balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

October 2, 2012

Jejak Universiti part 18

Assalamualaikum dan salam sejahtera


ohh sila abaikan kehadiran yang warna merah tu.
saya kata abaikan! jangan ler tengok~ =.=

ok. memandangkan awak dah tengok, saya explain la ya. kan kalau tak cukup 80% kehadiran, tak boleh ambil final exam, kata Akta Peraturan Universiti(AUKU). tapi saya boleh je amik exam 1 haribulan tu sebab lecturer salah isi. tak update yang latest punya. (sampainyaaa hati~) *kesat-kesat air mata*

oh ye, harini saya nak update tentang kesibukan yang melanda diriku akibat final exam. busy lah sangat kan, sampai menyempat update blog tersayang ni.

biar saya explain kenapa malam ni saya sempat update blog. alasannya tak lain dan tak bukan ialah. . . ?

 >> ishk, tak baik tau tuduh saya malas study <<

takk, sebab saya dah penat review formula yang sama, since 2 hari lepas, sampai sebelum gatal tangan update blog. alah, lagipun. nak rest kejab and and sebab eXam akaun esok pukul dua petang! kih kih kih. lama lagi. but still.. saya dah review. ok la. biar saya review formulanya kat sini. nak ke?

analysis ada 3, liquidity, profitability & solvency.
ok. saya tahu, awak tak berminat nak tahu,
sila abaikan..
sebenarnya tak tahu nak update apa lagi. saja lepas gian nak update blog
assalamualaikum.

Jejak Universiti part 17 kat sini <<


September 13, 2012

Jejak Universiti part 17

Bismillah..Assalamualaikum!
Tarikh : 13 September 2012                  Masa :  10.57 pagi

jejak universiti part 16 ada kat sini:
>JEJAK UNIVERSITI PART 16<


Saat ini, aku ada kat dalam kuliah! ye,, tak tipu la.. serious!
Subjek Pengenalan kepada teknologi maklumat @ ICT ni ada selitkan 'create blog through blogger' kat dalam silibus. Untuk siapa siapa yang dah ada blog (macam aku :p) tak payah buat just edit2 je. aku yang dah tau nak edit apa kat bog ni, aku just buat post baru sambil meng-update blog yang semakin ditingglkan atas kesibukan kerja) sorryy~ blog memang penting for my life, but there's another important thing that to be done. huhu..

Seriously, aku jelous gilaaa ngan semua orang kat dalam kelas tu. Bila time present, dorang lancar je cakap, laju je pick up. kalau disuruh buat pesentation secara spontan pun, dorang boleh je buat dengan smooth. BUT ME? hurmm.. eventhough i'd prepared well before  the presentation, i still do the worst among my group members when compared with them.. sapa tak sedih weyh?

dah macam macam aku buat untuk being confident time present.
1. Pakaian yang buat aku confident(kemas, nice looking, selesa)
2. Nota kecik dah aku buat kat kertas.
3. Tarik nafas dengan tenang
4. Mindset. aku selalu fikir 'AKU BOLEH!' bila 5 saat selepas aku pegang mikrofon
5. Aku dah baca slide yang aku akan present tu. dah paham pun.
6. Senyum

entahla.. apa lagi yang patut aku buat supaya aku dapat present dengan baik? Can anyone out there just tell me?

Maybe aku tak pernah berlatih bercakap depan cermin kot? any suggestion?



August 25, 2012

Jejak Universiti part 16

asssalamualaikum dan salam sejahtera.
Tarikh : 25 Ogos 2012   Masa  : 0052
 
>JEJAK UNIVERSITI PART 15<

S E K A D A R    H I A S A N


okay.. tarikh akhir update tentang JEJAK UNIVERSITI ni ialah pada 9 April. what? APRIL?? pergh.. time tu aku tengah cuti semester dua.. what!??(again) sem 2? padahal sekarang ni, lagi sebulan nak masuk final exam semseter TIGA!. nampak sangat ketidaksetiaan aku pada penulisan blog yang suati ketika dahulu pernah menjadi seperti sahabat ku.

nak cerita satu2 memang tak la kan? maunya aku tak tido malam ni, dibuatnya. Tapi memang best la semester 3 ni. awal2 masuk, gua dah tengok jadual dah. wooo~ pack giler weyh! for this sem, it's really,really tough! early in the morning, right after dawn, me and fiza, my group member of poultry's subject will go to our reban at Ladang Kongsi 1 to feen on our chicks. not two,three,40 or 100, but 200 heads of breeder chicken! perghhh banyak gila weyh! serious penat . it just for 45 days only, from 27th June till 3rd August. 45 days is like 45 decades!. tak tipu punyaaa

Raya taun ni aku balik puncak alam. tiba-tiba je sebut pasal raya. haha. sebab sekarang tengah raya beb! raya! ye satu sudut aku gembira. GEMBIRA? ye la, sebab taun ni sambut aidilfitri kat rumah sendiri bersama keluarga tersayang :) 1st raya, tak balik kampung cam biasa, my famliy and I were celebrating Raya in puncak Alam. 1st house we went is rumah Mak Lang in Klang,Selangor. Kalau orang lain yang menyambut aidilfitri, sememang nya menyukai rendang, ketupat,nasi impit,kuah kacang,dodol,kuih raya semua kann? malah, ada yang sampai tergila gilakan semua tu. Tapi bukan akuu.. seriously i said that, i don't like those things. bab bab makanan ni aku touching sikit. target aku, bila balik cuti seminggu ni,  aku nak makan makanan mak, ANYTHING. as long as my mak yang masak, aku rindu gilaaa~~ but, satu yang aku lupa. mak mana masak lauk time raya..mak masak, tapi masak those thins yang aku tak berapa nak suka. last2 aku terpaksa la menyumbat those things. ye la,, daripada kebuluran, baik makan. bukan tak bersyukur, tapi dah aku tak suka makanan2 tu, nak buat macam mana? kalau kau tak suka peria masak lemak, then aku masak khas untuk kau bila kau datang Raya rumah aku, kau makan ke, walaupun peria tu kau tak pernah suka? paling2 pun, kau mesti makan sikit sebab nak jaga hati aku sebagai kawan baik kau kan? macam tu la aku rasa~

raya kedua, gua balik kampung, kat Chenderong Balai,Perak. tapi tak terus ke Kg Belt, my family and i went to Teluk Intan sebab ada Majlis HIKARA 2012. apa itu HIKARA? Hikara ialah singkatan bagi Himpunan Ikatan Keluarga Haji Rajuli. sapa pula Hj Rajuli tu? yeah,, that's my moyang. tapi moyang dah meninggal 2 tahun lepas, If I'm not mistaken, umur ketika itu dah 113++. tapi tak meriah sangat taun ni sebab ramai yang tak balik.. paman Uzi takda, ramai la takda, agak touching di situ. bila kumpul ramai2 pun, seciput je yang datang, tak penuh pun banner tu :(  padahal, HIKARA ni HIMPUNAN dari moyang, anak2 moyang, menantu2 moyang, anak2 kepada anak2 dan menantu2 moyang,  dan juga generasi ketiga like me. cumanya,tulah,, tak ramai yang hadir kannn.. :(


enough cerita pasal raya.

esok ada misi penting! lagi penting daripada hal negara. bukan esok =.=' tapi pagi nanti, pukul 8, insyaAllah, aku bertandang ke rumah Nana untuk berjumpa dengan Daus ngan Tonah. Selasa ni Tonah dah nak berangkat ke Canada untuk melnjutkan pelajaran sebagai seorang mahasiswi dalam bidang pelancongan. serious sedih! :( oleh yang demikian, me,daus and Nana buat hadiah special for her. nak beli sebijik kerta, karang susah pulak beliau nak bawak hadiah tu ke Canada. nak kena tempah kargo pual,, haish,, taknak la menyusahkan Tonah, oleh itu, kami memberi baliau hadiah yang lahir dari hati kami bertiga. hadiah apa? jeng jeng jengggg~

nak upload gambar pun tak boleh, dengki je internet ni kannnn? =.='

JeJak UniVerSitI part 15 di sInI


eah, awak, tolong doakan pakcik saya boleh? :\ saya dapat info yang beliau jatuh dari bumbung pada raya ke- 4 aritu, sampai patah pinggang, and sekarang ada kat wad Hospital Sungai Buloh. Kos Rawatan untuk tu, RM 12,000. mana nak carik? :( takpa, insyaAllah ada Jalan.InsyaAllah! yakin,, yakinnn :) anak sulung beliau pula, which is my cousin yang tak pernah raPat tapi baru je nak rapat, nama dia irfan, beliau baru je selesai pembedahan di paha..  :'( semoga dengan doa kalian dapat membantu meringankan beban yang sedang ditanggung my uncle sekarang. terima kasih atas doa kalian semua :') Allah je dapat balas

sekian,
terima kasih.

Yang Benar,
shirami



August 4, 2012

luahan


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan?

Aku beristighfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.


Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan ku keringkan darah dari luka mu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh hati mu kerana dengan mencintai Allah, kamu akan mencintaiku kerana Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

June 16, 2012

gadis,perempuan dan wanita


Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

itulah yang bergelar perempuan...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang mampu menggoncang dunia
dan mungkin pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda sempurna ~

May 28, 2012

Jom bErKarya : untuk beliau

Dalam perjalanan
ku cuba melupakan wajahmu
terlalu payah
dalam perjalanan semakin jauh
Terasa kau tidak akan hilang
Seakan bayang sendiri
Mengejar kaki yang berlari
Dari ruang ke ruang

Di pulau mana akan berlabuh
Entah
Perjalanan ini tidak bernoktah
Seakan demikian
Wajhamu
tingkahmu
pesanmu
mengusik hati ini tidak henti henti

Ku cuba juga
melawan
terlalu sukar
payah rasanya
hingga hampir berakhir
Perjalanan ini
Di muara
Wajahmu tetap terus ada
kenapa?

May 18, 2012

coklatey coklat!

bismillah...

assalamualaikum semua!  ^_^

ya.. coklat coklat belaka bila kalian bukak facebook sekarang kan? mula mula BalQis pelik yang amat,, kenapa tiba tiba ramai je yang sehati sejiwa nak tukar DP kaler coklat ni? gambar figura manusia yang matanya ditutup dengan sehelai kain. seperti  mereka ini :





kreatif2 belako sumo eah.. ada gambo kucing la..

balQis yang sedang ke-pelik-kan yang amat sangat ni cuba la carik sebab musabab nya.. ada pakatan apakah ini? kenapa balQis je yang tak tahu ni!? tak boleh jadi ni..

selidik punya selidik,.. baru lah BalQis paham...

sebenarnya ini adalah tanda kesatuan Umat Islam yang prihatin terhadap tahanan Islam yang berada di masukkan ke lokap Yahudi, mereka sedang mogok lapar secara besar besaran supaya hak mereka dikembalikan


baca artikel ni :


Dengan pelancaran kempen DP (avatar) facebook mogok lapar Palestine beberapa hari lepas, alhamdulillah ia memberikan impak positif. Public awareness berjaya dicipta dan menyebabkan masyarakat dunia tertanya-tanya, warna coklat apakah yang sedang menghiasi facebook. Kempen macam tu bukanlah segala-galanya untuk Palestin dan umat Islam. Ia bukanlah satu penyelesaian , tapi ia bakal mencetuskan public awareness yang positif.


Memang, setakat berkempen di facebook ia bukan jalan penyelesaian yang pantas untuk membebaskan bumi umat Islam yang dijajah oleh para kafir harbi. Tapi adakah tindakan sebilangan besar umat Islam seluruh dunia yang turut serta dalam kempen ini tak layak dipuji?. Yang rasa tak nak tukar DP , doa pun jadilah. Jangan sibuk memperlekehkan usaha orang lain.



Sumber: http://www.nescafeais.com/avatar-mogok-lapar-palestin/#ixzz1vDzXOBBc



tapi kannn... tadi BalQis jenguk2 lah 'home' page kat facebook. ade pulak begini keluarnya



“Tinggalkan gambar-gambar DP yang berwarna coklat . Ini menunjukkan sesiapa yang menggunakan gambar-gambar ni dalam profilenya menunjukkan dia adalah tawanan Zionis Israel, kain penutup dimata memberi maksud kita tidak melihat apa2 kekejaman Zionis Israel terhadap umat Islam. Tag perkataan yg tertulis adalah tulisan Yahudi. Maka, tukar secepat mungkin gambar-gambar ini. Harap maklum. Wallahualam.”



aikk? mana satu betul ni?

hati ni dah konfius dah..

then, BalQis pon terbaca la stau article ni.. kalian pon baca la jugak ye..


Kepada golongan yang hanya tahu kondemkan usaha orang lain, aku rasa korang patut kaji dulu sesuatu info sebelum percaya dan hebahkan kepada orang lain, berikut petikan dari Fb Amenoworld yang menjelaskan kecelaruan mengenai teori bangang golongan si pengkondem ni
Kawan2 fb aku dari palestine sendiri guna pic profile neh, fb rasmi dan twitter rasmi palhungers pun guna gambar profile neh.. penat2 depa promote, create dan buat kempen ada pula orang2 gila meroyan rosakkan kempen2 depa.. dengan niat memanipulasi.. tah sapa2 tah yang cakap terus korang percaya. Silap2 dia israel yang menyamar jadi orang arab utk kacau bilaukan kempen.
Hari tue di tv cakap israel dah bersetuju.Tapi bila aku check wall palhungers benda neh masih berterusan.. apa citer neh? Kenapa tv cakap dah lulus.. aku pun tak faham bab tue. Malas nak ulas lanjut. Check juga news di online, aljazeera tapi tak jumpa2.. tv3 tersalah lapor ka der?
Kesimpulan aku mudah jek, taknak tolong takpelah der. Taknak sokong pun tak pe juga lah der. Tapi jangan sabotaj. Tak kiralah kekawan ko dari magribi ka apa ka.. mana2 ka.. yang penting ketahui lah.. orang islam neh bukan seme nya bodoh2. Kalau benda neh ciptaan israel awal2 lagi takan wujud pun fb palhungers apa seme.. dorang terlebih dahulu masak dengan suasana di sana berbanding kita janganlah kita beranggapan dorang tue bebal sangat sampai tak reti beza plak..
Dan satu lagi, takde sapa2 paksa ko sokong pun. Hak memasing. Nak buat, buat, taknak buat sudah. Jangan sebarkan auta utk gagalkan kempen orang. Kalau terbukti ko benar aku respect, tapi kalau ternyata ko silap tanggunglah akibat sebab mengagalkan kempen orang.. oke. Bai – AMENOWORLD
Ok..dah paham?Kalau korang masih rasa teori bangang ni betul,baca pulak di entry ni Apa Maksud Simbolik Avatar Solidarity With Palestinian Prisoners On Hunger Strike supaya fitnah yang tersebar tak diperluaskan lagi.
Bawah ni pulak perkataan yang tertera pada logo DP Logo di sebelah kanan yang bermaksud “Shabas” dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel  (IPS).

Diharap, fakta-fakta ni menyangkal teori tak berasas tu. Sesedap rasa je buat kenyataan itu dan ini asalkan dirasa dapat menimbulkan kesan logik pada akal. Lepas tu, ditulisnya “wallahu a’lam”.
Dan lagi, takde sapa yang memaksa korang sokong. Nak buat, buat, taknak buat sudah. Jangan sebarkan teori bodoh untuk mengagalkan kempen orang lain. Sebelu buat teori tu kaji betul-betul dulu, jangan ikut sedap akal je.




begitukah cerita sebenarnya... baiklah,, BalQis dah paham :)

lain kali, selidik dulu sebelum kita percaya sesuatu yang di post kat alam maya ni,,
(pesan kat diri sendiri jugak sebenarnya ni.. huhuu)


k, take care!
assalamualaikum..
jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hati




mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...