaja sudah menjadi satu cinta. Melalui rohani yang bersih,emosi yang stabil dan peribadi yang mantap dapat dilahirkan. Maka dengan itu, jangan kemaruk dengan cinta kosong. Bercinta dengan sebenar benar cinta.


Sewajarnya, semasa ada perasaan kepada seseorang, cakap pada ibu bapa terlebih dahulu sebelum menyatakan pada orang yang kita suka. Ini memberikan pandangan lain bagi mengimbangi pandangan kita. Apabila ditanya mengapa tidak memberitahu dan tidak merujuk kepada ibu bapa, ramai yang menjawab takut ibu bapa marah.dari satu segi, ibu bapa tidak akan marah tanpa sebab.mungkin kita sendiri yangbuktikan diri ini layak bercinta dan berumahtangga. Di rumah sikap kita dengan ibu bapa puntidak baik. Kita terkenal dengan sikap pemalas.
Namun, perlu diakui ada juga segelintir ibu bapa yang menyindir dan merendah rendahkan anak mereka apabila anak anak sudah bersedia  dan sanggup menjadikan mereka sebagai rujukan. “Kamu mahu beri anak orang makan apa? Pasir?” itu antara ayat yang biasa di dengar.


Sepatutnya ibu bapa perlu memimpin anak anak bagaimana cara bercinta dan cara berumahtangga. Bukannya mencalar perasaan mereka sedemikian rupa. Ibu bapa harus bijak  dalam hal ini. Hikmah dan kebijaksanaan itu penting dalam mendidik anak anak.
Orang yang benar benar serius  dalam cintanya pasti melibatkan ibu bapa dan oran tua. Anak anak perlukan petunjuk daripada yang lebih berpengalaman.  Bersembang dan bernikan diri untuk bertanya. Ajak kepada perbincangan. Mohon pandangan.  Jikalau kecewa, ditolak,  dan sebagainya, ibu bapa ada bagi menenangkan kita. Bagi saya, kolaborasi remaja dan orang tua itu sangat perlu.

*     *     *     *     bersambung     *     *     *

No comments:

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...