balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

Showing posts with label nana. Show all posts
Showing posts with label nana. Show all posts

May 13, 2013

syukur, sudah pulih

Bismillah..


alhamdulillah, hari ni dah sihat sepenuhnya setelah erm, jap, nak kira. . .  oh ok. 5 hari ana demam teruk.. 


Ubat batuk (cecair), antibiotik, ubat selesema (yang kecik seciput tu) dengan paracetamol

walaupun takda motif, saje nak tunjuk ubat yang terpaksa ana makan selama lima hari. ubat paling tak feveret, yang pil yang gedabak besar tu.. doktor kata tu antibiotik. and 2 kali sehari kena makan. tapi walaupun paling tak feveret, tu mudah nak telan, banding ngan paracetamol yang belah kanan, pil bulat bulat tu. nampak macam senang telan kan? ouhh anda silap. tu la paling susah nak masuk ke tekak. bila masuk, dia nak keluar balik. memang dua gelas air la minum semata mata nak telan sebijik paracetamol tu =.= sabo je la haii


btw, semua ni bukan my ubat. tu ubat ayah. ayah pun sakit jugak. demam jugak macam  ana. malas betoi ni pi klinik. so, ayah kata, makan je la ubat ayah ni. haha. ok :)


tapi penyiksaan mana yang tak berakhir kan? :) alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.. harini ana dah boleh buat kerja2 rumah like normal walaupun hidung srottt srettt srott srettt... selama 5 hari demam, memang banyak yang amat tisu terpaksa dibazirkan. huhu. ini adalah untuk memastikan keselesaan hidung. heeee


tadi time tengok dashboard, baru perasan. woahhh ok. ok. dah 2 minggu tak update blog. kesiannn blog. sorry ea cayang. ai demam. u la. tak hantar ai pi klinik sapa suruh, kan ai dah tinggal kan u. ok dah, jangan merajuk lagi ye, ai dah balik kat u ni. suke tak?


-.-


haritu, yakni hari jumaat, rasa dah sembuh dah, suhu badan pun kurang. malam tu punya la excited crita tntang wedding firnash yang bakal diadakan esoknya. sepanjang malam tu rancang2 bagai. nak naik kereta sapa, brapa org, amik kat mana.. ana punya la excited, kata, kalau nana tak dapat drive, biar saya drive sbb igt kan dah ok. 

bagun pagi2 hari sabtu tu, tiba2 takda suara. batuk pun kuat amat. bagai satu puncak alam boleh dengar ana batuk. k over -.-  tapi betul la.. bila batuknya kuat, mula la sakit tekak. ana  dah risau, macam mana nak drive nanti.. so, i decided nak tidur SEKEJAP. masa tu tengok jam, pukul 8 lebih. igt nak bangun pukul 9 ke plg2 pun pkul 10 la paling lewat.

*bangun tidur*
terus tengok jam. whattt!? pukul 11 dua minit ! woahhh! punya la gelabah. baju tak carik lagi, even tak pikir pun nak pakai mana satu. dah la baju kurung penuh satu lemari. tu satu. nak carik tudung, nak cari keronsang.. warghh! teghuih lari tak cukup tanah nak pi carik baju sume. 

sampai je kat bilik, "aduhh nak pakai baju apa ni... baju apa ni" sambil tolak baju yang taknak pakai.  tengok jam balik. warghh! dah 11 setengah! ah. amik je la baju ni. kaler merah? tak kisahla. asalkan selesa. ingtkan nak pakai selendang hitam, tapi bila memikirkan keadaan diri yang tak berapa sihat + cuaca panas terik, terus tak jadi. terus pi kat almari mak, pinjam tudung mak. muwehehee

*detail gila kau cerita. kenapa panjang sangat nak cerita ni?*

hehe.. sori2~
 dipendekkan cerita, ana, Daus, Nana, Sara ngan Abel pi la terkedek kedek ke wedding firnash (firdaus & Nas amirah). and satu yang ana perasan. baju ktorang (me, daus and Nana) sama merah! tak rancang pun snanye. haha.. seronok! beronok ronok!


dari kiri : sarah, firdaus,nas amirah,nana, tak tahu sapa budak sesat ni

SUMBER

lagi excited, bila warna temanya pink. takde la lari sangat tema nya kalau baju merah kann.. haha.. seronok. time wedding tu, memang ramai la kenalan skolah. dah rasa macam reunion satu sekolah dah, cikgu2 ada, senior2 skolah ada, junior2 skolah ada.. 

tapi sayang... Tonah tak dapat datang sebab dia kerja kat petrosains. yes, eventhough weekend :( daus pun takda dalam gambar ni sebab dia kena balik cepat.


eh, lari topik pulak -.- tapi, pokok pangkalnya, ana sangat gembira. for everything. alhamdulillah Allah. terima kasih Pencipta ku :')

November 2, 2012

Time Change Everything.

Ana selalu beranggapan aan adalah kawan baik mereka bertiga. Tapi, bila ana fikir sedalam dalamnya, I  questioned myself.  Is tT. . . ?  is it???? 

entahlah. . . 
kadang kadang, ana tanya diri ana, adakah persahabatan kami ini hanya luaran sahaja? oh, takk.. ana yakin. ada ikatan batin antara kami berempat.
tapi, betulkah?
ana sendiri tidak pasti. 



masa sekolah dulu dulu, ana selalu ada untuk mereka bertiga. ye, selalu ada, walaupun pernah kitorang gaduh besar. =.= memang tak boleh lupa la hari tu.
but now. . . 
masing masing dah melanjutkan pelajaran kat tempat yang berbeza. ana, bintulu, Daus kat Gombak, Nana pulak kat Sri Iskandar, Tonah currently at Guelph,Canada. 

Kadang kadang, ana rasa geram kat diri ana bila ana sedar yang ana tiada di samping mereka bila mereka memerlukan ana. Kalau dulu, timbul je masalah, kitorang akan duduk sama sama, then cerita. lepas tu, sama sama carik jalan penyelesaian. then, everything will be ok. huhaHuHa balik.

but now. . .  
bila masing2 dah terpisah dan jarang berjumpa, masalah yang nak dikongsi pun terasa dah basi.  

bukan apa, ana just rindu kan kita yang dulu. berkepit je mana mana.

i know, time change everything. but i do really hope our love will grow seiring dengan masa.

sebenarnya ana terkilan bila ana takda disamping kalian. sedih. maafkan ana, sahabat.

March 1, 2011

iNsan Yang BalQis cari;

sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; 

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;



Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh men jahanam kan kita.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

December 21, 2010

untuk sahabat yang saya sangat sayangi...

sahabatku,


tahukah kau betapa sayunya hatiku


tatkala mendengat kau akan pergi


ke tempat baru


meninggalkanku


namun apa dayaku


aku tak mampu menhalangnya


hanya mampu merelakan kau pergi








dalam persahabatn kita


telah banyak yang aku pelajari


telah banyak yang aku alami


akan ku ingat segala kenangan kita bersama


akan ku ingat tawa duka yang kira kongsi bersama








terima kasihku ucapkan


kerana mewarnai dan menceriakan hidupku


terima kasih ku ucapkan


kerana menjadi sahabat yang baik pada diriku


tak kira susah atau senang kau sentiasa ada disisiku





aku berdoa agar kau BERJAYA


agar hidupmu DIBERKATI Tuhan Yang Maha Esa


pintaku


maafkanlah segala kesilapanku


andai tersalah kata,terlanjur bicara


aku berharap


agar kau tidak melupakan persahabatan kita


walau di mana kau berada





ingatlah,


setiap pertemuan pasti ada perpisahan


tapi tak setiap perpisahan


ada pertamuan


semoga persahabatan ni kekal


hingga ke akhirnya...
-QiS-

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...